Tuesday, November 20, 2012

Muhasabah Diri Untuk Memperbaiki Diri

Assalamualaikum.




Alhamdulillah, sehingga sekarang, kita diberi peluang untuk bernafas di tempat persinggahan sebelum kita menuju ke kehidupan yang kekal abadi. Untuk entry kali nie, jari menaip mengenai muhasabah diri. Indahanya islam yang dinikmati jika kita mahukannya dirasai. Allah maha besar, maha kuasa. Allah akan memberikan cahaya jalan yang benar jika kita benar inginkannya. Itulah yang dikatakan hidayah.

Setiap muslimin mahukan keindahan agama suci Allah. Begitu juga empunya diri. kadang-kadang, terfikir sejenak mengira betapa jauhnya langkah dibuka menjauhi kebenaran. Kenikmatan hidup sementara di sini menghayalkan dengan bantuan musuh manusia, si iblis. Tugas hakikinya adalah untuk menghancurkan kita, anak Nabi Adam. Tetapi, sedia tahu bahawa si iblis musuh, mengapa seronok benar kita bersongkokol dengannya. Menjadi penemannya siang malam, pagi dan petang. 

Betapa gagahnya fizikal tidak menggambarkan betapa kekuatan rohani. betapa cantiknya diri, tetapi ia tidak mencerminkan kelurusan hati. Yang terbaik ialah keimanan yang berada di dalam diri. Sukarnya untuk mendapat keimanan tersebut, tetapi sukar lagi mendapat kemurkaan Sang Pencipta. Kerana, Allah maha penyayang. Betapa sayangkan Allah keatas hamba-hambanya dengan menjanjikan ganjaran kelak. Kuncinya, perlulah kita sentiasa mengingatinya dan mentaatinya.

Solat 5 waktu adalah tiang agama seseorang. Lengkapnya solat, boleh mencegah diri daripada melakukan kemungkaran yang dimurkai Allah. Kemungkaran yang berlaku disekeliling boleh dihindari. Belajarlah untuk solat dengan sempurna. Insyaallah, segalanya yang dilalui akan diberkati Allah. Jika niat yang dipasang tidak terpesong, luruslah jalan yang dilalui. Berbalik kepada niat, perlulah ia sentiasa positif dan tidak memudaratkan. Pahala pasti diperolehi apabila niat dipasang. Betapa mudahnya mendapat pahala.

Biarkan langkah kita perlahan, asalkan destinasi dan matlamat yang dituju betul. Jangan biarkan langkah laju, tetapi menuju kearah perkara yang lara. Muhasabah diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik walaupun diri tak sebaik mana. Insyallah. *Peringatan untuk diri sendiri juga




7 comments:

Izz Latif said...

renungan bersama
:)

Aniq Bukhary said...

Thankz bro.. perkongsian yg bermanfaat.. :)

Muhammadnuraizuddin said...

izz latif - insyallah.

aniq - sama2 kita bermuhasabah diri.

Nur Auni said...

insyaallah..cuba untuk menjadi yang terbaik di sisi allah..

MissUnknown said...

InsyaAllah, sy akan sentiasa mengubah diri kpd yg lebih baik.. :D

Aqilah Khairri said...

Insyallah sedang cuba :)
Aqilah #1604

http://aqilahberbicara.blogspot.com

Muhammadnuraizuddin said...

auni - alhamdulillah..

misunknow - insyaallah..

aqilah - saya jugak.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...