Friday, December 30, 2011

Planner 2012 - Mr. Secretary Kelam Kabut

Assalamualaikum.


Sebagai seorang Setiausaha, Aku memang sinonim dengan Planner nie. yelah, nak catat mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti bos aku sepanjang tahun didalam buku planner tersebut. Planner nie jugak akan memudahkan aku sebagai setiausaha untuk menyusun jadual bos dengan efisyen. Disamping itu, Planner jugak penting untuk anda dan bos sebagai rujukan apabila memerlukan kelak. 

Kalau korang nak tahu, sepanjang minggu nie, aku kelam kabut nak cari planner 2012 bagi menggantikan planner 2011. Yelah, Sebagai setiausaha, mestilah bertindak pantas. Yelah, takkan bila diketuk, baru nak bertindak kan.uhuhuhu. Yang membuatkan aku mencoretkan pasal benda alah planner nie,.. Hingga sekarang aku tak jumpa-jumpa lagi planner 2012.. Yang berlungguk Diary 2012.

Aku yakin ada dikalangan korang akan bertanya. Bukan ke planner dan Diary ialah sejenis makluk yang sama. Dari segi teknikalnya, *cewah! ada persamaan.. Tetapi, yang jelas dari segi ejaan berlainan sama sekali.. *ihihihiih..  Menurut padangan aku, Planner nie bertujuan untuk memudahkan kita menyusun jadual dan mudah untuk kita melihat keadaan tersebut. Planner nie jugak lebih official.. Yelah, klu orang2 macam kita, tak payah Planner pun tak pa kan?. Bukannya ada meeting bagai kerap sangat kan?.. Dan diary nie, macam2 kegunaannya. Kadang2 leh jadi Official. Tapi, ia sebenarnya lebih kepada peribadi.. Korang pun sangat jelaskan tetang Diary berbanding aku..kan?. sebab aku tak pernah ada diary. ihihi. Nak luahkan something, just taip dalam blog..ihihi. *macam sekarang.

Hope, next week kedai2 buku disekitar Tanjong Malim ada stock Planner nie.. Klu tak?, tak senonoh la kerja aku..ahaha. Kbai..



Thursday, December 29, 2011

GiveAway by darkbatman.com

Assalamualaikum..


Wah2!, untuk penghujung tahun 2011 nie, Skali lagi Drakbatman.com bermurah hati untuk buat Giveaway.. hadiah2 dia pun buat aku excited nak join. Yelah, mana taknya, aku mana mampu nak bli suma tu kan.. 


Harap2, brother badan ketak2 nie bermurah hati nak sumbang kat aku hadiah yang ditawarkan.. Kempunan weh.. masuk Contest n Giveaway, tak pernah nak dapat.ihihi..Kalau korang nak tengko hadiah yang ditawarkan dengan lebih dekat, ce tengok video kat bawah nie. Jangan lupa, Top Referal akan dapat Handbag merah menyala cili api tu..ihihi'


Hah, amacam? mengancam bukan.. so, klu korang nak join, korang CLICK HERE .. Kat situ ada syarat2 Giveaway nie .. and last but not least , aku nak tag si Dia dan Dia untuk join giveaway abam ketak nie.. Kbai.




Aku kemalangan di Highway jam 2 pagi sebab tertidor

Assalamualaikum..


Huh, tengok gambar atas nie.. ngeri kan?.. *ngeri ke.. Actually, itu sebenarnya luka kecil yang aku dapat diatas kelalaian aku sendiri. Nasib baik cedera ringan ja.. Tapi, nak ikutkan situasi masa tu, kalau aku gelabah, parah kecelakaan yang akan menimpa.. mungkin aku tak dapat mencoretkan peristiwa itu di sini. Mak aih!! *touching..

Pada Krismas yang lepas, aku bergumbira dengan geng2 aku di Port Dickson...*wah, ala2 bercuti ujung tahun la kan.. Tapi malangnya, Hotel Full sekitar PD. Huh! terpaksa la kami merempat di tepi pantai sambil dialasi tikar mengkuang yang dibeli di the store. *itu pun nasib baik sempat.. kompom tidor2 ayam je kan..

Nak dijadikan cerita, kami bertolak pulang dari PD lebih kurang 8 malam. Then, aku singgah di Klang untuk makan malam di sana. Tambah tolak, bahagi darab, aku bertolak pulak dari Klang ke Tanjung Malim jam 1 pagi. Korang dapat bayangkan tak aku bawak kreta kalau dah seharian tak tidor?.. ahahha. memang melelong weh. X larat nak hentak kepala kat tingkap dah.. Mengantuknya, Huh, ya ampun.. Tuhan saja yang tau. *Mamai..

Tiba2, aku terlelap beberapa saat.. n bila bukak ja mata, Mak aih! sebelah aku divider highway.. Apa lagi, aku pusing stering kearat bertentangan.. Tapi, malang tetap ada.. n memang tak berbau.. Tayar sebelah kanan aku x dapat diselamatkan n terlanggar divider yang aku kata tadi..
PoooMMMmmm!! letupan yang kuat berlaku.. *tayar ja pun... Menggelabah la jadinya sambil aku terhuyung hayang dalam kereta. Alhamdulillah, aku dapat kawal kereta n park kat tepi highway..

gambar hiasan
Aku memang gelabah. Yelah, sorang2 kan. Dah la tukar tayar kreta pun tak reti. Yang malangnya lagi, jek tayar pulak tak dak.. klu tak bulih la aku gagahkan diri memandai.. Hampirs sejam, ada peronda lebuh raya berhenti datang selamatkan aku.. *ala2 batman.. Dorang lah hero aku malam tu. Klu tak, entah la.. tak sampai tanjong malim la jawabnya. Aku bukan apa, rush malam tu sebab keesokan kerja.. hahha..jam 4 pagi baru sampai Tanjong Malim.. Bayangkanlah aku kat ofis macam mana keesokan harinya.. LOL...

p/s : Kalau konfiden nak drive memalam buta, pastikan anda tak mengantuk n letih ya.. 

Wednesday, December 28, 2011

#22 - Wordless Wednesday [ tiada bakat ]

Assalamualaikum..



Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, blogger-blogger yang mengikuti trend ini akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan..

P/S : Ce anda story skit cerita disebalik gambar ini mengikut pandangan anda. Selamat Beramal.Wslm.

Thursday, December 22, 2011

Bidan terjun Photographer Wedding. Maaf klu gambar x lawa pengantin.

Assalamualaikum.

Pada 2 minggu lepas, aku diberi amanat #eh amanah untuk mengoveri wedding di Taiping Perak. iaitu perkahwinan Helmi dan Zuraida. Actually, plan asalnya aku hanya mengoveri Video Wedding sahaja. But but but, aku menjadi bidan terjun untuk kerier sebagai Photography OutDoor. Pada asalnya, aku goyang jugak kot2 la gambar hampeh.. kan?..Tp, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kesian kat Pengantin je, sebab setiap lokasi terpaksa posing lelama. Yelah, mana aku nak amik video nya, nak amik gambarnya lagi kan?..hehehhe. Apa pun, jom usya gambor2 kat bawah nie yg aku amik. 















*gambar ini hanya diedit kecerahan dan kegelapan cahaya sahaja. Kualiti gambar berkurangan ketika diupload... Nanti aku upload kat Flickr .

p/s: Nantikan video highlight wedding pasangan pengantin ini yang akan dipublish tak lama lagi. Aku bertungkus lumus mengedit nie.. hehehe. Jangan lupa coment gambar2 nie kat ruangan yg disediakan ye.. :)

Wednesday, December 21, 2011

#21 - Wordless Wednesday [ transformasi tubuh aku] eh!

Assalamualaikum..

2008

2010



End of 2011

Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, blogger-blogger yang mengikuti trend ini akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan..

P/S : Ce anda story skit cerita disebalik gambar ini mengikut pandangan anda. Selamat Beramal.Wslm.

Tuesday, December 20, 2011

Next Wedding video yg aku cover.. perkahwinan Ain & Muzammil

Assalamualaikum..








Pada entry kali nie, aku nak tunjuk hasil video wedding Muzammil dan Ain yang aku hasilkan . Ain merupakan rakan sekelas ketika tingkatan 3.. Wah dah kawen pun dia kan. Terlanjur aku mengambil upah cover video n photo wedding bersama Faiz Salleh dan Azim Naqiuddin, Pn. Ain telah memberi kepercayaan kami bertiga untuk mengover hari paling bersejarah didalam hidup beliau. cewah.

Pastikan anda menekan button HD didalam video ini untuk kualiti video yang lebih tinggi. Jom tengok hasilnya..


P/s : Tahniah Muzammil dan Ain.

Thursday, December 15, 2011

Persaingan Wanita Thailand oleh Pondan Thailand

Assalamualaikum..

Jom tengok video nie. Memang aku sendiri cair tengok awek nie.. huh!



Macam2 manusia sekarang nie. Huh, dengan teknologi, semua ciptaan Allah nak diubah..

Wednesday, December 14, 2011

Sukan Paling CUTE sepanjang tahun 2011 ialah Teakwondo




ahahaha.. Cumil giler!

#20 - Wordless Wednesday [tak perasan]

Assalamualaikum..

Tourism Malaysia


Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, blogger-blogger yang mengikuti trend ini akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan..

P/S : Ce anda story skit cerita disebalik gambar ini mengikut pandangan anda. Selamat Beramal.Wslm.

Friday, December 9, 2011

Lagi video kanak2 perempuan suara sedap diupload. Rakan sekelas dengan adik Atikah Nabila (kecik-kecik dah suara sedap)

Assalamualaikum...


Lagi video Kecik-kecik dah ada suara sedap..


Pelajar nie dipercayai satu kelas dengan adik Atikah Nabila (kecik-kecik dah ada suara sedap part I & II) Adakah sekolah mereka sekolah nyanyian?.ahhaha. LOL. Apapun, suara adik nie memang matang dan sedap didengar.. hah, tak tengok lagi video part I & part II, (Video kecik-kecik dah ada suara sedap part I & II) ..[tekan sini]

Berusaha Memertabatkan Bahasa Melayu Hinggakan Menganjur Pertandingan Nyanyian Untuk Pelajar Asing?

Assalamualaikum.




Dalam dok belek-belek akbar pagi nie, aku tertarik dengan satu tajuk yang dicoretkan oleh Norhayati Nordin Pelajar Asing Kuasai Lagu Melayu yang terdapat didalam ruangan akhbar pada hari ini. Wah, kompom klu korang pun ternampak tajuk ni, secara automatik korang akan tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bertindak sebagai pengajur dan ia berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri.

Wah, memang temertabatlah bahasa melayu nie kan?. Hanya dengan pertandingan nyanyian? Actually, ini adalah usaha yang bagus dan murni oleh kerajaan kerana nyanyian adalah salah satu alternatif yang berkesan bagi menyampaikan sesuatu. Korang sebagai anak Melayu, hari-hari bertutur didalam bahasa Melayu, tidak tercabar kah? Orang asing boleh nyanyikan lagu melayu dan yang lebih menambah keterujaan, ada dikalangan peserta menyanyikan lagu Etnik Kretif. Wah, Aku sendiri pun tak mampu untuk menyanyikan lagu-lagu jenis tersebut dengan baik.

Pada waktu ini, trend dan lagu barat amat mempengaruhi jiwa melayu kita. Rolling in the deep, Baby, dan banyak lagi sering disiulkan di bibir kita. Tidak ketinggalan, lagu dari Asia timur. Pengaruh muzik barat juga telah menjadi satu fenomena sehinggakan ada dikalangan kita lebih familiar dengan lagu inggeris berbanding lagu melayu. jika aku humming lagu berdua bersatu, izinkan ku pergi, dan beberapa lagu melayu lain yang aku minat, kawan disebelah ku akan menyoal lagu apakah yang aku hummingkan.Salah siapakah semua nie? adakah salah Isi Rumah, Sekolah, IPT, Media Elektronik, Blogger, kerana tidak menyokong industri kita? Huh! yang penting, jangan salahkan ibu mengadung!

Komposer-komposer Malaysia pada masa kini juga telah bertindak dengan menyulamkan karya mereka dengan 'Loghat London' bahasa inggeris. Mengapa semua ini terjadi. Bukankah ia akan mencacatkan sesebuah lagu melayu tersebut. Ataupun ia hanya sekadar jalan selamat untuk menjualnya? Seni itu luas. Wah, jika itu sebagai jawapan, bahasa ROJAK akan lebih meluas kelak. *tengoklah, penulisan aku pun rojak. 

Oklah, malleh nak merapu panjang-panjang. Anda sendiri menilainya. Aku akhirkan penulisan ROJAK/PASEMBOR aku nie dengan satu video yang membuktikan usaha murni kerajaan berjaya. #eh!


P/s : Jika kita tidak memertabatkan Bahasa Melayu, siapa lagi? ye tak?

Thursday, December 8, 2011

THE ULTIMATE YEAR END GIVEAWAY by NISA KAY

Assalamualaikum..

Pada bulan Disember nie, Blog terkenal dikalangan remaja wanita iaitu Blog Suka Menaip milik Nisa Kay telah melancarkan secara rasminya THE ULTIMATE YEAR END GIVEAWAY . Contest ini terbuka kepada semua blogger. Untuk contest kali nie, Bukan sekadar golongan wanita sahaja yang boleh join, tetapi terbuka jugak kepada golongan-golongan blogger lelaki.  


Anak Kucing Menjamah Ikan,

Menjamah Ikan Pemberian Tokay,

Kesemua 88 Hadiah Dipertaruhkan,

Contest Dipertaruh Di Blog Nisa Kay,

Blog untuk gadis-gadis remaja ini sering menjadi tumpuan dengan entry2 yang menarik disamping giveaway yang dilancarkan dengan kerjasama pemilik-pemilik butik, online shop. Untuk THE ULTIMATE YEAR END GIVEAWAY by NISA KAY, Blog Suka Menaip telah disponser oleh butik / Online Shop serta sponser peribadi oleh rakan-rakan pemilik Blog Suka Menaip  seperti dibawah bagi menjayakan Giveaway ini.

Video Adik Suara Sedap dari Brunie diberi perhatian didalam Youtube. kini part 11.

Assalamualaikum..


Menurut komen-komen video Adik Suara Sedap ini di Youtube, dipercayai, nama sebenar adik ini ialah Atikah Nabila dari Brunie. Tak banyak informasi yang dikemukakan. Apa pun, aku nak petik 2 , 3 coment yang menarik untuk video ini.


Aku berdoa supaya budak ini dilindungi dari sebarang komposer dan industri hiburan. Semoga budak ini membesar dalam keadaan Islam yang sempurna. Semoga Allah s.w.t melindungi budak ini dari dijadikan bahan keuntungan untuk orang lain. Amin...
subhanallah...what a cute fine little girl <3 she has a nice voice n i bet she can recite Quran or even bertarannum very well..a child was born like a clear beautiful cloth, they're clean from any dirt even small minute dirty stuff..so raise them well so that in the future they'll shine tremendously as well as benefit to the others..insyaAllah...yosh dik!! may Allah will always be with you :)



perghhh!!! suara dia mmg emas la.... kalau kt amerika budak ni dah jadi millionaire keje nyanyi je buat album.... kalau setakat nk jadi artis kt malaysia atau indonesia atau brunei baik jangan la adik, kaya tidak dosa je banyak... ngaji elok2, jadi org baik2... setiap bakat yg kita gunakan akan ditanya esok.. :)


Pada pemerhatian aku, ramai yang sayangkan adik pompuan nie. Termasuklah aku. Harap, bakatnya ni digunakan kejalan yang diredhoi Allah. Amin.


Video part 1

PEMENTASAN TEATER 1 PLASTIK HITAM DI STOR DEWAN BAHASA & PUSTAKA (DBP), PADA 7 HINGGA 11 DISEMBER 2011



Setelah kejayaan pementasan teater Juta Juta dan teater Juta Juta Ke Putrajaya, MASK Team kini kembali dengan naskah bertajuk 1 Plastik Hitam pada 7 hingga 11 Disember 2011 di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka.
 
            Teater yang dipersembahkan dalam konsep ‘reality show’ di dalam rancangan RUPA - Bukan Sekadar Bakat ini setanding dengan konsep rancangan realiti yang lain seperti Akademi Fantasia, Mentor, Anak Wayang dan Pilih Kasih. Pelakon-pelakon akan menjadi peserta yang akan bertanding untuk kekal ke minggu seterusnya sementara penonton akan mengundi peserta yang akan tersingkir dari meneruskan perjuangan ke pementasan seterusnya.

Wednesday, December 7, 2011

#19 - Wordless Wednesday [terkejut]

Assalamualaikum..




Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, blogger-blogger yang mengikuti trend ini akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan..

P/S : Ce anda story skit cerita disebalik gambar ini mengikut pandangan anda. Selamat Beramal.Wslm.

Tuesday, December 6, 2011

Video saat-saat jambatan di Kalimantan Timur Roboh. diupload seminggu yang lalu di Youtube

Assalamualaikum...





berita penuh [tekan sini] dan tekan button LIKE Facebook dibawah untuk berkongsi dan sebarkan video ini kepada rakan-rakan di facebook untuk renungan kita bersama.

Video Highlight #OctTwtFest .. Ramai retis twitter woi.

Assalamualaikum..



Bulan October yang lepas, aku pergi ke #OctTwtFest yang berlangsung di DG HQ Shah Alam. Wah.. Ramai sungguh pengguna Twitter berkumpul. And yang paling penting, This Festival telah memacah Malaysia Book Of Record dengan mengumpul lebih 2000 pemilik acount Twitter. Wah, Bangga aku became apart of them. Ok, jom layan video highlight aku di sana dan jangan lupa untuk click button HD kat video nie ye.. :)


P/s : Jangan lupa untuk menonton video aku yang akan datang ok..ihihi. n jangan lupa untuk membaca entry ini dimana aku membuat statement bahawa Twitter tettttt!!!! [tekan sini]

Monday, December 5, 2011

Video Highlight Konsert Dato Siti Nurhaliza di UITM yang tiada di media

Assalamualaikum





Wah, konsert nie dah lama dah berlalu. Tp, aku baru berkesempatan mengedit video ni. Xda kat mana2 ok. Just di blog NurAizuddin.com ni..ihih.. Al-Maklumlah , lappy aku kan lingkop sebelum nie. Bila dah ok nie, baru nak aktif mengedit video2 yang dah lama pending nie. Ok, Jom tonton video nie.. Make sure korang tekan button HD kat Video ni untuk kualiti video yang tinggi.


jom tengok satu video Dato Siti Nurhaliza menyertai kumpulan nasyid pada suatu ketika dulu. [tekan sini]

Saturday, December 3, 2011

Dato Siti Nurhaliza tidak kisah diketawakan di Maharaja Lawak Mega

Assalamualaikum..




Wah, Maharaja lawak Mega minggu ke 6 dah berlalu. Bagi aku, untuk minggu musical nie, peserta kurang menonjol.. Entah kenapa, sepatutnya, minggu musical la paling happening ye tak?. Ok, Sebenarnya, aku bukan nak bercerita pasal MLM nie, tetapi aku nak memuji salah seorang juri tetap MLM pada malam itu iaitu Dato Siti Nurhaliza.

Salah seorang ahli kumpulan Saehu [Bocil] menyambut hari lahirnya pada hari tersebut dan beliau terlalu mengharap dan inginkan nyanyian lagu Bufdaynya daripada Dato Siti Nurhaliza. *Yelah, diva kan. Herm, Malangnya, Dato Siti Nurhaliza sakit tekak.. tahap xda suara beb. Fuh, aku yakin sakit tekak adalah perkara yang paling dibenci bagi seorang penyanyi. Yelah, How nak nyanyi. Nak ikutkan, sebagai seorang artis profesional, beliau x akan menyanyi lagu tersebut didalam keadaannya yang sedemikian bagi menjaga standard dan berani aku katakan untuk menjaga aib nyanyiannya pada ketika itu. Tapi, yang mengejutkan semua pihak, Dato Siti Nurhaliza dengan rendah dirinya memenuhi permintaan Bocil iaitu salah seorang ahli kumpulan Saehu.

Seriously, aku tabik spring kepada Dato Siti Nurhaliza. Dari awal pembabitan beliau didalam industri muzik tanah air, beliau terkenal dengan sikap rendah diri, sopan santun dan sebagainya. Hingga ke saat ini, beliau masih begitu. Memang layak Dato Siti Nurhaliza disayangi ramai dan dijadikan contoh oleh artis-artis yang lain. Inilah kunci kejayaan seseorang. ye tak?



Inilah scene yang aku ceritakan diatas tadi..


P/S :     :")

Friday, December 2, 2011

sayabulat xlagi relevant bagi blog

Assalamualaikum..

Apa khabar kawan2. Cewah, baru nak tanya khabar dlm ini entry kan. Entry sebelum2,? hampehhh... hahha. korang ada perasan sesuatu tak kat blog aku nie.? selain dari penambah baikan kolum2 kat atas tu, background , side bar , header.. and semua lah.. *konon nak kasi nafas baru... Ada satu benda yang aku baru tukar tadi..ihihi...Nak tau apa dia.. kene bayar seblas sen dulu. buat tabung blog. hahha. itu je harapan blog nie nak bli renew domain. #eh.


IMCIRCLE@SAYABULAT 

bertukar

MR. SECRETARY

Dalam dok godek2 blog tadi, nafsu nak tukar nama blog berkobar - kobar. Yelah, zaman berubah,. Tajuk blog pun berubah *bulih plak mcm tu. Pada dulunya memang aku bulat.. That Y la aku guna tajuk blog sayabulat bagi memperkenalkan blog pada zaman muda mudi berblogging dulu. Tapi, makin hari makin tak relevant tajuk blog aku nie. Sebab saya dah tak bulat.. Trimass bayo aura. *tetiba. Bila ke gath je, mesti orang tak caya yg aku ialah pemilik blog imcricle@sayabulat sebab dorang gambarkan aku nie seorang yang pembela lemak. bak kata Cik Epal. hahaha.

Mr. Secretary menjadi pilihan sebab aku nie kan dah bekerjaya sebagai Setiausaha pejabat. hahaha. *poyo je  SU lelaki. Yes! aku admit .. Aku memang setiausaha~ memang jarang lelaki jadi setiausaha.. tp, ini lah aku. Dah jadi Setiausaha sektor kerajaan pun. Mula2 sebab terpaksa, tp, lama2 dah sejiwa. Cewah! Memang sukar jadi setiausaha jika kau jantan sejati seperti aku.hahah sebab kerja2 setiausaha nie memang renyah (cakap perak) / leceh (cakap Keyel). Fuh, kadang2 nak hempook file beb.. *sabor2

Jika korang perasan, *aku je perasan.. entry2 aku kebelakangan nie banyak entry yang menunjuk nunjuk hebat kat readers. ahhaha. Tak pasal2 nak mengajar buat surat tu , surat ni.. memo tu, memo nie..  Bajet power kan?.. walhal, aku pun dok tergapai gapai dilautan file cari contoh surat bila bos bagi arahan. Cait!. Bagi aku, kalau aku share jenis2 memo, surat, minit mesyuarat kat blog aku nie, sedikit sebanyak dapat membantu kau.. kau ..dan kau buat surat kalau terdesak nnti kan.Insyallah. Sharing is caring what... iihihih. Kalau nak senang bila korang perlukan nnti, p ja kat atas nun... ada kolum Mr. Secretary Helps. Kat situ berlungguk jenis2 surat n memo yang aku dah share. ihihi. Harap dapat membantu...

Manusia sering berubah. Perubahan tersebut adalah kerana faktor keadaan sekeliling. Kesannya, blog jugak berubah. Cewah!

P/S :  kalau korang search NurAizuddin kat pakcik google n kuar Mr. Secretary, jangan takut2 nak tekan pulak ye.. *bajet ada yang nak cari..

Contoh surat permohonan tajaan




                                                                                                Rujukan Tuan      :
                                                                                                                                               
                                                                                                                                Rujukan Kami      : 
                                                   
                                                                                                                                Tarikh                     : 7 MEI 2007
                                                                                                                                                                 19 R’AKHIR 1428







Tuan,


MEMOHON TAJAAN SEMPENA KEJOHANAN BOWLING AMAL
PIALA TUN NURAIZUDDIN


Thursday, December 1, 2011

Bayangkan anak sebagai suami ketika diranjang. Dunia akhir zaman!

Assalamulaikum..

Untuk entry kali nie, aku nak share satu benda yang paling bodoh pernah aku tengok. Satu rancangan talk show yang menggali hubungan dimana seorang ibu dan anak yang menjalinkan hubungan seperti suami isteri. Macam mana tergamak seorang ibu membayangkan si anak adalah suami ketika di ranjang.. Binatang pun tak macam nie. Seperkara lagi, bila pengacara membuat statement bahawa si ibu dan si anak adalah sepasang kekasih, semua orang didalam studio bersorak dan bertepuk tangan.. Apa suma nie?.



Dunia menghampiri Kiamat. Ambillah iktibar daripada video ni. Jadikan sempadan kepada kita semua. Tiada agama yang menghalalkan hubungan seperti beriku..


Contoh Aturcara Majlis Makan Malam


ATURCARA MAJLIS MAKAN MALAM ‘”Bersama NurAizuddin’


Tarikh    : 17 Disember 2007 (Isnin)
Masa     : 8.15 malam
Tempat  : Hotel Concorde, Shah Alam

Mimpi Drive ketika Drive . Penyakit baru pemandu

Assalamualaikum..

Gambar sekadar hiasan
Wah, lamanya aku tak menaip kat sini. Asyik dengan video ja kan. uhuhu. Hampa suma sehat no.. cek sehat dan bertambah tambah sehat. ahhaha. Dah hampir 2 bulan aku kerja kat tempat baru nie.. So far, so good. cewah, *speaking london.. Sekarang nie, baru aku leh sesuaikan diri kat sini. Klu tak, masa mula2 dulu, mcm harreee.. Hampeh je, asyik2 pikir nak blah dari sini.

Ok, back to basic, back to topic. Actually, aku tak pernah stay di Tempat baru nie pada hari minggu. Samaada aku kat Keyel, or Tepeng. ahhaha. Haven weh bila dpt kluar dari sini. Duit pun ~~~~~~~~~~~~~~~~~ mengalir bak  sungai NIL Biru. Cait! Kita Hampa amik maklum yg aku nie akan travel ok. heheh. n selagi tak kul 1,2 am, aku takkan betolak balik ke sini. Yelah, rugi la balik balik awal2 kan. ye dak?

Dengan perangai aku yg suka balik lelambat, aku pun mempunyai penyakit baru. Hah, *kemain penyakit. Penyakit tidor ketika memandu. Mak aih! bahaya tu. Tapi, itulah aku.. Mesti tertidor masa memandu. kadang2 bersaat -saat. *klu berminit2, tah hidop ke tak aku nie. hahaha. Livita pun tak dapat membantu. Cait, Kacip patimah ja aku tak try lagi untuk tahan mata dari tetidor.

Nie ada cerita menarik yang aku nak cita kat hampa semua masa aku still dok kat Klang. Dulu, bulih dikatakan aku kerap turun ke KL even bukan weekend. *ada la kerja dia tu. .. Balik pulak lelewat malam. Hah! Kompom penyakit aku datang hinggap kan. hehhehe. pada satu malam tu, ada satu peristiwa yg aku takkan lupa sampai toa. peristiwa pasal penyakit nie lah.. 

Dalam keadaan memandu ala - ala orang mabu,. Aku mengetuk kepala aku kat tingkap berulang kali sambil tangan kiri menarik - narik rambut belakang. Kononnya nak hilangkan mengatuk yg membuatkan aku tersengguk - sengguk. Fuh, memang tak bulih belah. Dengan gemalainya, aku merebahkan kepala aku kat tingkap. 

Hah, apa lagi, tertidor la aku. siap mimpi weh.. Aku mimpi yg aku still drive. Mengelak lubang sana sini. lalu jambatan, tengok2 signboard yg kononnya dah nak sampai rumah .. yang tak bulih belah, aku mimpi ada lori laju datang dari arah belakang. siap kasi high bim.. tetiba, mata aku slow2 terbukak n sah2 aku tertidor n ada trailer laju dari belakang. Fuh, mengelak kelorong tepi la aku.nasib tak langgar divider. 5 - 10 minit dari kejadian tu, aku barulah melintasi lubang2 , jambatan n signboard yg aku mimpi masa tertidor tadi. Huh! Gila! Mimpi masa drive.

p/s : Memandulah dalam keadaan selamat. hahahah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...