Monday, July 2, 2012

Tips Temuduga Jawatan di Sektor Kerajaan / Swasta

Assalamualaikum..

hye..hye..hye.. Apa khabar semua kawan-kawan. harap-harap sehat hendaknya okey dan semuanya boleh perform dengan baik dalam kelas bagi yang masih belajar mahupun pejabat bagi yang dah bekerja. Tingkatkan produktiviti kurangkan "mengulor".. hahahaha. Baiklah, berbalik kepada tajuk entry kali nie, Mr. Secretary nak bagi sedikit tips menghadiri temuduga bagi jawatan dalam sektor kerajaan mahupun sektor swasta. Ini kerana baru-baru nie Mr. Secretary dapat email dari seorang pembaca Blog Mr. Secretary yang memerlukan tips bagi melancarkan sesi temuduga beliau minggu depan. Harap sedikit sebanyak dapat membantu beliau dan kawan-kawan untuk membuat persiapan bagi menghadiri temuduga jawatan setiausaha mahupun jawatan lain.

Seperti pengalaman Mr. Secretary menghadiri temuduga dulu, Mr. Secretary mengambil tips seperti dibawah sebagai penduan untuk menghadiri temuduga yang pernah dihadiri.



Persediaan sebelum temuduga



Jangal sambil lewa dengan temuduga yang bakal dihadapai dan jangan pula terlalu fokus. Fokus yang terlalu tinggi diberikan dalam persediaan menghadapai temuduga akan memberikan tekanan kepada diri anda dan juga ketakutan yang tinggi. Ini mampu menyumbang kepada kegagalan kerana kurang keyakinan diri. Sementara jika anda tidak mengambil endah pula akan menyebabkan anda gelabah dalam sesi temuduga itu dan pastinya gagal memberikan jawpan yang sempurna kepada penemuduga.



Jadi cukuplah dengan persediaan untuk menghadapainya secara sederhana. Perkara pertama dan utama yang perlu anda bersedia ialah resume anda. Walaupun anda telah memberikan resume kepada pihak tersebut, tetapi anda diingatkan untuk membawanya juga bagi persediaan sekiranya diminta. Selain itu, pastikan pakaian yang lengkap untuk sesi temuduga tersebut telah disediakan dengan baik.




Anda perlulah tenang sepanjang malam itu dan elakkan dari perkara – perkara yang boleh memberikan tekanan kepada anda berlaku. Jangan terlalu memikirkan mengenai temuduga itu kerana ianya menambahkan lagi ketakutan diri anda. Anda perlulah menyediakan dengan lengkap sijil – sijil dan transkrip akademik anda dan susunkannya dengan kemas di dalam fail atau sebagainya.


Pastikan anda telah mempunyai jawapan dalam menceritakan mengenai diri anda. Ini adalah soalan wajib yang akan ditanyakan oleh penemuduga. Selain itu, anda perlu membuat kajian terhadapat syarikat tersebut dan sediakan soalan untuk diajukan kepada penemuduga itu nanti. Ini adalah bagi menunjukkan keprihatinan anda dan minat yang tinggi terhadap syarikat mereka. Yang terakhir pastikan wajah anda kemas tanpa jambang atau sebagainya dan memiliki rambut yang rapi.





Persediaan semasa temuduga

Pastikan diri anda telah cukup segala – galanya seperti yang telah ditekankan sebelum ini sebelum melangkah ke bilik temuduga. Jangan terus masuk ke bilik tersebut sebelum anda dipelawa. Masuk dengan tenang dan sampaikan salam atau ucapkan selamat sejahtera kepada penemuduga. Tunggu penemuduga ingin menghulurkan tangan dahulu untuk berjabat tangan dan pastikan anda berdiri pada waktu itu. Anda perlulah tunggu sehingga dijemput duduk dan duduk dengan perlahan tanpa bising.


Selepas duduk jangan pula anda meletakkan barang dan tangan anda di atas meja kecuali disuruh berbuat demikian. Tolong pastikan mata anda tidak merayap untuk membaca surat – surat atau kertas yang terdapat di atas meja. Pastikan anda senyum dan ceria sepanjang masa. Apabila bercakap pandanglah wajah penemuduga itu dan jangan menyampuk ketika penemuduga sedang bercakap. Jangan amalkan makan gula getah ataupun gula – gula ketika sedang ditemuduga.


Anda dinasihatkan supaya tidak berbohong dalam menjawab soalan – saoalan yang diajukan. Sekiranya anda benar – benar tidak tahu lebih baik anda berterus terang daripada anda berbohong. Anggapkan diri anda yang terbaik dan tonjolkan kelebihan – kelebihan diri anda. Ianya bukanlah untuk berlagak tetapi penting untuk menaikan nilai diri anda. Namun perlu ingat percakapan anda perlulah sopan dan tidak terlalu excited sehingga menjelikkan penemuduga.


Ajukan soalan mengenai syarikat tersebut dan jangan ajukan soalan yang sukar dan tidak mampu dijawab oleh penemuduga. Anda tidak perlu membantah sekiranyan terdapat percanggahan pendapat sebaliknya anda perlulah menyokong pendapat beliau. Tunggu penemuduga menamatkan sesi itu dan bangun untuk bersalam dengan penemuduga dan keluar dengan ucapkan salam lagi sekali.

 Sumber : carikerja


Ini lah caranya Mr. Secretary menghadiri temuduga dulu. memang sebijik caranya dengan artikel kat atas nie. yelah, memang ini pun yang dijadikan panduan oleh Mr. Secretary kan.Untuk hadiri temuduga di sektor kerajaan, Mr. Secretary nak nasihatkan supaya kawan-kawan supaya hafal nama-nama menteri Malaysia dan peranan mereka. Biasalah, untuk menjadi kakitangan kerajaan, seseorang tu mestilah tahu dengan baik perkara tersebut kan.

Selain tu, Janganlah kita berkata perkara yang tidak benar mengenai diri kita. Jika kita ditanya dan kita tidak tahu jawapan sebenar soalan tersebut, janganlah kita cuba-cuba untuk berbohong atau mendiamkan diri. Sebaik-baiknya kita mengaku yang kita tidak tahu jawapan untuk soalan tersebut dan janganlah kita membincangkan masalah peribadi kita ketika sesi temuduga tersebut.

Sebaik-baiknya, kita perlulah bersedia untuk memberitahu latar belakang seperti keluarga, persekolahan dan sebagainya. Jangan bercakap benda yang tidak sepatutnya sudah la ye. :) Disamping tu, berilah keterangan mengenai pekerjaan terdahulu jika kita pernah bekerja. Ini dapat membantu untuk membuktikan yang kita mempunyai pengalaman didalam pekerjaan. Tapi, jangan sesekali untuk mencela bekas majikan tau... dan nyatakan kelayakan dan kelulusan yang kawan-kawan ada tanpa memperbesalkan hal itu.

Jika jawatan yang ditemuduga adalah Setiausaha, kawan-kawan mestilah tahu serba sedikit cara kerja jawatan tersebut bagi meyakinkan panel temuduga untuk mengambil bekerja. dan bersedialah untuk mention kadar gaji yang diinginkan. Dan yang terakhir sekali, biarlah panel temuduga yang menamatkan sesi temuduga tersebut.

P/s : Diharap ia dapat membantu kawan-kawan untuk mendapat kejayaan. Semoga Berjaya! :)




14 comments:

aben je said...

esok sy intrview...n entry ni sngt brgne!!tengs a lot..:)

Muhammadnuraizuddin said...

aben je - most wlcme. tq gk sebb masuk blog nie

Syuk Ry said...

entry yg sgt mnarik.. nice2..

luqman zakaria said...

tips2 macam nih berguna untuk semua orang..hehe..kalau ade tips interview xdelah gementar sgt nanti..:)

Muhammadnuraizuddin said...

syuk ry - tq so much weh.. :)

luqman - kan.. baru la tahu apa benda yang nak dibuat kan. ihihih

onie said...

tapi kan, macamana eh kita nak rendah diri pastu dalam masa yang sama kita kena ada keyakinan diri... onie kadang fedup je... mungkin bukan rezeki kita kot...

nana kamarul said...

Tips yang berguna. Hehehe!

Hazwan Arif said...

nice one bro..mmg tgh buat persediaan ni..


http://kalampatah.blogspot.com/

Momo said...

nebes la.. dah lupe macam mana keje secretary ni.. the coming next week ada interview jwatan secretary.. blur. takut. risau. tak tahu apa tugas dia dan swaktu dgnya.. :(



sukatykupown.blogspot.com

Muhammadnuraizuddin said...

onie= rendahkan diri tak semestinya rendahkan keyakinan. begitu jugak sebaliknya..

nana - tq..

hazwan - gud luck ya..

momo - cuba cari panduan dengan bantuan en. google, mesti ada. ihihih.

CXopportunities said...

first time dtg blog mr.secretary ni. okay cx akan ade iv next 2weeks. that's why i was here. hehe. cx sgt suke kije s/u ni. cx pon dulu amek course ni dkt uitm. hehe. doakan cx ye. i/v spa pggl ni. hope so ade rezeki. amin.

Muhammadnuraizuddin said...

gud luck cxopportunities

CXopportunities said...

Hai mr.secretary, cx tk berjaya pon spa iv kelmarin. then cmne kite nk jwb kalau die tnya apa kelebihan awk dlm jurusan s/u ni? cmne nak jwb ye lebih2 lg kite freshie. blh share pndpt tk? :)

Muhammadnuraizuddin said...

owh, bila dia tanya macam tu, itulah peluang untuk kita tonjolkan diri secara lisan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...