Monday, July 30, 2012

Kenangan Zaman kanak-kanak BULAT si Budak Gemuk di Halt Junction Country.

Assalamualaikum..


Kadang-kadang, dengan mengimbau zaman kanak-kanak boleh menghilangkan stress harian kita. Kalau korang tak percaya, ce bayang sekarang peristiwa hari pertama korang disunatkan ke, di suntik jarum ka, apa ka.. Mesti korang akan tersenyum sorang-sorang macam kerang busuk depan komputer masing-masing kan. *intro yang tah apa-apa.. Guys, aku punya kampung nama Kampung Simpang Halt. noktah...

Ok, Balik pada tajuk entry kali nie, aku just nak share ngan hampa semua Feeling good-good aku masa aku ada kat kampung minggu Lepas. Actually, hampir 10 tahun aku tak jalan-jalan menghirup udara segar kat kampung aku *bau asap kilang je lebih. Bukan sebab aku dok kat Oversea or tak pernah balik kampung dalam Period tu, tapi, aku bajet retis ngan orang-orang kampung aku tahu... Bila dah besar panjang nie, Perasaan nak melepak or buat benda Lagho kat kampung aku mula terhakis. Mungkin sebab aku dah lama tak menetap kat sana. Yelah, sejak sekolah lagi, dah duduk asrama bagai kan. *hambar..

Actually, hari nie aku nak buat pengakuan kekwat sikit. Masa kecik-kecik dulu, aku memang popular kat kampung aku tu. Yelah, budak bulat sambil gemok, memang la orang dok geram dok picit pipi kan. Tambah-tambah dengan nama panggilan aku yang unik.. BULAT. Lol.. mana ja aku pergi, aku mesti akan disapa oleh pakcik-pakcik or makcik-makcik kampung aku. Bulatt~~ *nada manja. Serius, nama tu lekat sampai sekarang okey..

Thursday, July 26, 2012

2 Juta Orang Murtad Setiap tahun di Indonesia dan siapa Maryam ?

Assalamualaikum..


Dalam dok godek-godek Youtube tadi, aku tertonton satu video yang tajuknya SaveMaryam. So, lepas aku tengok, aku lelaju search savemaryam.com dimana ini ialah Official Website bagi savemaryam. Dalam penulisan di savemaryam.com,  ada menyatakan yang lebih 2 Juta rakyat Indonesia telah murtad setiap tahun.. Dalam nisbah mengikut bulan, hampir 170,000 orang telah murtad bagi setiap bulan.. Astagrifullahalazim..

Tuesday, July 24, 2012

Hampa mesti pernah Puasa Yang Yok kan? aku pun (=_=")

Assalamualaikum..

Pejam celik, lapaq dahaga, dah 4 hari kita berpuasa. Wah, Cepat rasanya masa belalu. kiranya, dah 4 hari la aku diet kan. Eh~ dari pinggang saiz 32cm dah jadi 30cm. Besok lusa mungkin 28cm kot. and kompom-kompom aku leh pakai Red Kebaya yang Si Akaq Vanida Imran dok pakai tu kan. Lol.. 

Okey, Back to d topic, untuk entry kali nie, aku nak share sikitlah ngan hampa semua cara aku berpuasa masa aku belum baligh. n aku Belum pecah suara macho macam Jamal Abdilah lagi. Yelah, masa kecil dulu mana la~ nak tahan puasa penuh. azab betoi rasanya. N aku yakin, hampa semua pun sama kan. *tuksah bohong na..ahaha.. Tapi, mak aku kuat semangat sungguh tau. Gigih dia suruh aku puasa Yang Yok ja. katanya, janji puasa... dari tak puasa langsung?. yetak..

Tapi, apa maksud Puasa Yang Yok tu? aku actually, tak paham langsung masa tu. Yelah, pelik je bunyinya. aku nie memang jenis budak gemok banyak tanya.*burung apa, burung murai nak..  So, tak sampai seditik lebih *kononnya , aku pun tanya la mak aku..kan.. Takkan aku nak tanya mak cik jiran sebelah rumah Mak Jemah tu pulak. tiba-tiba, Sambil tersenyum ayu, mak aku mendendang kan sebuah Pantun...


Adik Puasa Yang Yok,
Pagi-pagi adik bukak Periyok...
lalala~

Wednesday, July 18, 2012

More Rare Paling Awesome di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

Jam menunjukkan jam 11 Malam. Assalamualaikum kawan-kawan sekalian. Sekarang nie musim ujan, so jangan main ujan sangat ok. nanti demam. *tetiba .Intro yang Cait! Actually, More Rare nie spelling dalam Bahasa inggeris. Makna yang sebenarnya ialah MOREY.. aku tak sure ejaan betoi dia lagu mana. Yelah, aku bukan pakar bahasa kan. so, like heart la nak tulis lagu mana kan. (=_=")

Hampa semua tau dak apa tu morreyy. Aku yang caya bahawasanya di muka bumi Malaysia nie memang popular dengan word Morey nie. Yelah, makan free ye tak? siapa tak suka kan. Tapi hati kecil aku nie dok kedebuk-gedebuk meronta-ronta suruh explain jugak kat hampa semua maksud dan takrif morey nie. Baiklah, untuk kebaikan bersama, meh aku explain cara kamus dewan versi kampung aku sendiri. *kemain..

Gambar En. Google
Morey nie actualy ala-ala kenduri jamuan makan gittew. Tapikan, ia khas dilakukan pada bulan ramadhan sahaja. Yelah, jamuan sedekah di bulan ramadhan la katakan. Dan morey akan dijalankan selepas Solat tarawih 8 rakaat untuk fasa pertama dan fasa kedua pulak selepas solat tarawih 20 rakaat + witir. Amboi~ kemain ada fasa-fasa macam nie. Macam projek perumahan di Kampung zombie ja.. Tapi, ia depend jugak kepada organisasi sesebuah kampung, taman or masjid-masjid. Nak buat waktu bila.. *ini cara kampung aku je. ihihih

Monday, July 16, 2012

Contoh Surat Permohonan Kebenaran Majikan

Assalamualaikum..


Apa khabar semua pembaca blog Mr. Secretary. Diharap sehat hendaknya ye. .*wah, skemanya. .ihih. Ok, for Today, Mr. Secretary nak tunjuk contoh surat permohonan Kebenaran Majikan. Tak kisah la nak dibenarkan buat apa sekali pun kan. Sama ja bentuk surat tersebut. Sekarang nie, Mr. Secretary perlu kebenara untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kerana surat tawaran dari universiti dah sampai.. So, dalam syarat untuk daftar diri nanti, Mr. Secretary perlu mengemukakan surat kebenaran tersebut. Jadi, Mr. Secretary tunjukkn contoh kebenaran menyambung pelajaran la kan. ihihi..




Danial Aizuddin bin Sesuci Sufi
Setiausaha Pejabat
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Penerangan Awam

Sunday, July 15, 2012

Lawanya~ Header Mr. Secretary yang sangat rasmi!

Assalamualaikum...








Selamat Tinggal Header Lama

Thursday, July 12, 2012

Kehidupan Baru Bakal Bermula Dari Bidang Kesetiausahaan Terjun ke Bidang Sukan. ---> Jauhnya lari!

Assalamualaikum..

Wah, aku menaip entry nie dengan muka gembira tau. So, hampa semua kena baca sambil senyum :) . Dari aku kecik-kecik lagi, aku memang bercita-cita nak bekerja ofis. Ofis mana pun tak kisah asalkan duduk dalam ekon n pakai kemeja bertali leher. Korang mesti ingatkan masa sekolah rendah, cikgu-cikgu akan tanya cita-cita kita sorang demi seorang masa dalam kelas. Masa tu, Majoriti budak lelaki semunya nak jadi Askar, Polis, Bomba. n budak perempuan pulak  nak jadi nurse, cikgu n suri rumahtangga yang berjaya... Eh~ suri sumah?. ahhaha. alah, biasalah tu, budak-budak kan. mana la nak tau apa-apa sangat.. bercakap tanpa mengerti apa ye tak?

So, macam budak-budak lain, aku pun cakap la kat cikgu yang aku nie bercita-cita untuk menjadi Bomba, Polis n Askar. pusing-pusing, kot tue jugak la sama dengan budak-budak lain. Cuma susunan sebutan ja berbeza. Lol. Yelah, mana taknya, masa zaman aku sekolah rendah start 1997 sampai 2002, memang kerjaya itu yang popular. Actually, aku nak cakap yang aku bercita-cita nak kerja pakai tie, baju kemeja, dok dalam ekon bagai, Tapi, aku takut digelakkan budak-budak hingusan dalam kelas aku tu. hahaha. Sah2 la aku jadi bahan kang. Kalau korang nak tahu, aku tak kisah kerja apa pun.. even jadi costumer service kat tesco yang pakai tie n kemeja tu sebab cita-cita aku nie random ye tak. ahaha. *masa tu kecik2 je, sebab x berapa nak paham apa2 sangat..

Rindu pulak aku kat classmate merangkap GF aku masa belajar dulu.. *miss uolls darling. ihihih
Hoi, even aku sorang ja laki dalam kelas, kejantanan aku menyerlah na. takdak patah kat mana2 beb~ :)

Wednesday, July 11, 2012

Mak Jemah VS Azwan Ali

Assalamualaikum.

Setiap pagi, lepas on komputer je kat ofis nie, aku mesti bukak radio era fm. Yelah, sekarang kan era fm dah jadi station radio no. 1 kat Malaysia dek penangan penyampai-penyampainya yang cool. Korang nak tau slot apa yang jadi febret aku ? hahaha . Kompom lah.. *si cantik manis.. MAK JEMAH LAaaa~. Adoy, Pecah perot dibuatnya..

Tapi kan, aku macam terhidu ada bau-bau kehadiran Azwan Ali di Konti Era fm pagi tadi. Tp rasanya, aku dengar masa Azwan Ali melalak lagi Idolanya versi Akustik. After iklan, dah tak dengar dah suara Azwan Ali. Mungkin dah balik kot. ahaha..Tiba-tiba aku terfikir kalau Mak Jemah berkoloberasi dengan Azwan Ali, apa yang akan jadi. Huh!` Boleh gawat konti era fm. Bila mulut lancang Mak Jemah dengan mulut leser Azwan Ali bertembung, kompom masing2 mencelupari satu sama lain kan. ahahah..Biasalah, Mak Jemah Terra berpropa. n si Azwan Ali pulak terra Berdrama. Memang cantik n meletopss gandingan depa berdua.


VS


Mak Jemah n Azwan Ali masing-masing mempunyai kekuatan sendiri didalam style komunikasi depa. Tak disangkal lagi kehebatan didalam berbahas n *bergaduh mulut memang Terra. Kalau station radio Era fm buat satu slot or segment yang di sampaikan oleh Mak Jemah n Azwan Ali nie, Mesti rating mencanak naik macam, traffiq blog aku nie.. *Pitam.. sebab Mak Jemah n Azwan Ali berkelebihan menarik minat dan perhatian pendengar dengan style penyampaian depa yang Laser n langcang = Lalang.. eh! KOMPOM KECOH...

Wednesday, July 4, 2012

Limpahan Chocolate dalam Stawberry di Cameron Highland

Assalamualaikum.

Apa habaq semua. Sehat gamaknya kot. pejam celik-pejam celik, kurang sebulan lagi kita akan berpuasa kan. Sekejap rasanya masa berlalu. So, alang-alang dah nak puasa nie, aku becadang nak makan makanan yang aku dok teringin nak makan. Yelah, Bulan puasa nanti, susah pulak nak cari kan. Pasar Ramadhan penuh dengan nasi ayam, bubuq lambok, Murtabak dengan ayaq2 dua hengget sebungkuih tu.

Bila diamati tajuk entry nie, mesti hampa semua tau kan apa yang aku dok mengidam.. Mak aih~ dah macam pompuan mengandong 3 bulan kan. Dok teringin yang bukan-bukan. Stawberry bertatahkan chocolate konon. Ayooo...Mana nak cari dekat dekat taiping or tanjong malim nie kan. So, terpaksalah mendaki bukit bukau, meredah hutan belantara untuk rasa sebijik buah stawberry yang dicelopkan dalam chocolate. Nasib baik Malaysia nie ada kawasan sejuk Cameron highland. Klu tak, jenuh ke negera beriklim sejuk la gamaknya kan. Kemain~

Pada suatu petang *bedtime story-bosan . ahahha. Actually, dalam Odway aku balik dari kelantan ari tu, aku berkesempatan singgah di Cameron Highland. yelah, dah satu jalan kan. Takkan nak lepaskan peluang . Bukan senang nak sampai sana tau. So, nak dijadikan cerita, aku pun singgah la di Avant Chocolate nie untuk menikmati Keswettan rasa Stawberry Chocolate yang Ohsom tu. 


Sebelum dok pekena Stawberry Chocolate yang menjadi agenda utama aku kat sana, saja dok cuci mata tengok benda-benda yang comel lotey kat kedai tu. Manarik woih. Leh bubuh dalam guddiey beg kasi masa kenduri kawen.. *bangkrap pengatin


Monday, July 2, 2012

Tips Temuduga Jawatan di Sektor Kerajaan / Swasta

Assalamualaikum..

hye..hye..hye.. Apa khabar semua kawan-kawan. harap-harap sehat hendaknya okey dan semuanya boleh perform dengan baik dalam kelas bagi yang masih belajar mahupun pejabat bagi yang dah bekerja. Tingkatkan produktiviti kurangkan "mengulor".. hahahaha. Baiklah, berbalik kepada tajuk entry kali nie, Mr. Secretary nak bagi sedikit tips menghadiri temuduga bagi jawatan dalam sektor kerajaan mahupun sektor swasta. Ini kerana baru-baru nie Mr. Secretary dapat email dari seorang pembaca Blog Mr. Secretary yang memerlukan tips bagi melancarkan sesi temuduga beliau minggu depan. Harap sedikit sebanyak dapat membantu beliau dan kawan-kawan untuk membuat persiapan bagi menghadiri temuduga jawatan setiausaha mahupun jawatan lain.

Seperti pengalaman Mr. Secretary menghadiri temuduga dulu, Mr. Secretary mengambil tips seperti dibawah sebagai penduan untuk menghadiri temuduga yang pernah dihadiri.



Persediaan sebelum temuduga



Jangal sambil lewa dengan temuduga yang bakal dihadapai dan jangan pula terlalu fokus. Fokus yang terlalu tinggi diberikan dalam persediaan menghadapai temuduga akan memberikan tekanan kepada diri anda dan juga ketakutan yang tinggi. Ini mampu menyumbang kepada kegagalan kerana kurang keyakinan diri. Sementara jika anda tidak mengambil endah pula akan menyebabkan anda gelabah dalam sesi temuduga itu dan pastinya gagal memberikan jawpan yang sempurna kepada penemuduga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...