Tuesday, June 26, 2012

1st time ke Kelantan Part 4 : Ke Wakaf Che Yeh Cari Obama Ombak Rindu

Assalamualaikum..

Wah.. dah masuk part 4 dah kan. bab 3, CLICK HERE . Macam novel novela pulak rasanya.. Alah biasalah, nak jadi penulis novel tak layak n tak mampu nak imegine sepower novel novela kan. So, fefiling dalam penulisan dalam blog picisan tahap bayi 3 tahun nie pun dah cukup. bersyukur dengan apa yang ada ye tak. *tadah tangan amin.. Ok, back to d topic, haaaaaa... untuk entry kali nie, aku nak share n ceciter kat hampa semua benda yang menarik kat Wakaf Che Yeh nie. yelah, mana lah nak tau kan boleh bukakan hati konkrit korang yang tak pernah gi ke sini lagi kan. *x dapat ganjaran dari kerajaan negeri kelantan ok..

Aik, awat aku p wakaf che yeh semata dua mata nak p mencari abang Obama Ombak rindu. Aik, abang Obama belakon dalam ombak rindu ka? or depa ada buat shooting ombak rindu 2 yang dibintangi oleh abang Obama? wah. banyak betoi persoalan kan. Ok takpa, jap lagi hampa tau la sebab apa aku p cari Obama Ombak rindu kat Wakaf Che yeh nie kan. Aku siap bagi bukti lagi kat hampa.. kemain sungguh. (=_=")

Menurut Uncle Wikipedia, Wakaf Che Yeh nie terletak 7 KM dari Bandar Kota baru n popular dengan pasar malam hariannya.. *ingatkan Wakaf Che Yeh nie nama khas untuk pasar malam ala2 uptown tu je.(salah faham rupanya). ok, sambung.. Wakaf  Che Yeh nie dah beroperasi dari 10 tahun yang lepas woo. lama tu..*umur aku masa tu baru 10 tahun.. Uncle Wikipedia jugak cakap di Wakaf Che Yeh nie banyak barang yang kita boleh dapat. Dari pakaian sampailah ke makanan tradisonal Kelantan.. *Good-good kan?

Actually, memang benar-benar lagi betul apa yang uncle Wikipedia tu dok merapu. memang banyak barangan kat sini. nak makan , nak pakai, nak shopping, semua boleh kat sini. and yang penting sekali mesti nak ada duit datang ke sini. *rambang mata. Semua barang boleh dikatakan lagi murah berbanding ngan barang-barang kat tempat kita. Yelah, Siam sebelah kan. Pengunjung kat sini memang ramai weh. Bercampur gaul peluh-peluh aku dengan pengunjung kat sana. *jem dengan manusia. ramai sungguh. OPs! terlupa, aku gi malam minggu rupanya.. ihihihi

Rasanya, cukup kot aku dok meraban sorang-sorang kat sini. Tah..tah, hampa main scrool dari atas untuk tengok gambar je kan. *syok sendiri rupanya aku nie.. Lol. Oklah, macam biasa, mesti la aku nak show off kat hampa semua gambar-gambar yang sempat aku amik walaupun bermandi peluh kat sana. *walaupun...kemain~

Monday, June 25, 2012

Contoh Surat Mengadakan Perlawanan Persahabatan yang ringkas

Assalamualaikum.

Untuk entry kali nie, Mr. Secretary nak share sikit bentuk / contoh surat Mengadakan Perlawanan Persahabatan yang ringkas. Baru-baru nie, Mr. Secretary dapat email yang mengatakan bahawa si pengirim emel memerlukan contoh surat mengadakan perlawanan persahabatan yang ringkas untuk dibuat rujukan.

Actually, Mr. secretary pun baru je minggu lepas buat Contoh surat perlawanan persahabatan nie. Yelah, sebelum hadirnya bulan ramadhan nie, kita mestilah mengeratkan hubungan silaturahim kan. So, dengan bersukan juga, hubungan silaturahim boleh dikukuhkan disamping mencergaskan badan. dan Mr. Secretary percaya ramai dikalangan kawan-kawan memerlukan contoh surat mengadakan perlawanan persahabatan yang ringkas macam nie. Yetak, so, harap contoh yang Mr. Secretary sediakan nie dapat membantu sedikit sebanyak.. (=_=")




(Kepala Surat Organisasi)

Friday, June 22, 2012

1st time ke Kelantan Part 3 : Nawaitu Sebenar di hari persandingan ku berdiri dipelamin

Assalamualaikum.

Apa habaq kawan-kawan. harap semuanya sehat walafiat.jumpa lagi kita di dalam entry 1st time ke kelantan nie. Tapi, kali nie part 3 pulak na. Yelah, 4 hari disana, kalau nak diceritakan dalam satu entry, memang tak syok la kan. takut tak semua benda dicerita dengan fefiling bercuti yetak. Kalau ada sapa2 lagi tak baca entry  part 2, CLICK HERE.. Eh. ce tengok tajuk entry nie? menggemparkan.. xkan kawen kot. tp, sah2 la tu kan. Sebab propa dari tajuk nie dah clear2 pasal hari perkahwinan. Tapi..tapi...

hahahah. Tapi, bukan aku kawen ye. My officemate yang kawen. Akhirnya, En. Abul dah menamatkan zaman bujang dia pada 2 hari bulan Jun yang lepas. Japgi, korang scrool tengok gambar dia kat bawah tu na. Sebelum apa-apa, aku nak cerita sikit perjalanan majlis kenduri di sana. Lain bebeno dengan tempat aku nie. Yelah, lain negeri, lain caranya ye tak. Lain padang, lain lalangnya.. Eh! betoi ka peribahasa abang karam sing tu? (=_=").

Di negeri Kelantan, Hari cuti sekolah adalah hari-hari yang available untuk dibuat kenduri. Dari isnin sampai hari ahad. *alah, macam lagu Rebika itam tu. hew.hew.hew. Memang agak janggal bila aku ada kat sana. Yelah, slalunya, kenduri kendara nie kalau di tempat aku, hanya hari Sabtu n ahad ja. Sabtu belah perempuan, Ahad belah lelaki. so, dari hari ja kita dapat detect anak mak limah laki ke perempuan if dibuat kenduri pada hari ahad kan.. Senang.. simple.. eh, simple bab hari je. bab lain, #pengsan.

Dari segi masa pulak, kalau ditempat aku, masa bersanding dalam lingkungan 12 hingga 1 petang. tapi, kadang2 terlajak sampai 2 petang. Mungkin rumah pengantin masing2 jauh jaraknya.*yeke. tapi, kalau di kelantan, waktu yang paling sesuai dalam pukul 3. Huh.. Lapaq pengantin wooo. ihihhih.. kalau kat tempat aku, katering dah kemas2 meja dah nak balik... Tapi, itu keistimewaan kenduri kat sana. Tak payah nak kelam kabut sangat kan.. Dan kenduri disana selalunya dibuat dengan sederhana. kebanyakan hanya menyediakan 1 hingga 3 kemah sahaja. Kalau tempat tak cukup, bertempiaran tetamu duduk menikmati hidangan di bawah pokok. *rasanya serius lagi best, *save bajet.. Tak macam tempat kita kan.. 5-10 kemah.. sampai tuan rumah pening kepala nak pacak kemah kat mana. Halaman hanya sekangkang kera. 

Actually, tak banyak sangat perbezaan kenduri kawen di Kelantan dengan tempat aku. Sebab sama-sama melayu kan. ihihih. Cuma ada seper- duaperkara yang simple berlainan..contohnya, ketika orang bersalam sedekahkan wang kepada pengantin, gudiey beg dari Rombongan pengantin and ada lagi. Aku pun dah lupa. *memory low .. Tapi, yang paling..paling...paling berbeza dengan tempat kita ialah mengenai MAS KAHWIN. wah!!! tiada wang hantaran ok.. semuanya disekalikan dalam mas kahwin. So, duit tu kepunyaan pengantin perempuan bulat-bulat. *bulih la dia beli barang kemas.. (~,~")

Ok.. cukup tu.. cukup berleter dengan jari nie. Aku dah penat menaip. ahhaha. Tapi, kenduri kat Kelantan sangat meriah wooo. Itu motif sebenar aku nak taip dari tadi. ahahha. So, sebelum hampa bosan dengan entry aku nie.. Sebelum hampa tekan pangkah, moh tengok gambar2 yang sempat dirakamkan kat sana. Cewah. jom2... Scrool down na..

Kacaknya pengapit pengantin tu.. wah.. kacak kan.. *jangan marah ya pengantin sebab over shadow.. #eh! perasan gila. ahahah. Actually, aku seorang yang pemalu tau. Pengantin stedy, tapi, pengapit yang merah padam.. *over

Tuesday, June 19, 2012

1st time ke Kelantan Part 2 - Shopping besar di Rantau Panjang. Murah!!! Murah!!!!

Assalamualaikum...

Wah, tajuk~ macam orang berniaga ja kan. Okey, untuk entry part 2 nie, aku nak bercerita mengenai hari kedua aku kat sana. Yelah, macam hampa semua tau, hari pertama, aku tak ketahuan hala p petik buah salak sampai terpacak duri atas kepala kan. *nasib baik tak jadi sundal bolong. klu tak baca lagi, nie hah entry dia. TEKAN SINI  So, untuk entry kali nie, cek nak habaq mai kat hampa pasai hari kedua cek kat sana. Pergi Rantau Panjang woo.. kalau pergi kelantan, tak sah kalau tak pergi ke sempadan Malaysia - Thailand tu kan.

Dalam perjalanan, aku kena tempoh 2 road block kat sana tau. Dah macam nak masuk thailand betoi-betoi dah gayanya. Bersempena cuti sekolah, memang alamatnya bertambah JEM lah jalan ke sana. Tapi takpa, dengan kesabaran yang tinggi, aku sampai ke sana hampir pukul 7. Keterujaan melihat motor-motor yang berketempiaran yang bernombor pletkan tulisan Thailand tu membuatkan fefelling dah berada di Luar negara. suasana sungai sempadan yang keroh di sepanjang laluan jalan raya kat pekan Rantau panjang tersebut, membuat aku terbayang-bayang manusia-manusia yang memperjuangkan cinta mereka sampai Kawen lari kat Thailand.. *tetiba ja kan.

Sesudah aku dapat parking, keadaan sekeliling agak lengang. Patut la, rupa-rupanya Pekan Rantau panjang nie bukan macam pekan-pekan yang ada kat tempat kita. Pukul 7 dah nak tutup kedai.. Awai bebeno.. tanpa melengahkan masa, langkah panjang kaki p jenguk kedai-kedai yang belum tutup. Nasib baik juga berkesempatan untuk shopping barang-barang yang ada depan mata. *shoping besar lah sangat kan. 


Kekacang kat sini memurah-murah. Tak tau kenapa kat tempat kita mahai dari sini. Mungkin nak kekacang pun kena cukai gak kot. hahahah..

Wah.. Jeruk buah. Tapi kan, rasa jeruk kat sini agak pelik. Tah la. Mungkin mulut aku ja kot.

Wah.. sedapya... beraneka bentuk. berwarna-warni. hahaha. macam tema biskut mancis dah kan. Tp, memang sedap. Apa tah nama dia. aku tak pernah sebut sebelum nie,. Sebab tu lupa.. lol

Friday, June 15, 2012

1st time ke Kelantan Part 1. Keterujaan memetik buah salak~

Assalamualaikum..

Hai..hai..hai.. Apa habaq semua.. *macam retis.. harap semua sehat dan bahagia disamping keluarga tersayang.. untuk entry kali nie.. Mr. secretary nak becerita sikit pengalaman dok pi melancong ke bumi Kelantan. Untuk pengetahuan hampa semua, ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke sana. Sungguh gundah gulana bergelora hati nie bila dapat peluang untuk pergi ke sana.

Actually, aku gi sana naik bus je. coz tak larat nak drive kreta. Jauh wooo. Perjalanan hampir 8 jam okey. tercabut tangan dok pegang stereng. masa dalam perjalanan. aku tiba-tiba rasa peluh satu badan. Tengok lubang econ bus tu, dok terngaga ja. Berasap ekon keluar. Tp, dok musykil kenapa aku dok berpeluh sakan. Ditambah keadaan pagi buta dalam kul 3 pagi, mustahil boleh berpeluh. Sepatutnya sejuk tergedik-gedik kat atas bus tu. Apabila diamata, *cewah, baru aku perasan yang jalan yang dilalui sangat bengkang bengkok. dan kelajuan bus jugak agak maksima na... ditambah pulak aku dok di seat belah atas. Kompom2 pening nak pitam la tu.. Itulah kelemahan aku, selalu pening bila naik bus. Dengan tekad didada, aku paksa diri untuk tidoq. Sebab tak larat nak tahan muntah. Tp, tak menjadi. Bluerk la atas bus tu. ahhaha..

Setibanya di kelantan, jam dah menunjukkan pukul 4 am. Nasib baik timing member aku yg bernama ABUL yang mengambil aku dari stesen bus tepat. Xpayah la aku dok berjaga mata untuk menunggu kan. Sampai ja rumah beliau di Felda Kemahang, aku terus rebahkan badan di katil. Dah tak ingat apa dah. yg pasti, nak tidoq. ihihihh.. Keesokan harinya, Abul bawa aku gi jalan pusing satu feldanya. Memang itu kali pertama aku masuk ke felda. Begitu cantik dan tersusun rumah-rumah di sana sambil bertatahkan pokok-pokok bunga perhiasan yang lawa-lawa.

Selesai pusing-pusing, kami pun pergilah ke kebun abah beliau untuk memetik buah salak. This is my 1st time jugak ok. untuk memetik buah yang berbisik tu.. Excited sungguh..

Nampak tak mimik muka aku yang teruja tahap dewa 19..hahaha.

Fulamak weh.. Berkilat kulit dia tu. Fresh dari ladang woooih..

Monday, June 4, 2012

Mr. Secretary X dapat Hadir Malam Anugerah untuk Pengguna Internet Malaysia Sebab bercuti di Barcelona?

Assalamualaikum..



Tolong baca tajuk dengan nada sedih okey. tp, abaikan bercuti di Barcelona tu, jersi je tu.. Propa... Herm.. sedih dan duka aku bila membuat keputusan untuk tidak menghadirkan diri ke Majils Anugerah untuk Pengguna Internet Malaysia iaitu Digi Wwwow Awards 2012. sambil lap-lap air mata nie, aku nak habaq kat hampa yang aku terlibat dengan kursus wajib bagi kakitangan kerajaan di Air Keroh Melaka mulai Esok sampai 15 Hari bulan. 11 hari wooo..

Pakaian untuk dipakai di dalam malam anugerah tu dah ada sponsor. Dah try dah pun.. Tp, nak buat macam mana kan, tak de rezeki untuk memperagakan koleksi butik ........................ Huh, rahsia na.. Tapi, insyallah, Akan ku hantar wakil ke Anugerah tersebut untuk menyambut Trofi yang bakal dimenangi.. *eh, baru tercalon finalist, dah over! dan kompom modul untuk kursus malam 9 Jun dimana berlangsungnya Anugerah tu secara langsung, aku wat dek je n tak fokus. Mata akan tertumpu di BB.. Dok tengok twit dari wakil Mr. Secretary.. apa? nak tau sapa wakilnya, rahsia.. nantikan gambar dorang di sana ok..

sobs2.. *lap hingus.. Weh, dah xmo menaip dah untuk hari nie. ahahha... apa pun, doakan kejayaan aku na untuk Digi Wwwow Awards tu. Bersaing dengan blogger2 hebat kemain di alam space nie. dan nantikan Update melancong ke KELANTAN part 1 nanti ok..ihihi. Kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...