Friday, April 20, 2012

Nuraizuddin Blogger Of The Year for Digi Wwwow Awards 2012

Assalamualaikum..

Wah, tajuk kemain lagi kan. Pagi-pagi buta nie, buat entry sambil tutup muka dengan tapak tangan. ihhhih. Sebab segan ngan hampa semua. Adalah dengan ini dimaklumkan yang aku join Digi Wwwow Awards. Wah, Curlass Kau Jemah! yang tak tahan tu, join katagori Blogger Of The Year woo. *pengsan. Dok bersaing dengan blogger hebat, terhebat dan kehebatan blogger Malaysia. Orang kata, belum cuba, belum tau kan. Bebesar hati dapat join n bersaing / memberi saingan kepada blogger2 hebat Malaysia. ihihih. so, dengan rasa segan dan pemalu, nak mintak tolong semua readers nuraizuddin.com untuk mengundi Mr. Secretary. Wah. tolong ya kawan2. Kalau diberi rezeki menang, aku buat kenduri woo. ihihih..Jom tengok bawah macam mana nak vote na. ..


UNTUK MENGUNDI, JUST CLICK BANNER DI ATAS NA.. Banner Nuraizuddin Blogger of the year.. Yeyyyy.. Apa lagi tunggu, Jom la undi. Undian boleh dibuat setiap hari. N ofcos nak mintak tolong hampa semua undi setiap hari. ihihhi.. Tolong na kawan-kawan.. Kalau hampa x support, sapa lagi nak support Mr. Secretary ni kan. :)

Monday, April 16, 2012

Aku dijemput ke perkahwinan #retistwitter Malaysia. Sangat mariah Curry uolls

Assalamualaikum..

Hai hai. apa khabar semua readers *mood ceria. dah lama x update entry untuk diri aku sendiri kan. uhuhu. Asyik dok update entry pasal orang lain je. Mesti hampa semua dok rindu nak tau apa yang aku buat kan masa weekend-weekend lepas. Cewah.ahhaha. *kompom syok sendiri.

Dua minggu lepas, telah berlakunya satu peristiwa penting dan juga bersejarah didalam kehidupan PojiePooh. Wah, sahabat blog n twitter aku nie. kalau hampa a.k.a uolls nak tau, tarikh akad nikahnya sama dengan tarikh lahir aku ok. 7 April. Curlass kau pojie. terkedu sat. Then, tarikh persandingannya di Klang keesokan harinya. Actually, aku memang excited nak gi kenduri beliau. Dengar cerita meriah karry.. nak tau gak la kan apa yang terjadi. biasalah, dah terikut ngan trend MAK JEMAH.. *johan..johan..

Tapi, agak malanglah sebab aku sampai agak terlewat. Pukul 2 pm lebih baru sampai. fuh, nak mencari rumahnya yang menyebabkan lambat. Bukan sebab susah, tapi kami x pandai baca peta. Aku memang tak baca punya peta yang diberi sebab migrain akan mai kalau aku cari jalan. haha. just ikut ja blogger nie n Nadiah Ayob dihadapan. Last2, terpaksa call blogger nie untuk mengambil kami sebab sesat.. Lol.. cait.cait..cait..

Kami tak sempat nak berjima-jimba dengan blogger yang lain yang dah datang awal. Agak terkilan. tp, takpa.. Tetap syok sebab makanannya auuumm.... n untuk mengurangkan duka di hati yang lara, cewah! jom layan gambor2 nie.. ihihihi..


Friday, April 13, 2012

Tentatif / Jadual Mesyuarat

Assalamualaikum


Untuk entry kali nie, Mr. Secretary nak tunjuk contoh Tentatif ataupun jadual Mesyuarat sepanjang tahun. Sebagai contoh, di Organisasi saya, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi akan dibuat sebulan sekali dan 12 kali setahun. Jadi, Sebagai seorang setiausaha yang menguruskan mesyuarat, saya perlu Cek jadual Ahli Mesyuarat untuk book tarikh mereka dengan tujuan tarikh mesyuarat tersebut tidak clash dengan mana-mana tarikh mesyuarat mereka yang lain.

Thursday, April 12, 2012

Doa ringkas Tsunami

Assalamualaikum..


Semalam, telah berlakunya gempa bumi di Tanah Acheh dengan 8.9 skala hektar. Sangat kuat ye kawan-kawan. Kekuatan tersebut boleh meruntuhkan sesebuah bangunan. Seperti yang kita sedia maklum, Amaran tsunami telah dikeluarkan dan ditarik balik selepas beberapa jam kejadian gempa berlaku. Alhamdulillah. Disini, saya nak share dengan anda semua sebuah doa yang boleh dibaca untuk meminta Allah menjauhkan Bencana air laut ini kepada kita. Hanya berdoa yang mampu sebagai usaha kita. Allah maha kuasa.. Insyallah.

Allahuma sakhir lana hazal bahr. Kama sakhhortal bahr li musa.

Ya Allah, Tundukkan lah laut kepada kami, sebagai mana kau tundukkan laut kepada Musa. Amin ya rabbal alamin

"Kalau dah nak jadi, jadi jugak" inilah status salah seorang sahabat aku semalam. Herm, sebagai seorang yang islam, kita masih boleh bergantung harap dan berdoa kepada Allah. 

Tuesday, April 10, 2012

Malay Romantic Propose Ever by NurAizuddin Production.. Eh! Ever?

Assalamualaikum.

Wah, lama rasanya tak share video yang aku buat dengan korang semua. Yelah, memang aku jarang buat video pun. Kalau dipaksa n terpaksa., #ops! baru lah aku buat. ihihih. Yelah, kemalasan yang melanda diri memang x dapat dibendung. Ditambah lagi dengan kondisi laptop yang sarat. Huh. Sabor jelah. Ok, Today, aku nak share video yang aku dah siapkan untuk kawan aku yang bakal melangsungkan perkahwinan beliau. But, sebelum tu, dia nak buat Video Propose ala-ala Awal n Sya Al-yahya gituew.. Tapi, xde orang nak sponsor like them nak live kat Astro kan. hihih. Ok, Hayati n Enjoy okey..

ia berkisahkan seorang jejaka yang ingin melamar Teman Istimewanya untuk dijadikan isteri. Tetapi, Apa bila saat beliau ingin meluahkan kata cinta, Teman Istimewanya tidak kunjung tiba.. dan teruskan menonton untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


Aku xda apa-apa nak bagi sempena Perkahwinan beliau. Just video ini ja yang mampu untuk dijadikan hadiah perkahwinan. Tahniah Bro. Cepat-cepat dapat anak.. :)

Monday, April 9, 2012

Aku Melancong 4 buah negeri - bajet 250 ratus sahaja

Assalamualaikum


saat nie, aku teraba-raba sebab spet mata entah tercicir kat mana. Mungkin penat semalam tak hilang lagi kot. Stress nak mencari, aku blah p kerja macam tu ja. Lagi pun, bangun pagi tadi pun agak lewat. ahahah. Actually, this weekend sangat memenatkan and enjoy. Yelah. aku jelajah  4 buah negeri U no.. Makan angin katanya. ihihi..

Walaupun ABPBH berlangsung semalam, aku x amik port pun semua tu. Sebab sibuk berjimba-jimbi. #eh. pagi nie baru la tergagau mencari blog-blog gosip untuk mengetahui apa yang terjadi. Tapi, malangnya, belum banyak video yang dikeluarkan mengenai ABPBH 2012 di Youtube. But, senarai penuh pemenang dah tau. Just google. berlumba-lumba blogger update kan.

Tahniah Uncle Aaron. Sebab Menang Besar.. Lawo Kreta..
Ok, lupakan pasal ABPBH 2012, aku nak citer kemana bunga tayar kreta ku dibazirkan. ihihih..Abis je kerja jumaat lepas, aku turus shut ke KLIA. Bukan untuk naik flight ok, tp rumah abang aku disana. Semalam tidor sana, keesokan paginya baru gerak ke Malaca, bandar bersejarah. Ini semua penangan blogger2 cantik tu yang promote sana. Pergi makan angin sana. Itu yang membuak-buak perasaan nak gi sana. Yang Awesomenya, dalam 5 kali aku ke Malaca, baru pertama kali aku pergi ke sungai yang ada boat lalu tu. Yang ala-ala kat Overseas tu. Curlas kau Maria~ . Pekana Cendol.. Pekena Asam laksa.. #eh! propa..


Seriusly, keterujaan untuk bergambar kat sana amat tinggi. Yelah, Awok nie tak pernah ke Overseas. Takat Penang, apa ada hal.. Tunggu nanti aku hupdate gambor2 kat sana ya. Ari nie, just nak bercerita. Muntah la korang. hahaha. Then, before Magrib, aku bertolak balik ke KL. Tapi, x semena-mena, tangan nie gatai dok EXIT ke Port Dickson. Mak aih... Pergi ke pantai pulak dah. Melepak dan makan malam itu tujuannya. Bab berjalan-jalan. terserlah. *kalau aku ada camera man. Dah dua Travelog aku buat. ahahha..


Keesokan harinya, "Ahad". Aku menunaikan janji kepada Pojiepooh untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau di Klang. Wah.. Meriah Uollss. Ala2 Garden ok. Semuanya bunga hidup. Nak ja aku curi sepasu semalam nak bawak balik. ahahha. Majlis perkahwinannya sangat mantap dengan bertemakan Krim dan Biru. #eh,yeke. dan dilengkapi 12 kemah uoolss.. KAU MAMPU! dan hiasan yang ala2 retis kawen. Sungguh meriah dengan makanan yang dihidangkan ala2 Mat Gebu punya resepi. Eh! Kau tempah kat pak cik mat ye pojie. hahaha..

Macam biasa, gambar2 aku dan kawan-kawan blogger yang lain di sekitar Majlis Perkahwinan Pojie akan di tayangkan besok or lusa. Insyallah.ihihih.. Apa pun.  Tahniah buat Pojie. TQ sebab sudi jemput aku untuk menikmati ayam goreng berempah semalam yang Awesome na. ihihhi..dan juga daging masa sedap tu. Entah apakenama. Main bedal ja. psstt! ramai juga Mr. Twitter n Miss Twitter yang hadir. Meriah kan.

Kenapa aku kata 4 negeri. ahahha. Sembang nak gah je kan. Yelah.. ofcos. Baru lah Diva *double meaning. memerli seseorang. Malaca - Negeri Sembilan - Kuala Lumpur - Selangor n Tanjong Malim, Perak. Eh. lima lah..ahahahah.. kan banyak negeri tu. ihihihi.. Bajet aku melancong kali nie baru abis dalam 250 ratus. semuanya tong-tong. murah kan. so, jom cuti2 malaysia

Friday, April 6, 2012

Isu Pemakaian Tudung Yuna "African" takut jadi ikutan remaja Muslimah

Assalamualaikum..



Yuna Zarai memang seorang penyanyi yang berbakat besar dan Awesome. Seperti yang kita semua maklum, Yuna Zarai adalah artis terbaru dan dah pun bergiat aktif dan popular di peringkat Antarabangsa. Sebagai rakyat Malaysia, aku sangat berbangga kerana ada artis kita yang setaraf artis antarabangsa. Ini sangat baik dan tak mustahil ada artis malaysia yang lain akan mengikut jejak Yuna Zarai , Dato Siti Nurhaliza, Miss Nina dan ramai lagi.


Yang sedikit kecewa adalah dengan Isu pemakaian Tudung Yuna Zarai. Yes, memanglah Yuna Zarai sentiasa mengikuti perkembangan fashion dan fashion tudung yang Yuna Zarai bawakan di America lebih 'selesa' dengan peminatnya disana, tapi tudung tersebut lebih sinonim dengan African dan bukannya Malaysian. Identiti sebagai seorang Malaysian kurang ditonjolkan disana oleh Yuna Zarai. Sedih apabila membaca coment2 di youtube/Yuna Zarai mengenai isu pemakaian tudungnya. Actually, secara peribadi, aku sendiri mengiakan coment-coment tersebut.


Orang yang mengkritik tentang pemakaian tudung Yuna Zarai dikatakan KOLOT. tidak tahu perkembangan fashion dan macam-macam lagi oleh peminat "kipas susah mati" Yuna Zarai dan berbalas-balas coment yang aku sendiri .......... erm,... Memanglah better than nothing. Better daripada x pakai..better daripada yang mendedahkan aurat merata-rata, rambut perang bagai... tapi, tulah susahnya orang kita nie. Perkara baik mesti dipertikaikan.


Yuna Zarai adalah Idola remaja perempuan muslimah. Fashion tudung Yuna Zarai seperti fenomena. Inilah yang dirisaukan sekarang nie. Takut-takut Fashion tudung Yuna Zarai yang terkini menjadi ikutan para remaja muslimah kita. Biasalah, remaja kan. sikit-sikit, nak ikut fashion idola.. Habis Malaysia kelihatan macam Africa nanti.. Abis nampak tengkok yang cantik tu.. herm.. 

Aku peminat Yuna Zarai. Bukan salah seorang Hatersnya. Aku mengkagumi Yuna Zarai. Bukan Pengkritiknya. Harap Yuna dapat mengekalkan tudung Yuna yang melambak-lambak kat kedai fashion muslimah sekarang nie. Malaysian Love You Yuna Zarai. Good Luck. Sincere..


Kelebihan tidor tengah hari kepada pengamalnya seperti aku

Assalamualaikum.

Gambar hiasan
Sebagai kakitangan kerajaan, setiap orang staf perlu untuk menyediakan petikan tazkirah mahupun cerita-cerita yang boleh dijadikan tauladan untuk dibentangkan didalam tazkirah pagi jumaah mengikut unit masing-masing dan mengikut giliran. Bila sampai giliran aku, tetiba pulak pihak Universiti ada program pagi. So, cancellah tazkirah pagi di semua unit didalam universiti. Agak frust menonggeng sebab aku dah prepared hampir seminggu untuk membuat pembentangan.

Jadi, untuk tahun 2012 nie, aku terlepas daripada memberi tazkirah. Tapi, korang yang baca blog aku nie sangat beruntung sebab aku nak share ngan korang-korang semua dulu. Yelah, kita hanya boleh merancang, tapi, tuhan yang menentukan. *tetibe.. ihihih.. So, harap bahan yang aku dah copy dari laman web yang aku sendiri dah lupa nie, dapat membantu memberi panduan ataupun tips didalam aktiviti harian kita dan diamalkan selalu untuk kesejahteraan bersama. cewah!



Tidor Ditengah Hari


Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:



"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik- baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."



Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.



Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca- industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja- pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse).



Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.'



Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)



Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa- rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.



Thursday, April 5, 2012

Dibuli dengan kata-kata. Itulah cara anda dibuli ketika kecil

Assalamuaalikum.

BULI DENGAN MELEMPARKAN KATA-KATA. Itulah caranya ketika kita kecil-kecil dulu. membuli dan dibuli hanya dengan kata-kata atau pun ejekan. Bila difikirkan balik masa dewasa nie, kelakar pun ada kan. Yelah, hanya dengan kata-kata, kita sudahpun dianggap dibuli.

Teringat ketika kecil dulu, aku pernah tumbuk muka kawan sekelas aku hanya kerana dia mengejek dan ketawakan aku ketika darjah 4. Pecah bibir Beb. ahahah. Mencari nahas dengan aku. Dalam kebengangan yang melanda, perasaan takut tu still ada. Kelam kabut aku cari tissue n kasi kat dia n siap bisik-bisik minta maaf n pesan JANGAN BAGI TAU MAK HG.. Lol..

dalam dok menaip nie, banyak pulak idea n kenangan-kenangan masa sekolah dulu. Dulu, kes report mereport kat cikgu nie dah dianggap normal. Bila cikgu dah kluar kelas, kompom macam tongkang pecah kelas. Lompat sana lompat sini. Ejek sana. Ejek sini. Bila aku diejek, sampai tahap dewa tak leh tahan, aku report kat ustazah kelas sebelah. Ingat lagi word yang aku kluarkan. Ustazah~ Abu kata saya gemok. Herm, yang si ustazah tu memang bagus lah. Boleh pulak dia p marah si abu dalam kelas masa tu. Sanggup tinggal kelas dia kejap tu. huh.. kenangan beb.

Aku mengaku kat sini, yang aku slalu dibuli dengan kata-kata masa kecik dulu. Yelah, budak bulat comey macam aku nie, sapa tak jeles n geram kan?. ahhaha. *meluat .. asyik dibuli n diejek ja. kadang2 feydup. kadang-kadang buat tak hirau. Kadang-kadang merepot kat cikgu. Itulah aku masa kecik dulu. Tapi, kalau sekarang orang dok ejek aku, just cakap "Talk to the hand bitch".. hahah.

Betullah kata orang. Benda yang paling tajam n merbahaya skali adalah Kata-kata. Dengan kata-kata, orang boleh membenci kita. orang boleh menyukai kita n orang boleh menghormati kita. Fikirlah sebelum berkata-kata supaya kita sentiasa disenangi oleh orang sekeliling. Wallahualam...


Pesanan...
Bufday aku lagi 2 hari ok... 7 April.. Doakan aku supaya murah rezeki dan hidup diberkati Allah ye. Insyallah..

Pesanan : 

Wednesday, April 4, 2012

Ibu terkental dunia. Nak ikutkan, tak logik!

Assalamualaikum..

This picture was taken at guwahati interstate bus terminal. The weight of this boy is around 90 KG,he is mentally and physically ill. He even can't walk. You can see how his mother is carrying him..? Can you believe this. 


Sekarang nie, bila dah kenal dunia, ramai yang mahu membuang ibu mereka. Tinggalkan kerana sakit / lumpuh. tidak menjenguk ibu di kampung. Lepas tangan ke atas pencarian mereka. Adakah kita sedar betapa sayangnya mereka ketika membesarkan kita. Inikah cara kita membalas budi mereka. tepuk dada, tanyalah selera.

MegaGiveAway by Penmerah.com



Wah, tetiba dalam blog aku ada colour merah teserlah. ihihih. Actually, sejak dua menjak nie, aku suka join giveaway2 besar besaran. Klu kecil kecilan, macam kecik je percent nak dapat hadiah.hihih. aku bukan  apa, skrng nie, aku dah ada hobi baru. Nak kumpul hadiah2 Giveaway dari blogger dalam Malaysia nie. Awesome kan?

Jangan nak tunjuk lagak baik anda!

Assalamualaikum


Kadang-kadang, kita berusaha untuk menjadi yang terbaik. Tetapi, selalunya, ia akan menjadi sebaliknya. Mungkin ada dimana-mana silapnya. Sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari melakukan kesilapan. Kecil mahupun Besar. Selagi pintu taubat dibuka, seseorang itu berhak untuk kembali ke pangkal jalan. Untuk berubah dan bertaubat. Kita tidak perlu untuk menunjuk-nunjukkan kebaikan yang ada pada diri kita. Kerana orang sekeliling yang akan dapat merasainya tanpa sengaja.

Baik nie ada banyak jenis. Baik nak ambil kesempatan pun ya.. baik mengharapkan sesuatu pun ya.. baik yang betul2 baik pun ya. kalau kita teliti , baik nie berbeza mengikut situasti. Pada zaman moden sekarang nie, memang susah nak cari orang yang betul2 baik. Melainkan orang yang dah lama kita anggap kawan baik. ahahaha. tp, Adakah dalam semua aspek dia nak baik ngan kita?. tp, dengan orang lain, dengan makluk allah yang lain, dia baikkah?. cukup baikkah?.. 

Setiap manusia ada kelemahannya. Tetapi, sekurang-kurangnya, kita cuba la untuk mempalam lubang2 kelemahan kita tu. Kalau kita tak usaha sendiri, sapa nak tolong kan?. xkan aku kot.? Homai~ Akhir kata, orang yang baik, xkata dia baik. Iktibar dari gambar diatas.. ahhaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...