Sunday, September 30, 2012

Halal dan Haram - Bukan makanan semata

Assalamualaikum

Untuk entry kali nie, Mr. secretary tertarik untuk berkongsi dan bertanya pendapat kawan-kawan mengenai Hal Halal dan Haram (3H). Ye, saya mengaku, saya masih belajar dan masih cetek ilmu agama. Dan saya berasa kecil dan tidak layak untuk berkongsi berkenaan 3H tersebut. Tetapi, Islam mengajar kita untuk berkongsi pengetahuan yang baik walaupun pengetahuan itu sebesar kuman. 

Di dalam entry ini, saya hanya ingin menimbulkan satu persoalan ringkas dan mudah difahami kepada kawan-kawan untuk difikirkan sejenak dan ia akan membuat kawan-kawan ber' monolog seketika. Begitu juga kepada saya sebenarnya. Kita hanya sinonim perihal berkenaan Makanan jika kita diutarakan soalan berkenaan 3H ini. Ia disebabkan orang kita (melayu) amat peka dengan perkara tersebut. sangat, sangat dan sangat peka sebenarnya. Sebagai contoh, 

- kita tidak akan memakan makanan kering yang tiada cop halal dari Jabatan Agama Islam Malaysia.
- kita tidak akan menjamu selera di kedai Ah Chong mahupun Muttusamy.
- kita tidak akan melepak makan malam di kedai yang kotor.
- kita tidak akan makan makanan yang menimbulkan keraguan.



Dan sebenarnya, banyak lagi perkara yang kita peka mengenai Makanan yang mahu dimuat masuk ke dalam perut. Itu tak boleh, ini tak boleh. hahaha. Tetapi, adakah Hal Halal dan Haram ini hanya melibatkan Makanan?. Seperti yang kita semua Sudah  tahu tentunya tidak kan. Makanan menjadi hal pertama mengenai 3H nie sebab kononnya takut benda haram menjadi darah daging didalam tubuh. Walhal, punca pendapatan adalah perkara yang terpenting didalam 3H nie yetak.
Kadang-kadang, perkara ini diambil ringan oleh sesetengah orang dan mengambil berat benda-benda yang bukan utama (remeh). *sigh, marilah kita sama-sama membaiki diri untuk menjadi insan yang berguna untuk agama dan negara. mari..mari..




4 comments:

hawiz said...

saya stuju!!

Muhammadnuraizuddin said...

hawiz - saya pun. ihihihih

Nabila Roslan said...

memang pon. tak semestinya makanan. perkara lain pon same. :) teringat kat ustazah yang selalu pesan tentang benda ni.

Muhammadnuraizuddin said...

kan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...