Monday, June 25, 2012

Contoh Surat Mengadakan Perlawanan Persahabatan yang ringkas

Assalamualaikum.

Untuk entry kali nie, Mr. Secretary nak share sikit bentuk / contoh surat Mengadakan Perlawanan Persahabatan yang ringkas. Baru-baru nie, Mr. Secretary dapat email yang mengatakan bahawa si pengirim emel memerlukan contoh surat mengadakan perlawanan persahabatan yang ringkas untuk dibuat rujukan.

Actually, Mr. secretary pun baru je minggu lepas buat Contoh surat perlawanan persahabatan nie. Yelah, sebelum hadirnya bulan ramadhan nie, kita mestilah mengeratkan hubungan silaturahim kan. So, dengan bersukan juga, hubungan silaturahim boleh dikukuhkan disamping mencergaskan badan. dan Mr. Secretary percaya ramai dikalangan kawan-kawan memerlukan contoh surat mengadakan perlawanan persahabatan yang ringkas macam nie. Yetak, so, harap contoh yang Mr. Secretary sediakan nie dapat membantu sedikit sebanyak.. (=_=")




(Kepala Surat Organisasi)


Ahmad Daud Abdul Kazim,
Ketua Kelab Sukan,
Bahagian sumber Manusia (BSM)
_____________________________________________________________________

En. Fahmi bin Kamarudin,
Ketua Kelab Sukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA)                                                             21 Jun 2012

Tuan,

Memohon Mengadakan Perlawanan Bola Tampar Persahabatan

Merujuk perkara di atas, Kelab Sukan BSM ingin mengadakan perlawanan persahabatan bola tampar bersama kelab sukan jabatan tuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kedua-dua jabatan.

2.         Sehubungan dengan itu, butiran lanjut mengenai perlawanan persahabatan bola tampar adalah seperti berikut:

Tarikh             : 25 Jun 2012 (Isnin)
Masa              : 8.30 Malam
Tempat           : Gelanggang Bola Tampar, Majlis Sukan Negara

Sekian, kerjasama dari pihak tuan bagi menjayakan perlawanan persahabatan bola tampar ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

---------------------------------
( Ahmad Daud Abdul Kazim )
Ketua Kelab Pasukan, BSM

5 comments:

Anonymous said...

Terima Kasih :)

Anonymous said...

Terima Kasih :)

Helwana Afifah said...

tq share

Helwana Afifah said...

terima kasih

Anonymous said...

terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...