Monday, July 30, 2012

Kenangan Zaman kanak-kanak BULAT si Budak Gemuk di Halt Junction Country.

Assalamualaikum..


Kadang-kadang, dengan mengimbau zaman kanak-kanak boleh menghilangkan stress harian kita. Kalau korang tak percaya, ce bayang sekarang peristiwa hari pertama korang disunatkan ke, di suntik jarum ka, apa ka.. Mesti korang akan tersenyum sorang-sorang macam kerang busuk depan komputer masing-masing kan. *intro yang tah apa-apa.. Guys, aku punya kampung nama Kampung Simpang Halt. noktah...

Ok, Balik pada tajuk entry kali nie, aku just nak share ngan hampa semua Feeling good-good aku masa aku ada kat kampung minggu Lepas. Actually, hampir 10 tahun aku tak jalan-jalan menghirup udara segar kat kampung aku *bau asap kilang je lebih. Bukan sebab aku dok kat Oversea or tak pernah balik kampung dalam Period tu, tapi, aku bajet retis ngan orang-orang kampung aku tahu... Bila dah besar panjang nie, Perasaan nak melepak or buat benda Lagho kat kampung aku mula terhakis. Mungkin sebab aku dah lama tak menetap kat sana. Yelah, sejak sekolah lagi, dah duduk asrama bagai kan. *hambar..

Actually, hari nie aku nak buat pengakuan kekwat sikit. Masa kecik-kecik dulu, aku memang popular kat kampung aku tu. Yelah, budak bulat sambil gemok, memang la orang dok geram dok picit pipi kan. Tambah-tambah dengan nama panggilan aku yang unik.. BULAT. Lol.. mana ja aku pergi, aku mesti akan disapa oleh pakcik-pakcik or makcik-makcik kampung aku. Bulatt~~ *nada manja. Serius, nama tu lekat sampai sekarang okey..


Sebenarnya, aku rindu dengan orang-orang kampung aku tu tahu. Kecik-kecik dulu, besepah lari lintang pukang dekat depan laman rumah orang. Dok main polis tan try kononnya.. Main roundess, main tuju-tuju tin. Main aci menyorok.. banyak lagilah.. Biasalah, budak kampung kan.. memang hidup penuh dengan warna warni. Bahagia masa tu sebab tak payah nak pikir-pikir masalah macam orang dewasa.. Yetak.. Sampai satu tahap, aku siap makan kat rumah orang tanpa dipelawa lagi. *buaskan n tak tau malu..

Tapi sekarang, bila dah terserempak dengan pakcik or makcik-makcik di kampung aku tu, aku hanya mampu tersenyum. Berat mulut nak memulakan bicara. Biasalah, Segan itu yang menjadi kekangan. Saya bukan sombong mak cik oi.. tapi, Segan. Malu dengan diri sendiri sebab kurang bercampur dengan orang kampung.. *kadang2, rasa sedih pun ada. Bukan dipulaukan, tetapi saja exsyen memulaukan diri.. Kadang2, parent aku sampai marah dengan sikap aku nie. Masa kecil akrab dengan orang kampung, bila dah besar, agak fefeelling retis giteww. *Hampehhh punya BULAT..

Iesh, kan dah agak lari dengan tajuk entry pengisian aku yang atas nie. Ayooo. Ok, sambung balik.. Petang sebelum aku buka puasa, saja ja aku gapai kunci moto yang tergantung kat belakang pintu rumah aku tu sebab boring berbuka. Aku start moto n tergerak hati nak round-round kampung aku. Sadis bila mengamati suasana kampung yang dah jauh berubah. Hutan rimba yang dulunya jadi tempat paling seram aku, dah jadi kebun kelapa sawit. Lombong yang aku jadikan tempat berendam dah dikambus dan didirikan kilang.. Udara yang segar dulunya dah jadi tidak. Hilang semua kenangan zaman kanak-kanak aku dulu.. 

Sambil memulas trotal moto, aku senyum kambing sorang-sorang mengenangkan kenakalan aku dulu. Dalam hati, owh, inilah tempat aku mencuri rambutan. Di sinilah tempat aku berkhemah. Disinilah trek lumba basikal aku. n bla..bla.. bla... Pemandangan kampung aku berubah mengikut peredaran zaman.. *boleh macam tu.. Bila aku ada anak nanti, kenangan zaman kecil hanya boleh diceritakan seperti *bad story .. Dah takda realitynya.. Semuanya telah dimusnahkan  dan diratah oleh pembangunan yang sangat rakus. *ngeri ja bunyi ayat..

Kadang-kadang, aku kesian dengan budak-budak zaman sekarang. Kebanyakan daripada diorang, tak dapat rasa kehidupan yang warna warni ala-ala pelangi di kampung macam aku kecik-kecik dulu. Sadis sungguh. Dorang tak akan tahu macam mana cara menangkap belut yang suatu ketika dulu pernah gigit jari aku. Cait...


9 comments:

Prettywrite said...

kebanyakan budak2 macam tu kan..masa kecik montel jer..da masuk remaja sikit dah slim melim dah..nt bila da kawin mesti jadi bulat balik..hehe..kembali ke asal..

asri (asrirayrock) said...

zaman budak2 dulu lau duk kg memang meriah.....

skunk dah besar panjang habuk pun xda an..an...

Muhammadnuraizuddin said...

prettywrite - kan.. lepas kawen, bulat balik. adoy.. klu bulih, lepas kawen, aku takmo la bulat balik. ihih..

asri - itulah.. zaman berubah, orng berubah.. ihihih

Cik Aish said...

aish ada kucing nama bulat...mmg geram !!!

Muhammadnuraizuddin said...

cik aish - ahahah. mesti kucing tu gemokkan. ihihih

amir aizat said...

zaman kanak2 sapa yg xbest en, hehe

Muhammadnuraizuddin said...

amir - ihhih.. betoi tu.. tak yah nak pikir apa sangat... yetak..

Anonymous said...

Hi aizat... X nk jdk EA? Hihi

Anonymous said...

Hi aizat... X nk jdk EA? Hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...