Thursday, April 12, 2012

Doa ringkas Tsunami

Assalamualaikum..


Semalam, telah berlakunya gempa bumi di Tanah Acheh dengan 8.9 skala hektar. Sangat kuat ye kawan-kawan. Kekuatan tersebut boleh meruntuhkan sesebuah bangunan. Seperti yang kita sedia maklum, Amaran tsunami telah dikeluarkan dan ditarik balik selepas beberapa jam kejadian gempa berlaku. Alhamdulillah. Disini, saya nak share dengan anda semua sebuah doa yang boleh dibaca untuk meminta Allah menjauhkan Bencana air laut ini kepada kita. Hanya berdoa yang mampu sebagai usaha kita. Allah maha kuasa.. Insyallah.

Allahuma sakhir lana hazal bahr. Kama sakhhortal bahr li musa.

Ya Allah, Tundukkan lah laut kepada kami, sebagai mana kau tundukkan laut kepada Musa. Amin ya rabbal alamin

"Kalau dah nak jadi, jadi jugak" inilah status salah seorang sahabat aku semalam. Herm, sebagai seorang yang islam, kita masih boleh bergantung harap dan berdoa kepada Allah. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...