Monday, April 9, 2012

Aku Melancong 4 buah negeri - bajet 250 ratus sahaja

Assalamualaikum


saat nie, aku teraba-raba sebab spet mata entah tercicir kat mana. Mungkin penat semalam tak hilang lagi kot. Stress nak mencari, aku blah p kerja macam tu ja. Lagi pun, bangun pagi tadi pun agak lewat. ahahah. Actually, this weekend sangat memenatkan and enjoy. Yelah. aku jelajah  4 buah negeri U no.. Makan angin katanya. ihihi..

Walaupun ABPBH berlangsung semalam, aku x amik port pun semua tu. Sebab sibuk berjimba-jimbi. #eh. pagi nie baru la tergagau mencari blog-blog gosip untuk mengetahui apa yang terjadi. Tapi, malangnya, belum banyak video yang dikeluarkan mengenai ABPBH 2012 di Youtube. But, senarai penuh pemenang dah tau. Just google. berlumba-lumba blogger update kan.

Tahniah Uncle Aaron. Sebab Menang Besar.. Lawo Kreta..
Ok, lupakan pasal ABPBH 2012, aku nak citer kemana bunga tayar kreta ku dibazirkan. ihihih..Abis je kerja jumaat lepas, aku turus shut ke KLIA. Bukan untuk naik flight ok, tp rumah abang aku disana. Semalam tidor sana, keesokan paginya baru gerak ke Malaca, bandar bersejarah. Ini semua penangan blogger2 cantik tu yang promote sana. Pergi makan angin sana. Itu yang membuak-buak perasaan nak gi sana. Yang Awesomenya, dalam 5 kali aku ke Malaca, baru pertama kali aku pergi ke sungai yang ada boat lalu tu. Yang ala-ala kat Overseas tu. Curlas kau Maria~ . Pekana Cendol.. Pekena Asam laksa.. #eh! propa..


Seriusly, keterujaan untuk bergambar kat sana amat tinggi. Yelah, Awok nie tak pernah ke Overseas. Takat Penang, apa ada hal.. Tunggu nanti aku hupdate gambor2 kat sana ya. Ari nie, just nak bercerita. Muntah la korang. hahaha. Then, before Magrib, aku bertolak balik ke KL. Tapi, x semena-mena, tangan nie gatai dok EXIT ke Port Dickson. Mak aih... Pergi ke pantai pulak dah. Melepak dan makan malam itu tujuannya. Bab berjalan-jalan. terserlah. *kalau aku ada camera man. Dah dua Travelog aku buat. ahahha..


Keesokan harinya, "Ahad". Aku menunaikan janji kepada Pojiepooh untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau di Klang. Wah.. Meriah Uollss. Ala2 Garden ok. Semuanya bunga hidup. Nak ja aku curi sepasu semalam nak bawak balik. ahahha. Majlis perkahwinannya sangat mantap dengan bertemakan Krim dan Biru. #eh,yeke. dan dilengkapi 12 kemah uoolss.. KAU MAMPU! dan hiasan yang ala2 retis kawen. Sungguh meriah dengan makanan yang dihidangkan ala2 Mat Gebu punya resepi. Eh! Kau tempah kat pak cik mat ye pojie. hahaha..

Macam biasa, gambar2 aku dan kawan-kawan blogger yang lain di sekitar Majlis Perkahwinan Pojie akan di tayangkan besok or lusa. Insyallah.ihihih.. Apa pun.  Tahniah buat Pojie. TQ sebab sudi jemput aku untuk menikmati ayam goreng berempah semalam yang Awesome na. ihihhi..dan juga daging masa sedap tu. Entah apakenama. Main bedal ja. psstt! ramai juga Mr. Twitter n Miss Twitter yang hadir. Meriah kan.

Kenapa aku kata 4 negeri. ahahha. Sembang nak gah je kan. Yelah.. ofcos. Baru lah Diva *double meaning. memerli seseorang. Malaca - Negeri Sembilan - Kuala Lumpur - Selangor n Tanjong Malim, Perak. Eh. lima lah..ahahahah.. kan banyak negeri tu. ihihihi.. Bajet aku melancong kali nie baru abis dalam 250 ratus. semuanya tong-tong. murah kan. so, jom cuti2 malaysia

2 comments:

♥ wawawawa ♥ said...

hahah..perli sape jah! ;P

PERAK! my hometown..rindu nak balik!

Muhammadnuraizuddin said...

wawawawa - sapa2 yang nak terasa la jah oi.. ihihih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...