Tuesday, June 19, 2012

1st time ke Kelantan Part 2 - Shopping besar di Rantau Panjang. Murah!!! Murah!!!!

Assalamualaikum...

Wah, tajuk~ macam orang berniaga ja kan. Okey, untuk entry part 2 nie, aku nak bercerita mengenai hari kedua aku kat sana. Yelah, macam hampa semua tau, hari pertama, aku tak ketahuan hala p petik buah salak sampai terpacak duri atas kepala kan. *nasib baik tak jadi sundal bolong. klu tak baca lagi, nie hah entry dia. TEKAN SINI  So, untuk entry kali nie, cek nak habaq mai kat hampa pasai hari kedua cek kat sana. Pergi Rantau Panjang woo.. kalau pergi kelantan, tak sah kalau tak pergi ke sempadan Malaysia - Thailand tu kan.

Dalam perjalanan, aku kena tempoh 2 road block kat sana tau. Dah macam nak masuk thailand betoi-betoi dah gayanya. Bersempena cuti sekolah, memang alamatnya bertambah JEM lah jalan ke sana. Tapi takpa, dengan kesabaran yang tinggi, aku sampai ke sana hampir pukul 7. Keterujaan melihat motor-motor yang berketempiaran yang bernombor pletkan tulisan Thailand tu membuatkan fefelling dah berada di Luar negara. suasana sungai sempadan yang keroh di sepanjang laluan jalan raya kat pekan Rantau panjang tersebut, membuat aku terbayang-bayang manusia-manusia yang memperjuangkan cinta mereka sampai Kawen lari kat Thailand.. *tetiba ja kan.

Sesudah aku dapat parking, keadaan sekeliling agak lengang. Patut la, rupa-rupanya Pekan Rantau panjang nie bukan macam pekan-pekan yang ada kat tempat kita. Pukul 7 dah nak tutup kedai.. Awai bebeno.. tanpa melengahkan masa, langkah panjang kaki p jenguk kedai-kedai yang belum tutup. Nasib baik juga berkesempatan untuk shopping barang-barang yang ada depan mata. *shoping besar lah sangat kan. 


Kekacang kat sini memurah-murah. Tak tau kenapa kat tempat kita mahai dari sini. Mungkin nak kekacang pun kena cukai gak kot. hahahah..

Wah.. Jeruk buah. Tapi kan, rasa jeruk kat sini agak pelik. Tah la. Mungkin mulut aku ja kot.

Wah.. sedapya... beraneka bentuk. berwarna-warni. hahaha. macam tema biskut mancis dah kan. Tp, memang sedap. Apa tah nama dia. aku tak pernah sebut sebelum nie,. Sebab tu lupa.. lol



Wah, sempat dok possing lagi masa dok bakaq batang-batang tak ketahuan hala tu. Kemain. *Bajet retis sangat mamat nie. kan. Tp, ce hampa semua tengok keadaan kat sini, agak kurang bersih.. berlecak-lecak. Tp, apa kan daya, perut dah memberontak, telan ja lah. ihihih

Buah Laici.. Ingatkan manis, tapi masam nya macam muka aku bila kena marah dengan orang. hahaha..

nyum..nyum..nyum.. aku saja berdiri tengah jalan sambil macam menatang nie. kan orang malaysia nie power-power.. Power of hand la. apa la.. kan.. 

Bakar Asli. Bakar Asli!!! dah macam nama orang. Meriah gila moto dia dengan kacang-kacang tu. Musim raya mesti laku punya..

Nie hotdong yang kat kedai lain. Bersepah orang meniaga menatang nie. Patut la popular kat sini..

Tengok tu, depa juai guna moto ja kan. Gigih betoi.. ')

Even kedai-kedai dah nak tutup, agak ramai lagi yang gigih beli belah. Rasanya, dorang ingat, last customer akan dapat harga murah gila-gila kot.. *cakap orang, aku pun mintak kurang jugak. ihihih..

Licin muka makcik nie, patut la.. Dok makan buah buahan hari2..  Wah, tips nak lawakan muka nie..


Lelong-lelong. Banyak gila pakaian murah-murah kat sini. rambang mata beb. Jauh sangat beza harga dengan tempat kita. Original tak original, itu belakang cerita,  sebab kat tempat kita pun bukannya semua barang original kan. made in siam jugak... ihihhi




Sluaq Jeans kat sini, harga baru RM28 ringgit tau. Kalau kat KL, mau RM100.00 ke atas. Weh, kat KL tu pun Made in thailand jugak.. sama ja kan. Aku slalu p shoping kat Sungai Wang tu.. Ingatkan kat sana harga berpatutan, tapi, Rantau panjang berganda berpatutan nya.  Aku sambar beli dua helai terus ari tu. Nasib baik ATM jauh dari pekan tu ja, kalau tidak, aku borong buat blogshop meniaga. hahahha

Minat pulak  aku kat scooter tu. Comey. Kat malaysia, tak pernah nampak pulak.. Awat depa tak juai yerk? klu tak, mesti laku anak-anak gadis beli.. yetak?

Senyum-senyum. Senyum sokmo deh..Toksei kawei.. #eh


Eh,..eh.. ada orang nak bergambar dengan aku lah. Saya bukan artis la kakak.. *bajet tak ingat dunia.. Ini akak kepada member aku yang aku tumpang rumah tu. Dorang semua peramah woo. Gigih dorang ajaq aku cakap kelantan. Genno mu.. ihihihi

Dodoi, pistacio semua ada.. kuih-kuih pemanis pun ada. Tak pandai aku nak makan. *alasan takmo beli

Keadaan Rantau Panjang

eh, macam mana boleh ada moto nie. Saja ja nak buat bukti p Sempadan Thailand. ihihihi.

Masa aku kecik-kecik dulu, mak aku n orang kampung aku slalu buat rombongan pergi ke Rantau Panjang. Bila dorang balik dari sana, Penuh pinggan mangkuk, periuk, tilam, pakaian, n macam-macam lah. Sekarang nie, bila aku sendiri pergi sana, baru aku tau yang kat sana barang-barangnya sangat murah. Terlalu murah. Hinggakan menjadi tempat wajib singgah orang kita kalau pergi ke Kelantan. Tapi, kena ingat, jangan beli barang penuh bonet kreta pulak. Satgi, kena tahan ngan polis yang buat roadblock tu. Then, terpaksalah bayar cukai. hahahah..

Okey, penat sudah menaip.. :) Cukup kat sini saja untuk entry kali nie. So, hampa tunggu PART 3 pulak lepas nie ok.. Dimana, aku akan cerita tujuan asal aku ke sana. ahahha.. biasalah weh, sambil menyelam, minum air, alang-alang dah sampai sana, kena lah p teroka semua tempat kan. Untuk dapatkan pengalaman baru.. *cuci mata.cari jodoh.. ahahha. oK, babai.. Assalamualaikum..

5 comments:

Lizzie Yasmin said...

Apa yang di shopping kan cik abang oiii...

Muhammadnuraizuddin said...

lizzie - macam2 wooo.. ihihih

Anonymous said...

kena buat trip p kelantan gak nie

kehidupan sihat said...

kat rantau panjang ni shopping masih boleh guna ringgit ke..

https://www.diyanarazim.blogspot.com

Muhammadnuraizuddin said...

boleh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...