Monday, October 22, 2012

Tips Memujuk Diri Sendiri Apabila Sedih

Assalamualaikum.

Untuk entry kali nie, saya nak share dengan kawan-kawan semua bagaimana caranya untuk kita memujuk diri sendiri. Yes, bunyinya agak jelek. tapi, itulah hakikatnya. Perkara inilah yang diperlukan kepada orang-orang yang baru berhijrah ke suatu tempat yang baru. Yelah, siapa nak concern kan. Memanglah kita kena ramah dengan semua orang bagi memudahkan kita mendapat kawan, tetapi tak semua  orang pandai meramahkan diri. *tuan empunya blog sebagai contoh

Ya, seperti yang saya pernah cerita mengenai sahabat di entry sebelum nie, memang saya pernah berstatementkan bahawa kawan mudah dicari. Tetapi, seperti yang kita sedia maklum, kawan bukanlah seorang teman mahupun sahabat yang boleh memberi semangat dan memujuk kita jika sesuatu perkara sedih berlaku.. Yetak, So, kenelah kita berdikari menjaga diri sendiri dan memujuk hati sendiri sebelum kita percaya kepada seseorang untuk berkongsi cerita.. *forever alone.

Di sini, saya nak share 2 kaedah yang saya gunakan hingga ke hari nie. Walaupun tak seberapa, tetapi ia agak berkesan kepada diri, Insyallah.. Pertama, jika hati kita gundah gulana, kita perlulah memperbanyakkan zikir dan berdoa kepada Allah. Saya pernah menghadiri satu kursus semasa di bangku sekolah dahulu, dan saya masih ingat lagi kata-kata dari seorang ustaz yang menyampaikan tazkirah pada pagi subuh tersebut,  "Berzikirlah, Letakkan telapak tangan di dada. Getaran Kalimah Allah akan terasa. Tenangnya.." , Sebenarnya, walaupun kita sekadar mendengar zikir-zikir dan nasyid di radio , MP3, mahupun youtube, hati kita secara automatiknya akan tenang. 


Seterusnya, kita memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada diri sendiri supaya kelemahan yang ada diperbaiki dari masa ke semasa dengan cara lisan mahupun tulisan. Bimbang keadaan akan menjadi buruk kerana takut orang fikirkan kita gila sebab bercakap sorang-sorang, *yelah, nak memujuk dan memberi semangat kepada diri sendiri, confirm kena bercakap sorang-sorang kan.. kita juga boleh mengekprestasikannya melalui tulisan. Jika ada diary, berdiarylah anda. Jika ada blog, berbloglah anda. Jika ada facebook, berfacebook lah anda , kalau ada twitter, bertwit lah anda dengan tulisan-tulisan yang memujuk hati. sebagai contoh..

"Kau teruskan kerja dengan berniatkan Allah din. Biar orang tak tahu ianya berat, tetapi ingatlah, Allah maha mengetahui". *status facebook . Tapi jangan la updat every second. nampok bobonar meroyannya. hahaha.

Jadi, itulah serba sedikit tips yang saya gunakan untuk memujuk diri sendiri. Memang betul, bukan dari semua orang kita akan menerima nasihatnya. Tapi, xkan diri sendiri pun tak mau terima kan. Kalau nasihat diri sendiri pun tak jalan, apatah lagi orang lain. Wallahualam.

Salah satu contoh memujuk diri yang kreatif.




8 comments:

Nabila Roslan said...

pujuk diri sendiri : zikir. memang menjadi. slalu buat. tenang jiwa :)

KuNanGKuNanG said...

kene sentiasa berfikiran positif..:)

Muhammadnuraizuddin said...

nabila = insyaallah. menjadi..

kunangkunang - yes.. betul..

Nur Razlinda said...

saya suka dengar lagu nasyid bila tgah sedih.
bile dh asyik sgt dengar lagu nasyid tu,sume bende yg disedihkan tadi terbang jauh..
dilupakan sebentar~ menjadi ke tu? haha :D
dua-dua tips abg din ni rasanya pernah buat.
yg selalu buat ialah tulis diary/saya coretkan segala yg dialami pada hari tersebut dekat ats kertas kajang. sampai panjang berjela mencecah 3 helai kertas. haha.
lps tu dh tak sedih dah..
rasa mcm dh okay sikit dr sebelum tu. heheheh..
mcm tu lah lbih kurang je gan tips abg din :)

Anisa Anuar said...

yg penting, mind-set...jgn merajuk lama2..

Muhammadnuraizuddin said...

nur razlinda - itulah.. semuanya menggunakan kaedah yang lebih kurang dan lain-lain. tapi, tujuannya tetap satu. .kan..

anisa - sebab itu kita kena memujuk mind set kita supaya cepat2 sembuh dari sedih.. :)

Anonymous said...

assalam...
this week mmg terasa perit sgt bg saya..sy br berpindah ketempat kerja baru..xde kawan..dan mmg lumrah mmg tiada siapa yg concern..rasa menyesal berenti di tmpt lama pon ade.timing sy terbaca entry ni mmgla sgt tepat sbb it realy does help me to remind myself
.tq

Muhammadnuraizuddin said...

wslm.
Insyaallah. setiap orang akan mengambil masa untuk sesuaikan diri dengan tempat / keadaan baru. Sesiapa pun akan mengalaminya. Cuma saya bernasib baik environment di tempat saya kerja sangat baik. Insyaallah, allah sentiasa ada di sisi kita. kuatkan semangat. dan teruskan perjuangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...