Monday, March 12, 2012

Keadaan selepas banjir teruk Mac 2012 di kediamanku

Assalamuaikum..

Hati ku cemas. Merisaukan keadaan Mak Abah di kampung pada musim hujan sekarang nie. Titisan hujan ke bumi makin hari makin hebat dan lebat. Jika hujan 2,3 jam berlarutan, ia sudah memadai untuk air naik hingga paras lutut ke paha. Inikan pula hujan lebat seharian. Rumahku ditenggelami air paras tingkap. Air sungai dihadapan kampung melimpah ruah ke persekitaran.

Keadaan Mak ku yang uzur tidak boleh berjalan, dan abahku yang kurang sehat, menambahkan lagi kerisauan hati. Hatiku tergerak untuk call abahku menanyakaan keadaan sebelum mengetahui hal yang sebenar. Tetapi tidak berjawab. aku buntu.. Tanpa membuang masa, aku call abangku yang tinggal di daerah bersebelahan. Ternyata kerisauan hati kecilku ini tepat. Ada bencana disana. Tapi, Alhamdulillah, ibuku dan abahku selamat ditempatkan di dewan pemindahan mangsa banjir dengan bantuan pihak bomba yang mengeluarkan ibuku dari rumah yang dipenuhi air. Terima kasih.

Keesokan harinya, aku selamat sampai ke kampung untuk melihat keadaan sebenar. Memang tragis. Keadaan bencana selepas banjir seperti banjir-banjir besar yang aku sering lihat di kaca TV. Kelihatan kesan paras air di tingkap rumah ku sudah cukup untuk menggambarkan keadaan pada malam kejadian. Saat membuka pintu rumah, kelihatan seperti sebuah Tongkang yang pecah. Sana sini barang terapung.  Dugaan.

keadaan ruang tamu

lubang yang ditebuk untuk keluarkan air ddalam rumah
TV Bergelempangan di halaman rumah



Keadaan dapur
Keadaan bilik aku
Peti ais tergolek
Ini sahaja gambar yang sempat dirakam. Tiada satu barang pun sempat diselamatkan. Dugaan dari Allah pasti ada hikmahnya. Insyaallah.

14 comments:

hawiz said...

teruk giler..huhu..sabar keh..

aslann as said...

Allah menguji hamba-hambaNya yg beriman agar terus mengingatiNya. Banyakkan bersabar Din. Semoga kau dan keluarga terus tabah menghadapi ujian ini. =)

Aku By Pojie said...

wow... owh tak tahu nak ckp apa... bersabar je la wahai sahabat...

Silent Thinker said...

trok jugak ek kat Taiping..
Ujian Allah untuk keluarga ko.
banyakkan bersabar..

Muhammadnuraizuddin said...

hawiz - haah.. teruk.. 10 tahun lepas pernah mcm nie..

alan = tq so much alan.. insyallah..

pojie = tq so much sahabat.. tq2..

silent thingker - tq so much. moga2 dipermudahkan segala urusan..

Lizzie Yasmin said...

Memang mcm dlm berita lar, dasyat sgt. Dugaan Allah betul. Sabar je lar, selinsing lengan .. cepat bersihkan, tgk saja pun tak bleh.. :(

maisarah sarah said...

dalam nya air.memang byk barang yang rosak tu.semoga dipermudahkan segala urusan.

zuwaidah said...

sama jugak mcm di kampung kak zu, tapi itu tahun sebelum. Kali ni tak banjir. Moga dipermudahkan kali ni ya...tengok teruk jugak ye nak mencuci dan mengemas.

Muhammadnuraizuddin said...

lizzie - dah selesai bersih..ihih

maisarah - insyallah.tq

kak zu - insyallah kak

[k]o{q}i[n] said...

innalillah...byk2 bersabar k.. :)

amir aizat said...

sabar jer lar kan, huhu

KhAiReDzAiMy said...

Teruknya...

Setiap apa yg berlaku ada hikmahnya... bersabarla...

Banyakla bantu bersihkan umah... memang penat gileerrr...

aq pernah merasa...

Mohd Faiz Mazlishah said...

mak datok...terok gak

FaridzulArifin said...

setiap yg berlaku ada hikmahnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...