Friday, June 22, 2012

1st time ke Kelantan Part 3 : Nawaitu Sebenar di hari persandingan ku berdiri dipelamin

Assalamualaikum.

Apa habaq kawan-kawan. harap semuanya sehat walafiat.jumpa lagi kita di dalam entry 1st time ke kelantan nie. Tapi, kali nie part 3 pulak na. Yelah, 4 hari disana, kalau nak diceritakan dalam satu entry, memang tak syok la kan. takut tak semua benda dicerita dengan fefiling bercuti yetak. Kalau ada sapa2 lagi tak baca entry  part 2, CLICK HERE.. Eh. ce tengok tajuk entry nie? menggemparkan.. xkan kawen kot. tp, sah2 la tu kan. Sebab propa dari tajuk nie dah clear2 pasal hari perkahwinan. Tapi..tapi...

hahahah. Tapi, bukan aku kawen ye. My officemate yang kawen. Akhirnya, En. Abul dah menamatkan zaman bujang dia pada 2 hari bulan Jun yang lepas. Japgi, korang scrool tengok gambar dia kat bawah tu na. Sebelum apa-apa, aku nak cerita sikit perjalanan majlis kenduri di sana. Lain bebeno dengan tempat aku nie. Yelah, lain negeri, lain caranya ye tak. Lain padang, lain lalangnya.. Eh! betoi ka peribahasa abang karam sing tu? (=_=").

Di negeri Kelantan, Hari cuti sekolah adalah hari-hari yang available untuk dibuat kenduri. Dari isnin sampai hari ahad. *alah, macam lagu Rebika itam tu. hew.hew.hew. Memang agak janggal bila aku ada kat sana. Yelah, slalunya, kenduri kendara nie kalau di tempat aku, hanya hari Sabtu n ahad ja. Sabtu belah perempuan, Ahad belah lelaki. so, dari hari ja kita dapat detect anak mak limah laki ke perempuan if dibuat kenduri pada hari ahad kan.. Senang.. simple.. eh, simple bab hari je. bab lain, #pengsan.

Dari segi masa pulak, kalau ditempat aku, masa bersanding dalam lingkungan 12 hingga 1 petang. tapi, kadang2 terlajak sampai 2 petang. Mungkin rumah pengantin masing2 jauh jaraknya.*yeke. tapi, kalau di kelantan, waktu yang paling sesuai dalam pukul 3. Huh.. Lapaq pengantin wooo. ihihhih.. kalau kat tempat aku, katering dah kemas2 meja dah nak balik... Tapi, itu keistimewaan kenduri kat sana. Tak payah nak kelam kabut sangat kan.. Dan kenduri disana selalunya dibuat dengan sederhana. kebanyakan hanya menyediakan 1 hingga 3 kemah sahaja. Kalau tempat tak cukup, bertempiaran tetamu duduk menikmati hidangan di bawah pokok. *rasanya serius lagi best, *save bajet.. Tak macam tempat kita kan.. 5-10 kemah.. sampai tuan rumah pening kepala nak pacak kemah kat mana. Halaman hanya sekangkang kera. 

Actually, tak banyak sangat perbezaan kenduri kawen di Kelantan dengan tempat aku. Sebab sama-sama melayu kan. ihihih. Cuma ada seper- duaperkara yang simple berlainan..contohnya, ketika orang bersalam sedekahkan wang kepada pengantin, gudiey beg dari Rombongan pengantin and ada lagi. Aku pun dah lupa. *memory low .. Tapi, yang paling..paling...paling berbeza dengan tempat kita ialah mengenai MAS KAHWIN. wah!!! tiada wang hantaran ok.. semuanya disekalikan dalam mas kahwin. So, duit tu kepunyaan pengantin perempuan bulat-bulat. *bulih la dia beli barang kemas.. (~,~")

Ok.. cukup tu.. cukup berleter dengan jari nie. Aku dah penat menaip. ahhaha. Tapi, kenduri kat Kelantan sangat meriah wooo. Itu motif sebenar aku nak taip dari tadi. ahahha. So, sebelum hampa bosan dengan entry aku nie.. Sebelum hampa tekan pangkah, moh tengok gambar2 yang sempat dirakamkan kat sana. Cewah. jom2... Scrool down na..

Kacaknya pengapit pengantin tu.. wah.. kacak kan.. *jangan marah ya pengantin sebab over shadow.. #eh! perasan gila. ahahah. Actually, aku seorang yang pemalu tau. Pengantin stedy, tapi, pengapit yang merah padam.. *over



Ini dah 3 kali aku jadi pengapit pengantin. so, aku tau apa tugas-tugas aku masa di meja makan. So, laju ja aku layan pengantin. Yelah, mana taknya.. aku lapaq weh.. so, cepat serve pengantin, cepat la aku dapat mencekik makanan-makanan yang ohsom nie. kriuk..kriuk.. Nampak tak ayam kat bawah nie.. Slurppp.. *meleleh air liur


Ini sesi selepas makan. Gigih pengantin rush tukaq baju Baru nampak Machoo.. and, baru nampak jadi raja seharinya.yetak? dengan baju warna kuning kan. aku saja ja menepek kat tepi tu, nak tumpang kemachoan gitu.... *mampu.. ahhaha.

Selesai sesi potong kek petang tu, kami bergerak ke sebuah tasik yang berdekatan dengan rumah pengantin nie. Nak Photoshoot outdoor katanya. Nasib baik aku bawak kamera, leh la aku jadi model kamera aku sendiri. Yelah, pengantin mesti buzy dengan photographer dia kan .  Xkan lah aku nak bertenggek sorang2 tak buat apa kat sana kan. *kemain aku nie



Amboi.. kemain kan. Boleh masuk contest HERE REMAJA tak?.. ada figure jadi model tak?. ahaha.. *pengsan..tutup kedai agensi model tu. 

Korang mesti kata aku nie penyibuk.. Kacau ja pengantin.. Pengantin pergi photoshoot pun nak ikut. ahhaha. Actually, aku pun tak tau nak pergi mana kalau tak menepek sebelah pengantin.. :p

Wah.. macam Cinderela dengan prince Charmie.. *sesuka ja aku petik nama

Hantu.... Ahhh.. muncul di kelantan..

Habis ja majlis kenduri n photoshoot petang tu, perut kembali kosong..kosong..kosong.. *ala, lagu najwa latif.. so, Alang-alang lapaq kan, nak pekena makanan Kelantan yang Marveles..... nanti, kalau hampa pi tanah merah, pergi cari restoren yang nama dia RESTOREN TEPI SUNGAI na.. Tapi, jangan keliru, kat restoren tu , tak da pun sungai...*propa






Ok, cukuplah setakat nie aku berleter dalam entry nie ye. hampa semua pun mesti dah naik muak kan. so, nantikan entry 1st time ke Kelantan Part 4 pulak ye lepas nie. Nak tau aku pergi mana, makan apa, jangan lupa untuk baca next entry ok.. Selamat bercuti weekend.. Hati-hati di jalan raya kepada yang balik kampung.. Assalamualaikum... (-,+)

3 comments:

LyNdA LyNn said...

wahhh pengapit pengantin lg menyerlah dari pengantin..bile pengapit nk jadi pengantin nyer? heheheh :)

syok nya dpt jalan-jalan kat kelantan..

Anonymous said...

Make $1,000's Weekly with a Health Internet Business of Your Very Own

Now get a complete fully-operational "Health eBiz" in a box!

This amazing site:

* Closes sales automatically for you!

* Has a complete electronic sales manager that makes all upsells for you!

* Collects subscribers and leads automatically!

* Contains a complete "health e-Mall!"

* Contains up to 90 additional income streams!

* Contains several powerful videos!

Has a "live" spokesmodel that walks out onto your visitors' screens and closes up to 396% MORE sales for you!

Includes complete professional set-up by Expert Web Development & Programming Team!

This NEW "Health Biz In a Box" complete and fully-operational website allows you to make all the cash you want from a fully-operational automatic cash-generating web business!

Read how it works here:

=> best affiliate website

But rumor has it there may be a ceiling on the number of these Internet "health-biz" sites being given out in order to avoid everyone having one and risking market saturation.

Join the ranks of these people above and read how it works by going to:

=> best affiliate website

L-mi Redzz said...

kalau dh smpai 3x jd pengapit tu, paham2 je la ye...hahaha...mudah2an lepas ni turn ko la plak din... hehehehe =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...