Friday, June 15, 2012

1st time ke Kelantan Part 1. Keterujaan memetik buah salak~

Assalamualaikum..

Hai..hai..hai.. Apa habaq semua.. *macam retis.. harap semua sehat dan bahagia disamping keluarga tersayang.. untuk entry kali nie.. Mr. secretary nak becerita sikit pengalaman dok pi melancong ke bumi Kelantan. Untuk pengetahuan hampa semua, ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke sana. Sungguh gundah gulana bergelora hati nie bila dapat peluang untuk pergi ke sana.

Actually, aku gi sana naik bus je. coz tak larat nak drive kreta. Jauh wooo. Perjalanan hampir 8 jam okey. tercabut tangan dok pegang stereng. masa dalam perjalanan. aku tiba-tiba rasa peluh satu badan. Tengok lubang econ bus tu, dok terngaga ja. Berasap ekon keluar. Tp, dok musykil kenapa aku dok berpeluh sakan. Ditambah keadaan pagi buta dalam kul 3 pagi, mustahil boleh berpeluh. Sepatutnya sejuk tergedik-gedik kat atas bus tu. Apabila diamata, *cewah, baru aku perasan yang jalan yang dilalui sangat bengkang bengkok. dan kelajuan bus jugak agak maksima na... ditambah pulak aku dok di seat belah atas. Kompom2 pening nak pitam la tu.. Itulah kelemahan aku, selalu pening bila naik bus. Dengan tekad didada, aku paksa diri untuk tidoq. Sebab tak larat nak tahan muntah. Tp, tak menjadi. Bluerk la atas bus tu. ahhaha..

Setibanya di kelantan, jam dah menunjukkan pukul 4 am. Nasib baik timing member aku yg bernama ABUL yang mengambil aku dari stesen bus tepat. Xpayah la aku dok berjaga mata untuk menunggu kan. Sampai ja rumah beliau di Felda Kemahang, aku terus rebahkan badan di katil. Dah tak ingat apa dah. yg pasti, nak tidoq. ihihihh.. Keesokan harinya, Abul bawa aku gi jalan pusing satu feldanya. Memang itu kali pertama aku masuk ke felda. Begitu cantik dan tersusun rumah-rumah di sana sambil bertatahkan pokok-pokok bunga perhiasan yang lawa-lawa.

Selesai pusing-pusing, kami pun pergilah ke kebun abah beliau untuk memetik buah salak. This is my 1st time jugak ok. untuk memetik buah yang berbisik tu.. Excited sungguh..

Nampak tak mimik muka aku yang teruja tahap dewa 19..hahaha.

Fulamak weh.. Berkilat kulit dia tu. Fresh dari ladang woooih..



Hah!!! jaga-jaga.. tajam tu..

Beginilah caranya memetik buah salak. Kena hati2.. nanti, duri dahan tercucuk kepala..

Amboi2.. Posing lagi tu..

Kan dah kata, kena berhati2.. Seriusly, kepala aku tercucuk duri tu woih. terpacak!!!! nasib baik tak berapa dalam sangat tercucuk..klu tak, naiyya..

Inilah tuan rumah. En. Abul..

Nampak tak betapa kena berhati-hatinya untuk memetik. Ingat senang macam petik buah apel ka?.

Nie yang aku paling benci. PACAT! nasib baik aku memang orang kampung, takdak lah sampai nak menjerit-jerit ketakutan. Just relex. hahaha.

Besar2 woo buah dia. Sangat Puas hati...

Amboi2.. berpinar mata.. terliur mulut nak makan.. Semangat..

 
Betapa tekunnya aku mengopek. Klu orang yang biasa makan, 3,4 kali ja dia kupas.. yang aku nie, dekat setengah jam baru dapat makan satu. yang penting, rasanya enak..Fresh.. Lemak.. Fuh.. Meletop!


Lepas bepeluh-peluh mengutip buah salak yang hebat tu, terus mandi manda.. Kompom miang satu badan la kan. tu yang muka aku kat dalam gambar atas nie fresh sikit macam buah salak tu. ihihi. Yang penting, kena pekena aiskrim ok. Baru ada Aummmm!!!

Amacam? Terliur tak korang tengok? kompom la kan. ihihihi. Serius, pengalaman mengutip buah salak sangat best. Bukan senang nak rasa buah yang fresh2 nie kan. Terbaik dari ladang.. Kena ada kesabaran yang tinggi. Klu bajet ala gud-gud bandar gituw, rentikan lah niah nak p petik buah tu di pokok. Takut jadi igauan ngeri pulak. ihihih.. Ok, Cukup dah sampai disini untuk entry kali nie. Bagi entry seterusnya, aku akan cerita pengalaman menarik di Kelantan dalam part ke dua pulak ok. Pastikan korang baca nanti tau.. Pasti menarik, tertarik, kau memang debommM! eh~

14 comments:

Rozuan Ismail said...

eyh, felda kemahang berapa? itu kampung saya la.huhu

K O R I E said...

ok, nampak sgt sedap

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Buah salak?. Lama Kak Mirror tak makan buah ni, beli yg dah jadi jeruk pun sedap. Tapi kalau cari kat JB ni mcm tak jumpa plak..(sigh).




tip menjaga dara - utk bacaan muda mudi

Muhammadnuraizuddin said...

rozuan - felda kemahang 1.. ihihi.. yaka, hg orng kelantan rupanya. ihih

korie - sangat lemak okey. sedap woo..

kak mirro - yaka. saya tak pernah makan yang jeruk punya. ihihih.. tp, sengat sedap yang fresh kan..

Aiman Khalid said...

Meleleh air liur pagi2 ni

Miss Anis said...

xpernah mkn buah salak....huhu...nampak macam best je....

incik said...

salak ni rare ni.. memang osem laa!

Muhammadnuraizuddin said...

aiman - hg kena p pasar nie. p cari buah salak. ihihih..
m
iss anis - best.. cuba la..

incik - kan.. susah cari wooo

ahsfantasy24 said...

hati2..
duri salak berbisa, hehe ^^

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

penah rasa petik dlu ms kat kelantan...best!!!! pokok cm pokok kelapa sawit jee..

Muhammadnuraizuddin said...

ahsfantasi - yes.. sangat bisa.. bisa tercucuk ya. ahahha..

fauzi - kan. macam pokok klapa sawit, tp, kecik je..

♥ wawawawa ♥ said...

baru aritu mkn buah salak! sedap..hehe

Rozuan Ismail said...

owh, i duduk felda kemaahng 3.huhu

Muhammadnuraizuddin said...

wawa - memang sedap.. nak p cari lagi lah. ihihih..

rozuan - yaka.. wah, best kan kat sana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...