Wednesday, October 3, 2012

Artikel Penuh Mr. Secretary di dalam Utusan Malaysia

Assalamualaikum.

Apa khabar semua kawan-kawan. Harap semuanya sehat n ceria macam saya selalu. (=_="). Untuk entry kali nie, saya terpanggil untuk menaip semula *gigih betul* artikel berkenaan Mr. Secretary yang keluar di Surat Khabar Utusan Malaysia bertarikh 11 Ogos 2012 edisi raya lepas uollss.. beberapa hari lepas, saya diinbox oleh beberapa orang readers untuk gigih menaip kembali artikel tersebut sebab depa tak sempat nak mendapatkan paper Utusan Malaysia tersebut kononnya laris dipasaran sebab Mr. Secretary menempek mukanya besar-besaran. Huh! Perahsantan~ *nasib baik taip 70psm* ihihihihi :p


Ok, jadi kepada kawan-kawan yang belum membaca artikel penuh, meh luangkan sedikit masa untuk membaca. penat Mr. Secretary menaip tau.. Baca na..,, (",)






Taip sahaja nama Mr. Secretary di carian google, pastinya blog milik Muhammad Nur Aizuddin Abdul Rahman, 22, antara yang berada di kedudukan teratas carian. Menurut jejaka kelahiran Taiping, Perak itu, dia sama sekali tidak menyangka akan menceburi bidang kesetiausahaan selepas menamatkan zaman persekolahan. 

Cerita pemegang Diploma Sains Kesetiausahaan itu, dia mengambil masa yang agak panjang untuk memutuskan sama ada mahu meneruskan pengajian dalam bidang tersebut kerana cita-citanya sejak dahulu adalah menjadi jurutera.

Setelah mengetahui kerjaya sebagai setiausaha akan melariskan dirinya di pasaran kerja, Muhammad Nur Aizuddin tidak menoloeh ke belakang lagi.


.COM: Apakah identiti blog Mr. Secretary?
Mr. Secretary: Pada awalnya, saya membuat blog untuk memenuhi keperluan subjek ketika mengambil diploma dahulu. Seperti kebanyakan orang, saya hanya menulis mengenai kehidupan seharian sahaja. Bagaimanapun, setelah mendapat nasihat daripada blogger senior tentang perlu adanya identiti dalam sesebuah blog, akhirnya saya menjadikan kerjaya sebagai setiausaha sebagai keunikan dan kelainan blog saya.

Personaliti Mr. Secretary yang sebenarnya?
Mungkin ramai pengikut-pengikut blog beranggapan saya seorang yang serius atau 'skema' setelah membaca entry selama ini. Bagaimanapun, saya bukan begitu sebenarnya. Saya 'gila-gila' orangnya tetapi tidak dinafikan mungkin kerjaya sebagai setiausaha membuatkan saya sukar untuk mengubah gaya penulisan.

Apa yang tidak diketahui pengikut blog mengenai Mr. Secretary?
Saya sebenarnya suka bersukan. Tak kisahlah tenis, bowling atau apa sahaja sukan lasak saya memang gemarkannya. Jangan tak tahu, sebab itu juga saya baru sahaja menyambung pengajian dalam jurusan Pengurusan Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Saya juga sebenarnya ada bakat terpendam mengubah bunga dan membuat hantaran.

Pengalaman tidak dilupakan semasa menjadi pelajar lelaki tunggal?
Semasa di bangku sekolah dahulu, saya hanya bergaul dengan pelajar lelaki sahaja kerana saya mengambil jurusan kejuruteraan. Tetapi setelah menyambung pengajian di Politeknik, saya agak gementar pada mulanya. Lebih-lebih lagi setelah mengetahui saya adalah pelajar lelaki tunggal dalam kursus tersebut. Memandangkan kebanyakan wanita ni lebih sensitif sifatnya, jadi saya terpaksa menjaga mulut supaya tidak menyinggung perasaan mereka.

Bagaimana persiapan raya setakat ini?
Untuk diri sendiri, saya masih belum membuat persiapan raya lagi. Bagaimanapun, saya sudah mula membuat persiapan untuk kedua-dua ibu bapa saya. Memandangkan kesemua adik-beradik saya adalah lelaki dan tambah pula dengan kesihatan ibu yang tidak mengizinkan, saya lah yang mengambil-alih tugas menyediakan persiapan hari raya di rumah nanti. Tambahan pula, saya memang pantang melihat keadaan rumah tidak terurus, laju sahaja tangan saya untuk mengemas atau mendekorasi rumah itu nanti.

Apa yang menarik tentang hari raya Mr. Secretary?
Pastinya bersama keluarga adalah detik indah berhari raya. Tapi bulan Syawal ini juga adalah masa untuk reunion dengan geng-geng lama. Kami akan berkumpul ramai-ramai dan berjalan raya sama-sama. Terasa seperti kembali ke zaman persekolahan dahulu.

Ucapan untuk pengikut-pengikut blog Mr. Secretary...
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam. Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf sekiranya ada penulisan yang keterlaluan sehingga mengguris hati pembaca. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana tidak jemu mengikuti perkembangan blog saya sehingga hari ini. Selamat Hari Raya!



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20120811/hi_05/Helo-Mr-Secretary#ixzz28DRNY47C 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

7 comments:

aini shahroni said...

wah!!
hebad hebad!
keep writing bratha!
hehehe
*
http://nurainishahroni.blogspot.com/

Muhammadnuraizuddin said...

aina - tq aina. aina, bukan hebat, tapi rezeki. uhuhuhu

Nizam Ijam said...

untung la.... bila la time aku pulok..haha

Muhammadnuraizuddin said...

nizam - insyallah. nanti, ada rezeki hg, ada la tu. :)

Mohd Faiz Mazlishah said...

untunglah hehehe

hawiz said...

hebat!!!.

Muhammadnuraizuddin said...

faiz - rezeki. besok lusa, hg pulak. ihih..

hawiz - rezeki weh.. tq..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...