Thursday, February 21, 2013

Baucer Buku 1 Malaysia dan Kad Diskaun Siswa Pelajar Separuh Masa

Assalamualaikum.

Bagi pelajar-pelajar IPT, mesti ramai yang telah menerima Baucer Buku 1 Malaysia dan Kad Diskaun Siswa  termasuklah aku sendiri. Beria aku ke UITM Shah Alam untuk membuat tuntuan. untuk makluman ada, pelajar separuh masa juga layak untuk menerima Baucer buku nie and anda automatiknya tidak layak untuk BR1M. ihihih. Alhamdulillah, pelajar separuh masa juga mendapat kebaikan macam pelajar sepenuh masa. Orang menghulur, kita menerima. Orang memberi, kita merasa. Tak gitew.

Sebelum berbelanja membeli buku, aku pun usya-usya la forum-forum yang ada membincangkan tentang kebaikan / keburukan Baucer Buku 1 Malaysia dan Kad Diskaun Siswa. Macam biasalah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Ada yang berpuas hati dengan cenderahati dari kerajaan nie, dan ada juga tidak. Seronok juga bila membaca perbalahan manusia-manusia di internet nie. macam-macam hujah dikeluarkan.



Bagi aku, aku bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan tuhan yang ada tanah tumpah darah kita sendiri nie. Bersyukur dengan apa yang dikecapi kita sekarang ini. Dengan adanya baucer buku nie, boleh la aku shopping barang-barang keperluan pembelajaran. Can u imaging that aku tak pernah ada buku nota dan modul. yang ada hanya buku kecil yang dicampurkan nota-nota yang ditulis dari setiap subjek yang aku sendiri tak paham tulisannya. hahaha. Bahana orang yang malas dan berkira dengan diri sendiri, bila tiba musim exam, mula lah kelam kabut mencari bahan untuk dibaca. mula lah menyibuk dan kawan-kawan yang bagus dalam pembelajaran. 

Satu lagi, walaupun  Kad Diskaun Siswa valid di kedai-kedai yang tertentu dimana aku sendiri pun tak tahu kewujudannya, aku still bersyukur. walaupun dapat diskaun berapa percent je, ok la tu daripada x ada kan. Nama pun kad diskaun. bukannya kad percuma. ihihihih So, kad diskaun Siswa nie aku standby je dalam wallet. Mana la tau kan, kot2 ada rezeki nak di diskaunkan benda yang dishoping.

p/s : mesti ramai gugirl-gugirl beli novel cintan cinton kan. ihihih. Aku nak bukak kedai novel lah klu macam nie. :p

1 comment:

ketikketok said...

Dapatkan Diskaun, Baucar dan Rebat Tunai di Rakan Kop 1KUBSB. Tawaran TERHAD!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...