Tuesday, January 31, 2012

Jom Jalan Bersama Nuraizuddin di Taman Tasik Taiping. Vlog kini kembali!

Assalamualaikum..

wah, dah lama rasanya aku tinggalkan dunia vlog. Yelah, sejak 2 menjak sibuk di tempat kerja baru nie, aku tidak lagi berkesempatan untuk berV log. Mesti ramai yang nantikan kemunculan Vlog Bersama NurAizuddin kan. ahha. *perasan... Nie hah aku dah sediakan untuk tontonan korang semua. Jom Jalan-jalan di Taman Tasik Taiping @ Little New Zealand.


Pastikan anda tekan button HD untuk kualiti video yang lebih elok.

Actually, ini adalah video lama yang aku tak berkesempatan untuk publish. Buat masa sekarang, aku ada projek video baru. Hah, nak tau, kene tunggu. ihihi.. babai. Selamat beramal.

Monday, January 30, 2012

Persembahan Alyah KISAH HATI AJL26 akan lebih romantik dan dramatik jika...

Assalamualaikum..

Seperti blogger-blogger yang lain, pasti tidak akan mahu melepas peluang untuk menulis mengenai AJL26. Begitu juga aku. Tapi, aku taknak berceloteh mengenai finalist2 yang lain kecuali Alyah. Actually, Alyah adalah finalist febret aku untuk memenangi AJL nie. Alyah telah membawa lagu Kisah Hati dengan baik dan tidak dapat dinafikan lagi melodi dan lyricnya terlalu menyentuh perasaan. Tapi, nak buat macam mana, persaingan terlalu sengit pada AJL kali ke 26 ini. 


Walaubagaimanapun, Alyah masih boleh tersenyum dengan penuh rasa kesyukuran kerana memenangi persembahan terbaik di AJL26. Tahniah Alyah. Tetapi, bagi pandangan aku, masih boleh diperbaiki persembahan Alyah untuk memberi impak dan touching yang lebih. Bukan aku nak kata persembahan Alyah tidak bagus, tetapi ada satu , dua gerakan yang boleh ditambah lagi bagi mencantikkan lagi persembahan.

Pertama: Jika Nyanyian , Muzik  dan Stage yang Alyah berdiri diatasnya berhenti berpusing secara serentak, manakala si "MISAI KONTOT" mengetuk kembali bagi memainkan kembali "KOTAK MUZIK"  tersebut untuk meneruskan Nyanyian Alyah sebelum Alyah turun menuruni tangga putih yang English Classic yang cun tu,ia pasti lebih menarik dan dramatik.

Kedua:  Jika ending persembahan Alyah diakhiri dengan kedudukan Alyah dan Remy Ishak kembali keras diatas Stage yang berpusing itu sambil berpelukan seperti didalam video Clip KISAH HATI, Ia pasti meninggalkan drama touching dan romantik dimana kisah hati dua insan bersemadi didalam "KOTAK MUZIK"  tersebut buat selama-lamanya. Jika dihayati, ia seolah-olah satu percintaan yang last forever gitu..

Bnyak benda lagi yang boleh ditambah, tapi, bagi aku, jika kedua-dua gerakan simple ini ditambah, pastinya lebih UMMM persembahan Alyah.Bagi aku, persembahan Alyah memang kreatif. Tahniah kepada pereka kariografi untuk persembahan ini .. thumbs UP.. Aku sangat suka persembahan Alyah. Ia sangat Cumil dan Romantik. Tahniah sekali lagi buat pemenang AJL26. 


Like button FB dibawah jika setuju

Sunday, January 29, 2012

Please! Hormatilah masa orang lain. Beleter

Assalamualaikum.


Menulis entry dalam keadaan senyum.. tengok gambar la kan.ihih.


Saja ja nak buat entry sampah hari nie. *eh, bukan sebelum2 nie pun sampah ke? . Ok, Actually, aku sangat membenci kepada orang yang tak punctual / tak hormat masa orang n so on. Serius aku benci. Bukan sebab aku benci dia lambat or apa-apa, Tapi aku benci situasi nie sebab ia akan mengajar aku jadi macam mereka. Serius, Aku akan terikut. LOL.

Aku sebenarnya ramai kawan2 yang berpenyakit mcam nie. Tambahan pula, kawan yang agak rapat dengan kita. Aku terlalu plastik bila dorang sampai n buat2 ada problem sana, buat problem sini. tayar pecah la, apa lah. Serius aku BENCI! tp, memandangkan kawan kita, terpaksalah aku ketepikan perasaan marah walaupun pada mulanya aku just mengenakan bibirku dengan senyuman plastik. Tapi, yang hangin satu badan, yang buat2 tak dak masalah. Buat deeek je. Macam tak dapa apa2 yang berlaku. Kalau yang baru2 kenal dah buat perangai macam nie, ahaha. aku just say good bye. lama kelamaan, bencana nanti...

Tapi, angin aku nie cepat redha. cepat ja sejuk macam Sup sayur yang menggelegak didalam mangkuk di masukkan ketul ais. kan cepat je sejuk tu... aahah. Biasalah, manusia biasa hanya boleh merancang, tetapi, Tuhan yang menentukan. Kalau dah janji ngan orang tu kul 1 tengahari, tak payah la kluar rumah pukul 1 tengah hari. Kau x paham bahasa? di destinasi jam 1.. bukannya kluar rumah jam satu..

Dah la.. dah macam beleter panjang pulak aku. *macam makcik2. Amaran keras : jangan lembab dan lambat kalau nak do a business dengan aku. Aku Meluat tau tak? kurang setengah jam boleh sabar, tapi, kalau lebih, sangat melampau. Terlalu tidak menghormati masa orang lain. 

slm.

Thursday, January 26, 2012

Tajuk-tajuk lagu AJL 26 menjadi Cerita



SUNGAI LUI mnjadi saksi pertemuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita seketika. Saat itu aku merasakan kaulah WANITA SELURUH DUNIA yang senantiasa menjadi GADIS SEMASA padaku. Namun, kini segalanya berubah, SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu, namun kau tak kunjung tiba. Mujurlah saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu kau sebenarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus terang tentang statusmu. Benarlah kata orang tua, " KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada, kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri ". Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta yang sejati, aku percaya hukum KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untk itu, biarlah aku pendam & simpan KISAH HATI ini untuk selamanya.



kredit : .................

Wednesday, January 25, 2012

Connie Talbot - bakat Semula jadi dari kecil yang mengkagumkan

Assalamualaikum.


Connie Talbot telah menyertai Britain's Got talent seawal usia 6 tahun. Bakat semula jadi yang dimiliki oleh beliau didalam bidang nyanyian memang tidak boleh dinafikan lagi.. Setelah lebih 4 tahun, Suara beliau... Fuh,.. Dengar lah..


                                  
                                                                        Ketika tahun 2007



                                  
                                                     Diantara Video Terbaru Beliau

p/s: Setiap orang ada kelebihan masing2.. Kalau pandai menggunakannya, ia akan bermanfaat kepada kita.

#24- Wordless Wednesday [ Cium Molot]

Assalamualaikum.




Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, blogger-blogger yang mengikuti trend ini akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan..

P/S : Ce anda story skit cerita disebalik gambar ini mengikut pandangan anda. Selamat Beramal.Wslm.

Tuesday, January 17, 2012

Gambar Outdoor pengantin yang aku cover minggu lepas.

Assalamualaikum.



Untuk entry kali nie, aku nak share gambar pengantin yang aku shoot sabtu yang lepas. Gambar nie tanpa edit  ye. Just betulkan skit apa yang kurang je. ihihihi. Pengantin merupakan junior. Wah, junior aku dah kahwen! *biarlah, dia pompuan. Ayat nak sedapkan hati..ahahha.




Aku sengaja bubuh sikit ja gambar. Sebab x nak sarat sangat. *konon. ahhaha. Klu nak coment pasal gambar nie, coment lah na. Aku pun dok belajar-belajar lagi. ihihih.

Wednesday, January 11, 2012

323 - Wordless Wednesday [muka zaman sekolah-serius lain]

Assalamualaikum..


Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, blogger-blogger yang mengikuti trend ini akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan..

P/S : Ce anda story skit cerita disebalik gambar ini mengikut pandangan anda. Selamat Beramal.Wslm.

Monday, January 9, 2012

Video Bukti kita saling memerlukan di dunia

Assalamualaikum.

Untuk entry kali nie, aku nak share satu video yang menggambarkan betapa kita saling memerlukan diantara satu sama lain untuk kehidupan yang harmoni di dunia Allah nie. Dari Video nie jugak, kita dapat lihat banyak situasi-situasi yang boleh dijadikan pengajaran dan boleh diceduk bagi menjalani kehidupan seharian dengan lebih murni.


Kalau salah seorang didalam video ini mementingkan diri, Putaran ini yang ditunjukkan tidak akan sempurna. Oleh itu, Sikap pentingkan diri sendiri perlu disingkirkan dalam diri untuk kesejahteraan hidup. :) peace yaww..

Percubaan ke-3. Video Wedding [OutDoor] di Taman Tasik Taiping

Assalamualaikum.



Hampir sebulan aku cuba upload Video nie kat 1tube.my . Dan akhirnya, petang tadi aku berjaya jugak. hahha. Aku pun tak tau masalah apa tapi, berkat kesabaran untuk mengupload telah menepis segalanya. Bukan taknak upload di youtube. Tapi, biarlah video ini diputarkan di 1tube.my dulu. Then, baru lah di Youtube. Support our local product. Cewah. Ok, berbalik untuk entry kali nie, aku nak share Video wedding yang ketiga aku hasilkan. Ini samasa OutDoor sahaja. Full Highlight akan diupload besok . Insyallah kalau internet tak meragam. Aku mempersembahkan video Wedding [outdoor] pasangan Hilmi dan Zuraida...

Pastikan anda menekan button HD di Video untuk kualiti video yang lebih tinggi.


P/s : kalau anda berpuas hati n nak menempah perkhidmatan aku, jangan lupa contact ya. Harga leh runding.ihihih.. N jangan lupa tekan buton Like FB kat bawah nie. :)

UPSI 9 Januari 2012

Assalamualaikum..

Huh, penatnya ari nie..Nak masuk UPSI pun susah. Yelah, kena melalui roadblock yang banyaknya luar biasa. Nak masuk UPSI pun melalui pemeriksaan yang luar biasa. Semuanya luar biasa di UPSI kini. Mereka yang mahu berkumpul pun luar biasa, panas tu. grrr.. Aku je manusia biasa. 

"Menurut kamus Bahasa Melayu, 'perhimpunan' bermaksud 'perjumpaan' ataupun 'pertemuan' beramai-ramai. Manakala 'aman' pula bermaksud 'harmoni', 'sejahtera', 'selamat' atau 'tidak ada kekacauan'."


Pemandangan luar UPSI Dari BB aku.











Huh! aku bukan nak coment pasal Perhimpunan nie. But, masalah yang timbul kepada staf UPSI yang sok suci tak bersalah nie. Staf UPSI terpaksa keluar dari UPSI dengan menggunakan jalan belakang. Berpusu2 nak meloloskan kereta. uhuhu.. #jem tak hengat! :(





Sunday, January 8, 2012

Hobi Anak Malaysia Sekarang

Assalamualaikum..

Dengan teknologi dan kemudahan yang ada sekarang di negara kita, anak muda Malaysia secara kreatifnya, telah banyak menggunakan skill dan bakat di dalam diri masing2 untuk menghasilkan sesuatu yang menarik yang boleh dijadikan bahan tontonan.  Tidak dinafikan bahawa di negara luar perkara seperti , Cover lagu, Alih suara, miming dan sebagainya telah menjadi satu hobi kepada mereka. Di Malaysia, perkara sedemikian masih baru dan tidak ramai yang berpeluang untuk mencubanya. Di bawah, saya telah sediakan satu video dimana seorang remaja kita yang berbakat dalam bidang nyanyian dan pertama kalinya mencuba tampil dengan cara membuat Cover lagu. Jom layan..


Amacam? korang pun berminat nak buat macam nie ke?. so, cubalah. and anda boleh upload video di Youtube dan 1tube.my.

Saturday, January 7, 2012

Perfume Ketiga aku.. haish, dah 21 taun hidop kot!

Assalamualaikum..

2012 Model for Mexx Fresh Man

Wah, Perfume ketiga?. yes.. walaupun dah 21 tahun aku hidup, tapi, aku hanya dan pernah memiliki 3 buah botol perfume.. *hoit, jangan gelak. Actually, aku memang kurang menjaga penampilan aku sejak kecil.  Malas weh.. Tapi, zaman berubah. Penampilan pun berubah. Ye dak?

Untuk entry kali nie, aku saja dok meroyan nak cerita kat korang pasal perfume dalam hidup aku. *bukak pekong di dada sendiri nampak.. #just for info, aku tak pakai perfume sebab kecik2 aku dok bau minyak atar pakcik2 yang terlalu menyusuk idong. That y aku dok bayangkan suma perfume kat dunia nie bau macam tu. kecuali perfume yg dalam cerita PERFUME tu. #ops!


Botol perfume sdn. bhd. bertama yang aku ada masa form 5. Masa nie ada seorang hamba Allah hadiahkan kat aku Sempenah ulang tahun kehidupan aku yang ke 17. Agak excited aku masa tu sebab dapat perfume. and kalau korang nak tau, perfume tu dapat ku pertahankan setahun lebih. Kalau rumah aku tak banjir n perfume tu tak hanyut, mesti sampai sekarang tak habis. *sayang la katakan..


Nie perfume kedua aku. Huh, bukan senang tau aku nak terbuka hati membeli perfume. Nie semua sebab pengaruh kawan2 masa aku belajar Diploma dulu. Klu tak, memang aku tak beli. Setiap kali pergi kelas, mesti bilik aku harum semerbak. bukannya disembut ke baju. Tapi, di udara. then, p lari2 kat situ. hahha.. *melekat jugak bau tu kan.. memang x sampai bapa hari la..


Huh! nie aku baru beli minggu lepas. Harga dia x sampai RM 20 hinggit kalau tak silap.. Bli kat Waltson. Bukan apa, sekarang nie dah keje ofis. X macam dulu, kerja buruh kasar, buat rumah tengah2 panas. Setiap kali brother2 kat ofis masuk dalam bilik aku, semerbak je bau depa kan? kau hado! so, kena lah aku pakai jugak even tak semahal depa punya kan?..

Dengan entry nie, hampa suma mesti ingat badan aku memang berbau tak hengat! bau busuk!bau peluh dan sewaktu dengannya. Eskiusme~ Badan aku tak berbau ok.. Clean n Clear. X percaya? tanya sapa2 yang rapat dengan aku.. Dengan berbekalkan  Deodorant a.k.a. Derona a.k.a. ubat ketiak, badan aku dah macam pakai perfume. ahahha. *yo oo ooo ja.. 

perfume yang aku beli tak delah semahal macam kau.. kau. dan kau pakai.. Hanya besederhana. tp, kalau kau.. kau n kau nak kasi yang mahal, aku terima dengan senyuman.. hahaha. and aku tak pandai sangat pakai perfume. Cukup sekadar bau ala-ala bunga teratai.. jangan troll aku sudah.. Peace yooo..

*semalam pakai p ofis. hari nei tak.. aku terlupa pagi tadi sebenarnya. Cis!







Friday, January 6, 2012

Azam 2012 - Dah penat tanggung dia. Aku nak cari baru

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, syukur kepada yang maha berkuasa kerana kita masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan di dunia. 2011 telah melabuhkan tirainya. Banyak peristiwa / kenangan pahit manis yang diukir. Aku bersyukur jugak kehadrat ilahi kerana azam 2011 nak kerja dengan governement tercapai. so, 2012 nie apa pulak kan?.heheh. Xlah nak pasang azam/harapan yang melambak dan vouge2. Just yang termampu. Rasanya, masih tak terlambat aku nak share ngan korang semua azam 2012 aku..kan..


Bukan apa, daripada bulan-bulan beratus ringgit habis untuk repair kereta lama, baik bayar bulan-bulan kereta baru kan?. Terseksa aku weh. Setiap bulan kereta aku buat hal. sobs..sobs..

Insyaallah.. Kalau diberi rezeki. Sedap sikit kan nak bawak p travel kereta nie. Minyak pun save. Engine berteknologi VVTI la katakan ... Amin..

Kbai~

Thursday, January 5, 2012

First Malaysia Social Website, Octove.com with New Version 2.0

Assalamualaikum




Octove.com launched the new version 2.0 with much better layout and design. There are also interesting apps and games added on the new version such as horoscope, photo avatar, news feed and etc. We would really appreciate if you guys could help Octove.com spread the news out there to all Malaysian people. Let's work together for something better for all malaysian's. Peace friends.

There will be a New Year Contest that we will launch it tomorrow and the closing date for the contest is 31st January 2012. One month duration. Hope after the contest is out there... spread this news too or even participate yourself!! 3D2N Exclusive Room Stay at Berjaya Times Square Hotel and BlackBerry Smartphones to be given away for the Winners!!

To join this contest, CLICK HERE

Contest Tahun Baru :penginapan 3 hari 2 malam di Berjaya Time Square n Blackberry Pearl

Peraduan Tahun Baru  2012 Dari OCTOVE!!!

Octove.com nie adalah laman sosial dari malaysia yang baru sahaja melancarkan version terbarunya 2.0. Kompom2 aplikasi / layout / game dan sebagainya telah diupgrade. Sempena menyambut tahun baru, OCTOVE.com menganjurkan satu contest yang menawarkan hadiah2 yang sangat menarik..



1. Penginapan 3 hari 2 malam di Berjaya Time Square Hotel

2 . Telefon bimbit Blackberry Pearl



Terma dan syarat:
  • Peserta yang berjaya mengajak rakan2 menyertai laman sosial Octove.com yang tertinggi, akan digelar pemenang.. Minimum 699 orang.
  • Tarikh tutup pada 31 Januari jam 11.59 malam.
  • Pastikan rakan-rakan yang dijemput menyertai Octove.com adalah benar dan bukan karektor rekaan anda. Sebarang penipuan dalam pertandingan ini, akan menyebabkan penyertaan dibatalkan serta merta.

*Bilangan rakan yang diajak oleh peserta dikira melalui referal link peribadi yang boleh diperolehi secara automatik selepas mendaftar account di Octove.com dan pastikan anda mengikut arahan dan langkah-langkah di Octove.com untuk mengajak rakan anda menyertai Octove.com laman sosial Malaysia dengan betul. Jika rakan anda menyertai Octove.com tanpa menggunakan referal link peribadi anda, maka ia tidak dikira sebagai jemputan dari anda. :p



Apa lagi? Cepat2 creat account di Octove.com dan jemput reramai rakan anda. Hadiah lumayan woi! Contest yang amat mudah... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...