Monday, May 28, 2012

Statement ala-ala Diva bila aku masuk Majalah. *Pengsan

Assalamualaikum.

Bekerja sebagai setiausaha tidak menghalang nuraizuddin untuk terus aktif menulis blog.  Nuraizuddin yang baru menyambut hari kelahirannya yang ke-22 mengaku bahawa menjadi seorang blogger sangat mencabar. Bagi Nuraizuddin, blogger boleh diketagorikan kepada banyak jenis mengikut penulisan yang disampaikan oleh sesebuah pemilik blog tersebut. 

Nuraizuddin juga dikenali sebagai Mr. Secretary dikalangan pengguna internet. Ini kerana Nuraizuddin menggunakan gelaran tersebut sebagai tajuk nuraizuddin.com , blog miliknya sendiri.  Disamping itu, Nuraizuddin juga mempunyai channelnya sendiri di 1tube.my [Malaysia Sharing Video] dengan hampir 50 video yang diupload. Dengan bakat mengacara yang dimiliki, nuraizuddin mula dikenali oleh pengguna internet seluruh Malaysia kerana nuraizuddin banyak mengacarakan video-video berkenaan artis tempatan, pelancongan dan banyak lagi. 

Tak kenal, maka tak cinta,
So, bila dah kenal, jom kita interview dia..



Bila Nuraizuddin mula berblog dan kenapa?
Actually, saya dah berblog dari 2008. Pada ketika itu, saya diberi tugasan sebagai seorang pelajar diploma Sains Kesetiausahaan untuk membangunkan sebuah blog . Ini kerana, didalam modul yang saya ambil ketika itu, setiap pelajar diberi penerangan tentang kelebihan dan manfaat blog. Dari situlah saya perlahan-lahan merangkak menulis blog dengan pengisian-pengisian kehidupan seharian saya.

Pilihan jenis-jenis entry Nuraizuddin[dot]com 
Erm,.. Pilihan jenis entry.. Sebenarnya, tujuan saya menulis blog adalah sekadar berkongsi dengan rakan-rakan dan pembaca tentang perkembangan kehidupan saya. Tapi, yang menarik jelah kan. Nanti, klu cerita yang bosan, orang akan close tab je. ihihih. Sejak bergelar Setiausaha, saya mula perlahan-lahan untuk menulis entry dan memberikan contoh-contoh surat yang saya pernah buat kepada kawan-kawan yang memerlukan contoh dari saya. Disamping itu, Blog nuraizuddin.com nie ada beberapa bahagian yang telah di asingkan . Bahagian-bahagian tersebut mempunyai video-video yang telah dibuat sendiri oleh saya. Contohnya, interview artis, Vlog, Travel log , dan banyak lagi. Klu nak tau lebih lanjur, p la melawat Nuraizuddin.com okey. ;)

Apa perkembangan Mr. Secretary sekarang. Dengar-dengar ada Projek baru?
Sekarang, badan saya yang mengembang. hahaha. Alhamdulillah, makin hari, makin murah kurniaan rezeki Allah. Buat masa nie, saya tak berkesempatan lagi untuk keluarkan video baru seperti dulu. Kerana kekangan masa dan *laptop rosak. Aduhs... sedih sungguh. sebenarnya.. sebenarnya. ihihih. Ada satu produksi nie dah tawarkan satu projek kepada saya. Wah, excited tau.. tp, tulah, masih didalam perbincangan dengan produksi tersebut. Klu nak tahu projek apa kan, kenalah sentiasa ikuti perkembangan didalam blog saya nie. ececeh. ihih. *malu tahu. sambil tutup muka dengan dengan...segan2..

Macam mana seorang blogger nak ramaikan pembaca?
Terus terang saya katakan, saya tak berapa tahu. sebab followers saya pun tak banyak sangat. ihihih. Boleh la kan. Tapi, saya cuba jawab juga la ye. Sebenarnya, tarikan sesuatu blog tersebut adalah disebabkan pengisian-pengisian yang dikarang oleh penulisnya. Entry yang berfaedah mesti orang suka kan. yetak. Blog tu jugak mesti mesra pembaca dan tajuk-tajuk entry mesti la hot-hot. Yelah, kalau tidak, mana orang nak baca kan. *helah semata tu. Bagi blogger yang baru-baru, blogwalking dan tinggalkan jejak amatlah penting. dan jugak share link2 di group2 blogger. Yelah.. Kalau tiada promosi, macam mana orang nak kenal blog kita kan. Tapi kan. Kekacakan dan kejelitaan seseorang blogger adalah pakaje sampingan untuk menjadi blogger yang berjaya. Klu tak percaya, tengok la blog-blog peribadi yang popular. pemiliknya mesti cun kan. ;) . Boleh tak saya nak cakap Blogger = Artis.. iihih.itu sekadar pendapat saya, saya pun masih baru didalam dunia berbloggingn nie. Banyak benda lagi yang harus saya belajar.

Apakah cabaran Mr. Secretary sepanjang berblog?
Saja ja kan. Cakap tadi taknak tanya. Tapi, tanya jugak. Xpalah, Saya jawab setakat mampu na.. amboi2. Sebagai seorang blogger, banyak sebenarnya cabaran yang perlu ditempuhi. Cabaran nak cari followers yang setia, Cabaran nak cari masa untuk menaip, Cabaran untuk bagi orang suka baca blog kita.. dan banyak lagi. ihih. *jawapan selamat. yeyyyy

Bagaimana cara untuk Mr. Secretary menghadapi Haters-haters yang suka kondem dan Suka membuat cerita buruk yang tidak benar?
Haip! Mana aci macam nie. Memang awak nak saya dedahkan ye... Dari tadi saya dok simpan ketat-ketak. Herm, baiklah.. Untuk perkongsian dan kebaikan bersama, saya kongsikan dari pengalaman saya.~ Setiap manusia di atas muka bumi ini, mempunyai perasaan dengki. Tapi, dengki nie ada dengki ke arah kebaikan dan keburukan. Yetak.. Pada awal penglibatan saya di dunia blogging nie, saya pernah dikerjakan cukup-cukup oleh blogger-blogger yang kononnya otai.. *sangat.. Biasalah, dimana-mana pun, bila orang baru melebihi orang lama, mulalah meng'kondem. kondem dengan kata-kata yang agak kasar. Hinggakan buat saya rasa nak close account Blogspot ja. Sampai satu tahap, dorang bersepakat uollss.. Kemain. Tapi, Alhamdulillah, dengan semangat dan dorongan kawan-kawan seblogger yang lain, sampai sekarang lah wujudnya blog ini. Dari www.zudientstory.blogspot.com ke www.nuraizuddin.com

Baru-baru nie, Dengar cerita Mr. Secretary Difitnah?
Mak aih!.. tahu jugak?.. okey2..Fitnah nie lebih dari membunuh saudara seislam tahu.. Xbaik sungguh manusia tersebut. Demi mengaut keuntungan, nama Mr. Secretary diburukkan..Apa lah salah Mr. Secretary sampai macam tu sekali dia fitnah. Heboh dunia Blog dengan fitnah nie. Kalah Sure Heboh TV3 okey.. Kawan-kawan blogger yang dulunya baik, kini menjadi renggang. Entry cacian yang diterima. Tapi, Alhamdulillah, Kebenaran sentiasa kalahkan Ketipuan. Eh!.. ahahah. Hinggakan saya terpaksa untuk keluarkan Vlog penjelasan mengenai isu ini. Isu apa, biarlah dia hilang. Xmo dikenang.. kan.. Kawan-kawan, readers dan blogger-blogger lain banyak menyapot Mr. Secretary hingga semangat yang pudar kembali cerah diarea blogging nie.. Terima kasih semua...

Apakah harapan dan kata-kata akhir kepada readers blog nuraizuddin.com
Kepada semua yang support nuraizuddin.com dari awal penglibatan hingga sekarang, Ribuan terima kasih diucapkan. tidak mampu untuk saya membalasnya. Teruskan untuk menyokong nuraizuddin.com okey. Nantikan setiap entry terbaru nuraizuddin tau.. Assalamuaalaikum.. *takleh nak berucap panjang2 sangat.. Sebak..


Macam nie la gamaknya kalau aku keluar majalah.. *pengsan
Nantikan kemunculan nuraizuddin di majalah ye. Nak tahu majalah mana? Herm, Harapanla.... ahahha. Majalah mana yang amik aku untuk diinterview macam blogger-blogger yang lain, saja nak menempa kerugian. ahahah. This Entry just for fun tahu.....Tapi.. tapi. jangan terlepas Maksud yang ingin disampaikan  ok..ihihihih. Kbai, salam.

13 comments:

intrudres said...

Hahahah kejis!!!

Muhammadnuraizuddin said...

ahaha. alah, apa salahnya fefeeling kan...

Norasiah Nasir said...

pengasan..pastu pitam..pastu muntah pink..sama kaler dgn seluar...hehehehehehe...

kalau betul kuar majalah..kena pos kat ai free satu yer...

Rozuan Ismail said...

ingt betol2 dah tadi.

Eyda Syahida a.k.a Miss Butterfly said...

errrr,,, hempuk nak , din?

efa nur said...

Diva gituu..
terbaekk laahh abg..wahahaa :D

Muhammadnuraizuddin said...

norasiah - ahaha. klu jadi cover baru aku post. suruh postman. mimpi la.. ihihi.

rozuan - xdelah. saja buat entry nie bosan2..

eyda = ampun2. xmo. ahha

efa - ahha. terbaik kan. ihihih

azri johan said...

mak aih, ingat kan betul2 la masuk majalah :p

Azri Fathurrahman said...

erghhh tertipu! hahahaha! ada gaya tu nak masuk maskulin. lol :D

[k]o{q}i[n] said...

bce dlm slang utagha

Muhammadnuraizuddin said...

azri johan - ahaha. xdelah. mana mampu..

azri fathurrahman - aahaha... bnyk la hg.

koqin - itu cara baca yg terbaik.

SecreT_Aimie said...

hahahah... diva baru Maskulin ke?

Muhammadnuraizuddin said...

aimie - ahaha. itu cari nahas tu kalau mcm tu.a hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...