Thursday, August 30, 2012

Hari Raya Action Kamen

Assalamualaikum..

Ramadhan dah pun meninggal kan kita. Harap segala amalan baik yang kita lakukan sepanjang berpuasa diterima Allah. Kini tiba pulak bulan syawal Minal aidil wal faizin.. So, ini bermakna berhari rayalah kita semua umat islam di muka bumi nie. 1 syawal dah pun berlalu.. sekarang dah 12 syawal, baru aku nak update blog pasal hari raya kan. Yelah, mana taknya.. Dok buzy mencekik tart nenas gebu ja kerjanya. tapi, kena ingat, raya sebulan okey. ihihihi.. 

Syawal kali nie, macam syawal2 yang sebelum nie. Cuma mungkin yang berbeza keadaan aku ja kot. Baru baligh.. ahahaha.. Bdw, aku n kawan-kawan sempat lagi la... berposing maut di ala2 action kameng.. B..b..b..b.... 


Action!!!!!!!! b,,b,,,b,,....


Wednesday, August 29, 2012

BerdoaLah.. Allah pasti memakbulkan.

Assalamualaikum..

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang ditugaskan untuk itu: "Aamin, dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga." Abu ad-Darda' r.a


Thursday, August 23, 2012

Entry Perasaan dalaman

Assalamualaikum.

Banyak hal di dunia nie yang perlu diterima dengan redho. Itulah yang dinamakan menerima Qadak dan Qadar. Segala yang kita lalui setiap detik adalah dirancang dengan penuh ketelitian oleh yang maha Esa. Segala kegembiraan, Kesedihan, Kecelakaan, Kekalahan, ada hikmahnya yang tersendiri kepada individu yang melaluinya.

Perayaan aku pada syawal nie biasa-biasa sahaja. Nothing special macam kawan-kawan aku yang lain. Keadaan menjadi kelam kabut bila tiada perancangan untuk hari raya pada tahun ini. Semangat aku nak berhari raya makin taun makin pudar. Seperti tiada seri sebelum tahun-tahun sebelum nie. Hanya beraya dengan perasaan yang kosong. Kegembiraan menyambutnya ada, tetapi Hilang sepenuhnya kebahagiaan.

Hari nie bersamaan 4 syawal, Mak aku dibawa ke Hospital untuk diperiksa kesihatannya. Keadaan tidak bermaya, kurus kering dan tidak aktif seperti dulu membuatkan kami adik beradik seperti hilang jiwa raga. Keadaan Mak makin serius. Makin teruk. Makin menjadi-jadi. Seperti ada something wrong yang berlaku. Itu yang membuatkan abang2 aku decided untuk membawa mak berjumpa doktor Pakar. N result, memang ada someting wrong...

Mak aku memerlukan pembedahan susulan setelah 2 tahun terlantar di atas katil akibat eksiden 2 tahun lalu. Dilanggar lori ketika mak menunggang motosikal. Sadis bila diungkit perkara tersebut. Then, petang tadi dikhabarkan yang Pembedahan tu memerlukan RM6,000.00 untuk menggantikan tulang paha mak dengan tulang paha yang palsu. *lebih kurang mcm tulah. Tulang palsu tu Insyallah akan membantu mak berjalan semula.. Jumlah yang agak besar sebenarnya bagi kami yang bukan keluarga senang.

Tuesday, August 14, 2012

Cerita Mr. Secretary di dalam Utusan Malaysia 11 Ogos 2012


Assalamualaikum..

Apa khabar semua kawan-kawan. *muka excited. Korang ada beli tak Utusan Malaysia Sabtu lepas. Haaaa,  klu ada beli, Korang mesti terperasan muka Mr. Secretary yang terpangpang agak Besar di muka surat 9, di Ruangan Citra Orang Muda (COM)  kan. Wah! Mr. Secretary masuk paper la wei.... :")

Seperti yang pernah aku cerita kat korang minggu lepas di entry INI  , aku dah pernah cerita yang aku telah diinterview oleh Wartawan dari Utusan Malaysia untuk mengisi ruangan Blogger Pilihan di COM. Tapi, untu entry kali nie, aku nak share gambar2 yang aku snap artikel yang tulis pasal Mr. Secretary tu. Yelah, bolah la dibuat bahan tontonan kat korang yang tak berkesempatan beli paper tempoh hari kan. :)

Tapi, sebelum tu, aku nak cerita sikit berkenaan ruangan Citra Orang Muda (COM). COM merupakan sebuah wacana remaja kepada remaja yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia pada setiap hari Sabut.. Then, dalam ruangan nie, banyak info dan tips2 yang berguna kepada golongan remaja. Mr. Secretary dipilih untuk memenuhi ruangan Blogger pilihan. *Kurlas Kau Jah~. 


Lakonan Semula..




Di pagi yang hening, aku membelek surat khabar macam kebiasaan di waktu pagi... Secara tak sengaja, tiba-tiba...

Sunday, August 12, 2012

Orang Rohingya seperti ayam yang terkena Selsema burung.

Assalamualaikum



Mereka dianggap sebagai salah satu daripada komuniti yang paling dianiaya di dunia oleh PBB, namun tiada siapa yang tahu siapa orang rohingya sebenarnya. Mereka adalah orang-orang yang dilupakan. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, keganasan yang semakin meningkat telah disasarkan kepada lebih daripada 90,000 orang Rohingya. Kampung-kampung yang telah dibakar, orang-orang yang diculik, kem-kem tahanan yang diwujudkan, wanita yang dirogol dan kanak-kanak dibunuh dengan kejam. Penganiayaan terhadap Rohingya dapat digambarkan dengan tiada syarat lain tetapi pembersihan etnik dan pembunuhan mereka beramai-ramai.


Orang Rohingya nie diibaratkan sebagai Ayam yang terkena selsema burung oleh mereka yang tiada rasa keperikemanusiaan.. Orang Rohingya mahu dihapuskan seperti mereka pembawa virus bahaya di muka bumi. Astagfirullahalazim.. Mereka menjadi Pelarian di tanah sendiri. tiada Siapa yang menerima Rohingya. Mereka lari kelautan dan mati kebuluran.. kerana daratan tentunya pasti tidak selamat. Manusia~ Mereka juga manusia seperti kita! Mereka juga Islam seperti kita!

Ya Allah, Kau amankanlah dunia kami ini Ya Allah. Kau selamatkan umat islam di muka bumi ini Ya Allah.. Kau lindungilah kami hamba mu nie ya Allah. Kamu permudahkanlah urusan Kami ya Allah. Kau Selamatkan dan berikan hak orang Rohingya ya Allah.... Kau Makbulkanlah Doa Orang2 Rohingya Ya Allah. Sesungguhnya doa orang terinaya dimakbulkan Allah. Itu Pasti..

Friday, August 10, 2012

Dato' Siti Nurhaliza diinterview Mr. Secretary dan Ucapan beliau kepada Pembaca blog Nuraizuddin.com

Assalamualaikum.


Wah, Mr. Secretary Interview Dato' Siti Nurhaliza.. Kemain kan. Jom saksikan.. Exclusive okey.. jangan jeles tau.. Sangat Cool n Humble Dato' Siti Nurhaliza nie.. Betuah Dato' K kan. Jom dengar tips nak berjaya dalam perniagaan macam beliau. :)


Meh komen meh....

Wednesday, August 8, 2012

Mr. Secretary Ditemuramah Utusan Malaysia untuk ruangan Cerita Orang Muda COM

Assalamualaikum..

wasap.. wasap.. *nampak x entry keterujaan. Last weekend, banyak benda yang aku dah buat tahu.. Salah satunya, aku pergi ke Taman Tasik Shah Alam yang cantik tu, untuk bejumpa dengan akak yang comel dari Utusan Malaysia dari ruangan Cerita Orang Muda [COM]. Wah, Utusan Malaysia kau.. bukan dari majalah sekolah na.. Cerita dia macam nie.. *bling.*bling..*bling..

Dalam dok syok aku online facebook, aku tergerak hati untuk log in facebook fanpage aku. Then, ada la dalam 2,3 msg yang aku belum bukak. Macam biasa, orang akan inbox untuk mintak tolong Mr. Secretary bagi contoh surat nu.. surat nie.. Tapi, ada satu masg yang lain dari yang lain. Yang buat aku tersenyum mengalahkan tom krus.. ce teka.. ce teka.. *poyo.. sah2 nak cerita dpt invitation dari Utusan Malaysia untuk diinterview.. Yetak?

Seriusly, kakak nurazlina *wartawan tu la... sangat ramah tamah. Tak kekok aku nak jawab soalan-soalan yang dia soalkan. Dah memang sejak azali lagi aku nie seorang pemalu, dia nie pandai nak cari point untuk aku bercerita lebih. sampai satu tahap tu, aku dah terra bercakap.. *kemain..boleh macam tu.. 

Habis ja sesi berdialog, turn untuk diphotoshoot pulak. Wah, dah macam artis dah aku rasa masa tu. Actually, aku memang kekok bergambar. tambah-tambah si photographer tu cantik manis bertatahkan aku tak kenai.. memang teramatlah serlah kekayuan aku. Jenuh si Photographer tu suruh aku berposing tahu.. aku rasa mesti dia dah serik nak amik gambar aku. ahahah..

Kredit to : hanim photography

Cantik manis tak dorang ber3 kat atas tu. ahahha. Alang-alang dah nak raya kan, photoshoot pun bertemakan hari raya sebab artikel akan keluar 22 ramadhan nie.. That y lah aku berpakaian pengantin tak siap.. Lol (=_=")

Kawan-kawan, jangan lupa beli Utusan Malaysia hari Sabtu bersamaan 11 Ogos 2012 nie Ok.. Kbai.. slm..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...