Wednesday, October 26, 2011

#15 - Wordless Wednesday [ Happy Diwali]

Assalamualaikum...



Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, blogger-blogger yang mengikuti trend ini akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan..

P/S : Ce anda story skit cerita disebalik gambar ini mengikut pandangan anda. Selamat Beramal.Wslm.

Monday, October 24, 2011

Aku mimpi meninggal dunia. Merayu diberi peluang kedua untuk hidup

Assalamualaikum..



Kelihatan suasana yang mengerikan disekelilingi ku. Terdapat suara - suara yang menggerunkan kedengaran. Perasaan takut memang bukan kepalang. Kelihatan ada manusia - manusia yang kurang jelas fizikalnya disekelilingi ku. beratur ke satu tempat yang aku sendiri tidak pasti. mereka semua hanya menunduk layu  seperti mengetahui sesuatu dan redho. Aku masih buntu dimanakah sebenarnya aku berada.

Aku mula memerhatikan gelagat mereka - mereka yang berada di hadapan dan belakang ku. aku menoleh sana sini tanpa henti. Keadaan disitu makin lama makin ngerikan. Makin menakutkan. Seperti ada sesuatu yang amat dahsyat yang bakal mereka tempuh.  Tiba - tiba aku terkedu. Terlintas sesuatu difikiran ku. Situasi disitu telah membuatkan aku seperti mahu menafikan apa yang sedang berlaku di depan mata. Keadaanya seperti menunggu giliran untuk sesuatu perkara. 

Mengapa aku bersama mereka ? Dimanakah aku? Kenapa aku turut serta didalam kumpulan manusia yang gelisahnya hanya Allah sahaja yang tahu. Adakah aku sebahagian dari mereka? Siapa mereka - mereka semua ni?.

Ya Allah! Rupa - rupanya mereka adalah golongan yang bakal menerima hukum darinya. Golongan yang tidak pernah bersyukur kepadanya. Golongan yang akan menerima balasan diatas perbuatan buruk mereka ketika mereka hidup di bumi Allah. Hati ku mula memberontak dan tertanya- tanya mengapa aku berada bersama mereka.

Ya Allah~

"Ampunlah dosaku.. Ampunlah dosaku Ya Allah. Ampunlah dosaku .."
"Aku menyesal Ya Allah.. Aku menyesal Ya Allah.. Aku menyesal diatas kelalaian aku Ya Allah."
"Aku merayu padamu Ya Allah.. Kau maha pengampun Ya Allah.. Aku merayu..."
"Aku tidak mahu masuk kenerakamu Ya Allah. Sesungguhnya, ia terlalu azab.. Tolonglah aku Ya Allah"
"Ya Allah, aku bertaubat Ya Allah.. aku bertaubat!!"

 Sudah tiba hari pembalasan keatas perbuatan burukku ketika hidup.

 Aku menangis..! Aku meraung - raung..aku meronta - ronta .. Aku menjerit  sekuat hati meminta keampunan . Badanku menggeletar, menggigil ketakutan yang sukar digambarkan dengan kata - kata.. aku tidak mampu dan sanggup rebah.. kerana aku masih berusaha untuk meminta keampunan darinya..Air mata sudah kering untuk dilinangkan. Suaraku sudah tidak kedengaran untuk diraungkan.

Dengan penuh kesal, aku bersujud dan meminta keampunan tidak henti - henti. "Ya Allah, Tolonglah hamba mu ini ya Allah. Aku tidak sanggup menghadapi api nerakamu. Sesungguhnya kau sayangkan hamba - hamba mu Ya Allah. Kau maha berkuasa Ya Allah.. Aku merayu.................... aku alpa ketika hidupku di duniamu ya Allah. Aku bersalah ya Allah..

Aku menadah tangan bertaubat Ya Allah. Berilah aku peluang yang kedua. Berilah aku peluang yang kedua.. Berilah aku peluang yang kedua untuk aku beriman kepada mu Ya Allah... Tolonglah aku Ya Allah.  Sesungguhnya Kau Maha pengampun..... Ya Allah..........

*Di saat itu, aku terjaga dari ketakutan yang aku hadapi sebentar tadi. Walaupun ia hanyalah mimpi dan tidak sedasyat seperti yang diceritakan di dalam Al - Quran .. ia tetap amat menakutkan. Tidak tercapai akal ku untuk menceritakan betapa dasyatnya suasana tersebut.. Bayangkan keadaan kita apabila kita benar2 berada di hari perhitungan Kelak? Wallahualam. aku bersyukur kerana Allah benar - benar memberikan aku peluang yang kedua walaupun ianya sekadar mimpi. Alhamdulillah.


firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 54 yang bermaksud:
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.”

P/S : moga sedikit sebanyak dapat memberikan motivasi kepada kita semua. Insyaallah.

Friday, October 21, 2011

sebab aku memilih Photographer Wanita ketika Wedding aku nanti

Assalamualaikum.. 

nak muda makan kentang..
Selamat datang...

Cewah, entry dimulakan dengan pantun 2 kerat.. ahaha. *pantun ke tu? .  biasalah orang tak pandai nak bersustera, nak sustera jugak kan.. ;p ..ok, berbalik pada tajuk entry nie, korang mesti hairan kan? kenapa aku memilih photographer wanita berbanding lelaki jika saat aku naik pelamin sampai.. hehehe. nak tau sebabnya, tengok la kat bawah nie..



ahaha.. nanti, gambar pengantin lelaki sikit.. heheh..

P/S : aahha.. ada nak sponsor gambar aku kawen 5 or 6 taun lagi tak? hehehe.

Thursday, October 20, 2011

Teater Juta Juta di Putrajaya - Kompom aku nak gi tengok! JOM>


Assalamualaikum



Apa Habaq suma..heheh. *loghat utara . OK, pagi tadi, dalam syok2 dok berFB, aku di invite oleh saudara kacak nie.. (ada tahi lalat bawah bibir woo), ke teater Juta Juta . Memang niat hati aku dah lama nak pergi tengok teater. Cuma tak berkesempatan nak p. Actually, perasaan membuak buak nak p tengok teater sebab kawan-kawan aku ada yang kaki teater dan yang terbaru, dorang menonton persembahan Teater Muzikal The Secret Life Of Nora. Seminggu sinopsis Teater tu tertanam kat bibir dorang.. aahaha. 


Ok, berbalik kepada teater Juta Juta , (meh citer skit sinopsis dia)  ia berkisahkan sekumpulan anak muda graduan dan penggiat seni yang sedang merancang untuk mengadakan persembahan di Kerotan Seni. Sebuah panggung terulung yang menjadi idaman semua penggiat teater.

sumber gambar di sini.

Namun, usaha yang dilakukan tidak mudah seperti yang disangka hingga akhirnya mereka bertelagah sesama sendiri. Banyak perkara - perkara yang berlaku semasa zaman belajar dulu terimbau kembali yang membangkitkan suka duka mereka bersama.

Pengarah sebolehnya tetap mahu tegak dengan pendiriannya. Produser cuba untuk menjadi persembahan itu lebih bersifat komersial untuk berdaya saing, dan agaknya apa pula yang sedang difikirkan oleh sinografernya kan?

Sementara itu, Hang Lekiu, Lekir dan Kasturi pula enak memancing ikan kolam larangan istana semasa pertarunga Tuah dan Jebat.

Actually, bila aku dah baca sinopsis dia, jalan cerita teater nie sangat menarik. ia seperti teater didalam teater. kan? heheh. Tapi, aku kurang faham jalan ceritanya dengan jelas. Apa pun, Ini yang membuatkan aku rasa teruja nak p tengok teater nie.. Apa lagi, Jom kawan - kawan kita p tengok reremai. kat bawah nie, aku dah siap sediakan detailnya skali.. hehehe.


Jadual Persembahan :10 - 13.11.2011 jam 8.30 malam &13.11.2011 jam 3.30 petang(matinee)
Lokasi : Panggung Experimen Mawar Sari, Presint 2 Putrajaya, Berhadapan Istana Kehakiman                                                   
Tiket : RM 20.00
Tempahan tiket : 019 - 3572093
P/S : Wah, Tiket 20 hinggit je.. Murah2.. Apa lagi, Jom la tempah sekarang. aku pun nak gapai fon dah nie..ihihi. Ok, aku tinggalkan hampa suma dengan video Trailer Teater Juta - Juta nie yerk. Selamat berinfomasi. Wslm. Best tau! 


Sebuah Produksi :
MASK Team dan Majlis Belia Kawasan Putrajaya

Karya & Arahan :
Fasyali Fadzly Saipul Bahri


Penasihat :
Tun Faisal Ismail Aziz

Penerbit :
Shawn Amer

Lakonan :
Aloy Paradoks
Fazleena Hishamuddin
Anas Ridzuan

Sinografer :
Azhar Zainal

Pengurus Pentas :
Ameera Ramli

Pemasaran:
Fariza Hishamuddin
Hilal Azmi
Fareez Sabry

Majlis Belia Kawasan Putrajaya
Azizan
Nasru

Admin :
Shazlin Kassim

Twitter sila hashtag : #teaterjutajutaPUTRAJAYA


Wednesday, October 19, 2011

Elaun COLA Kerajaan Diselaraskan

Assalamualaikum..






Hah!, Sebagai kakitangan kerajaan, aku baru terdengar adanya penubuhan CUEPACS . yelah, sebab aku baru masuk sektor kerajaan nie. mesti la baru dengar kan. hehehe .. Apa itu CUEPACS ? hah, mesti korang suma tertanya2 apa kaitan Elaun COLA kerajaan dan CUEPACS kan?.. Actually, CUEPACS ialah ringkasan untuk Kongres Kesatuan Pekerja - Pekerja Dalam Sektor Awam . Misi CUEPACS ialah mengekalkan CUEPACS sebagai salah sebuah organisasi yang terbaik dan mampu memperjuangkan kepentingan anggota sektor awam dengan berkesan secara berterusan salah satunya ialah bayaran COLA, dan menjadikan CUEPACS sebagai sumber rujukan utama berkaitan hal ehwal pekerja serta pemimpin mengikut dasar kepimpinan berpengalaman (k-leadership).

CUEPACS nie telah meminta kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam dan menaikan elaun sara hidup ,COLA diselaraskan kepada RM300 sebulan di semua tempat. Permintaan itu telah dipohon kepada Perdana Menteri dalam pembentangan bajet 2012 yang lalu.

Bandaraya

Bandar

Luar Bandar




Hah, nak selaraskan elaun sara hidup, COLA? wah, ini adalah berita gembira buat kakitangan kerajaan yang berada di luar bandar. Tapi, berita kurang gembira buat kakitangan kerajaan yang berada di bandar mahupun bandaraya. kan? yelah, kos sara hidup di bandar kan lebih tinggi berbanding luar bandar kan.. ahahha.. betoi tak? klu tak caye, ce try makan nasi goreng kampung di KL dan di Lenggong perak.. sah2 terdapat perbezaan dari segi harga kan?.


Actually, relevant jugak cadangan nie. Tak semua tempat di luar bandar kos sara hidupnya rendah. Sebagai contoh, Sabak Bernam, Tanjung Malim dan banyak lagi tempat - tempat yang mempunyai institusi - institusi pengajian tinggi awam dan swasta . Di kawasan2 nie, kos sewa perumahan, pengangkutan, makanan dan keperluan asas tiada banyak beza dengan kos di Bandar. Kalau tak percaya, tanyalah pelajar - pelajar di IPT - IPT tersebut. Kalau tak percaya jugak, tanyalah aku.. hehehe. aku pernah menjadi student dan juga kini berkhidmat di dalam sebuah Universiti Kerajaan di Malaysia. Cewah.. 

P/S : Kalau usul ini diterima baik oleh kerajaan, pasti dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh kakitangan kerajaan yang mempunyai basic kurang dari RM 1500.00. Ini bukan entry politik ye. just entry informasi. :)

Monday, October 17, 2011

Pengalaman Pertama KTM di Malaysia

Assalamualaikum..




Apa khabar suma kawan2.. harap2 suma sehat hendaknya. Wah, dah lama aku tak menaip cerita sendiri. Asyik dok post video2 je kan.ihihi. Bukan apa, perasaan malleh nak menaip tu mengatasi segala galanya. Tu yang blog nie pun dah jadi tunggang langgang. Kononnya nak dijadikan blog bervideo. ahha. Mau 3 tan jadinya blog nie load kan.ihii

Dah2, tu yg aku malleh nak menaip nie. mesti nak merapu meraban. ahhaha. Ok, berbalik pada tajuk entry nie.. aku nak citer la pengalaman aku naik KTM dari Taiping sampai Tanjung Malim.ececeh.. This is my 1st time u no.. tarak tipunya.. klu tak caya, tanya pakcik juai tiket tu. Dekat setengah jam dia melayan aku .. (banyak tanya) .. Ikut hati, siap nak wat vlog interview pakcik tu lagi..ahaha..

Satu hei lagi, aku nie cepat nervous . Kompom2 akan tersyasyul bila nak bli tiket.. bajet nak amik tiket yang leh tidoq tu sebab nak betolak dari Taiping kul 1 pagi,.. last2, tertunjuk yang duduk.. Herm, Jawapannya, patah pinggang la.. Dah la KTM tu laju sangat.. (mata keatas, tangan di bahu) .. Betapa seksanya aku smlm, Tengok ja muka sememeh aku nie..

Muka memang takleh blah.. Mengantuk + penat.


Alhamdulillah, sampai gak kul 5 pagi. Rupa2nya, ramai jugak orang turun kat Tanjung malim. *sah2 budak UPSI .. Actually, aku tak tidor weh dalam train.. Bukan apa, takut terlepas train.. Walhal, ada ja orang KTM kejutkan bila dah sampai ke destinasi. Itu yang membuatkan aku rasa service KTM boleh dikatakan *hingga menjilat jari .. Errr..

P/s : Pengangkutan awam pun dah ok sekarang. JImat pun jimat woih..ihihih.. Selamat Berinfomasi. Slm.

Friday, October 14, 2011

Video Banjir di Ayutthaya Thailand.

Assalamualaikum..






Lebih dua juta penduduk terjejas dalam banjir di seluruh Thailand dengan bekalan asas di beberapa kawasan turut berkurangan ekoran banyak jalan raya ditenggelami air.

Berita penuh, Baca lah paper .. :)




P/S : Bersyukur kita dilahirkan di bumi Malaysia.

Thursday, October 13, 2011

Kota Melaka - Segmen baru [ronda - ronda] oleh seorang blogger

Assalamualaikum...





Mempersembahkan

Tq sebab sudi terjah aku..ihihi.. nak tau sapa mamat pengacara baru nie, ihihi.. CLICK HERE .

Wednesday, October 12, 2011

Tangisan peminat iringi Rain jalani khidmat negara

Assalamualaikum..




Ratusan peminat dari China, Jepun dan Malaysia menangis dan bersorak di luar bandar raya Seoul semalam bagi memgucapkan selamat jalan kepada penyanyi pop Korea Selatan, Rain yang menjalani perkhidmatan ketenteraan selama 21 bulan. Fuh,.. Lama tu. 



P/S: Peminat2 Rain jangan besedih sangat na.. 2 taun ja dia p.. ihihih.

#14 - Wordless Wednesday [Blogger Kembar?]

Assalamualaikum.


Yang baju purple nie seorang blogger merangkap pemilik blog ini . n aku curi gambar nie kat sini 




Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, blogger-blogger yang mengikuti trend ini akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan..

P/S : Ce anda story skit cerita disebalik gambar ini mengikut pandangan anda. Selamat Beramal.Wslm.

Alfatihah - Satu kehilangan Besar Dirasai Tanah air

Assalamualaikum..




Satu kehilangan besar dirasai seluruh tanah air dengan pemergian Lagenda Suara Emas ke rahmatullh..




Al-Fatihah


Monday, October 10, 2011

Falling In Love Official Video

Assalamualaikum..




Hye semua.. ihihi.. ari nie just nak share satu video yang dah lama aku tunggu .. Official Video Falling In Love by Dato Siti Nurhaliza. Mempersembahkan.. ihihh..



P/S : Aku suka lagu nie weh.. ihihihih.. Tambah2 yg remix punya.. :) .. jangan lupa click button like FB kat bawah nie na.. Leh, share2 kat kawan2 FB kita.. :)

Friday, October 7, 2011

Ubat Stress yang paling Mujarab di Malaysia

Assalamualaikum..

Adush, Stress pagi2 buta nie.. Nak release Tension.. JOm layan lagu nie.. aku nak gelak kuat2..hhaha.. Inilah ubat stress yang paling hebat di Malaysia.. Bagi sesiapa yang tau bahasa melayu la kan.ihihih.. Memperkenalkan.. ubat stress... Layan...





Amacam,.. Hilang tak stress tu.. ahhaha. atau bertambah stress???.ahahah..

P/S : Klu stress, tak yah nak abiskan duit nak p pantai , bli ubat bagai.. tengok video2 lawak mcm nie dah cukup..kan?..ihihi.Selamat Berinfomasi, Slm.

Thursday, October 6, 2011

Tutorial Video for iPhone 4S

Apple - Iphone 4S





P/S : Anyone who want sponsor me?..  :)

Wednesday, October 5, 2011

#13 - Wordless Wednesday [ Bujang lapok ]

Assalamualaikum..





Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, blogger-blogger yang mengikuti trend ini akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan..

P/S : Ce anda story skit cerita disebalik gambar ini mengikut pandangan anda. Selamat Beramal.Wslm.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...