Friday, November 2, 2012

Senyum Membantu Merendahkan Risiko Penyakit

Assalamualaikum.

Di dalam tazkirah pagi jumaat tadi di pejabat, saya tertarik dengan tajuk takzirah yang disampaikan oleh seorang pegawai yang bertugas pada hari ini iaitu SENYUM. Beliau menyentuh mengenai kelebihan-kelebihan senyum kepada individu, masyarakat dan negara. Apa yang lebih menarik di sini, senyum juga mempunyai kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan yang kita tak pernah tahu sebelum ini. 

Gambar hiasan

Haip! skemanya intro kau ding~ hahahah. sorry2, dah terbiasa guna ayat skema kat ofis. terikut sampai ke blog pulak. ok,  Kalau korang perasan, setiap kali bergambar mesti kita akan senyum.. kenapa?. kenapa? dan kenapa?.. Tak kisah la nampak gigi or tak. Tapi, bukan senyum ala-ala duck face and eye sore okey. itu mengada namanya. Bagi saya, apabila seseorang itu senyum, ketulinan, kecomelan dan kemanisan sebenar wajahnya akan terpatri.  Sebab itu ia diaplikasikan ketika bergambar. *saya rasa la...

Berbalik kepada intro diatas, disini saya nak kongsi fakta-fakta menarik senyum dari sudut kesihatan seperti yang disampaikan di dalam tazkirah tadi.
  • Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
  • Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  • Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  • Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
  • Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  • Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
  • Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
  • Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
  • Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  • Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.sumber
Wah! rupa-rupanya banyak kelebihan senyum yang kita tak tahu tetapi kita masih dapat manfaatnya dengan cara senyum seharian. Betapa ruginya seseorang manusia yang tidak mahu senyum. Islam juga mengajar umatnya untuk senyum.
  • Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
  • “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
  • Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
  • Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Jika ada diantara pembaca yang tidak tahu bagaimana dan bila mau menyenyumkan diri, korang boleh usahakan sentiasa tersenyum pada ahli keluarga dan jiran. Selain itu, jika korang seorang pelajar, senyumlah kepada rakan-rakan sekuliah dan pensyarah-pensyarah di universiti anda disamping memberi salam.

Bagi yang bekerja pula, senyumlah kepada rakan-rakan sekerja di pagi hari walaupun tugasan segundi menunggu. Mana la tahu kan, kalau-kalau rakan sekerja akan membantu. *senyum ada makna tu. Dan  jangan lupa untuk senyum kepada makcik tukang sapu dan tukang cuci. Sekurang-kurangnya, mereka akan lebih menghargai kita dan tidak berkira untuk membersihkan kawasan kerja kita dengan baik.

Kepada yang bergelar isteri pula, senyumlah kepada suami dan anak-anak etiap pagi kerana koranglah yang  memulakan hari mereka dengan ceria . Dan apabila mereka pulang ke rumah dari penat bersekolah dan bekerja, sekurang-kurangnya senyuman korang akan menjadi penawar keletihannya.

Murahkan senyuman dan buatlah orang sekeliling tersenyum. Ia mengubah beribu kemungkinan yang bakal berlaku. :)


12 comments:

[k]o{q}i[n] said...

byk rahsia senyum.. :)

Muhammadnuraizuddin said...

koqin = m daud kilau.. senyumlah~

Fendy said...

senyum dapat menguatkan semangat dan dapat menceriakan hari-hari yang suram...

encik cool said...

:)

logorithm said...

Oooo... akan cuba untuk senyum-senyum selalu. Thanx for sharing this. :-)

logorithm said...

Oooo... akan cuba untuk senyum-senyum selalu. Thanx for sharing this. :-)

Muhammadnuraizuddin said...

fendy : :)

Encik Cool - :) sokmo..
Logorithm - your wlcme.. senyumlah hari2..

NIA SI DRUMSTICK said...

ok!!dah senyum..:)
senyum..xpelu kata apa2..

NuReLLe said...

tak nak senyum

Anonymous said...

mr ...tolong..cam ne nk buat minit mesyuarat....first time kne buat:(

Anonymous said...

mr...macam mana nk cari keja yg ofice hour...tiap kali dapat mesti bukan office hour, past tu kena kerja sabtu ahad...tp or lain boleh pun kerja office hour...

Muhammadnuraizuddin said...

nia - baru lah manis. ihih

rurelle - nanti hg tak lawa.

anonymous - cuba rujuk di Mr. Secretary Helps.

anonymous 2 - mungkin belum rezeki untuk bekerja ofis hour. but, try cari kerja2 pentadbiran/pejabat, mesti akan folow waktu pejabat. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...