Tuesday, October 30, 2012

Jejaka Berkereta Pink

Assalamualaikum..

Warna pink selalunya dikaitkan dengan perempuan yang cute felling-felling ala-ala princess ye tak. Jika ada sesebuah objek berwarna pink, mind set kita secara tiba-tiba dok kata pemilik objek tersebut mesti awek. haaaa, betoi ka macam tu. Adakah kaum laki-laki langsung tidak mengenakan warna pink dalam kehidupan seharian mereka?

Jika kita lihat pada masa kini, dengan kebangkitan mendadak lagu Oppa Gangnam Style, warna-warna block kini telah menjadi trend fashion dunia. Paling digilai, warna pink. tak kisahla pink tua ka, muda ka. Sebelum ini, jika laki-laki menggayakan pakaian bewarna pink, ia akan dianggap sebagai lelaki lembut dan paling tidak, digelar lelaki Jambu. Itu statement yang sesuai digunapakai dulu. Tapi sekarang, tak relevant lagi sttment tersebut. Sebab Ahli Gusti and tomoi pun dok pakai baju colour pink. lol~ *mampu

Sebenarnya, Lelaki yang mengenakan warna pink untuk pakaiannya mahupun harta bendanya amatlah berani. Berani dah gagah perkasa lagi macho. tau dak sebab apa? sebab, dia berani menjambukan dirinya. ahahha, bukan2, main2 ja... dia berani menggunakan warna yang ditakuti / elergic oleh kaum lelaki lain. Tak ramai laki-laki yang gagah untuk berbaju pink or memiliki aset berwarna pink. yetak?

Setakat nie, ada lagi tak laki-laki lain berani challenge Mr. Secretary?

Kancil (Mira Daihatsu) Pink. hahaha

P/s : Sebenarnya, Mr. Secretary bukannya fanatic mahupun peminat dengan colour pink. Tapi biasalah, manusia kan. Tersalah tunjuk colour masa nak cat ari tu. *tak lari dari kesilapan. (=_=") Tapi ada baiknya jugak kereta berkaler pink nie, menonjol kau!. dari jauh orang dah nampak. 

Monday, October 22, 2012

Tips Memujuk Diri Sendiri Apabila Sedih

Assalamualaikum.

Untuk entry kali nie, saya nak share dengan kawan-kawan semua bagaimana caranya untuk kita memujuk diri sendiri. Yes, bunyinya agak jelek. tapi, itulah hakikatnya. Perkara inilah yang diperlukan kepada orang-orang yang baru berhijrah ke suatu tempat yang baru. Yelah, siapa nak concern kan. Memanglah kita kena ramah dengan semua orang bagi memudahkan kita mendapat kawan, tetapi tak semua  orang pandai meramahkan diri. *tuan empunya blog sebagai contoh

Ya, seperti yang saya pernah cerita mengenai sahabat di entry sebelum nie, memang saya pernah berstatementkan bahawa kawan mudah dicari. Tetapi, seperti yang kita sedia maklum, kawan bukanlah seorang teman mahupun sahabat yang boleh memberi semangat dan memujuk kita jika sesuatu perkara sedih berlaku.. Yetak, So, kenelah kita berdikari menjaga diri sendiri dan memujuk hati sendiri sebelum kita percaya kepada seseorang untuk berkongsi cerita.. *forever alone.

Di sini, saya nak share 2 kaedah yang saya gunakan hingga ke hari nie. Walaupun tak seberapa, tetapi ia agak berkesan kepada diri, Insyallah.. Pertama, jika hati kita gundah gulana, kita perlulah memperbanyakkan zikir dan berdoa kepada Allah. Saya pernah menghadiri satu kursus semasa di bangku sekolah dahulu, dan saya masih ingat lagi kata-kata dari seorang ustaz yang menyampaikan tazkirah pada pagi subuh tersebut,  "Berzikirlah, Letakkan telapak tangan di dada. Getaran Kalimah Allah akan terasa. Tenangnya.." , Sebenarnya, walaupun kita sekadar mendengar zikir-zikir dan nasyid di radio , MP3, mahupun youtube, hati kita secara automatiknya akan tenang. 

Saturday, October 13, 2012

Kawan, Teman dan Sahabat. Dia Sahabat Sejati

Assalamualaikum..

Kawan, Teman, Sahabat adalah 3 perkara yang berbeza bagi aku. Masing-masing mempunyai definisi dan peranan yang berbeza berasaskan keakraban sesuatu hubungan yang terjalin diantara manusia sesama manusia. Sebelum aku fokuskan entry ini dengan kefahaman sendiri mengenai sahabat, aku nak habaq kat hampa semua yang Kawan, Teman dan Sahabat sangat berhubung kait dan sukar dibezakan dengan mata kasar melainkan dengan mata hati yang tulus.

Hubungan sebagai kawan boleh berlaku walaupun pertemuan didalam masa yang singkat. sesaat, seminit, sejam. Ini kerana, setiap perkenalan yang berlaku secara tidak langsung telah mewujudkan hubungan ini. Peranan seorang kawan lebih ringan dan dengan sesiapa sahaja hubungan sebagai seorang kawan boleh dijalinkan.

Teman pula lebih istimewa berbanding dengan kawan. Sebenarnya, teman ini lebih kepada seseorang yang kita boleh berkongsi suka dan duka dan boleh memahami kita. Senang cerita, teman nie seorang pendengar yang baik yang empaty. Bagi pendapat aku, teman nie adalah orang sekeliling kita yang agak rapat mengikut situasi dan tempat. Contohnya, jika di pejabat, kita mesti ada seseorang yang rapat dan selalu berkongsi cerita suka dan duka. tak kurang jugak bergosip. (=_="). Situasi di IPTA atau sekolah pula, kita dapat lihat dengan jelas nilai-niai teman yang dipraktikkan, yetak.. Kalau nak lebih jelas, jom kita mengimbau kembali zaman persekolahan. Kita mesti akan pergi makan dengan orang yang sama setiap hari di kantin. Duduk di dalam kelas dengan orang itu juga. Berjalan bersama, buat kerja rumah bersama, bergambar bersama. Kalau yang tinggal di hostel, tidur pun bersama. So, itulah teman sebenarnya.

Wednesday, October 3, 2012

Artikel Penuh Mr. Secretary di dalam Utusan Malaysia

Assalamualaikum.

Apa khabar semua kawan-kawan. Harap semuanya sehat n ceria macam saya selalu. (=_="). Untuk entry kali nie, saya terpanggil untuk menaip semula *gigih betul* artikel berkenaan Mr. Secretary yang keluar di Surat Khabar Utusan Malaysia bertarikh 11 Ogos 2012 edisi raya lepas uollss.. beberapa hari lepas, saya diinbox oleh beberapa orang readers untuk gigih menaip kembali artikel tersebut sebab depa tak sempat nak mendapatkan paper Utusan Malaysia tersebut kononnya laris dipasaran sebab Mr. Secretary menempek mukanya besar-besaran. Huh! Perahsantan~ *nasib baik taip 70psm* ihihihihi :p


Ok, jadi kepada kawan-kawan yang belum membaca artikel penuh, meh luangkan sedikit masa untuk membaca. penat Mr. Secretary menaip tau.. Baca na..,, (",)

Monday, October 1, 2012

Contoh Surat Permohonan Elaun Dwibahasa

Assalamualaikum.

Untuk entry kali nie, Mr. Secretary nak beri contoh surat permohonan elaun dwibahasa yang saya buat sebulan yang lalu untuk membuat permohonan tersebut. Saya percaya ada dikalangan kawan-kawan sesetiausaha memerlukan contoh surat ini untuk dijadikan rujukan. Saya harap ia dapat membantu. :)


Aizuddin Rahman
Setiausaha Pejabat N27
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia


20 September 2012

Y. Bhg. Dato’ Mahliqi Ahmad
Pendaftar
Universiti Putra Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...