Wednesday, July 18, 2012

More Rare Paling Awesome di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

Jam menunjukkan jam 11 Malam. Assalamualaikum kawan-kawan sekalian. Sekarang nie musim ujan, so jangan main ujan sangat ok. nanti demam. *tetiba .Intro yang Cait! Actually, More Rare nie spelling dalam Bahasa inggeris. Makna yang sebenarnya ialah MOREY.. aku tak sure ejaan betoi dia lagu mana. Yelah, aku bukan pakar bahasa kan. so, like heart la nak tulis lagu mana kan. (=_=")

Hampa semua tau dak apa tu morreyy. Aku yang caya bahawasanya di muka bumi Malaysia nie memang popular dengan word Morey nie. Yelah, makan free ye tak? siapa tak suka kan. Tapi hati kecil aku nie dok kedebuk-gedebuk meronta-ronta suruh explain jugak kat hampa semua maksud dan takrif morey nie. Baiklah, untuk kebaikan bersama, meh aku explain cara kamus dewan versi kampung aku sendiri. *kemain..

Gambar En. Google
Morey nie actualy ala-ala kenduri jamuan makan gittew. Tapikan, ia khas dilakukan pada bulan ramadhan sahaja. Yelah, jamuan sedekah di bulan ramadhan la katakan. Dan morey akan dijalankan selepas Solat tarawih 8 rakaat untuk fasa pertama dan fasa kedua pulak selepas solat tarawih 20 rakaat + witir. Amboi~ kemain ada fasa-fasa macam nie. Macam projek perumahan di Kampung zombie ja.. Tapi, ia depend jugak kepada organisasi sesebuah kampung, taman or masjid-masjid. Nak buat waktu bila.. *ini cara kampung aku je. ihihih



Kalau kat kampung aku, setiap keluarga yang ada akan dibahagikan kepada 30 kumpulan. maksudnya disini, kalau di sesebuah kampung ada 90 bilangan keluarga, 90 keluarga tu akan dibahagi kepada 30 kumpulan. So, setiap kumpulan akan mempunyai 3 keluarga. *paham tak murid-murid? Setelah dibahagi, setiap kumpulan diberi tugasan untuk berbincang dan memilih menu apa yang nak dimorey kan. Apabila kata sepakat dah dapat, JKK kampung aku akan buat undian untuk tentukan giliran morey pulak... Yelah, nanti takut bertumbuk-tumbuk pulak kan berebut tarikh.. Mana taknya, kalau buat hari-hari last ramadhan, kat surau dah tak ramai orang macam minggu pertama ramadhan. *mula-mula ja semangat bertarawih kat surau.. Effect dari tu,  makanan tak habis pulak katanya.

Itu serba sedikit takrif morey mengikut kepala hotak aku ni yang berpandukan morey di kampung aku. Harap dapat membantu. Cewah~ Bila dok bercerita bab morey nie, teringat waktu aku masa kecik-kecik dulu. dalam umur aku 6-12 tahun. Pada taun 90 an gitew, morey di kampung aku memang meriah. Macam kenduri kawen beb. Penuh orang datang ke surau. Tapi, kalau morey tu ada nasi ayam ka, nasi beriani ka, nasi tomato ka, satey ka n etc, memang ramai yang datang. Al-maklumlah makan sedap kan. Aku jugak macam tu sebenaqnya.

Biasalah budak-budak, memang lepas solat isyak dah keluar dari surau sebab nak main Polis tantri n Toi sementara tunggu orang-orang besaq habis solat tawarih 8 rakaat. macam aku kata tadi la, morey kan start lepas tarawih 8 rakaat. *dasar muka tak malu, tau nak makan ja kan aku nie. Masa tu, memang heaven untuk main polis tantri, yelah, malam-malam senang sikit nak menyorok. gelap ja kan. kalau hari biasa, tak boleh nak keluar malam-malam. mak tak bagi. So, masa ramadhan nie lah nak lepas geram untuk main puas-puas dengan kawan-kawan. Guna tiket ke surau untuk solat tarawih n morey. *bijak kan


Satu sebab lagi yang bestnya main polis tantri waktu ramadhan nie, sebab otak takkan terfikir-fikir untuk menyorok kat mana-mana pun even tempat tu terlalu gelap. dah tak takut dah.Yelah, kan bulan ramadhan syaitan aka hantu jembalang kan semua kena tambat, so tak daklah si hantu yang nak sorokkan budak-budak yang main nyorok-nyorok waktu malam kan. *bijak sakali lagi. ahahha. Lepas tengok pakcik-pakcik yang tak larat buat 20 rakaat tarawih keluar dari surau, *maknanya, 8 rakaat ja tu kami budak-budak yang main polis tantri tadi bertempiaran lari serbu dewan jamuan. Yeyyyy~ Morey dah start. Dengan baju dibasahi peluh, dengan seluar dikotori acaq, aku slumber je masuk buat muka sekupang p amik makanan. huh~ makan free, lantak lah depa nak marah ka, kata apa. Wat bodo je even aku tau yang aku memang pandai masa tu. Lol

Itu serba sedikit mengenai aktiviti Morey di kampung aku. Memang seronok zaman aku kecik dulu. Tapi sekarang, aktiviti morey yang macam tu dah berkurangan di kampung aku. Yelah, masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Termasuk aku. ihhih. Tak pernah gi morey dah bila besar panjang nie. Agak sedih tengok budak-budak ganerasi sekarang nie.  Kalau hampa tanya or ajak budak-budak sekarang nie main polis tantri macam aku kecik-kecik dulu, mesti dia ajak main Counter Strike or Dota ja guna Ipad dorang. Haish.. Zaman betul-betul berubah.. Patutla Kanak-kanak kat Malaysia nie ramai yang Obesiti. Gemuk-gemuk belaka. Konon comel. Besar nanti, tau la nasib kau kalau dok melahap makan je kerja. :p

Ayoo. Actually, perenggan kat atas nie aku nak wat perenggan penutup. Tapi, still mengarut-ngarut mencarut lagi. ahahah. Dah, jari aku pun dah lenguh nie dok menaip. *dah macam taip minit mesyuarat n mata hampa semua pun dok binau tengok tulisan aku kan. ihihih. Aku stop kat sini dulu ye untuk entry kali ni. Assalamualaikum.

P/s : Ce korang coment  kat bawah nie, macam mana Morey di tempat korang pulak. :)


Kamus utara:
Morey = Moreh
Hampa = Korang
lagu = Macam
Dak = Tak
Polis tantri = Polis No Entry
Toi = Galah Panjan
Acaq = Lecak
Sekupang = 10 sen
 Binau = Silau

11 comments:

NURUASHIA said...

galah panjan????
wehaaaa...first tyme dtg sini..
nice dude

Ardini Humaira said...

dulu slalu moreh kat masjid depan umah.. skang duk miri, adat moreh tak de lak sobss

Muhammadnuraizuddin said...

rurashia - tq ya.. ihihih.. eh, galah panjang la. typo. ihih

ardini - yaka. sana kurang sikit kot kan. :(

Cik Reena Tan said...

org taiping kan?
*sepp five*
moreh makan ramai2 ni best.. nak pulak kalau menu sedap. heheh

Syafik Coklat said...

hahaha macam-macam peel time pose ni nnt , tp bila dah dewasa ni kita kurang sikit lah nak ada mnde macam tuh , masa kanak-kanak best !

nadira shahid said...

moreh paling best dekat surau rumah aku = teh tarik panas.
Pandai mak cik tu buat, pas solat tarawikh je dok berebut dengan adik ;p

Muhammadnuraizuddin said...

Cik rena : haah,..saya org tepeng gak..hijihi...memg best mkn reramai...

Syafik coklat .: kan...memg best gila... Dewasa nie da k
Leh pikir da,..behave sikit..ihihihhi

Nadira : wah.. Yaka. Syok la mcm tu..teh tarik sedap...

HaFiZ=PeNjAgA said...

eja dia MOREH la din.. ada ka p morey... -_-... ang jgn lupa posa lak.. dari hafizuddin kawan fai...

Muhammadnuraizuddin said...

hafiz - tulah. ihihi. MOREH = MOREY sebab loghat utara memang macam tu. ihih.thx singgah..

Amy Farhana said...

wahhh bole imagine cm ner best nyer men nyorok2 polis tantri tu erk..rindunyee saat² gituu.. :D

Muhammadnuraizuddin said...

amy - kan.. memang best zaman budak2 dulu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...