Monday, May 21, 2012

contoh surat penerimaan lawatan kerja

Assalamualaikum. Untuk entry kali nie, Mr. Secretary nak tunjuk Contoh Surat penerimaan lawatan kerja. Tetapi, jika anda sedang mencari CONTOH SURAT LAWATAN KERJA, [tekan sini]. ataupun kepada sesiapa yang sedang mencari CONTOH KERTAS KERJA LAWATAN [tekan sini]

(Letter Head)
                                                                                                                                                BLOG/DIN/AS/306/3
                                                   
                                                                                                                                                         APRIL 2008
                                                                                                                                                          R’AKHIR 1429



Y. Bhg. Dato' Karimas
Pengarah,
Jabatan Tenaga Segera,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu


Tuan,

MEMOHON MENGADAKAN LAWATAN KERJA KE PEJABAT NURAIZUDDIN[DOT]COM

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas dan surat tuan rujukan JTS/KKL/100-28 bertarikh 11 April 2008 adalah berkaitan.

2.            Sukacita dimaklumkan, pihak kami amat berbesar hati menerima kunjungan pihak tuan pada 30 Mei 2008 (Khamis) bertujuan untuk mempelajari pelaksanaan aktiviti bagi fungsi-fungsi utama di bawah Pengurusan Nuraizuddin[dot]com selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

3.            Sebarang perkembangan lanjut pihak tuan bolehlah menghubungi Mak Jemah bt Ismail, Penolong Pengarah Nuraizuddin[dot]com di talian 05-4552356.  Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

”BLOG MEDIA TERPANTAS”

Yang benar,




(Nuraizuddin)
Pengarah
www.nuraizuddin.com

3 comments:

Anonymous said...

thanx for ur blog. sngt membantu.

Nurul Balqis Izhar said...

salam saya nak tanya .. ad x contoh surat pengesahan untuk sesuatu agensi datang buat pameran???? nk bagi dkt agensi tersebut..

tiasica said...

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...