Wednesday, February 22, 2012

Contoh Memo / Surat Jemputan Taklimat



Assalamualaikum.




Untuk entry kali nie, Mr. Secretary nak ajar macam mana nak buat memo Jemputan 


Taklimat. :)   harap sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang pening2 nak cari 


format surat jemputan taklimat ni. ihihih..









 

Kepada                       :              Seperti di Lampiran                                       

Daripada                      :           Pengarah, Bahagian Korporat      
                                   
Ruj. Kami                     :           BLOG/ABCD/SS/25 Jld.III (      )

Tarikh                          :           20 Februari 2012 
 



JEMPUTAN KE TAKLIMAT PENGURUSAN BLOG BERKUALITI

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan, Bahagian korporat akan menganjurkan Taklimat Pengurusan Blog Berkualiti bersama Kementerian Belia Negara seperti butiran berikut:

                                    Tarikh            : 1 April 2011 (Jumaat)
                                    Masa               : 9.00 pagi
Tempat           : Auditorium Utama, Bahagian Korporat

3.   Untuk makluman Y. Bhg. Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan, ____________(penerangan mengenai taklimat)_________________________________________________________ .

4.         Sehubungan itu, Y. Bhg. Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan  dengan segala hormatnya dijemput hadir 
dan memanjangkan juga jemputan ini kepada semua kakitangan di jabatan masing-masing ke sesi taklimat 
ini.

Sekian, terima kasih

”KOMITED MENULIS BLOG”

Saya yang menurut perintah,



(MUHAMMAD NUR AIZUDDIN)
Pengarah, 
Bahagian Korporat

1 comment:

Anonymous said...

salam,

boleh bagi contoh surat untuk hadiri taklimat...?
terima kasih....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...