Thursday, March 22, 2012

Singapore Universal Studio hanya harapan

Assalamualaikum..


Wah, frus gila x dpat gi Singapore Universal Studio. Tiada apa yang mudah di dunia nie. Kalau nak bergumbira dengan menumpang kesenangan dan mengambil sedikit kesempatan yang ada (sambil menyelam minum air, memang sekuman harapan yang boleh dipertaruhkan. Jadi, perlulah berusaha sendiri dengan meng 'arrange sendiri perjalanan dan perbelanjaan. Huh! bukan mudah ok. Duit bukan halangan, tetapi procedure yang memeningkan. Yelah, Pasport pun tiada kan. PUihh!.. LOL

Buat masa sekarang nie, aku mcm nak nyanyi lagu "Pelamin Anganku Musnah".. eh, apa kena mengena kan. uhuhu. Xpa, biarlah ku mengubati hatiku ini dengan menaiki flight ke Langkawi end of April nie. Sobs2.. Kbai

Thursday, March 15, 2012

Edisi Siasat Versi NurAizuddin mengenai Gejala Songsang (Pertandingan ini dibatalkan)

Assalamualaikum.. 


Wah, agak lama aku tidak bervlog. ihihih.. Yelah, sibuk dengan menguruskan kehidupan seharian. Cewah.. *alasan. Ok, Actually, kali nie aku bukanlah buat Vlog sebarangan.. Tapi, ala2 Edisi siasat gitu.. dah Upgrade la kononnya.. Pada bulan lepas, aku dah rakan-rakan di Tanjong Malim telah bertungkus lumus untuk menyiapkan video nie untuk menyertai Pertandingan Video Isu Global yang ganjarannya agak CUN. Tapi, malangnya, secara tidak semena-mena pertandingan tersebut telah dibatalkan diatas alasan penyertaan tidak begitu banyak.

Entahlah, mungkin tiada rezeki kami kot. Masa syarat-syarat pertandingan diposterkan, tiada pula syarat yang menyatakan jelas tetang perkara berkenaan. Itu yang lebih membuatkan perkara ini agak PANAS.. Apa pun, aku akan mengutarakan permasalahan ini kepada pihak pengajur. Lebih 1K woo bajet dah kluar.. bayar pengacara lagi, kamera man lagi, minyak lagi, masa lagi, peralatan lagi.. krew2 lagi. Huh.. Xberbalai..

Apa pun, korang layan jelah video ni ye. Sory sebab terkongsi kebengangang ini.. ihihi..


p/s : Majulah sukan untuk negara.

Monday, March 12, 2012

Keadaan selepas banjir teruk Mac 2012 di kediamanku

Assalamuaikum..

Hati ku cemas. Merisaukan keadaan Mak Abah di kampung pada musim hujan sekarang nie. Titisan hujan ke bumi makin hari makin hebat dan lebat. Jika hujan 2,3 jam berlarutan, ia sudah memadai untuk air naik hingga paras lutut ke paha. Inikan pula hujan lebat seharian. Rumahku ditenggelami air paras tingkap. Air sungai dihadapan kampung melimpah ruah ke persekitaran.

Keadaan Mak ku yang uzur tidak boleh berjalan, dan abahku yang kurang sehat, menambahkan lagi kerisauan hati. Hatiku tergerak untuk call abahku menanyakaan keadaan sebelum mengetahui hal yang sebenar. Tetapi tidak berjawab. aku buntu.. Tanpa membuang masa, aku call abangku yang tinggal di daerah bersebelahan. Ternyata kerisauan hati kecilku ini tepat. Ada bencana disana. Tapi, Alhamdulillah, ibuku dan abahku selamat ditempatkan di dewan pemindahan mangsa banjir dengan bantuan pihak bomba yang mengeluarkan ibuku dari rumah yang dipenuhi air. Terima kasih.

Keesokan harinya, aku selamat sampai ke kampung untuk melihat keadaan sebenar. Memang tragis. Keadaan bencana selepas banjir seperti banjir-banjir besar yang aku sering lihat di kaca TV. Kelihatan kesan paras air di tingkap rumah ku sudah cukup untuk menggambarkan keadaan pada malam kejadian. Saat membuka pintu rumah, kelihatan seperti sebuah Tongkang yang pecah. Sana sini barang terapung.  Dugaan.

keadaan ruang tamu

lubang yang ditebuk untuk keluarkan air ddalam rumah
TV Bergelempangan di halaman rumah



Keadaan dapur
Keadaan bilik aku
Peti ais tergolek
Ini sahaja gambar yang sempat dirakam. Tiada satu barang pun sempat diselamatkan. Dugaan dari Allah pasti ada hikmahnya. Insyaallah.

Friday, March 9, 2012

Hanya kerana nama, Seorang berbangsa Jawa terkenal di USA

Assalamualaikum..

Wah, kerana nama, seseorang menjadi popular. Bukan senang kan. Mungkin rezekinya disanjung di USA. hehhehe *sanjung ke?, Xlah hingga disanjung kan. Actually, Seorang rakyat Singapore yang berbangsa Jawa memiliki nama yang sangat unik. Entah mengapa, bagaimana, dia mendapat nama yang sedemikian. *kena tanya abah dia nie.ihihihi. Nama yang diberi kepadanya sangat familiar dengan penduduk planet ini dan sebab itulah dia telah mendapat perhatian dari ramai pihak. Wah, Untung la jadi retis...


Nak tahu namanya apa? Check this out guys!


Wah2, gah gila nama dia kan. Satu dunia kenal. "Hye~ My Name is Batman". Korang dapat bayangkan tak betapa kagumnya korang bila seseorang introduce dirinya sebagai Batman. Amanlah dunia. Tak payah ada polis..ihihi. *just joke! Actually, sebelum nie aku pernah mengambil perhatian terhadap beliau.. ececeh~. Tak percaya? nie buktinya.. [tekan sini].

Thanks mum n dad sebab bagi nama yang indah
P/S : Jangan kerana finatik terhadap sesuatu, anak anda jadi mangsa.. kan?.. weh, kejap-kejap!.. If aku ada anak nanti, macam mana yerk?.. nama aku saja dah MUHAMMAD NUR AIZUDDIN .. kompom anak aku nama pendek.. Panjang2 nanti, tak cukup nak letak dalam IC la pulak.ihihhihi.

Tuesday, March 6, 2012

MIG Online - Aku diinterview ketika pratonton filem Flat 3A

Assalamualaikum..

ihihi..Kali nie, aku bukannya nak tayang vlog Jalan-jalan bersama NurAizuddin. Tapi, nak share video dari MIG online.. ihihi..aku ditemuramah di dalam video tersebut bersama Ujang..ihihi..moh layan..



P/S : thx to MIG  Online kerana sudi menjemput saya ke Pratonton Filem Metrowealth.. :) Thx alot Mr. David Teo..

Sunday, March 4, 2012

Anak Meminta sedekah.. Salah siapa!!?

Assalamualaikum..

Penat hari ini berjalan-jalan bersama geng2 blogger. Tetapi, tak lama pun sebab masing2 ada komitmen lain di belah petang. Jadi, aku join 2 orang artis yang dikenali dikalangan blogger untuk ke lowyat mencari barang. Setelah penat2 meng'cover mereka berdua dari dicam oleh orang awam , kami lepak di gerai bersebelahan laluan perjalan kaki di area bukit bintang. Artis2 tersebut bukan taknak makan di restorant yg mahal, tetapi mereka tak nak orang cam status mereka. Tht Y mereka bercampur dengan orang awam seperti aku. Identiti mereka terpaksa aku rahsiakan. klu tak, mampos #kenepenyepak dari mereka berdua.. *ok, aku kunci mulut.


Didalam kegopahan kami memakan, tiba2 ada 2 orang kanak2 yang cumil datang menghampiri sambil memegang beberapa naskah Yasin. Tetapi, aku hanya menggelang menunjukkan riaksi tidak mahu membeli. Tiba2, salah seorang kanak2 tersebut mengatakan mereka masih tidak menjamah makanan. Aku teringat taktik2 budak2 seangkatan mereka sebelum ini. Lapar mau makan. Tetapi, apabila diberi wang, mereka lesap menghaibkan diri. Kali ini aku tidak mau tertipu dan mahu melihat riaksi mereka pula dan tanpa berfikir panjang, aku mengajak mereka turut makan bersama kami. Dan ternyata mereka benar2 lapar. Mereka berdua bergegas duduk di meja kami dan terus memesan makanan di restorant itu. Kelihatan mereka begitu arif dan sudah biasa dengan makanan kedai2 di sana. Mungkin dari bayi mereka dijalanan.Wallahualam..~



Ketika menunggu makanan mereka siap, aku sempat berbual bertanyakan khabar dan cuba mengorek apa yang patut. Sebenarnya, mereka dikalangan orang2 yang susah dan bukan warganegara Malaysia. mereka masuk ke negara ini dengan menggunakan UN card. Bapa salah seorang kanak2 malam itu telah dipenjarakan. Sebab dipenjara aku tidak tahu kerana sukar memahami loghat mereka apabila berkomunikasi didalam bahasa melayu. Sebenarnya, mereka diawasi oleh mata2 mereka. siap standby di tepi2 jalan dan memasang kamera2 yang tertutup bagi tujuan pengawasan. fuh, sungguh canggih.


Peristiwa ini telah menggamik kejadian yang pernah terjadi keatas diri aku sendiri. 4 bulan lepas, aku makan malam di sebuah gerai sekitar Klang. Tiba2, ada seorang budak comot datang meminta wang bagi meringankan beban. Dan aku memberi yang termampu. tiba2, hampir 10 orang lagi kanak2 datang meminta sedekah. Serius aku terbuat muka garang masa tu. Dah la aku tengah menikmati hidangan, tiba2, mereka siap letak tangan dan mangkuk syiling di atas tangan yang sedang memegang sudu dan garpu. Iesh, Spoil tol aku nak makan. then, aku wat tak tahu dan hampir 10 minit mereka berdiri di sisi. tetapi, aku wat donno je. apabila mereka bosan menunggu hasil yang tidak pasti, mereka memarahi aku dan beredar mencari mangsa2 yang lain. Cait, power betoi kanak2 tersebut dilatih oleh orang yang tidak bertanggung jawab bagi mengambil kesempatan keatas mereka. *geram pulak aku.




Ketika didalam perjalanan pulang, aku melihat seorang ibu dan 2 anaknya yang masih kecil duduk bersila ditepi jalan dengan membawa beg2 pakaian. Di hadapan mereka terdapat mangkuk untuk orang lalu lalang menghulurkan bantuan. Yang menyayat hati, si ibu tersebut sedang mendukung bayi yang masih kecil. fuh, kasihan sungguh. Tetapi itulah, mereka lebih suka menagih simpati awam daripada berusaha sendiri. Ketika aku sampai di stesen KTM Port Klang, aku terserempak seorang pakcik tua yang memegang tongkat dan beg. "buta rupanya". Setelah dia turun dari train, aku melihat ada sebuah kereta yang dipandu oleh seorang auntie sedang menunggu. Rupanya itu wife dia. Eh, Kereta MYvi ye.. bukan kreta kancil mcm aku..ahaha... Pendapatan dia mesti kalah penulis2 blog kan?. hahaha.. Sungguh mudah dan lumayan mencari wang yang tidak berkat kan? Astagfirullahallazim..

P/S : Aku percaya, perkara ini semua berlaku kerana sistem institusi keluarga yang tidak kukuh. kanak yang menjadi mangsa. Tempat mereka bukan disitu. Rezeki jarang datang bergolek. Klu tidak mencarinya, nescaya itulah jalan yang dipilih. Menagih simpati dan rela dimaki hamun.. Ingatlah, rezeki ada dimana yang telah disediakan oleh Allah. Selamat beramal, Wslm.


Saturday, March 3, 2012

Berbuat baik berpada-pada. Jangan sampai muncul perasaan riak dan takbur

Assalamualaikum..


Duduk bersila diatas katil, sambil menghadap laptop CQ40 usang adalah pandangan sesiapa sahaja yang menjenguk masuk ke dalam bilik aku ketika ini. Dah agak lama tidak menaip entry yang panjang lebar. Bukan kerana terlalu banyak kekangan, tetapi hanya atas nama malas. Bila shahdu bersendirian didalam bilik, sambil bisingan air hujan melabuhi atap, jari jemari runcingku pula perlahan berlabuh di 'home key' papan kekunci.

Disaat kita didalam kesenangan, ingatlah bahawa ada yang didalam kesempitan. Kesempitan menjalani kehidupan pinjaman sementara. Dengan berpegangkan kata-kata tersebut, aku tidak teragak-ragak membantu saudara-saudaraku yang memerlukan bantuan. tetapi, secara tidak sedar, aku pula yang menjadi sempit. Sempit kerana terlalu baik. Di saat ini, kesempitan yang dilalui mengundang rasa stress diri. Alternatif difikir untuk meneruskan kehidupan. Tetapi, untuk melaksanakannya bukannya mudah.

Wang adalah segala-galanya pada zaman ini. Sedangkan membuang air pun memerlukan wang. Itulah kuasa Wang. Dengan wang juga seseorang akan menjadi gila. Gila mencari duit. Hinggakan abaikan perkara yang diwajibkan. mengabaikan keluarga, saudara mara, dan juga rakan taulan. TPerlu disemat didalam ingatan bahawa wang akan habis tetapi, amalan yang mulia sentiasa dikenang. Janganlah menjadi hamba wang.

Jika mahu berbuat baik, perlulah berpada-pada. Jangan hingga menyakitkan nurani. Kebaikan yang dilakukan bukanlah untuk diukur. Tetapi hanya untuk mendapatkan keredhoan Allah. Sidang Media, Bergambar dan sebagainya tidak perlu untuk menghebahkan amalan kebaikan kita. Itu hanya mengundang perasaan riak dan takbur yang akan dibenci. Keikhlasan yang hakiki didalam diri adalah perkara yang akan disanjung.

Ianya bukanlah satu provokasi, mahupun konteversi. Ia hanyalah ingatan kepada saya dan jugak diri anda juga untuk berpada-pada didalam berbuat baik. Jangan sampai diambil kesempatan dan jangan kebaikan yang dilakukan boleh memunculkan riak serta takbur didalam diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...