Thursday, August 23, 2012

Entry Perasaan dalaman

Assalamualaikum.

Banyak hal di dunia nie yang perlu diterima dengan redho. Itulah yang dinamakan menerima Qadak dan Qadar. Segala yang kita lalui setiap detik adalah dirancang dengan penuh ketelitian oleh yang maha Esa. Segala kegembiraan, Kesedihan, Kecelakaan, Kekalahan, ada hikmahnya yang tersendiri kepada individu yang melaluinya.

Perayaan aku pada syawal nie biasa-biasa sahaja. Nothing special macam kawan-kawan aku yang lain. Keadaan menjadi kelam kabut bila tiada perancangan untuk hari raya pada tahun ini. Semangat aku nak berhari raya makin taun makin pudar. Seperti tiada seri sebelum tahun-tahun sebelum nie. Hanya beraya dengan perasaan yang kosong. Kegembiraan menyambutnya ada, tetapi Hilang sepenuhnya kebahagiaan.

Hari nie bersamaan 4 syawal, Mak aku dibawa ke Hospital untuk diperiksa kesihatannya. Keadaan tidak bermaya, kurus kering dan tidak aktif seperti dulu membuatkan kami adik beradik seperti hilang jiwa raga. Keadaan Mak makin serius. Makin teruk. Makin menjadi-jadi. Seperti ada something wrong yang berlaku. Itu yang membuatkan abang2 aku decided untuk membawa mak berjumpa doktor Pakar. N result, memang ada someting wrong...

Mak aku memerlukan pembedahan susulan setelah 2 tahun terlantar di atas katil akibat eksiden 2 tahun lalu. Dilanggar lori ketika mak menunggang motosikal. Sadis bila diungkit perkara tersebut. Then, petang tadi dikhabarkan yang Pembedahan tu memerlukan RM6,000.00 untuk menggantikan tulang paha mak dengan tulang paha yang palsu. *lebih kurang mcm tulah. Tulang palsu tu Insyallah akan membantu mak berjalan semula.. Jumlah yang agak besar sebenarnya bagi kami yang bukan keluarga senang.


Aku tak tahu nak mengadu dimana, kepada siapa. Disinilah tempat yang sesuai untuk aku mencoretkan perasaan sedih mengenangkan ibu kandung yang sedang menderita. Aku tak suka dikasihani, aku tak suka disimpati. Sebab itulah korang semua kena tahu yang tujuan aku bercerita disini hanyalah untuk menenangkan kembali perasaan *walaupun sikit , nak kurangkan tekanan dan kesedihan. Mulut hanya membisu, tetapi jari jemari ramah berkata-kata ketika ini. 

Aku bukanlah tidak mahu pulang kerumah pada waktu2 sebegini * 2 pagi , tapi aku sunyi. Aku sunyi bila duduk dirumah. Sekarang sangat dan terlalu sukar untuk mendengar mak menyembang ramah. Hanya tangisan dan rungutan yang sering didengar. Sebagai seorang anak, tiada siapa yang tidak sedih bila keadaan sebegini terjadi kepada diri. Sebab tu aku sering ajak kawan-kawan lepak ditengah malam kononnya untuk mengelakkan diri dari kesunyian. Walhal, itu bukan penyelesaiannya.. hanya membuang masa. Kawan-kawan pun terlalu sikit kuantitinya yang memahami diri dan mahu berkongsi cerita. 

Thanks ya kawan-kawan yang sudi baca.. Walaupun keadaan sebenar digambarkan hanya 3% dari hal sebenar dari sini, Aku gembira . Hanya Kembira. Doakan mak aku cepat sembuh seperti sedia kala ya kawan-kawan. Wslm.

7 comments:

[k]o{q}i[n] said...

Insyaallah sumenye akan kembali seperti biasa.. Usaha, doa dan tawakkal. tu penting... :)

Muhammadnuraizuddin said...

ayie - insyaallah. tq.

fifie said...

Atuk saya pernah jalani operation sama yang mak awak akan jalani. InsyaAllah semua akan baik-baik sahaja. Keep on praying !

Muhammadnuraizuddin said...

fifi = insyallah. tq so much..

siti khadijah said...

semoga pembedahan berjalan lancar dan cepat sembuh....banyakkan berdoa, insyaAllah :D

Mr.K said...

Kebiasaannya aku hanya stalker jer blog kau.. tapi bila aku baca entry kau yang ni,aku tak kira, aku nak jugak bagi feedback kat kau.. Alhamdulillah ko dapat terima Qada dan qadar dariNya... tak semua orang mempunyai kekuatan macam kau.. Dan sepanjang perkenalan kita, aku tahu, kau seorang yang kuat dan aku yakin kekuatan kau untuk terima semua ni... Sekurang2nya kau ade medan blog tempat kau meluahkan perasaan, meluah kan isi hati.. dan aku yakin, selepas tertulisnya entry kau kat sini, sedikit sebanyak kau tenang sedikit...Aku doakan semoga emak kau cepat sembuh dan dapat menikmati kehidupan seperti sebelum2 ni... Aku pernah jumpa emak kau sekali shja, tu pun time raya bbraapa tahun lpas, dan masa tu masih sihat lagi.. Dan sekarang baru aku tau keadaannya selepas baca entry ni... Be strong Aizuddin...

Muhammadnuraizuddin said...

jaa - tq so much..

Mr.K - thx ya.. aku tak sure hang sapa. but, thx sebab kasi semangat.. Insyallah. semua bejalan lancar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...