Sunday, September 30, 2012

Halal dan Haram - Bukan makanan semata

Assalamualaikum

Untuk entry kali nie, Mr. secretary tertarik untuk berkongsi dan bertanya pendapat kawan-kawan mengenai Hal Halal dan Haram (3H). Ye, saya mengaku, saya masih belajar dan masih cetek ilmu agama. Dan saya berasa kecil dan tidak layak untuk berkongsi berkenaan 3H tersebut. Tetapi, Islam mengajar kita untuk berkongsi pengetahuan yang baik walaupun pengetahuan itu sebesar kuman. 

Di dalam entry ini, saya hanya ingin menimbulkan satu persoalan ringkas dan mudah difahami kepada kawan-kawan untuk difikirkan sejenak dan ia akan membuat kawan-kawan ber' monolog seketika. Begitu juga kepada saya sebenarnya. Kita hanya sinonim perihal berkenaan Makanan jika kita diutarakan soalan berkenaan 3H ini. Ia disebabkan orang kita (melayu) amat peka dengan perkara tersebut. sangat, sangat dan sangat peka sebenarnya. Sebagai contoh, 

- kita tidak akan memakan makanan kering yang tiada cop halal dari Jabatan Agama Islam Malaysia.
- kita tidak akan menjamu selera di kedai Ah Chong mahupun Muttusamy.
- kita tidak akan melepak makan malam di kedai yang kotor.
- kita tidak akan makan makanan yang menimbulkan keraguan.


Sunday, September 23, 2012

Maaf terlambat. Saya Pelajar Baru :(

Assalamualaikum..

Gambar zaman muda dulu
Lumrah menjadi pelajar baru, mencari kelas adalah masalah utama yang dihadapi kepada mereka. Termasuklah aku pada semalam harinya. Peristiwa mencari kelas di UITM Shah Alam amat menguji kesabaran dan fizikal. *Bepeluh cari kelas weh..


For the 1st time aku menjejak langkah di Fakulti Sains Sukan, aku bayangkan fakulti tu ala-ala macam di UPSI tempat aku bekerja nie jugak. Yelah, mana2 pun boleh parking asalkan ada kosong. *parking khas terkecuali. Tapi, di UITM special skit gayanya. Dia ada palang ala-ala di parking Mall-mall yang kedekut duit suruh pengunjung sendiri bayaq parking. Agak jakun dan kepelikan.. Al-maklumlah kan.. Dalam kepala otak aku dok pikir, Wah, Advance UITM nie. Xkan nak kena bayaq parking kat Machine Autopay jugak kot . Huh! 

Monday, September 17, 2012

Lawak Syawal Abah - Hantu POCONG magrib

Assalamualaikum.

Hari nie adalah hari terakhir syawal untuk tahun 2012.. bermakna cukup-cukuplah kita membina dan membela lemak-lemak ketu dibadan. Sebelum syawal berat kurang 3 kilo, tapi Selepas syawal, berat naik 6 kilo pulak dah.*mcm bela ayam daging*  Kalau aku seorang model, kompom-kompom aku dah di kick kluar dari agensi dan hanya sesuai untuk mengiklankan iklan bergenrel Gangnam style! Oh My Oppa~


berbalik kepada tajuk pada entry kali nie, *nampak sangat intro lari tajuk*, aku nak kongsi ngan hampa semua perihal abah aku yang sangat kreatif. dan bagi aku, kekretifan abah aku nie mamang mengikut peredaran trend perfileman di Malaysia dan indonesia Khasnya. Abah oiii!!!~, melalak aku magrib-magrib tadi.. nie semua abah punya kerja...grrrrrr

Aku mengaku, kalau aku balik ke Taiping, memang aku tak akan lekat di rumah pada waktu-waktu malam cam gini. Kalau ada, memang aku dah buang tebiat habaq hg.. sesempat ja aku parking kreta kat rumah lepas aku merendek pusing-pusing Bandar Warisan kononya magrib tadi, hati aku meronta-ronta mengarahkan mata untuk memandang disebelah kanan rumah aku sambil tangan memulas-mulas pengayuh penutup cermin kereta. *maklumlah, takdak power window kau.*

Bukkkkk!!!` luruh jantung aku woih. penampakan lembaga seakan-akan manusia yang dibungkus.. Astagfirullahallazim.. *n berzikir dalam hati. Aku apa lagi, langkah seribu la menuju ke pintu rumah sambil dada lebih kencang dari larian. Sesampai ke pintu, abah aku menerpa dari dalam n gelak terbahak-bahak. Muka aku dari pucat, dah jadi merah memarahan. Aku dah agak dah, nie mesti kerja abah.. *hati mengamuk.

Abah : hahahahha.. tula, balik magrib-magrib lagi..
aku : abah nie~~~~~ *merengek. abah saja kan.. saja~
Abah : ahhahah *tak habis gelak-gelak lagi.
aku : abah yang buat hantu tu kan? abah nie.. Haish~
Abah : mana ada. setan tu...

Aku suspek abah bukan sebab apa tau. Dulu, masa abang sulung 6tahun  n kedua 5tahun aku balik dari mengaji Al-quran, abah aku sengaja panjat pokok rambai dalam semak sebelah lorong dorang balik mengaji semata-mata nak buat ala-ala hantu pokok sambil mengilai-ngilai. Gigih betul Abah nie. Disebabkan kegigihan itu lah, Agenda sebenar abah aku malam tu tercapai. Dia just nak tengok apa tindakan anak-anak dia bila terserempak hantu..adakah mereka mengikut tunjuk ajarnya untuk membaca Alquran.? hahaha.. nie dialog dorang...

Sulung : WArrgghhh!! hantu!!!
kedua : Abang! Lari!~~~
Sulung : Woi, baca Ayat Al-Quran. Hantu takut... *baca Al-Fatihah kuat-kuat.
kedua : Abang! aku tak tau baca..
Sulung : Hang baca ja apa yang hang tau!
kedua : Glup.. baekk.. *Alif.. Ba.. Ta.. 

Actually, Itu hari pertama abang kedua aku pergi mengaji. Patut la.Adoy.. itu macam pun boleh bro..Lol. Ok, berbalik dari cerita aku tadi. Lepas ja aku mandi, abah still gelak-gelakkan aku lagi.. Aku memang tak puas hati tahu.. Aku tengok dari pintu rumah, still ada lagi hantu bungkus tu di tempat tadi. Jenuh memujuk abah suruh dialihkan menatang tu. Sebenarnya, Hantu bungkus yang sangat *lawa tu dibuat daripada guni-guni n kertas-kertas yang melambak kat rumah, Kononnya recycle. Macam biasa, setiap yang abah buat, mesti ada agenda tersendiri. kan.

Memang sejak dari azali lagi aku memang kaki keluar malam. 2, 3 pagi pintu diketuk mengacau abah untuk dibuka. Sapa tak berang kan. Kacau waktu tidornya. That why lah dia letakkan hantu bungkus a.k.a hantu pocong di tepi rumah. sengaja takmo kasi aku keluar memalam. Sebab dia tahu yang anak bongsunya sangat elergic dengan benda-benda macam tu.. *elergic or penakut.. Fuh, kalau betul-betul, nauzubillah..

Disebabkan aku nie anak bongsu, dialihkan balik menatang tu ke tempat lain. Biasalah, bila anak bongsu merengek kan. memang cair mak bapak.. ihihihi.. Tapi sekarang dah jam 2 am n aku still ada kat CC, Pocong yang abah aku buat petang tadi dah buat aku takut nak balik. Adakah aku akan bermalam di sini.. Oh My...




Tuesday, September 11, 2012

1tube.my nak kasi 3 buah telefon samsung

Assalamualaikum..



Untuk maklumat lanjut, sila tekan sini.

Tuesday, September 4, 2012

Maksud Oppa Gangnam Style Sebenar

Assalamualaikum..


New Oppa Gangnam Style Parody From Malaysia.
KL Style

Wah, fenomena.. fenomena.. and fenomena. Itu yang boleh dikatakan kepada lagu Oppa Gangnam Style nyanyian PSY. Dimana-mana saja aku pergi, mesti word Oppa Gangnam Style bermain-main di bibir orang-orang sekeliling. Bahkan, di bibir aku.. Choiyy~

Yang best lagi, siap dengan gaya tarian Oppa Gangnam tu sendiri menghantui orang sekeliling aku. Terkangkang sana, terkangkang sini. Terkinja sana, terkinja sini.. taklupa, menghantui aku jugak la kan. hahaha. Tariannya so cute dan tak senonoh. Owh tidak... apa dah jadi dengan kawan-kawan aku dan aku sendiri. Dulu masa LMFAO naik dengan lagu i'm sexy n i know it, takdelah aku nak buat tarian bogel tu.. Maybe, Oppa Gangnam Style nie agak sopan berbanding LMFAO punya tarian kot.. May be...

Bebalik kepada tajuk entry nie, aku nak habaq kat hampa semua  motif lagu nie dicipta n maksud asal lagu Oppa Gangnam Style itu sendiri yang aku jumpai dari sumber yang boleh dipercayai - Pakcik Wikipedia la jawabnya.. haaaa, actually ramai lagi yang tak tau maksud dia. Biasalah Malaysian kan... Orang layan, kau pun layan. kau layan, aku pun layan.. (=_=")

Sebenarnya, di Korea Selatan ada sebuah daerah yang dipanggil Gangnam. Daerah tersebut sangat Standard uolss.. Sangat mewah berbanding dengan daerah-daerah lain yang ada di Korea Selatan kerana peningkatan dan pertumbuhan ekonomi negara tersebut yang begitu cepat. Disebabkan kemewahan yang dilimpahi ke atas negara Korea Selatan, secara tak langsung ia mempengaruhi cara hidup penduduk-penduduk Korea Selatan terutamanya penduduk di daerah Gangnam. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...