Thursday, November 29, 2012

Work Space Mr. Secretary di Pejabat

Assalamualaikum.

Diharap kawan-kawan sehat walafiat hendaknya. Insyallah. Untuk entry kali nie, Secara exclusivenya dan untuk pertama kalinya Mr. Secretary nak share ngan kawan-kawan work space Mr. Secretary di pejabat. Haa, bukan apa, Baru-baru nie ceq ada dapat email dari seorang pembaca yang menaruh harapan / teringin  nak tengok mr. secretary punya work space di pejabat.  ececeh~

Untuk mengelak dari sebarang kecelakaan, LoL, ceq dengan segan silunya menayang dan menepek gambar workspace mr. secretary di pejabat secara rasmi di sini. *sambil tutup mata. Nie main tangkap muat ja tau,. macam mana gambar di bawah, mcm tulah keadaannnya hari2. malas nak over n propa sangat kat dalam blog nie. :P

Sunday, November 25, 2012

Design Baju Korporat 2013

Assalamualaikum.

Wah, banyaknya labah-labah kat blog aku nie. bersawang sana sini. *nampok bebeno dah lama tak update. untuk entry kali nie, mr. secretary nak hebahkan kat hampa semua yang dia dah jadi disigner. Designer? adakah blog ini akan berubah nama menjadi Mr. Designer? owh, sudah tentulah tidak. mana boleh lawan pereka fesyen Malaysia yang hebat2 tu kan.

Actually, Mr. Secretary telah diberi tanggungjawab oleh bosnya untuk menjawab. menjawab yang kenapa baju korporat untuk tahun 2013 tak lawa. hahah. Weh, depa suruh aku design baju korporat ! herm, memang karparat la designnya nanti. Nak mengedit gambar pun guna photoscape ajer, nie kan nak design baju guna edop photoshop~ macam nak arwah kang baju tu. tapi, disebabkan arahan, aku akur. Gagah la dok godek-godek edop photoshop.  kalau menjadi, aku nak try design baju melayu jadi BAJU MELAYU URBAN DIKRETO pulak.

Inilah hasilnya yang tak seberapa. 

Untuk lelaki





Tuesday, November 20, 2012

Muhasabah Diri Untuk Memperbaiki Diri

Assalamualaikum.




Alhamdulillah, sehingga sekarang, kita diberi peluang untuk bernafas di tempat persinggahan sebelum kita menuju ke kehidupan yang kekal abadi. Untuk entry kali nie, jari menaip mengenai muhasabah diri. Indahanya islam yang dinikmati jika kita mahukannya dirasai. Allah maha besar, maha kuasa. Allah akan memberikan cahaya jalan yang benar jika kita benar inginkannya. Itulah yang dikatakan hidayah.

Setiap muslimin mahukan keindahan agama suci Allah. Begitu juga empunya diri. kadang-kadang, terfikir sejenak mengira betapa jauhnya langkah dibuka menjauhi kebenaran. Kenikmatan hidup sementara di sini menghayalkan dengan bantuan musuh manusia, si iblis. Tugas hakikinya adalah untuk menghancurkan kita, anak Nabi Adam. Tetapi, sedia tahu bahawa si iblis musuh, mengapa seronok benar kita bersongkokol dengannya. Menjadi penemannya siang malam, pagi dan petang. 

Betapa gagahnya fizikal tidak menggambarkan betapa kekuatan rohani. betapa cantiknya diri, tetapi ia tidak mencerminkan kelurusan hati. Yang terbaik ialah keimanan yang berada di dalam diri. Sukarnya untuk mendapat keimanan tersebut, tetapi sukar lagi mendapat kemurkaan Sang Pencipta. Kerana, Allah maha penyayang. Betapa sayangkan Allah keatas hamba-hambanya dengan menjanjikan ganjaran kelak. Kuncinya, perlulah kita sentiasa mengingatinya dan mentaatinya.

Solat 5 waktu adalah tiang agama seseorang. Lengkapnya solat, boleh mencegah diri daripada melakukan kemungkaran yang dimurkai Allah. Kemungkaran yang berlaku disekeliling boleh dihindari. Belajarlah untuk solat dengan sempurna. Insyaallah, segalanya yang dilalui akan diberkati Allah. Jika niat yang dipasang tidak terpesong, luruslah jalan yang dilalui. Berbalik kepada niat, perlulah ia sentiasa positif dan tidak memudaratkan. Pahala pasti diperolehi apabila niat dipasang. Betapa mudahnya mendapat pahala.

Biarkan langkah kita perlahan, asalkan destinasi dan matlamat yang dituju betul. Jangan biarkan langkah laju, tetapi menuju kearah perkara yang lara. Muhasabah diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik walaupun diri tak sebaik mana. Insyallah. *Peringatan untuk diri sendiri juga




Friday, November 2, 2012

Senyum Membantu Merendahkan Risiko Penyakit

Assalamualaikum.

Di dalam tazkirah pagi jumaat tadi di pejabat, saya tertarik dengan tajuk takzirah yang disampaikan oleh seorang pegawai yang bertugas pada hari ini iaitu SENYUM. Beliau menyentuh mengenai kelebihan-kelebihan senyum kepada individu, masyarakat dan negara. Apa yang lebih menarik di sini, senyum juga mempunyai kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan yang kita tak pernah tahu sebelum ini. 

Gambar hiasan

Haip! skemanya intro kau ding~ hahahah. sorry2, dah terbiasa guna ayat skema kat ofis. terikut sampai ke blog pulak. ok,  Kalau korang perasan, setiap kali bergambar mesti kita akan senyum.. kenapa?. kenapa? dan kenapa?.. Tak kisah la nampak gigi or tak. Tapi, bukan senyum ala-ala duck face and eye sore okey. itu mengada namanya. Bagi saya, apabila seseorang itu senyum, ketulinan, kecomelan dan kemanisan sebenar wajahnya akan terpatri.  Sebab itu ia diaplikasikan ketika bergambar. *saya rasa la...

Berbalik kepada intro diatas, disini saya nak kongsi fakta-fakta menarik senyum dari sudut kesihatan seperti yang disampaikan di dalam tazkirah tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...