Monday, February 25, 2013

Sambal Belacan Pucuk Ubi Kayu yang x jadi

Assalamualaikum.

Apa habaq kawan-kawan. harap semua sehat hendaknya la na. dalam entry nie, aku bukannya nak berkongsi menu resepi sambal belacan pucuk ubi kayu nie. Tapi, cerita sikit pengalaman pertama aku buat sambal belacan n  rebus pucuk ubi kayu. Seperti minggu-minggu lepas, aku balik ke Taiping untuk bersama keluarga tersayang. 


Dalam jam 11 pagi lebih kurang, seperti kebiasaannya mak aku akan tanya juadah apa yang ada untuk dimakan tengah hari walaupun dia hanya menjamah dua, tiga suap. Biasalah, kerja abah aku, masak nasi n beli lauk pauk di kedai. Katanya, mudah dan tidak membazir. Sebab kalau masak, selalunya tak akan habis n akhirnya, basi dan dibuang.

Kali nie, mak aku pulak bersuara. request nak makan pucuk ubi kayu n dicicah sambal belacan. Huh, garu kepala abah aku. X apa, meh aku yang cari pucuk ubi kayu yang ada di belakang rumah n meh aku sendiri yang tumbuk sambal belacan. Aku sendiri yagn offer diri nak buat semua tu. Untuk pengetahuan korang, itulah kali pertama aku nak rebus pucuk ubi kayu n tumbuk sambal belacan. Tapi, kenalah mak aku guide n bagi resepinya. berlari kedepan, kedapur aku dibuatnya tahu. hahaha.

Sejam jugak lah baru siap semuanya. Yang penting, memang mata aku pedih sebab cilinya terpercik ke mata. lagi pulak, aku kesat pulak dengan tangan. Memang A+ la jawabnya. lol. Tapi, demi memenuhi kehendak mak, seronok rasanya menyelerakkan dapur rumah. Rasa nak try buat gulai tempoyak pulak. hahaha. Kompom jadi "Gulai X Ketahuan Hala". resepi baru tu.

Bila dihidang, pelik pulak rasa sambal belacannya. Serius lain. X rasa macam kat kedai, n jauh sekali rasa macam mak aku buat. Aku pun tak tau rasa apa sebenarnya. Belacan terlebih kot? entah. yang penting, mak aku kata sedap.... *nak jaga hati anak bongsu dia lettew. hahaha. Pucuk ubinya pulak boleh dimakan daunnya sahaja. Sebab x empuk habis aku rebus. Huh~ jadi lah untuk 1st time kan. Nanti boleh la try lagi. lalalala

5 comments:

AyueJean AJ said...

Sabal belacan tu nampak macam okay je.... =D

Muhammadnuraizuddin said...

ayuejean -Indah rupa dari rasa. ihihih

Anonymous said...

Eee...tah pape tah.....sambal belacan pun x tau buat...booooooooo

-yani yang cute..chantek dan kurus..malas nak log in-

Muhammadnuraizuddin said...

yani - ahaha. macam mana kurus, nak log in pun malas, apatah lagi nak jog. ihihih. ala.. baru 1st time la weh.. ihihih

Seneorita Baharin said...

wahh nampak sedap je..hehehe :P xpe2 try an error..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...