Thursday, May 24, 2012

Ditawarkan bekerja di Kementerian Luar Negeri

Assalamualaikum..

Ikan Mas Kena Pahat, 
Kawan-kawan semua sehat...?


Cewah, nampak tak.. Mulakan entry dengan pantun tu.. ahahah. Jadila kan 2 kerat, klu lebih keratnya, takut tak kena pulak bunyi belakangnya. Xda talent nak berpantun pantin nie. Dah lama rasanya tak update pasal diri sendiri. Dok jaga tepi kain orang ja kerja si Mr. Secretary nie kan. So, entry for today, aku nak meroyan pasal diri sendiri kat sini.. 

Berbalik kepada tajuk entry nie, saja nak share ngan hampa semua pasal benda nie. Aku tak cerita sangat kat kawan-kawan aku di dunia reality. Sebab, depa x paham sangat apa yang aku nak sampaikan. dan maybe, dorang meluat ngan aku nanti sebab merapu benda yang tak paham. Yetak.. So, disinilah tempat paling sesuai aku nak ceritain. Dalam diary online aku sendiri. *dairy lah sangat kan. 

Termasuk hari nie, aku dah dapat 2 tawaran untuk bekerja di Kedutaan Malaysia di luar negeri. Bukanlah tawaran sangat, tetapi pelawaan-pelawaan dari orang-orang kuat Malaysia nie. Cewah.*ayat goncang dunia kan.. Tetapi, buat masa sekarang nie, aku memang tak bersedia. Banyak aspek yang perlu dititikberatkan yang aku fikir tak mampu untuk ketika ini. Dan banyak jugak kekangan untuk aku tinggalkan Tanah Air tercinta nie. Cewah..

Aku actually, tak pandai sangat nak speaking Mat Salleh fluently n writing aku hentam keromo. aahah. *pengakuan nie.. Aku takut nak berbahasa Inggeris selepas Tamatkan kerja dengan di Westport Klang sebagai  Junior Secretary di sana. Setahun aku tergeliat lidah di sana. Fully english ok disana. Memang power BI aku dulu even broken. Peduli apa aku kan. But, sekarang, no confident at all speaking in BI. Even dengan Student2 luar negara kat sini, aku akan cakap melayu. Biarlah bagai Itik dengan kucing. #eh! *Hg mai belajaq sini, blajaq cakap bahasa sini la kan. 

Insyallah, Bulan 9 nie aku akan menyambung pengajian aku di UITM Shah alam. Ini satu lagi kekangan buat aku ke luar negara. Yelah, PJJ, kelas sebulan sekali ok. Klu aku p sana, kompom2 bankrup beli flight ticket balik malaysia ja kan. Belajarlah sampai ke Negera China. sebab kat sana ada tembok cina. and orang2 di negara china semuanya kretif . kan. *Mengarut dah nie..

Kekangan paling kuat sekali ialah............ Aku tak boleh tak tengok muka mak n abah aku lebih dari sebulan. Mau pengsan dibuatnya. walaupun aku balik Taiping sebulan sekali or dua kali, aku akan rasa lega tengok depa.  tapi kan, just for info, klu aku balik, just macam hotel ja rumah aku tu. nak tidoq ja melekat di rumah. ahah. biasa la tu kan. muda remaja lagi. Melepak ja kerjanya. tapi tulah, janji dapat tengok n bersembang dengan depa walaupun sekejap. 

Entah la, bila difikirkan keseronokan dan wang ringgit , memang aku nak gi kerja di kedutaan tu. Bukan senang kan manusia didalam Malaysia nie dapat tawaran macam tu. Aku bukannya kerja bagus sangat. Tp, itulah. kata orang, biarlah kita buat kerja dengan ikhlas dengan rasa tanggungjawab. Allah memandang perkara itu. Rezeki milik Allah. Insyallah.

Apa pun, aku yakin yang Allah dah mengatur masa depan dan rezeki setiap umatnya. 

14 comments:

azalia hjsalleh said...

congrats ! =)

normala_ali said...

tahniah bukan senang nk dpt peluang mcm 2.. :)

black butterfly said...

jgn berhenti berjuang~~gambatee kudosai..^^

ct seri hidayah said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Khairi Khadzir said...

woowwww! rezeki secretary smpai keje kt oversea! alhamdulillah tapi tu lah, bnyk kekangan tu..klau btol2 dh ready brulah pg sane...insyaallahtolak skrg xpe, pasni dtg lg la rezeki hehe (sweet x ayat?haha)

uitm shah alam? bulan 9 ni..course ape? hehe degree ke?

Muhammadnuraizuddin said...

azalia - tq so much weh..

normala - itulah. alhamdulillah, rezeki...

ct seri - ihih. itu dah kompom,.. kan. ihih..

khairi - itulah. sweet gila. hahaha. pengurusan sukan. haah. degree..

Suza said...

senang nyer dpt keje. sy xdpt pown keje lagi (masih blaja lagi hehehe)

Muhammadnuraizuddin said...

suza - rezeki.. banyak2kan usaha n berdoa ok. mesti ada yang terbaik tu...

salamiah said...

eh dik tepen kt mana

Muhammadnuraizuddin said...

simpang. ihihihi

Hanny Quinn / Kim H said...

wow...u r so lucky... :) bekerja kat luar 1 of my biggest dream..i really want to go far away frm here...kononnya bawak diri... :) ahaks..! me gov workers jgk kat putrajaya.. n hope 1 day i dpt bertukar ke Kem. Luar..Maybe chance lbh tggi utk i mntk tukar ke kedutaan.. (dreaming..~~~~) btw...nice blog...! daaa

Muhammadnuraizuddin said...

hanny - gud luck ya.. tq..

Anonymous said...

macamane nak apply kalau nak kerja dgn kmntrian luar? spa?

Thanks :)

Anonymous said...

Salam, macam mana nak mohon kerja tuh? Kalau bekas siswa diploma pengajian perniagaan layak tak kerja kat situ. Lagipon saya dah tak dak sesiapa dah kat Malaysia even dunia nih melainkan mak & adik2 saya 3 orang so tak berat hati sangat nak tinggalkan negara nih. InsyaAllah jika rezeki saya di sana saya nak bawa famili saya stay kat sana.. Kalau ada apa2 info berkaitan perkara nih hope rajin2lah share yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...