Monday, July 16, 2012

Contoh Surat Permohonan Kebenaran Majikan

Assalamualaikum..


Apa khabar semua pembaca blog Mr. Secretary. Diharap sehat hendaknya ye. .*wah, skemanya. .ihih. Ok, for Today, Mr. Secretary nak tunjuk contoh surat permohonan Kebenaran Majikan. Tak kisah la nak dibenarkan buat apa sekali pun kan. Sama ja bentuk surat tersebut. Sekarang nie, Mr. Secretary perlu kebenara untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kerana surat tawaran dari universiti dah sampai.. So, dalam syarat untuk daftar diri nanti, Mr. Secretary perlu mengemukakan surat kebenaran tersebut. Jadi, Mr. Secretary tunjukkn contoh kebenaran menyambung pelajaran la kan. ihihi..




Danial Aizuddin bin Sesuci Sufi
Setiausaha Pejabat
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Penerangan Awam


20 April  2012

Y.Bhg Dato’ Zaid bin Hussini
Pengarah
Jabatan Penerangan Awam

Melalui

En. Kairul bin Alan
Timbalan Pengarah Kanan
Jabatan Penerangan Awam

Y.Bhg Dato’,

Permohonan  Kebenaran Menyambung Pelajaran –  Pengajian Luar Kampus

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.            Dimaklumkan bahawa, saya  Danial Aizuddin bin Sesuci Sufi  ingin memohon jasa baik Y.Bhg Dato’ untuk mendapatkan surat akuan majikan bagi tujuan menyambung pengajian seperti butiran berikut:

Program                      :           Pengurusan Sukan
Peringkat                     :           Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
Tempat Pengajian       :           Universiti Teknologi Mara (UITM)
                                                Shah Alam, Selangor
Tempoh Pengajian      :           September 2012 – Ogos 2017
                                                (4 hingga 5 tahun)

3.            Untuk pengetahuan Y.Bhg Dato’, sesi pembelajaran diadakan pada hujung minggu dalam setiap bulan dan bermakna ia akan diadakan sekali sebulan. Saya memohon jasa baik Y.Bhg Dato’ agar membenarkan saya untuk menyambung pengajian di peringkat ini.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,


..........................................
(DANIAL AIZUDDIN BIN SESUCI SUFI)

7 comments:

c u m u h a m a said...

Assalamualaikum :)

Maaf yea mengganggu . Nak minta tolong sikit boleh ?

Minta tolong LIKE page n gambar nih . Kalo sudi share la naa . Mohon kerjasama awak & rakan blogger sekalian. 1 LIKE mampu membuat ibu & anaknya tersenyum bahagia. Terima kasih ,Jasa anda amat dihargai :)

1. LIKE this page , https://www.facebook.com/Mumnbabycom


2. LIKE this photo , https://www.facebook.com/photo.php?fbid=344849685583802&set=a.332350763500361.70545.111646315570808&type=1&theater&notif_t=photo_comment_tagged


TARIKH TUTUP : 31 JULAI 2012

- zuriey - said...

bgus2 sambung blaja

Muhammadnuraizuddin said...

cumuhama = xpe.. :)

zuriey - ihihi. tq..

♥ wawawawa ♥ said...

kawan sy pon ramai dpt shah alam~

Ardini Humaira said...

wah... bagus2 :)

Muhammadnuraizuddin said...

wawa- kan.. uitm shah alam bnyak amik intake kot...
ardini - iihih. tq ye..

Asniem CA said...

terima kasih atas perkongsian ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...