Wednesday, May 30, 2012

Aku Menghilang ke Kelantan.. Semata-mata pekana kropok lekor?

Assalamualaikum..


Wah, gambar aku jadi pengapit kat atas nie? apa motif gambar untuk entry kali nie pulak ye... Sebelum tu, aku nak cerita yang aku cuti besok dan lusa. Wah.. Bercuti ke Kelantan na.. This is my 1st time nak gi sana. Sebelum nie, aku tak pernah nak jejak kaki kat sana sebab x berpeluang nak gi.. So, bila diberi peluang, apa salahnya kan. Excited ni weh..

Tujuan utama aku gi kesana sebab kawan se'ofis aku akan berkahwin sabtu nie. So, dah nama pun kawan kan. kena lagi gi kan untuk menghabiskan nasi minyak beliau. Yetak.. Tapi..tapi.. ihihih *malu nak cakap.. tujuan yang paling-paling utama sebab aku jadi pengapit dia disana .. yeyy.. Jadi pengapit lagi. Masuk nie, dah 4 kali aku jadi pengapit. Ops, Terexcited lagi. 

So, aku ambil keputusan untuk cuti awal untuk berjalan-jalan disana. Alang-alang mencelup pekasam, biar sampai ke merata-rata di tanah Kelantan kan. #Eh! Hok'ollohh.....Kawe nok cari Budu, Kropok leko.. nok makkey kot sano... OPS! dah jadi slang Thailand nie... ihihihi..psttt~ dengar cerita kropok lekor sana fresh2.. *bentuk ikan lagi ka?

p/s: Orang kata klu jadi pengapit 3 kali, orang tu akan dapat jodoh pulak lepas tu. ahaha. Tp, aku rasa, klu 30 kali jadi, baru dapat kot..yetak.. dok muda lagi nie... ihihih. Slm. kbai..

Tuesday, May 29, 2012

Alhamdulillah : Terpilih untuk menjadi Finalist Digi Wwwow Awards.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Itu ja yang mampu aku katakan buat masa sekarang nie, tadi, tangan saja dok gatai2 p cek email lepas ada seorang sahabat FB sampaikan berita yang senarai calon akhir pilihan juri untuk Anugerah Digi Wwwow Awards dah keluar. Dengan tenang sambil disulami internet yang lembabz, aku perlahan-lahan menjengok email tersebut. Scroll dari atas hingga bawah.


Cek punya cek, rupa-rupanya ada email yang 4 hari sudah berada di inbox berkenaan dengan Digi Wwwow Awards.. Wah, melompat aku. Yeyyyy.. tercalon dalam senarai akhir pencalonan.. Wah, ala-ala Anugerah Berita harian pulak kan. So, apa yang aku kena buat ialah, send balik detail2 berkenaan entry tersebut. Termasuklah gambar-gambar.

Jutaan terima kasih kat kawan-kawan yang tak jemu-jemu mengundi.  tak lupa jugak kepada Kawan-kawan yang jemu mengundi. Just sekali undian pun dah amat bermakna.. Terima kasih banyak2.. Setiap undian hampa, Amat berharga. Cewah..Terima kasih na semua. .Mak & Abah, Kawan2 FB, Twitter, Blogger, Readers, Kawan2 Sesetiausaha, Staf2 UPSI, Student2 UPSI, Staf2 Baiduri dan semua yang turut mengundi. Lupa habis nak cakap apa. Excited. And.. and. Special thanks to IQRAM LUTHFI.. Tq so much semua weh.. 


Aku tak teringat langsung yang aku ada hantar jugak entry bervideo untuk kategori Social Media Gathering nie untuk anugerah Digi Wwwow Awards nie. Rezeki Allah nak bagi kan. Walaupun usaha berhempas pulas untuk kategori Blogger of the year tidak membuahkan hasil..*maksudnya, tak tercalon la tu...  aku bersyukur sangat2 dengan pencalonan anugerah nie.. :)

Menang tak menang aku tetap bersyukur. Bukan senang nak jadi Finalist kan. Susah woo.. Alhamdulillah..

Monday, May 28, 2012

Statement ala-ala Diva bila aku masuk Majalah. *Pengsan

Assalamualaikum.

Bekerja sebagai setiausaha tidak menghalang nuraizuddin untuk terus aktif menulis blog.  Nuraizuddin yang baru menyambut hari kelahirannya yang ke-22 mengaku bahawa menjadi seorang blogger sangat mencabar. Bagi Nuraizuddin, blogger boleh diketagorikan kepada banyak jenis mengikut penulisan yang disampaikan oleh sesebuah pemilik blog tersebut. 

Nuraizuddin juga dikenali sebagai Mr. Secretary dikalangan pengguna internet. Ini kerana Nuraizuddin menggunakan gelaran tersebut sebagai tajuk nuraizuddin.com , blog miliknya sendiri.  Disamping itu, Nuraizuddin juga mempunyai channelnya sendiri di 1tube.my [Malaysia Sharing Video] dengan hampir 50 video yang diupload. Dengan bakat mengacara yang dimiliki, nuraizuddin mula dikenali oleh pengguna internet seluruh Malaysia kerana nuraizuddin banyak mengacarakan video-video berkenaan artis tempatan, pelancongan dan banyak lagi. 

Tak kenal, maka tak cinta,
So, bila dah kenal, jom kita interview dia..



Bila Nuraizuddin mula berblog dan kenapa?
Actually, saya dah berblog dari 2008. Pada ketika itu, saya diberi tugasan sebagai seorang pelajar diploma Sains Kesetiausahaan untuk membangunkan sebuah blog . Ini kerana, didalam modul yang saya ambil ketika itu, setiap pelajar diberi penerangan tentang kelebihan dan manfaat blog. Dari situlah saya perlahan-lahan merangkak menulis blog dengan pengisian-pengisian kehidupan seharian saya.

Pilihan jenis-jenis entry Nuraizuddin[dot]com 
Erm,.. Pilihan jenis entry.. Sebenarnya, tujuan saya menulis blog adalah sekadar berkongsi dengan rakan-rakan dan pembaca tentang perkembangan kehidupan saya. Tapi, yang menarik jelah kan. Nanti, klu cerita yang bosan, orang akan close tab je. ihihih. Sejak bergelar Setiausaha, saya mula perlahan-lahan untuk menulis entry dan memberikan contoh-contoh surat yang saya pernah buat kepada kawan-kawan yang memerlukan contoh dari saya. Disamping itu, Blog nuraizuddin.com nie ada beberapa bahagian yang telah di asingkan . Bahagian-bahagian tersebut mempunyai video-video yang telah dibuat sendiri oleh saya. Contohnya, interview artis, Vlog, Travel log , dan banyak lagi. Klu nak tau lebih lanjur, p la melawat Nuraizuddin.com okey. ;)

Apa perkembangan Mr. Secretary sekarang. Dengar-dengar ada Projek baru?
Sekarang, badan saya yang mengembang. hahaha. Alhamdulillah, makin hari, makin murah kurniaan rezeki Allah. Buat masa nie, saya tak berkesempatan lagi untuk keluarkan video baru seperti dulu. Kerana kekangan masa dan *laptop rosak. Aduhs... sedih sungguh. sebenarnya.. sebenarnya. ihihih. Ada satu produksi nie dah tawarkan satu projek kepada saya. Wah, excited tau.. tp, tulah, masih didalam perbincangan dengan produksi tersebut. Klu nak tahu projek apa kan, kenalah sentiasa ikuti perkembangan didalam blog saya nie. ececeh. ihih. *malu tahu. sambil tutup muka dengan dengan...segan2..

Macam mana seorang blogger nak ramaikan pembaca?
Terus terang saya katakan, saya tak berapa tahu. sebab followers saya pun tak banyak sangat. ihihih. Boleh la kan. Tapi, saya cuba jawab juga la ye. Sebenarnya, tarikan sesuatu blog tersebut adalah disebabkan pengisian-pengisian yang dikarang oleh penulisnya. Entry yang berfaedah mesti orang suka kan. yetak. Blog tu jugak mesti mesra pembaca dan tajuk-tajuk entry mesti la hot-hot. Yelah, kalau tidak, mana orang nak baca kan. *helah semata tu. Bagi blogger yang baru-baru, blogwalking dan tinggalkan jejak amatlah penting. dan jugak share link2 di group2 blogger. Yelah.. Kalau tiada promosi, macam mana orang nak kenal blog kita kan. Tapi kan. Kekacakan dan kejelitaan seseorang blogger adalah pakaje sampingan untuk menjadi blogger yang berjaya. Klu tak percaya, tengok la blog-blog peribadi yang popular. pemiliknya mesti cun kan. ;) . Boleh tak saya nak cakap Blogger = Artis.. iihih.itu sekadar pendapat saya, saya pun masih baru didalam dunia berbloggingn nie. Banyak benda lagi yang harus saya belajar.

Apakah cabaran Mr. Secretary sepanjang berblog?
Saja ja kan. Cakap tadi taknak tanya. Tapi, tanya jugak. Xpalah, Saya jawab setakat mampu na.. amboi2. Sebagai seorang blogger, banyak sebenarnya cabaran yang perlu ditempuhi. Cabaran nak cari followers yang setia, Cabaran nak cari masa untuk menaip, Cabaran untuk bagi orang suka baca blog kita.. dan banyak lagi. ihih. *jawapan selamat. yeyyyy

Bagaimana cara untuk Mr. Secretary menghadapi Haters-haters yang suka kondem dan Suka membuat cerita buruk yang tidak benar?
Haip! Mana aci macam nie. Memang awak nak saya dedahkan ye... Dari tadi saya dok simpan ketat-ketak. Herm, baiklah.. Untuk perkongsian dan kebaikan bersama, saya kongsikan dari pengalaman saya.~ Setiap manusia di atas muka bumi ini, mempunyai perasaan dengki. Tapi, dengki nie ada dengki ke arah kebaikan dan keburukan. Yetak.. Pada awal penglibatan saya di dunia blogging nie, saya pernah dikerjakan cukup-cukup oleh blogger-blogger yang kononnya otai.. *sangat.. Biasalah, dimana-mana pun, bila orang baru melebihi orang lama, mulalah meng'kondem. kondem dengan kata-kata yang agak kasar. Hinggakan buat saya rasa nak close account Blogspot ja. Sampai satu tahap, dorang bersepakat uollss.. Kemain. Tapi, Alhamdulillah, dengan semangat dan dorongan kawan-kawan seblogger yang lain, sampai sekarang lah wujudnya blog ini. Dari www.zudientstory.blogspot.com ke www.nuraizuddin.com

Baru-baru nie, Dengar cerita Mr. Secretary Difitnah?
Mak aih!.. tahu jugak?.. okey2..Fitnah nie lebih dari membunuh saudara seislam tahu.. Xbaik sungguh manusia tersebut. Demi mengaut keuntungan, nama Mr. Secretary diburukkan..Apa lah salah Mr. Secretary sampai macam tu sekali dia fitnah. Heboh dunia Blog dengan fitnah nie. Kalah Sure Heboh TV3 okey.. Kawan-kawan blogger yang dulunya baik, kini menjadi renggang. Entry cacian yang diterima. Tapi, Alhamdulillah, Kebenaran sentiasa kalahkan Ketipuan. Eh!.. ahahah. Hinggakan saya terpaksa untuk keluarkan Vlog penjelasan mengenai isu ini. Isu apa, biarlah dia hilang. Xmo dikenang.. kan.. Kawan-kawan, readers dan blogger-blogger lain banyak menyapot Mr. Secretary hingga semangat yang pudar kembali cerah diarea blogging nie.. Terima kasih semua...

Apakah harapan dan kata-kata akhir kepada readers blog nuraizuddin.com
Kepada semua yang support nuraizuddin.com dari awal penglibatan hingga sekarang, Ribuan terima kasih diucapkan. tidak mampu untuk saya membalasnya. Teruskan untuk menyokong nuraizuddin.com okey. Nantikan setiap entry terbaru nuraizuddin tau.. Assalamuaalaikum.. *takleh nak berucap panjang2 sangat.. Sebak..


Macam nie la gamaknya kalau aku keluar majalah.. *pengsan
Nantikan kemunculan nuraizuddin di majalah ye. Nak tahu majalah mana? Herm, Harapanla.... ahahha. Majalah mana yang amik aku untuk diinterview macam blogger-blogger yang lain, saja nak menempa kerugian. ahahah. This Entry just for fun tahu.....Tapi.. tapi. jangan terlepas Maksud yang ingin disampaikan  ok..ihihihih. Kbai, salam.

Thursday, May 24, 2012

Ditawarkan bekerja di Kementerian Luar Negeri

Assalamualaikum..

Ikan Mas Kena Pahat, 
Kawan-kawan semua sehat...?


Cewah, nampak tak.. Mulakan entry dengan pantun tu.. ahahah. Jadila kan 2 kerat, klu lebih keratnya, takut tak kena pulak bunyi belakangnya. Xda talent nak berpantun pantin nie. Dah lama rasanya tak update pasal diri sendiri. Dok jaga tepi kain orang ja kerja si Mr. Secretary nie kan. So, entry for today, aku nak meroyan pasal diri sendiri kat sini.. 

Berbalik kepada tajuk entry nie, saja nak share ngan hampa semua pasal benda nie. Aku tak cerita sangat kat kawan-kawan aku di dunia reality. Sebab, depa x paham sangat apa yang aku nak sampaikan. dan maybe, dorang meluat ngan aku nanti sebab merapu benda yang tak paham. Yetak.. So, disinilah tempat paling sesuai aku nak ceritain. Dalam diary online aku sendiri. *dairy lah sangat kan. 

Termasuk hari nie, aku dah dapat 2 tawaran untuk bekerja di Kedutaan Malaysia di luar negeri. Bukanlah tawaran sangat, tetapi pelawaan-pelawaan dari orang-orang kuat Malaysia nie. Cewah.*ayat goncang dunia kan.. Tetapi, buat masa sekarang nie, aku memang tak bersedia. Banyak aspek yang perlu dititikberatkan yang aku fikir tak mampu untuk ketika ini. Dan banyak jugak kekangan untuk aku tinggalkan Tanah Air tercinta nie. Cewah..

Aku actually, tak pandai sangat nak speaking Mat Salleh fluently n writing aku hentam keromo. aahah. *pengakuan nie.. Aku takut nak berbahasa Inggeris selepas Tamatkan kerja dengan di Westport Klang sebagai  Junior Secretary di sana. Setahun aku tergeliat lidah di sana. Fully english ok disana. Memang power BI aku dulu even broken. Peduli apa aku kan. But, sekarang, no confident at all speaking in BI. Even dengan Student2 luar negara kat sini, aku akan cakap melayu. Biarlah bagai Itik dengan kucing. #eh! *Hg mai belajaq sini, blajaq cakap bahasa sini la kan. 

Insyallah, Bulan 9 nie aku akan menyambung pengajian aku di UITM Shah alam. Ini satu lagi kekangan buat aku ke luar negara. Yelah, PJJ, kelas sebulan sekali ok. Klu aku p sana, kompom2 bankrup beli flight ticket balik malaysia ja kan. Belajarlah sampai ke Negera China. sebab kat sana ada tembok cina. and orang2 di negara china semuanya kretif . kan. *Mengarut dah nie..

Kekangan paling kuat sekali ialah............ Aku tak boleh tak tengok muka mak n abah aku lebih dari sebulan. Mau pengsan dibuatnya. walaupun aku balik Taiping sebulan sekali or dua kali, aku akan rasa lega tengok depa.  tapi kan, just for info, klu aku balik, just macam hotel ja rumah aku tu. nak tidoq ja melekat di rumah. ahah. biasa la tu kan. muda remaja lagi. Melepak ja kerjanya. tapi tulah, janji dapat tengok n bersembang dengan depa walaupun sekejap. 

Entah la, bila difikirkan keseronokan dan wang ringgit , memang aku nak gi kerja di kedutaan tu. Bukan senang kan manusia didalam Malaysia nie dapat tawaran macam tu. Aku bukannya kerja bagus sangat. Tp, itulah. kata orang, biarlah kita buat kerja dengan ikhlas dengan rasa tanggungjawab. Allah memandang perkara itu. Rezeki milik Allah. Insyallah.

Apa pun, aku yakin yang Allah dah mengatur masa depan dan rezeki setiap umatnya. 

Monday, May 21, 2012

contoh surat penerimaan lawatan kerja

Assalamualaikum. Untuk entry kali nie, Mr. Secretary nak tunjuk Contoh Surat penerimaan lawatan kerja. Tetapi, jika anda sedang mencari CONTOH SURAT LAWATAN KERJA, [tekan sini]. ataupun kepada sesiapa yang sedang mencari CONTOH KERTAS KERJA LAWATAN [tekan sini]

(Letter Head)
                                                                                                                                                BLOG/DIN/AS/306/3
                                                   
                                                                                                                                                         APRIL 2008
                                                                                                                                                          R’AKHIR 1429



Y. Bhg. Dato' Karimas
Pengarah,
Jabatan Tenaga Segera,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu

Tuesday, May 15, 2012

MatLuthfi90 tolong aku terangkan jangan percaya dengan khabar angin.

Assalamualaikum.

Minggu lepas, seperti yang hampa semua tau, aku telah di tuduh dan difitnah berkenaan Digi Wwwow Award 2012. Tadi, masa bukak facebook, ada video mat luthfi yang diupload 22 April lalu yang macam sesuai ja aku kongi dengan hampa semua and especially kepada si Pujangga Rimba yang tak ketahuan hala tu. ihihi. Jom layan video dia. dalam kelakarnya, ada nasihat..


p/s : Jangan mudah percaya dengan khabar angin dan statement manusia yang tidak bertanggungjawab. ihih. Selamat beramal..

Monday, May 14, 2012

Kini Mr. Secretary sebagai wartawan sambilan dan bakal mempunyai rancangan sendiri

Assalamualaikum..

Apa khabar semua kawan2. Mr. Secretary harap semuanya sehat belaka. Cewah~. Hampir sebulan aku tak update blog ini dengan aktiviti-aktiviti yang aku buat. Yelah, mana taknya, dok sibok promote diri yang tak seberapa ni untuk Digi Wwwow Awards kan. ihihih. Sekarang nie, just menunggu dengan sabar serta tenang untuk mengetahui finalist untuk ketagori2 yang dipertandingkan. Mana nak tau kan. Kot-kot ada rezeki untuk dijemput ke Digi Wwwow Awards tu. ihihi. Insyaallah. amin~

Macam hampa semua tau, dengan join award nie lah Mr. Secretary telah difitnah. Mak aih. Fitnah tu. Dosanya lebih dari membunuh orang tu beb.. *baik kau bunuh orang. tapi, takpa, sehari ja aku emo. sedih kononnya. Then, after 24 hous, dah ok.. Itu tak mematahkan semangat aku untuk terus berkempen dalam pilihanraya ini. Eh. Dengan berbekalkan sokongan dan semangat dari kawan2, Mr. Secretary terus mengorak langkah dan mendadak jumlah undian yang diterima. Alhamdulillah. TERIMA KASIH KAWAN2 SEMUA.. 

Tuah ayam nampak di kaki, Tuah orang siapa yang tahu..


Maaf.. muka sedang berserabut dan rambut tidak rapi.. dan masih tidak biasa..

Sunday, May 13, 2012

Aku menangis.. Kasihnya ibu

Assalamulaiakum...


Entry ditulis pada Hari Ibu 2011 : Sudah hampir seminggu aku demam. Bukan tidak mahu ke klinik, tetapi ada kekangan yang tidak mengizinkan. Kepala ku menjadi berat, tubuh ku menjadi lemah, perasaan ku terlalu rapuh.. Menagih simpati kepada rezeki kurniaan ilahi untuk meneruskan hidup. Bukan tidak berusaha, tetapi mereka mengambil kesempatan di atas keperihatinan ku. Walaupun mimik wajahku amat ceria, tetapi di sedalam tinggi lubuk hatiku terlalu geloranya. Membadai jiwa. Perasaan tidak seimbang menghantui diri. Aku mudah muram, tersentuh , dan juga menangis. Di saat aku menaip entry ini, titisan jernih air mata menitis ke pipi..

Untuk mengubati gundah gulana, aku menghubungi Abah di Kampung untuk bertanyakan khabar. Suara penuh dengan nada mengambil berat melunturkan hati ku. Perasaan sebak mula bertandang. 

"Aku lelaki, aku yang nak ke sini.. aku kena tanggung sendiri..aku tak boleh menangis.!!!

Bohong aku katakan jika tidak mengadu derita jiwa. Aku tahu abahku seorang yang tidak cepat melatah. Beliau mendengar dengan tenang dan memberi nasihat untuk meneruskan perjuangan di dalam kehidupan. Aku mula berasa tenang dan sebak didada mula menghilang...

"Nak cakap dengan MAK~?

Hati ku mula pilu. Membayangkan wajah murni ibuku. Aku mengaku, Ibuku adalah inspirasi ku. Beliau amat kuat dan tabah menjalani kehidupan. 6 Anak lelaki dibesarkan dengan menggunakan tulang 4 keratnya. Ibuku seperti ketua keluarga. Pagi petang bekerja.. Tanpa rasa penat.. Aku dibesarkan dengan menyaksikan titisan peluh ibuku bekerja. Walaupun aku tidak tahu hal keduniaan ketika itu, aku cukup paham dengan hanya memandang raut wajah ibuku yang kepenatan sambil bermandikan peluh. Begitu besar pengorbanannya. Beliau berjaya menyekolahkan anak-anaknya. Setiap tahun pakaian raya pasti disedia. Pakaian sekolah pasti bertukar. 

Abah ku bukan tidak bekerja. Berkhidmat sebagai pengawal keselamatan, Beliau hanya mampu menyara duit ubatnya. Sebelum Abahku terkena serangan jantung 1998 an, keluarga ku tidaklah sesusah selepasnya. abang ku ada yang terpaksa berhenti sekolah. Mungkin untuk memberi peluang kepada adik2 untuk meneruskan perjuangan. Selepas peristiwa itu, Ibuku mengambil alih tugasnya.

"Assalamualaikum Mak~"

Tiba-tiba air mataku sudah membasahi pipi. Kerinduan kerana berjauhan amat memeritkan, tambahan pula hari Ibu menjelang tiba. Kedengaran suara ibuku sayu-sayu kesebakan.. Seperti beliau tahu kesulitan kehidupanku. "lat dah makan?.." aku menjawab sudah.. Aku tidak mahu ibuku bimbang akan diriku. Aku terpaksa berbohong.. Maafkan lat mak~.. Dek kerana permasalahan mereka, aku yang menjadi mangsa. Akibat keperhatinan aku, aku terbabit dengan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Aku berjanji, aku tidak akan bekorban lagi.. cukup~

Aku tidak pernah berahsia apa-apa dari ibuku. Baik buruk, luar dalam, sudah terpahat di dalam ingatan beliau. Aku mula menceritakan permasalahan yang timbul. Tiba-tiba, suara ibuku bertukar sebak.. 

"Mak jauh.. kalau lat kat kampung, boleh la kita kutip pucuk ulam  kat belakang rumah untuk dijamah.."

Walaupun Ibuku tidak boleh berjalan akibat dilanggar lori setahun lepas kerana mencari rezeki, beliau tetap mencari jalan untuk meringankan bebanku. Tetapi, aku menolak. Aku terlalu dimanjakan. Semua kemahuan ku dipenuhi. Hinggakan ada orang tidak percaya aku anak kepada Pengawal keselamatan dan pekerja kebun.,..Ibuku amat kuat. aku terlalu sedih diatas kejadian yang menimpa ibuku, tetapi aku percaya ada hikmah disebalik kejadian ini. Allah mahu merehatkan ibuku untuk tidak terus bekerja kuat.,Subhanallah~ kehidupan ibuku dipenuhi dengan linangan ari matanya sendiri. Mungkin merintih nasib, tetapi beliau tidak pernah berputus asa apatah lagi menyalahkan takdir.. Aku pernah terlihat ibuku mengangis kerana tidak dapat memenuhi permintaan salah seorang abang ku. Walaupun tidak sepenuhnya, beliau tetap berusaha untuk memenuhinya. Dah 20 tahun aku dimanja, sebab itu aku mengambil keputusan untuk cuba hidup berjauhan. walaupun tidak mampu, aku tetap meneruskannya kerana percaya sabar adalah kunci segalanya. Aku mahu kuat seperti ibuku. 

Rinduku sedikit terubat selepas dapat bercakap dengan mak dah abah.. Aku amat menyayangi mereka berdua lebih dari segala-galanya. 


SELAMAT HARI IBU MAK~ 


Mak adalah segalanya.. Lat sayang mak sangat-sangat.. Lat akan ingat segala pesan mak.. Lat akan cuba mengubah nasib keluarga kita mak~

Thursday, May 10, 2012

Vlog Penjelasan nuraizuddin mengenai isu kecoh BELI UNDIAN untuk Digi Wwwow Awards 2012

Assalamualaikum..


 

Harap anda semua lebih berhati-hati di alam maya. Kerana duit, macam2 orang sanggup buat. hinggakan menfitnah! Balasan Allah sangat dasyat bagi kesalahan Menfitnah kawan.. Allah perkenankan doa orang2 yang teraniaya.. insyallah.

Apa pun.. aku tetap akan kuatkan semangat untuk meneruskan pertandingan Blogger of The year , Digi Wwwow Awards..  jangan lupa undi ya. Biarkan manusia ini menabur fitnah. janji, Allah mengetahui segala-galanya..

Untuk mengundi, Tekan sini

Tuesday, May 8, 2012

Mr. Secretary sudah Ranking ke-4 untuk Blogger Of The Year 2012 , Digi Wwwow Awards

Assalamualaikum...



Selamat  tengh hari kawan2.. nampak tak sapa yg berada di no. 4 tu. ihihi.. MR. SECRETARY.. yeyyy.. wah, tersenyum lebar kan si Mr. Secretary tu. Cara nak tau sapa ranking, tengok hg paling atas n sebelah kiri tu. Mr. Eqbal Zack.. Blogger yg hebat di Malaysia. Alhamdulillah, dapat juga Mr. Secretary memberi saingan sengit kat blogger Hebat2 seperti diatas. uhuhuhu. Hampa semua tolong vote Mr. Secretary.. Kalau orang masuk pertandinga, muhong kalau takmo rangking kan. mcm tu jugak Mr. Secretary.. ;)

Mr. Secretary bersyukur sangat2.. sebab kawan-kawan FB dan twitter sangat setia untuk mengundi Mr. Secretary hari2..Alhamdulillah. Terima kasih ALOT kawan semua. Mr. secretary sangat terharu.. aku pun rasa nak terharu jugak mcm mr. secretary. ihihih. *kemain~


#Ranking Update : Untuk saat ini, Kedudukan Mr. Secretary berada di NO 4 untuk Kategori BLOGGER OF THE YEAR. Mr. Secretary memerlukan jasa baik kawan2 untuk terus mengundi. Teruskan mengundi sampai 13 mei ini ok.. Support na.. undi hari2 tau..

Tq so much na kawan2.. VOTED okey.. ihihih..

http://www.wwwow.my/submission.aspx?response=http%3A%2F%2Fwww.wwwow.my%2Fdisplay_entry.aspx%3FID%3Da4c9ac95-5841-478d-aae1-c52bab832f22



Wednesday, May 2, 2012

Bercuti di Oversea. Jawapan Kemana Mr. Secretary menghilang

Assalamualaikum..

Oversea lah sangat. ahahah. Wah, dah lama weh aku tak update blog. dah lebih seminggu. Mengetar jari nak menaip entry tahu.... Ok, untuk entry kali nie, aku nak share ngan hampa semua kenapa aku tak update blog lebih seminggu. Mesti hampa semua rindu kan. ihihihhi

Actually, minggu lepas aku telah ke seberang laut @oversea  ke LANGKAWI. Wah, syok weh. . Kononnya nak mengurangkan ketensionan kerja. Yelah, kerja sebagai Setiausaha memang memerlukan kecekapan, kesabaran,ketelitian, keletihan dan kesibukan yang tinggi. Huh, Dah nama pun lelaki. Kompom2 la berguling aku buat kerja. So, Langkawi lah tempat yang sesuai untuk menghilangkan tension2 tu. Seminggu Okey aku bercuti. 



Untuk info hampa semua, Ini adalah pertama kali aku naik Flight. Huh.. Berdebar-debar.. Nampak tak muka aku kat atas nie. Senyum pun tak ikhlas.. Yelah, bepeluh tapak tangan beb... Dengan ketinggian maksima yang bakal ditempuhi, aku hanya mengalunkan ucapan dua kalimah Syahadah di bibir. *aku memang takut ketinggian. Gayat.. That Y, Genting Highland pun aku tak pernah sampai.haish!!!


Tengok tu.. Just duduk senyap n bertenang ketika Flight nak berlepas. Huh.. aku tak berani nak dok tepi tingkap woi..  Dupdap..dupdap jantung. Tapi, bila dah berlepas, tak lah teruk sangat. Rasa syok weh. Menikmati keindahan ciptaan Allah dari tempat yang tinggi. Semua dapat tengok. Wah, 1st time aku dok tinggi lagi dari awan.. dan tetiba aku Excited kat atas Flight tu.. But, bila atas awan, Mr. Pilot p langgar awan n perlahankan engine kapal, aku mula kecut perut. Alah, Hampa pun sama  kan klu situasi mcm nie kan. Rugi aku tak bercita-cita jadi MR, PILOT. Klu tak, dah berjaya dah. . Syukur jadi Mr. Secretary pun..Alahai~


Yey.. dah sampai.. Pertama kali menjejak kaki ke Pulau Langkawi. Wah, even didalam Malaysia ja percutian kali nie, Tapi, rasanya dah mcm g oversea.. Bukan sebab apa. Tempoh penerbangan yang 30 minit tu dah macam 30 jam. Terseksanya aku menahan kepeningan dan ketakutan diatas Flight.. . Korang jangan nak tanya aku naik Flight apa ya. Kompom2 AirAsia rajin dok buat promosi.,. Bluerk!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...