Saturday, December 29, 2012

Rumusan hidup 2012 - Kesabaran, Ketabahan, Kekuatan

Assalamualaikum.

Pejam celik-pejam celik, lagi berapa hari lagi je kan nak masuk tahun baru. Tahun 2013. makin hari, terasa ketuaan diri. hahaha. Sebelum aku nak beleter lebih-lebih kat sini, aku nak cakp sory kat hampa semua sebab dah dekat sebulan blog aku nie Bersarang. Yelah, no update kan. Biasalah, alasan yang sama akan aku cakap is buzy dengan kehidupan harian. Konon. :)

Bagi aku, tahun 2012 adalah tahun yang banyak mengajar aku erti kesabaran, kesetiaan, ketabahan, kekuatan, kekalahan, dan ke ke ke etc. Banyak benda yang dah berlaku sepanjang tahun 2012 nie dalam diri aku. Ada yang baik, ada jugak yang buruk. Yelah, mana ada manusia yang perfect.

Awal 2012, tiada apa2 impak yang woww berlaku dalam diri aku. Masa tu, aku baru 2 bulan bekerja di UPSI. Still pening2 lalat lagi. Then, dengan perlahan aku merangkak untuk menguasai selok belok kerjaya aku di sana. Alhamdulillah, sehingga sekarang, aku dah cukup selesa mencari rezeki di sana. Dengan adanya kawan2 yang supportive dan bergelak tawa, aktiviti2 sukan yang aku minat, orang sekeliling yang peramah. Alhamdulillah.

Sebelum pertengahan tahun 212, aku mengalami satu elergic di muka yang hingga sekarang ada kesannya. Kononnya elergic air lah, makanan lah, and etc. Bintik-bintik merah timbul macam cendawan tumbuh selepas hujan, jerawat yang keluar macam lava gunung berapi, muka kemerah-merahan , then, gatal macam nak seret je muka atas jalan tar. Alhamdulillah, bila pergi berjumpa doktor, doktor bagi ubat kurangkan radang di muka and apa tah lagi. dan sekarang, beransur pulih. #justsaying. Muka adalah aset kita yang terpenting. Betapa low confidentnya bila muka jadi macam tu, nak berjumpa kawan2 pun malu. So, bila ada masalah muka, jangan malu p berjumpa doktor. Pengambilan produk2 kononnya boleh memulihkan muka sebenarnya akan merosakkan muka kita lagi.

Pertengahan tahun 2012, aku mengambil keputusan untuk menyambung ke pengajian ke peringkat lebih tinggi. Walaupun aku tahu terlalu sukar untuk mencari masa belajar bila dah bekerja nie, aku ambilnya sebagai cabaran hidup untuk berjaya di hadapan nanti. Alhamdullillah, semuanya berjalan lancar. Walaupun kawan-kawan sekelas lebih berumur dan semestinya lebih matang dari aku, depa boleh dijadikan kawan. Then, doakan aku untuk lulus cemerlang final exam 3 ari bulan januari nie ye. :) *actuallah, x ready lagi.


Akhir 2012 pula banyak mengajar aku erti kesabaran, kepayahan, kasih sayang dan sebagainya. semalam, bersamaan 28 Disember 2012, aku mengambil keputusan untuk menelefon Ambulance untuk bawa mak yang semakin uzur ke hospital. Makan, minum semunya tidak mahu lagi. apatah lagi mahu bercakap. hanya yang mak tahu, mengerang menahan sakit. Anak mana yang sanggup mendengar tangisan si ibu. Awal 2012, mak aku masih bertenaga even ke tandas menggunakan walking frame. But, hari demi hari, tenaga mak makin kurang. Berat badan mak makin turun. hingga kini, hanya tinggal kulit dan tulang sebagai jasadnya. Apabila medical checkup dibuat, pembedahan susulan tulang pahanya perlu dibuat. yang menelan perbelanjaan hampir 8K. Insyaallah, selagi jasad dan nyawa aku tidak bercerai, aku akan usahan mencari wang perbelanjaan tersebut. Kawan-kawan, doakan mak aku supaya kembali pulih seperti sedia kala. Seperti mana sebelum kejadian kemalangan yang berlaku ke atas mak aku 1 Februari 2010 dulu. Mak dah terlalu lama menderita... 


Aku percaya, bekorban demi orang tua amat mulia di sisi Allah. Jika hampa semua masih ada ibu yang sehat, sayangilah mereka. Jika hampa ada ibu yang sedang sakit, jagalah mereka. Ingatlah pengorbanan beliau yang membesarkan kita. Ibu hanya seorang. Jangan menangis tak ingat dunia apabila mereka dah tiada kelak kerana anda terlambat untuk membalas jasa mereka walaupun tidak terbalas.

Wslm. 




2 comments:

Fatrim Syah said...

Assalamualaikum,

Semoga sentiasa tabah ya. Faham sangat perasaannya bila orang tersayang sakit depan mata kita. Kita kena kuat untuk mereka. Insya ALLAH, semoga semua urusan dipermudahkan tuhan. ^__^

hafizah sarmadi said...

din , lame tak borak . btw good luck untuk exam nanti . eh dah exam pun papaer 3hb kan ? kuatkan semangat . tabahkan hati . jaga mak awak sebaik mungkin . itulah jasa yang perlu kite balas sejak mak jaga kite dari kecik smpi dah besar sekarang . berkat doa mak jugaklah tak mungkin din boleh ada di tahap sekarang . saya doakan din sabar menempuh semuanya .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...