Thursday, July 12, 2012

Kehidupan Baru Bakal Bermula Dari Bidang Kesetiausahaan Terjun ke Bidang Sukan. ---> Jauhnya lari!

Assalamualaikum..

Wah, aku menaip entry nie dengan muka gembira tau. So, hampa semua kena baca sambil senyum :) . Dari aku kecik-kecik lagi, aku memang bercita-cita nak bekerja ofis. Ofis mana pun tak kisah asalkan duduk dalam ekon n pakai kemeja bertali leher. Korang mesti ingatkan masa sekolah rendah, cikgu-cikgu akan tanya cita-cita kita sorang demi seorang masa dalam kelas. Masa tu, Majoriti budak lelaki semunya nak jadi Askar, Polis, Bomba. n budak perempuan pulak  nak jadi nurse, cikgu n suri rumahtangga yang berjaya... Eh~ suri sumah?. ahhaha. alah, biasalah tu, budak-budak kan. mana la nak tau apa-apa sangat.. bercakap tanpa mengerti apa ye tak?

So, macam budak-budak lain, aku pun cakap la kat cikgu yang aku nie bercita-cita untuk menjadi Bomba, Polis n Askar. pusing-pusing, kot tue jugak la sama dengan budak-budak lain. Cuma susunan sebutan ja berbeza. Lol. Yelah, mana taknya, masa zaman aku sekolah rendah start 1997 sampai 2002, memang kerjaya itu yang popular. Actually, aku nak cakap yang aku bercita-cita nak kerja pakai tie, baju kemeja, dok dalam ekon bagai, Tapi, aku takut digelakkan budak-budak hingusan dalam kelas aku tu. hahaha. Sah2 la aku jadi bahan kang. Kalau korang nak tahu, aku tak kisah kerja apa pun.. even jadi costumer service kat tesco yang pakai tie n kemeja tu sebab cita-cita aku nie random ye tak. ahaha. *masa tu kecik2 je, sebab x berapa nak paham apa2 sangat..

Rindu pulak aku kat classmate merangkap GF aku masa belajar dulu.. *miss uolls darling. ihihih
Hoi, even aku sorang ja laki dalam kelas, kejantanan aku menyerlah na. takdak patah kat mana2 beb~ :)


Syukur Alhamdulillah, cita-cita aku tercapai setelah umur aku genap 20 tahun. Aku diterima bekerja sebagai Setiausaha Pejabat di Sektor swasta dan kini hampir setahun aku di sektor kerajaan. Tercapai la kan cita-cita aku masa kecik tu.. yetak?. even jadi Setiausaha ja kan. ihihih.. Actually, bukanlah minat sebenar aku untuk berkecimpung untuk jadi setiausaha nie. Ini semua disebabkan tersalah pilih course masa belajar Diploma dulu. Tp, Alhamdulillah, rezeki Allah kasih. Syukur.. Kawan-kawan aku yang lain ramai yang takdak kerja tetap lagi, tapi, aku habis2 je study, terus dapat kerja tetap. Alhamdulillah :) 

Bila difikir-fikir balik, memang aku mampu untuk teruskan kerjaya sebagai setiausaha nie. Tapi, adakah aku boleh bertahan? ahaha. mungkin ya, mungkin tidak. Yelah, bila dah berumur 30 tahun nanti, takkan nak ke kerja jadi setiausaha lagi. Dalam hidup, kita mestilah sentiasa ada keinginan untuk maju kedepan. Macam tu jugak aku. Aku takmo dok di takok yang lama. yelah, manusia kan cepat bosan. ihihih..

Gambar kat bawah nie adalah alternatif aku.. ce tengok sikit :p



Macam orang-orang lain, aku pun nak cuba suatu benda yang baru. Dulu masa kecik-kecik memang aku bercita-cita nak kerja dok dalam ofis bagai, tapi bila dah tercapai, cita-cita baru mula di create. Cewah! ahaha. Ramai kawan-kawan aku yang terkejut dengan keputusan yang aku ambik. Lari bidang sungguh woo. Dari Setiausaha terjun ke Bidang Sukan. Tapi itulah, benda nie yang aku minat sekarang. Cita-cita aku buat masa nie, nak jadi pegawai sukan. Tak kisah la kat agensi mana pun. *boleh macam tu

Syukur Alhamdulillah, aku dapat tawaran untuk sambung study di UITM Shah Alam dalam bidang yang aku minat sekarang. Insyallah aku akan buat yang terbaik..*kemain ayat.. even tempoh pengajian aku mengambil masa sampai 5 tahun, tp aku rasa aku masih muda masa grad nanti.. hahahah *pengsan..  xpa, biar lambat, asalkan selamat dunia akhirat. Amin..

P/s : Kejarlah Impianmu... Amboi~ *nada ala2 mail lambong




17 comments:

Lizzie Yasmin said...

Ok lar kan, dah capai dah pun cita - cita pertama tue. Nak pakai tie dan dok dalam office. Ke2, moga tercapai jugak.

Muhammadnuraizuddin said...

lizie - kan. insyallah.. amin.. ihihih

Cahaya Hidup said...

tahniah buat awk sbb dah berjaya untuk further study.tp awk buat secara full time atau part time?kalau part time,InsyaAllah,ada jugak saya kwn nnti.....ni pun baru nk further study semula.ada peluang,ambik je.umur?tolak tepi,itu cuma angka saja,kan ? Good luck ok........ :)

Muhammadnuraizuddin said...

cahaya hidup - sya buat part time jugak. uhuhu.. yaka, gud luck untuk kita berdua ok. :)

Nisa Kay said...

ehhh result UPU dah keluar ke ape ni?

Ardini Humaira said...

Goodluck taw :D

Muhammadnuraizuddin said...

nisa : UPU belom keluar. Nie aku buat PJJ la. ihihih..

ardini - tq so much na..

tiafazunia said...

kalau aku cerita kat orang class aku ada sorang ja laki mesti diorang igt lembut. padahal tak ponn! salute kau din! :)

Lal Azmi said...

Go go go.... tahniah!!!! hahahaha

Syafik Coklat said...

tahniah bro . hehe , awek satu ..errr

Muhammadnuraizuddin said...

tia - ihihihih. b, aku rindu nak dengaq hg mengilai weh. uhuhu, xpa, nanti kita leh lepak sama kat UITM kan. ihihih.. Thx b..

lal - tq so much hilal.. oi, teruskan perjuangan hg jugak kat on air tu.. Pastikan hg jadi yang terbaik n termenang.. ihihih.. hg layak untuk tu.

syafiq - ihihih. tq weh.. nak awek, yelah2.. meh jumpa aku skrng. ahahah. aku nak kasi

kaki bola said...

seronok kot dpt pengurusan sukan.tapi apekan daya tgh blaja bidang sc, lagipun dah separuh jln balaj sc takkan nak tukr ke lain.

tahniah bro.ade peluang join FAM ke MOM ke.seronok.

Muhammadnuraizuddin said...

kaki bola .. xpa, sc pun ok apa.. sc stand for apa yerk. ihihih

LyNdA LyNn said...

wahh.. jaohnyer terjun.. dari tingkat berapa tu? hehe

btw,tahniahh.. semoga terus berjaya dlm menuntut ilmu :)

*mcm pernah nampak la encik abg aizuddin ni kat tv3. heheeh ^_^

Muhammadnuraizuddin said...

lynda - ihihih.. tq ya..

Nurfarizan said...

Err.. mesti bfore ni ada jadi wakil sukan pape, kan..?? If sport management dgn sport science same x? kne attend interview jugak ke?

Muhammadnuraizuddin said...

nurfarizan - haah. sangat aktif sukan. ihihh.. actually, sport management n sport science berbeza.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...