Saturday, October 13, 2012

Kawan, Teman dan Sahabat. Dia Sahabat Sejati

Assalamualaikum..

Kawan, Teman, Sahabat adalah 3 perkara yang berbeza bagi aku. Masing-masing mempunyai definisi dan peranan yang berbeza berasaskan keakraban sesuatu hubungan yang terjalin diantara manusia sesama manusia. Sebelum aku fokuskan entry ini dengan kefahaman sendiri mengenai sahabat, aku nak habaq kat hampa semua yang Kawan, Teman dan Sahabat sangat berhubung kait dan sukar dibezakan dengan mata kasar melainkan dengan mata hati yang tulus.

Hubungan sebagai kawan boleh berlaku walaupun pertemuan didalam masa yang singkat. sesaat, seminit, sejam. Ini kerana, setiap perkenalan yang berlaku secara tidak langsung telah mewujudkan hubungan ini. Peranan seorang kawan lebih ringan dan dengan sesiapa sahaja hubungan sebagai seorang kawan boleh dijalinkan.

Teman pula lebih istimewa berbanding dengan kawan. Sebenarnya, teman ini lebih kepada seseorang yang kita boleh berkongsi suka dan duka dan boleh memahami kita. Senang cerita, teman nie seorang pendengar yang baik yang empaty. Bagi pendapat aku, teman nie adalah orang sekeliling kita yang agak rapat mengikut situasi dan tempat. Contohnya, jika di pejabat, kita mesti ada seseorang yang rapat dan selalu berkongsi cerita suka dan duka. tak kurang jugak bergosip. (=_="). Situasi di IPTA atau sekolah pula, kita dapat lihat dengan jelas nilai-niai teman yang dipraktikkan, yetak.. Kalau nak lebih jelas, jom kita mengimbau kembali zaman persekolahan. Kita mesti akan pergi makan dengan orang yang sama setiap hari di kantin. Duduk di dalam kelas dengan orang itu juga. Berjalan bersama, buat kerja rumah bersama, bergambar bersama. Kalau yang tinggal di hostel, tidur pun bersama. So, itulah teman sebenarnya.


Kawan tidak semestinya Teman. Teman tidak semestinya Sahabat. Tetapi, sahabat adalah kawan dan teman. Itulah keistimewaan Sahabat. Semua orang di dunia ini mencari sahabat sejati. Sahabat yang boleh membimbing kita hingga ke akhir hayat. Tetapi, ramai yang berkata bahawa sahabat sukar dicari. dimana silap kita gamaknya. kadang-kadang kita patut bermonolog seketika dan bertanya kepada diri...

*Adakah aku seorang sahabat kepada mereka?
*Adakah kita Ikhlas dengan mereka?
*Adakah nawaitu kita kerana Allah?

Hubungan sebagai seorang Sahabat bukanlah senang-senang terjalin, bukan dengan hanya lafaz perkataan dari mulut "kami sahabat". Tetapi dengan proses yang kita tidak sedar dimana ketaqwaan, kepercayaan keikhlasan timbul didalam hubungan tersebut. Sahabat Sejati akan membuatkan hati kita tenang dan lapang, kita akan sentiasa tersenyum dan kita akan ikhlas dari segala benda dengannya dengan berniatkan kerana Allah. Sahabat akan membimbing kita ke jalan yang diredhoi Allah. 

Firman Allah S.W.T.


“Pada hari itu(akhirat) sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).  Surah Az-Zukhruf ayat 67.
dan sabda Rasulullah SAW:
“Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya: ….. Dua lelaki yang kasih mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya.” Hadith Riwayat Bukhari.- sumber

Sahabat sejati akan membalas persahabatan yang ingin dijalinkan. Jika sahabatnya ditimpa musibah, jalan untuk meringankan beban akan dicarinya. Apabila bersahabat dengan hati yang ikhlas, sifat memahami diantara satu sama lain akan wujud dan sahabat akan dapat merasa apa yang dibimbangkan dan akan menanyakannya. Sahabat juga akan berusaha menutup kaiban kita jika terlihat olehnya. Sahabat akan mengusahakan sesuatu jika kita didalam kesusahan walaupun dia tidak mampu dan sahabat akan sentiasa mempunyi sifat untuk melindungi. Sahabat juga akan mengalah jika berlaku perselisihan faham bagi menjaga hubungan Persahabatan.

Indahnya didalam bersahabat... 
Dikala aku menaip entry ini, aku terbayangkan wajah yang aku menganggap dia sebagai sahabat. Insyallah, dengan keberkatan dari Allah, Hubungan persahabatan kami akan kekal hingga ke akhir hayat. Berkawanlah hingga menjadi teman, Bertemanlah hingga menjadi Sahabat. Bersahabat lah untuk menjadi Sahabat sejati. Wallahualam..


Tuhan aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberi 3 rasa,
Sayang, Kasih dan Kasihan. dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan,
Berkenalan, Berteman, Berkawan dan Bersama. Dalam 4 peraka itu tersembunyi 5 perkataan,
Teman Baik Selalu Di Sisi. Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian,
Sayang, Kekal, Setia, Mengerti, menghargai dan Mengingati. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huru keramat,
*SAHABAT*






10 comments:

Fendy said...

sgt setuju...sahabat ialah mereka yg memahami kita dan sama2 membawa kita mendekati Allah...

Muhammadnuraizuddin said...

fendy - :) itulah namanya sahabat.

Anonymous said...

Have you ever thought about writing an e-book or guest authoring on other websites? I have a blog based upon on the same subjects you discuss and would really like to have you share some stories/information. I know my viewers would enjoy your work. If you are even remotely interested, feel free to send me an e mail.

ZWAN SABRI said...

didalam hidup aku, aku ada ramai kawan.. tapi untuk sahabat, aku xdak sorang pon.. huhu

Anonymous said...

k2m0n1j0y1u0r1y7g It is from the benzodiazepine family of medicine. http://www.diazepam4sale.com/ - order diazepam This is especially true in cases where higher dosages are used over the long term. Obtaining Valium usually requires a prescription and there are generic valium medications available.

Anonymous said...

[url=http://acquistocialissicuramed.com/#72285]cialis[/url], cialis, http://acquistocialissicuramed.com/#36427 cialis comprare [url=http://acquistocialissicuramed.com/#22258]cialis[/url], cialis ricetta medica, http://acquistocialissicuramed.com/#74653 cialis acquistare

Muhammadnuraizuddin said...

zwan - bersabarlah.. ia akan hadir tanpa disedari

Razil Tahir said...

Hopefully, akan hadir lebih banyak sahabat dalam hidup ini.. :)

Anonymous said...

Thanks for the informative article, it was a good read and I hope its ok that I share this with some facebook friends. Thanks.

Muhammadnuraizuddin said...

razil = insyallah. semua dah tertulis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...