Tuesday, July 24, 2012

Hampa mesti pernah Puasa Yang Yok kan? aku pun (=_=")

Assalamualaikum..

Pejam celik, lapaq dahaga, dah 4 hari kita berpuasa. Wah, Cepat rasanya masa belalu. kiranya, dah 4 hari la aku diet kan. Eh~ dari pinggang saiz 32cm dah jadi 30cm. Besok lusa mungkin 28cm kot. and kompom-kompom aku leh pakai Red Kebaya yang Si Akaq Vanida Imran dok pakai tu kan. Lol.. 

Okey, Back to d topic, untuk entry kali nie, aku nak share sikitlah ngan hampa semua cara aku berpuasa masa aku belum baligh. n aku Belum pecah suara macho macam Jamal Abdilah lagi. Yelah, masa kecil dulu mana la~ nak tahan puasa penuh. azab betoi rasanya. N aku yakin, hampa semua pun sama kan. *tuksah bohong na..ahaha.. Tapi, mak aku kuat semangat sungguh tau. Gigih dia suruh aku puasa Yang Yok ja. katanya, janji puasa... dari tak puasa langsung?. yetak..

Tapi, apa maksud Puasa Yang Yok tu? aku actually, tak paham langsung masa tu. Yelah, pelik je bunyinya. aku nie memang jenis budak gemok banyak tanya.*burung apa, burung murai nak..  So, tak sampai seditik lebih *kononnya , aku pun tanya la mak aku..kan.. Takkan aku nak tanya mak cik jiran sebelah rumah Mak Jemah tu pulak. tiba-tiba, Sambil tersenyum ayu, mak aku mendendang kan sebuah Pantun...


Adik Puasa Yang Yok,
Pagi-pagi adik bukak Periyok...
lalala~


Terra mak aku berpantun masa tu, katanya, dulu dia johan pantun dua kerat dalam kelas.. *patutla... Rupanya, Puasa Yang Yok tu, sahur lambat maksudnya. Yelah, pagi-pagi bukak periyok kan. *kadang2 bukak kualil.. Bangun pun dah pukul 10 pagi, memang sahur lambat la jawabnya. ahahaha. Aku pun percaya dengan gigihnya bahawa budak-budak diberi pengecualian bangun sahur sebelum subuh tu. So, puasa aku masa kecik-kecik dulu dari 10 pagi sampailah Zohor.*lapar susu botoi.. ahahha. Pandai mak aku temberang aku kan. buat penat aku puasa ja..Lol.

Tapi, untuk cara advance sikit puasa masa kecik tu, aku ditemberang lagi. ahahah. Kali nie untuk puasa separuh hari. Kononnya, kalau aku puasa dari pagi sampai tengah hari, untuk hari nie, besok aku kena puasa separuh hari lagi.. So, dah lengkap aku berpuasa satu hari.. So, dalam sebulan, aku dapat puasa separuh bulan (15 hari).. *boleh macam tu.. Cait..

Cara abah aku nak melatih aku pulak, buat tawaran wang ringgit Malaysia..Abah aku janji ngan aku masa tu, sehari aku puasa akan dapat 3 ringgit.. So, bila aku dah puasa 15 hari, aku akan dapat 45 ringgit la kan. Yeyyy,. *tapi, selalunya digenapkan 50 hinggit.. So, hari raya just tunggu angpau dari abah aku ja.. Meriah Mainan kat umah aku lepas raya okey.. *beli mainan guna hasil dari puasa tau.. berdikari tak? (=_=")

Sebenarnya, itulah cara mak abah kita melatih kita untuk berpuasa. *kreatif sungguh..n aku percaya banyak lagi istilah-istilah lain yang digunakan oleh Ibu Bapa untuk melatih anak-anak mereka berpuasa.. Hasilnya, tengok aku.. Lol..aku boleh je puasa penuh dari lepas Baligh sampai sekarang. Alhamdulillah.. Tak rasa terketar-ketar nak cari nasi mamak tengah hari macam orang tu pun..OPS!!!


So, Berpuasa penuh la bagi kamu yang diwajibkan.. Jangan nak ponteng-ponteng okey.. Cer share sikit macam mana cara ibu bapa korang semua melatih korang untuk berpuasa masa kecil-kecil dulu.. ? 


4 comments:

LyNdA LyNn said...

eh same la pulak cara puasa yg mak ayah ajar saya mase kecik dlu..
mula2 setengah hari,lps tu esok mesti try puasa penuh 1 hari..
ganjarannya sehari RM 1..
skrg ni dh besar pandai dh sahur sendiri,puasa penuh kalau dpt duit raya mesti dlm sampul ada RM 30. hehehe.. kenangan2.. :)

Muhammadnuraizuddin said...

lynda - kan.. kenangan tu..

Hanim Mahali said...

Aku puasa dulu tak pernah nak dapat reward duit... Puasa ja... Tapi start puasa half day dulu la, baru full...

Muhammadnuraizuddin said...

hanim - ahaha. memang mcm tu kan. kena belajar puasa half day dulu. ihihi.. tp, bagoih la hg. tak ditawarkan dengan wang ringgit. ihihih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...