Monday, January 7, 2013

Dirompak dalam Masjid

Assalamualaikum.


Apa habaq semua kawan-kawan? harap semuanya sehat hendaknya disamping keluarga yang tersayang. Sekarang nie, memang buzy kawan-kawan kita prepare untuk final exam kan? musim exam katakan. Tak terkecuali aku jugak sebenarnya. bertungkus lumus dok study walaupun x semegah mana cara aku study tu. hahahha. Berserah itu redho.

Hari nie bukanlah aku nak membebel pasal exam aku kat hampa semua. tapi, pasal satu kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku masa aku amik 1st paper di UITM Shah Alam. yelah, 1st semester and 1st paper mesti kelam kabut woo. Alkisahnya berlaku sebelum aku sampai ke UITM. memandangkan dah dekat masuk waktu zohor,  Aku singgah dulu di surau Seksyen 7, depan Giant untuk menunaikan solat Zohor. 

Jam menunjukkan 12.30 tengah hari. So, aku ambil keputusan untuk keluarkan nota-nota exam untuk dijadikan last revision dalam surau tu. sebab tu aku tak tinggal beg galas kat dalam kereta. Yelah, masa2 nielah yang nak hard study pun kan. Klu tak, soft study je jawabnya. sedar tak sedar, azan zohor berkumandang. Aku sandarkan beg galas di tepi dinding sebaris saf yang ketiga and aku masukkan wallet n kunci kereta sekali. Entah kenapa, hati aku tergerak letakkan fon dalam poket. herm..


Selesai masuk ke tandas and ambil wuduk, para jemaah dah mula ready nak solat. Wah, ramai jugak orang solat jemaah kat sini. seronok rasanya nak solat bila dah ramai-ramai berjemaah macam nie. Selesai solat, aku terkejut bila beg galas aku takada kat tempat kejadian. Tapi, hati rasa lega balik bila terpandang beg galas aku tu ada beberapa kangkang kera dari tempat asal. Tanpa syak wasangka, aku capai beg n bergegas ke dewan peperiksaan.

Sesampai aku di dewan Agung Tengku Canselori, aku dapat call dari classmate aku yang maklumkan dewan peperiksaan sebenarnya di tempat lain. Dewan raja muda musa, luar kampus. Baru aku tau yang semua exam yang diambil pelajar PJJ di dewan tersebut. berpeluh-peluh aku berlari ke dewan. Maklumlah, parking jauh, panas lagi. Huh, jawab exam dalam keadaan yang tak selesa weh. Apa sangat yang aku boleh jawab tue. dah la masuk lambat 8 minit.

Nak dijadikan cerita, tamat masa menjawab, aku tergerak hati untuk membuka wallet. Bulat mata aku bila aku tengok wallet aku kosong. Sekupang pun takda, apatah lagi seringgit. habis dibelek wallet tu, memang x ada. Herm, baru terlintas kat kepala aku yang beg aku tadi bukan sengaja diubah. Ada jembalang dalam surau tu rupanya.

Alhamdulillah, bank card, credit card, kad pengenalan etc lengkap kat kedudukan asal. Cuma cash je yang hilang. Tak apalah mungkin rezeki dia. *Aku redho. Nasib baik Fon aku tak letak sekali dalam beg galas tu. Klu tak, mesti dikebas sekali. and kompom-kompom aku tak tau dewan exam dah bertukar. Fail lah jawabnya and masalah besar tu.

Yes, syaitan ada di mana-mana. Walaupun di dalam rumah Allah. Lepas nie, jangan lah kita letak barang-barang beharga kita di tempat awam tanpa kita awasi. Pengajaran untuk aku dan hampa semua. mencegah lebih baik kan. kan. kan. ini bukan rompakan, tapi kecurian. Eh, ada beza ka?





4 comments:

Fyqah Ismail said...

lepas ni kita semua kena berhati-hati lagi :)

saifudin abu izzudin said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Bukanlah suatu kesalahan ketika kamu mencoba dan kemudian gagal. Satu-satunya kesalahan adalah ketika kamu tidak berani mencoba
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..

Eazy Izzuddin said...

Berhati2 weyh
Jangan jadi mcm aku hilang kamera wuuuu
Sentiasa pegang barang anda walau amik wuduq

Rozuan Ismail said...

lepas ni kena lebih hati2 lah ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...