Tuesday, September 4, 2012

Maksud Oppa Gangnam Style Sebenar

Assalamualaikum..


New Oppa Gangnam Style Parody From Malaysia.
KL Style

Wah, fenomena.. fenomena.. and fenomena. Itu yang boleh dikatakan kepada lagu Oppa Gangnam Style nyanyian PSY. Dimana-mana saja aku pergi, mesti word Oppa Gangnam Style bermain-main di bibir orang-orang sekeliling. Bahkan, di bibir aku.. Choiyy~

Yang best lagi, siap dengan gaya tarian Oppa Gangnam tu sendiri menghantui orang sekeliling aku. Terkangkang sana, terkangkang sini. Terkinja sana, terkinja sini.. taklupa, menghantui aku jugak la kan. hahaha. Tariannya so cute dan tak senonoh. Owh tidak... apa dah jadi dengan kawan-kawan aku dan aku sendiri. Dulu masa LMFAO naik dengan lagu i'm sexy n i know it, takdelah aku nak buat tarian bogel tu.. Maybe, Oppa Gangnam Style nie agak sopan berbanding LMFAO punya tarian kot.. May be...

Bebalik kepada tajuk entry nie, aku nak habaq kat hampa semua  motif lagu nie dicipta n maksud asal lagu Oppa Gangnam Style itu sendiri yang aku jumpai dari sumber yang boleh dipercayai - Pakcik Wikipedia la jawabnya.. haaaa, actually ramai lagi yang tak tau maksud dia. Biasalah Malaysian kan... Orang layan, kau pun layan. kau layan, aku pun layan.. (=_=")

Sebenarnya, di Korea Selatan ada sebuah daerah yang dipanggil Gangnam. Daerah tersebut sangat Standard uolss.. Sangat mewah berbanding dengan daerah-daerah lain yang ada di Korea Selatan kerana peningkatan dan pertumbuhan ekonomi negara tersebut yang begitu cepat. Disebabkan kemewahan yang dilimpahi ke atas negara Korea Selatan, secara tak langsung ia mempengaruhi cara hidup penduduk-penduduk Korea Selatan terutamanya penduduk di daerah Gangnam. 


Gambar hiasan
Tetapi, disebalik kegembiraan cerita tersebut, ada dikalangan penduduk daerah Gangnam yang kurang bernasib baik untuk menikmati kemewahan tersebut. Oleh itu, golongan yang tidak bernasib baik tersebut telah terperangkap dengan gaya hidup mewah dan terikut-ikut dengan budaya orang kaya kononnya tidak mahu status sosial mereka dipandang rendah hinggakan perkara ini telah menjadi trend yang tidak sehat. 

Disebabkan perkara ini telah menjadi serius, wujudlah Joke / lawak ataupun kalau dalam bahasa melayu kita 'peribahasa' iaitu "wanita kicap masin" ataupun dalam bahasa koreanya Doenjangneo. peribahasa nie ditujukan kepada wanita yang sanggup menelan / memakan mee segera yang murah tahap dewa tetapi selalu pergi ke Starbucks untuk menikmati kopi yang beharga berlipat-lipat kali ganda.. *kau mampu~

So, kayalah tokey kedai Setarbucks di daerah sana sebab perkara ini telah menjadi trend yang kononnya menampakkan status sosial mereka tinggi menyayut.... Huh,... untuk pengetahuan anda, aku baru 3 kali pergi menikmati kopi starbucks yang sedap tu. Sebab aku tak mampu.. baik aku minum kopi cap kapal layar kat rumah memalam. Kbai...

Jangan lupa share info nie okey. Kesian kat kawan-kawan kita yang dok Gangnam Style tapi tak tau maksudnya. itu boleh dikategorikan sebagai mangsa trend.. Lol..




9 comments:

Eazy Izzuddin said...

thanks for the info bro
;)

Mazri Khairil Mazri said...

aku dah tau lama.

so, aku pun terikut style tuh.

cuma masa takdak.

ape2hal, Oppa Gangnam Style :D

Muhammadnuraizuddin said...

eazy - wlcm eazy. thx sebab baca jugak..

mazri - aahahha. hg kan hebat.. menyampai cerita cepat dari berita.. kan. ihihih..

zikeryhassan said...

ada eh kopi cap kapal layar? aku biasa dengar kopi cap kapal api je. kbai!

Wan Ahmad Izudean said...

macam2 lah pasal gangnam style ni :D orang malaysia pun dah berjangkit jugak.

Muhammadnuraizuddin said...

zikery - tah. main bedal ja. ahah..

wan - malaysia antara negara terbanyak buat parody..

Adeline Aziz said...

huhuu..nice info coz aku pun dok terfollow menda oppa2 ni. nice dance step for exercise only. wehuuu...
Oppa gangnam style =)

AmyZana said...

you should promote this entry more. especially kpd org2 yg telah salah tafsir lagu ni. dorg kata oppa gangnam style tuh maksudnye "saya yahudi" lar ~ oppa gangnam style tuh menghina nabi lah ~ it's getting seriously ridiculous -_-

Muhammadnuraizuddin said...

adeline - no more poco-poco.. Gangnam style punya step lagi bepeluh. ihih

amyzana - astaga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...