Monday, July 25, 2011

vidoe Disebalik Tabir di studio Bapak aku punya.

Assalamualaikum..

Pada 2 minggu yang lepas, saya dan beberapa blogger yang lain dijemput oleh 1TUBE.MY untuk menghadiri sesi bervlog di BAPAK AKU PUNYA STUDIO .. Jemputlah tonton video disebalik Pembikinan Vlog kami tu ye.. Pastikan anda click button HD untuk kuality video yang berganda.


P/S : Anda boleh menonton vlog2 yang telah siap di channel Bapak aku punya TV .. Selamat berinfomasi. Wslm.

Friday, July 22, 2011

Business Card - aku baru buat..ihihihi..

Assalamualaikum...

Untuk entry kali nie, just nak tunjuk sesuatu yang baru untuk aku..ihih..



Klu korang nak tau, aku design sendiri tau dalam masa 3 jam..ihihih.. Tp, masih ada informasi yang aku tertinggal kat dalam business card nie.. Masa nak print tu, aku dah kelam kabut sebab kesuntukan masa.. uhuhu..Takpa, abis nie 100 keping nie, ak wat baru..ihih..

P/S : Jom la kira ramai2 buat business card.. kadang2, kita akan berada didalam situasi yang memerlukan anda semua perlu ada business card.. Selamat Berinfomasi, Wslm.

Video Highlight semasa Pelancaran Album Ning Baizura didalam Bersama NurAizuddin

Assalamualaikum..

Pada 08/07/2011 yang lepas, saya dijemput oleh DDfabulous untuk sama2 memeriahkan MAJLIS PELANCARAN ALBUM TERBARU NING BAIZURA - DEWA  di Zouk , Kuala Lumpur. Untuk entry kali ini, saya menyediakan video disepanjang perjalanan majlis tersebut. Pastikan anda semua click button HD untuk kuality video yang berganda. Selamat Menonton...


Untuk kelajuan Maxima, CLICK HERE ..

P/S: Jangan lupa dapatkan Album Kak Ning yang Original.. Jumpa lagi diepisod bersama NurAizuddin pada minggu depan... Selamat berinfomasi, Wslm.

Wednesday, July 20, 2011

Senario Ops Pocot menemui anda .. Terbahak-bahak!

Assalamualaikum...




Untuk entry kali ini, saya akan review sikit pasal filem terbaru oleh MetroWealth iaitu SENARIO OPS POCOT.. ihih. Agak lama kumpulan senario tidak berfilem kan.. Rindu woo.. Ingat lagi masa saya kecik2, senariolah artis paling abah aku minat. Sanggup tengok masa Konsert dorang di Singapura..ihhihi..

Ok, berbalik pada nawaitu entry ini, pada 21 July ini akan ditayangkan filem SENARIO OPS POCOT di semua pawagam seluruh Malaysia dan Brunie.. Seperti anda semua sedia maklum, Kumpulan SENARIO ini sinonim dengan gelagat lakonan meraka yang melucukan. Filem terbaru Metrowealth ini masih mengekalkan konsep lucu slumber SENARIO untuk dipertaruhkan kepada Penonton menerusi Filem SENARIO OPS POCOT..

Filem SENARIO OPS POCOT ini mengisahkan 3 orang lelaki [Mazlan, Azli, Wahid] yang masing2 mempunyai kelemahan yang ketara didalam kehidupan seharian meraka. Secara terpaksa dan tidak sengaja, meraka telah menyertai pasukan RELA untuk memperbaiki kelemahan masing-masing disamping mencari semangat baru bagi menjalani kehidupan mereka. Ketika latihan RELA dijalankan selama 2 minggu, mereka mempelajari pelbagai teknik mempertahankan diri dari segi fizikal dan mental disamping sulaman komedi-komedi yang bakal mencuit hati anda.

Ketika didalam kem, mereka bertiga sering diganggu dan dibuli oleh 3 orang pelatih yang sering membuli meraka. Tetapi Encik Bad [Mr. Os] jurulatih meraka telah memberi semangat yang jitu kepada Mazlan, Azli dan Wahid bagi menghadapi kesulitan yang bakal dihadapi.  Adakah mereka bertiga akan terus dibuli? Adakah meraka akan berubah apabila taman latihan RELA itu nanti? Adakah mereka telah bersedia untuk menghadapi kehidupan meraka yang sebelum ini dipenuhi ketidakselesaan di buli dan diganggu?.. Jawapannya di pawagam berdekatan anda pada 21 July ini..


Gambar sekitar Pratonton Filem SENARIO OPS POCOT 


Ehem..



Abg Wahid.. Kuat betoi dia gelak dalam panggung.. hahaha.



Sempat lagi tu sebelum wayang start..ihihi.



Barisan pelakon Filem Senario Ops Pocot..



Ketika sidang media..



 Inilah rakan2 yang menemani ke pratonton Filem nie..ihih..

P/S : Filem ini amat mencuit hati. Srius lepas saya keluar panggung, Suara dah takdak.. Gelak terbahak-bahak punya pasal masa tengok citer nie..ahahah.. Jangan lupa untuk tonton filem nie dipawagan 21 July nie ye.. Dan jangan lupa saksikan Vlog Bersama NurAizuddin menemuramah pelakon filem ini pada minggu hadapan. Selamat Berinfomasi, Wslm.



#7 - Wordless Wednesday [ reserved ]

Assalamualaikum...



Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, blogger-blogger yang mengikuti trend ini akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan..

P/S : Ce anda story skit cerita disebalik gambar ini mengikut pandangan anda. Selamat Beramal.Wslm.

Friday, July 15, 2011

Aku belakon didalam iklan . TQ sebb kasi peluang~

Assalamualaikum..


Entry kali nie just nak tunjuk kat korang semua video lakonan iklan aku bersama seorang pelakon, Syasya di BAPAK AKU PUNYA STUDIO..ihihi. Eh, malulah.. :")


Ucapan ribuan terima kasih kepada MATJEPP [Bapak Aku Punya Studio] dan juga 1tube.my kerana sudi menjemput saya untuk memeriahkan lagi iklan promo bagi GRADUAN ASPIRE 2011 nie.. Tak lupa kepada kawan2 yg hadir, iaitu AMAL, AYIE, AKMAL, JAMBAN, TH,KAYIF dan Syasya yang sudi bergandingan dengan aku didalam video promo ini..ihih..



Video Promo dari hasil tangan aku sendiri..


P/S : Sharekan video promo yang aku buat nie kepada kawan2 korang semua ya.. Masa depan anda mungkin ada di sana.. Banyak syarikat dan university dari dalam dan luar negara berkampung di sana. Dan jangan lupa untuk coment video promo dari hasil tangan aku sendiri di 1tube.my ya untuk aku memperbaiki cara penyampaian didalam sesebuah video.ihihi.. Tq very much.

Thursday, July 14, 2011

Pratonton Filem Flat 3A.. Thank kerana menjemput.. :")


Assalamulaikum...

Semalam Tengah hari, aku diseru oleh kawan ku untuk bukak email.. Then, bila aku bukak email, aku tengok ada email jemputan dari MIG Online Metrowealth untuk bersama-sama memeriahkan pratonton Filem Flat 3A. Then, apa lagi, aku mengorak langkah mengatur masa la ke sana..ihih.. Wayang start around kul 9 malam di Sunway Piramid..




Filem seram ini mengisahkan seorang gadis bernama Fiqah  yang telah menggugurkan Kandungan yang berumur 4 bulan secara paksaan oleh teman lelakinya Anas. Sejak kejadian menggugurkan janinnya, Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Dan fiqah bersama kawan baiknya iaitu Ratna mengambil keputusan untuk berpindah ke Flat yang berdekatan dengan tempat kerja mereka disamping ingin melupakan peristiwa yang berlaku di rumah itu.


Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.
Apabila berpindah ke rumah baru iaitu di FLAT 3A , Keadaan menjadi lebih teruk .. Bayangan kanak2 perempuan, suara tangisan bayi, semakin menghantui Fiqah.. 
Nak tahu kisah selanjutnya, Sila menonton filem ini di pawagam berdekatan anda.
Gambar sekitar pratonton..
Bersama Pelakon Utama filem ini..


Rakan artis yang memberi sokongan kepada rakan seperjuangan..
[dia belakon jugak, tp, sikit je scene dia..ihh]


Antara barisan pelakon utama..

Macam biasa, mesti berjumpa Ujang dan isteri..ihihi..

P/S : Jangan lupa saksikan filem ini dipawagam dan jangan lupa untuk menonton Vlog bersama NurAizuddin di sekitar Pratonton Filem ini di 1tube.my..






Tuesday, July 12, 2011

Gambar sekitar Konsert Simply Siti.. Aku sempat bergambar dengan Dato K je..ihihi

Assalamualaikum..

Apa khabar readers..ihih.. Moga sehat hendaknya ye.. Sabtu yang lepas, aku sempat pergi ke konsert Gala Simply Siti di UITM Shah Alam yang disponsor oleh Bos aku..iihi... Tp, mcm sedih sebab tak dapat bergambar dengan CT .. Yelah, dok di Seat VIP.. Bersebelahan dato K lagi..ihih.. [nak mention jugak] . Apa pun, Thx ya boss sebab bawak saya skali di Konsert nie.. Merasa sebahagian NurJIwa family.. 


Gambar Sekitar Konsert..

Di red carpet..ihih.. 


Dato K ngan aku sapa hensom.???.ihih..


Sempat bergambar masa Perarakan keluar..


Pelakon teater yang tak asing lagi dengan peminat teater.


Hah, Dato siti berungu-ungu woo..


Penyanyi undangan pertama, Anna Raffali


Tetamu yang bertuah pada mlm tersebut.. If tak salah, dia dari Karangkraf.. 
Dpt handbeg Dato CT woo..

Penyanyi undangan kedua .. Aizat.. dorng nyanyi 2 lagu sorang..


Pakaian dato CT direka khas oleh Pelajar UITM sendiri..


Faizal Ismail sebagai pengacara.


penyanyi undangan ke3.. Amy Search.. Wah, ever green.. Awesome.. 


Dato CT memulakan langkah tarian..


VVIP membaling bola betuah kepada penonton.. 
If sapa dapt, Free2 je dpt voucher 200 hinggit dari Simply Siti


Penari yang diterbangkan Khas..


Pemenang battle of the band.. Wah, lagu Latino woo.


Keadaan dewan ketika gelap..Penuh dengan lampu2 fon..ihiihih


Hah, barisan depan tu anak2 dato K, ..
aku dok kat belakang depa, Dato K, ada kat sebelah kiri nie.. 


Gimik Konsert Dato Siti kali ini amat menarik..Memasuki ruang  Hall dengan menaiki Moto berkuasa tinggi bersama suami tercintanya, Dato K sambil diiringi 2 buah motosikal yang lebih kurang rupanya..ihihi..  Di dalam konsert ini, Dato siti secar exclusive mendendangkan lagu inggerisnya yang terbaru.. If sapa tak dak dlm dewan, Tak dengar la..ihihi..

P/S : Nantikan Vlog bersama NurAizuddin di sana dengan meng'view keseluruhan perjalanan konsert.. Selamat Berinfomasi, Wslm.

Monday, July 11, 2011

GRADUAN ASPIRE 2011.. Video promosi oleh saya sendiri.. Tq Celcom sebagai penaja.

Assalamualaikum...


CLICK HERE untuk menonton terus di 1tube.my..

Jom kita ramai2 memeriahkan GRADUAN ASPIRE 2011  di KL Convention Centre... Sambil tu, coment video nie kat 1tube tau.. n Klu bulih, share2 la kat kawan2 untuk hebahan maklumat ini.. Memang bermanfaat kepada graduan dan bakal graduan... Masa depan tu..ihih..

P/S : Harap anda dapat input yang berguna didalam video yang telah disediakan dan dapat kongsikan kepada rakan2 anda suma video ini untuk informasi bersama.. :") .. Jika rajin, Coment skali ye kat video nie di 1tube.my untuk saya memperbaiki penyampaian saya.. Selamat berinfomasi, wslm.. :)

Saturday, July 9, 2011

Majlis Pelancaran "Dewa" Album terbaru Ning Baizura.. Fuh, best woo... Happening gila..

Assalamualaikum...


08/07/2011 hari yang best..ihihih.. Dalam asyik2 dok on9, aku dapat invitation dari seorang blogger terkenal untuk menghadiri majlis perlancaran Album Terbaru Ning Baizura iaitu "DEWA" di ZOUK, Kuala Lumpur yang telah dianjurkan oleh Pihak Universal Music Malaysia dengan sokongan Stesen Radio ERA FM sebagai Radio Rasmi... if korang nak tau sapa blogger terkenal tu, CLICK HERE..


Actually, Kak Ning kita dah  lama menyepi.. Dan akhirnya diva antarabangsa nie telah muncul kembali dengan kelahiran Album "DEWA" dimana mana merupakan Album yang ke-12 Kak Ning yang diterbitkan sendiri oleh Kak Ning bersama Komposer Audi Mok. Persembahan pada malam ini amatlah Hebat dan tidak langsung menghampakan peminat2 setianya dan para media yang hadir. Fuh, bergema ZOUK dengan soprano Kak Ning.. Awesome..


Gambar sekitar Event


Lepaking Sebelum Kak Ning konsert bersama DD, RedMummy n akak ape tah..dah lupa nama..ihih..


Tue dia.. Kak ning dah mcm Putri Santubung dah.. Diarak masuk oleh Abey2 badan ketak2..


Masa yang dinanti2, Kak Ning buat persembahan.. fuh, gempak weh nyanyi life..


Abang budiey bagi hadiah kat pemenang2 dari Blognya..


DD kene paksa nyanyi oleh kak ning.. Nak tengok dia nyanyi, tunggu vlog aku na..ihih..


Amboi2.. Mamat nie over gila..ihih..senyum sampai ke cuping telinga..
nak lawan Kak Ning la tu..ihiihih


Tengah dok tonton abang2 badan ketak ketik tu dok menayang badan..
Kak InaKL laju je mata..ihihih..


Nie la suami Kak Ning.. Bro Steve..  aku tak pendek ok, 
dia yang lebih tinggi..ihihi


ihihi.. Ngan abang budiey.. Dan lagi tu..


bersama rakan2 yang aku kenal di costume Party di MenaraKL tempoh hari..
dorang nie memang rajin follow artis..ihihi..

Ok, cukup setakat ini sahaja entry nie..jam pun dah menunjukkan 3.41 am.. Mengantok woo..ihihih.. Besok nak p jumpa Dato Siti pulak..ihihi.. Hope korang enjoy ngan gambar2 yang telah disediakan ye.. If tak puas, korang leh tengok kat Facebook aku ye. Upload suma gambar semasa majlis pelancaran..

P/S : Jangan lupa dapatkan Album terbaru Kak Ning.. Lagu2nya memang syok.. Aku tengah dok dengaq lagu beliau la nie..ihihih.. rugi if korang tak dapatkannya sebab ............... Nak tau, kene beli ye..ihih... Lagunya amat best.. credit to DDFABULOUS... Dan Jangan lupa juga menyaksikan vlog Bersama Nuraizuddin di Majlis Pelancaran ini.. Amat menarik dan segala adegan2 di sana sempat dirakam dan juga penampilan Exclusive Blogger terkenal sebagai undangan dan juga Kak Ning ye.. selamat berinfomasi, Wslm.

Thursday, July 7, 2011

Konsert Malam Gala dan Karnival Ulang tahun pertama SimplySiti - yes! Bos belanja tiket..

Assalamualaikum..

Apa khabar suma..ihihi..Harap sehat hendaknya.. Entry kali nie just nak citer pasal Konsert Malam Gala dan Karnival Ulang tahun pertama SimplySiti di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. 

Klu korang nak tau, konsert nie Bermatlamat bagi mengisi Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM, kesemua hasil kutipan derma dan tiket pada malam konsert akan disalurkan terus ke dalam tabung berkenaan. Ia bagi membantu kira-kira 5,000 pelajar cemerlang UiTM yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian di dalam dan luar negara.



Ini sebenarnya aku nak tunjuk.ihih.. aku ada banyak tiket..iih.. Actuly, Bos aku yang beli tiket nie dan serahkan kepada staff di sini. Beliau amat menyokong kerja-kerja amal seperti ini. Bertepatan dengan Matlamat Konsert ini diadakan oleh Dato' Siti. Tak sabar rasanya nak p.. If, korang nak pergi, korang boleh dapatkan di UITM Shah Alam. Tp, ia terhad. Aku tak pasti samaada dah habis ke belum..

P/S : Niat nak ajak kawan2.. Tp, Tiket nie dibeli cukup2 je oleh bos aku.. Herm, Alah, satu tiket baru RM35.. ihihi.. P la cari kat UITM nu~~ if korang nak gi jugak ye..ihihi..KEmain Eksyen... Harap2 aku sempat untuk buat Vlog di Konsert itu nanti n berpeluang intervw Artis2 di sna..  "Dato Siti, Tolong ye.." ihihi.

Wednesday, July 6, 2011

Video NurAizuddin menemuramah barisan pelakon Filem Tolong! awek aku puntianak di Majlis Party Costume.

Assalamualaikum...

Pada Ahad yang lalu, saya dijemput untuk menghadiri Party Costume Sempena Filem Tolong! Awek aku puntianak di Menara KL.. Untuk entry kali  ini, saya telah menyediakan video keadaan disana dan sesi menemubual dengan barisan2 pelakon filem tersebut. Pastikan anda menekan button HD bagi kuality video yang maxima.



Untuk kepantasan maxima CLICK HERE


P/S : Jangan lupa untuk menonton filem ini dipawagam. Selamat Berinfomasi, Wslm.   
#credit to Fhai..

#6 - Wordless Wednesday [ Apakah ]

 Assalamualaikum..




Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, blogger-blogger yang mengikuti trend ini akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan..

P/S : Ce anda story skit cerita disebalik gambar ini mengikut pandangan anda. Selamat Beramal.Wslm.

Tuesday, July 5, 2011

Skrip tertinggal sebelum shooting.. Ayat hentam keromo je semalam.. Cait.

Assalamualaikum...



Apa khabar kawan-kawan.. harap hampa suma sehat la no.. Cait, Loghat utara dah kuar..ihih.. Ok, entry kali nie aku nak share skit la pasal semlam..uhuhu. Memang memenatkan ala-ala main futsal mcm tu.. #pancit.. Rasa geram kat diri sendiri pun ada gak.. Mana taknya, Dah tau nak gi Shooting.., Tapi boleh pulak tertinggal skrip.. Cait..


Actuly, Aku bukannya tertinggal skrip lakonan ka, skrip filem ka, tetapi aku tertinggal teks untuk vlog seterusnya. Teks dikira skrip la kan. :)..ihihih.. Aku dah draf sehabis baik dah semalam. Alih-alih tertinggal.. Memang merapu meraban la aku semalam.. Yelah, mana nak ingat susunan video n apa isi-isi yang ingin disampaikan.. Tapi takpa., selama nie pun aku bedal je kan.. haha.. Memang semalam aku hentam kromo jelah..

Bila sesuatu perkara tak plan, nielah jadinya.. Biasa shooting untuk vlog bagi memenuhi slot mengacara around 1-2 hours ja.. But, semalam dari kul 11 sampai kul 2 pagi lebih woo... Balik dari tempat shoot, nak kene edit balik.. Kul 4 baru aku tidor.. Dah la awal pagi kene bangun untuk berkhidmat sebagai Secretary pulak kan.. Cait.~ihihi Yelah, aku terkejar-kejar untuk publish video nie sebb tayangan Filem Tolong! Awek aku puntianak akan ditayangkan 7 July.. Vlog nie actually untuk Party Costume yang aku hadir Ahad lepas di Menara KL dimana aku menemuramah pelakon-pelakon Filem Tolong! awek aku puntianak dan pihak2 yang menjayakan party tersebut..

P/S : Ok, Hampa suma jangan lupa na untuk  menonton Vlog bersama NurAizuddin dimana akan dipertontonkan kepada umum pada esok hari bermula Tengah hari di 1tube.my.. Selamat Berinfomasi, Wslm.

Monday, July 4, 2011

Gambar bersama Artis dan Kawan2 sekitar Costum Party sempena filem Tolong! awek aku puntianak.. Credit to Budiey.com

Assalamualaikum...



Sebelum tu, aku nak gitau korang yg aku bukan waiter kat situ...
hahaahha.. Tp, cuba nak jadi Vampire machoo, tapi nie hah, terhancor..



iihh.. hari nie merupakan hari yang enjoy even memenatkan.. Satu hari berada di Menara KL untuk menghadiri Party Costume yang diaturkan oleh budiey.com bersempena dengan filem Tolong!!!! Awek aku puntianak.. Di sekitar party nie, terdapat ramai artis2 yang hadir bagi memeriahkannya..


Gambar sekitar party costume


hantu2 takpi sekolah..

TH, Yani, Yana  bersama Abg Budiey..

Macam2 jenis hantu aku jumpa

Hantu 2 ekoq nie menang tempat 1st n 3rd dlm Best Dress.

kiri skali adalah Fhai.. Sebb dia aku dpt p event nie.. Tq very much bro..

nie ngan awek youtube yg dah jadi artis nie.. "penyanyi lagi Cinta mukabuku..
NAJWA LATIFF

Hantu mak limah balik KL Tower pun ada...

nie hah.. Abg Dollah Cantik.. Laser woo..tp, hari ni tak..ihihi

NIe lah salah seorang Vampire mcm aku...hahaha..
Tp, dia nie jenis muka tak pucat..ahha

Nie la budak slalu kene lempang ngan botak.. Srkng nie dia dah jadi
drakula.. Menurut sumber, dia nak balas balik dendam ngan musuh dia..ihih.. Daim2..

Pelbagai hantu ada..  Leh wat stock jaga rumah tinggal.. sapa nak,
contact aku na..

Akak comey nie sporting abis.. sapa tak kenai, kira dia rabun
lagi teruk dari aku..ahahha

Terkejut aku bila hantu dlm cerita SCERY  MOVIE pun ada..ahahha

Hah..  LJ asyik dok kata daim loser ja..ahah.. #dalamfilem

Aku excited bergambar ngn hantu nie..Modern woo.. Bawak handbeg..ahhaha

Abang panas la yang..  U baru nak tangkap gambar ngn abang kan...ihih..


Filem Tolong!!! Awek aku puntianak nie mengisahkan 2 orang BFF telah berpindah ke sebuah apartment berpuaka setelah "BOY" putus cinta dengan bekas aweknya ... Nak dijadikan cerita, mereka berdua berjiran dengan 2 beradik perempuan yang sangat cantik. Sebenarnya, 2 beradik perempuan tersebut adalah puntianak dan dikisahkan  bahawa mereka berdua telah disumpah menjadi puntianak tersebut. Nak tahu ceritanya dengan lebih lanjut, Jom ramai2 penuhkan pawagam...iihih... Jalan cerita ini amat menarik disamping unsur2 komedi dijadikan taruhan.. Serius tak kering gusi..

Tp, ada satu lagi masalah.. Aku tengh berusaha sedaya upaya nak buang celak bagai kat muka aku nie.. Takut kat ofis orang ketawakan aku..ahha. Tambah2 bos aku.. "BERAIR MATA DAH NIE!!~

P/S :  Jangan lupa menonton filem yang dilakoni oleh gandingan hebat ini dipawagam mulai 7 Julai 2011 di seluruh Malaysia.. Pasti tak rugi untuk ditonton. Dan jangan lupa untuk menonton Vlog bari review filem ini dan keadaan sekitar costume parti ini 3 hari lagi.. Selamat Berinfomasi, Wslm.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...