Wednesday, June 29, 2011

#5 - Wordless Wednesday [ Pontianak Malaysia ]

 Assalamualaikum..




Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, blogger-blogger yang mengikuti trend ini akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan..

P/S : Ce anda story skit cerita disebalik gambar ini mengikut pandangan anda. Selamat Beramal.Wslm.

Tuesday, June 28, 2011

If mkn malam, Mesti keesokannya aku period.

Assalamualaikum...

Entry kali nie, aku nak share sikit mengenai masalah kesihatan yg aku alami. Pada setiap pagi, Mesti aku rasa tak sedap badan n aku tak sedap perut seolah2 orang mengalami period.. #slalu usya member bila period.... Pada mulanya aku tidak tahu penyebabnya, tetapi, bila aku kaji sendiri, penyebabnya agak pelik. Dan aku tak pernah terfikir sebelum nie bahawa perkara tersebut adalah penyebabnya. Mungkin 1000 dalam 1 kot.. :)



JIka aku cerita kat korang semua, mesti bunyinya agak pelik. Jika aku mengambil makanan pada belah malam, ia pasti akan memberi kesan sampingan kepada aku seperti hari ini. Badan, perut, mata sumanya spoil.. Ditambah pula kondisi tubuh badan aku yang tak berapa sehat nie. Haish, Sabor jelah.. Nak ikutkan, ia tak berapa logik.. Tetapi, itulah hakikat kepada diri aku.. Pagi2 dah kene cari minyak cap kapak untuk disapu di kepala, perut, dada dan tempat2 yang tak berapa nak sehat.. #renyah tol...

Sebenarnya, aku memang jenis orang yang tak makan malam. Ini bukan sebab diet semata, tetapi dah jadi tabiat aku. Pada mulanya, ketika aku gemuk, memang aku mengamalkan perkara tersebut. Setelah beberapa bulan, aku dah terbiasa dan menjadi amalam seharian aku. Sejak dua menjak nie, aku selalu lepak di warung bersama rakan-rakanku pada belah malam. Then, bila dah ada menu depan mata, Melantak la aku~..ahaha.. Tapi, keesokan paginya mesti aku tak sedap badan dan perut.. Adoy..

P/S : Makan malam akan menyebabkan kesihatan anda semua didalam keadaan kurang baik kelak. If nak tahu kenapa, tanyalah En. google.. Selamat Berinfomasi, Wslm.

Monday, June 27, 2011

Aku nak tolong tampor diri sendiri..

Assalamualaikum..

Tujuan entry ini adalah untuk menghulur sepuluh jari memohon kemaafan. Aku telah membuatkan mamat nie tunggu aku satu hari di Time Square. Serius, aku memang nak pergi lepak ngan ko.. Tp, mis comunication penyebabnya.`*cewah,salahkan benda lain..

Situasi Aku..


Aik, dah kul 11 pagi nie.. Asal dia ni tak call aku lagi.. Dari tadi aku dok tunggu tweet dia, tapi tak berbalas la pulak.. Jadi ke tak nie..adoy~ Nak call Kredit tak dak.. Apa aku nak buat nie.. Kedai topup jauh pulak..  Memang dugaan sungguh....Eh, dah kul 3 la.. dia tak contact aku lagi.. nie mesti kompom tak jadi..if aku tau tak jadi awal2, mesti aku kuar ngn orang lain..Fuh, bosannya dok umah nie.. Cait.!

Situasi Beliau ..  CLICK HERE if nak tau sape..


Ok, aku dah selesai urusan ngan member aku nie,.. Dah janji ngan din nak lepak sama.. Lagi pun lama tak jumpa dia.. Asal call n masg tak bebalas nie. Adoy, Takpa tunggu jelah dia. Takut dia datang, aku pulak yang takde.. Haish, Dah seharian aku berjalan sorang-sorang kat sini.. Tp, batang hidung din pun tak nampak.. Ceh, Penipu punya din.. Aku rasa nak letop je muka dia.. *nak menyedapkan cerita, aku tambah sikit..




Inilah situasi masing2... Aku rasa serbasalah gila.. Srius, even ini miscomunication, aku tetap rasa serba salah weh.. Yelah, aku takpela sebb tunggu di rumah, but, dia dah ada kat sana dah.. Aku tau perasaan dia mcm mana.. sebb aku pun pernah kene mcm tu.. Iesh, Serba salah weh.. Nak nangis.. [takla sampai mcm tu, nnti, tak macho]... serius aku rasa bersalah... n aku admit..

P/S : Bro, aku mintak sory2 sangat.. aku tau salah aku.. n aku tau hg marah kan aku.. Tp, aku tak terniat beb..really sory weh.. Aku tak tau nak tebus mcm mana. .Sirius, aku mengaku salah.. hg nak lempang aku pun, aku tak kisah, janji jangan kuat sangat.. :( sory weh...

Jika kita deal sesuatu, pastikan ia dilakukan mengikut jadual.. Selamat beramal, Wslm.

Vegas Pro 9.. Jenuh nak godek2 software nie.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, selepas latihan softball di UM petang smlm, aku sempat untuk ke Mines untuk mencari sesuatu yang telah lama aku mengidam.. nie hah!!



iihih.inilah benda yang aku idam-idamkan selama ini.. Editor video yang akan membenarkan aku meng'edit video tanpa sempadan... Cewah.~..Actuly, aku tak pernah guna lagi software nie sbb aku dengar dari kawan-kawan je mengenainya.. Yelah, suma orang kesian kat aku coz mengedit video-video aku yang lepas hanya dengan menggunakan Live Movie Maker.. hahaa..Kesian kan?~

Dengan software nie, aku berharap agar penyampaian video tersebut mengikut kemahuan dan nampak lebih pro dari sebelumnnya.. Klu takde improvement tak tau lah.. Nama software nie pun dah mengandungi perkataan PRO... Jangan indah khabar dari rupa dah la..ihih..

P/S = mungkin nak explore benda nie pun take time. So, mesti tunggang langgang lah if tak dak orng ajar..ihii..takpa2.. Slow2.. Selamat berinfomasi, Wslm.

Friday, June 24, 2011

Bersama NurAizuddin diberi peluang menemuramah Pelakon Filem SEKALI LAGI ...

Assalamualaikum..

ihihih..Pagi2 masuk ofis dah tulis entry..Ok2, aku tak nak tulis panjang2.. Just nak Attach kan gambar kasi korang jelous..ihhi....


BERSAMA FARID KAMIL
SEMPAT INTERVW JE..NAK BERGAMBAR TAK SEMPAT..UHUHU..SAM~


KAK LISA SURIHANI..


PELAKON BARU..


BERSAMA DAVID TEO


Ok, Sebenarnya, Semalam aku diberi peluang yang terbesar didalam sejarah hidup aku untuk menemuramah mereka2 ini untuk menjayakan next Episod JOm jalan-jalan Bersama NurAizuddin.. Tp, kali nie, jalan-jalan tengok wayang bersama artis..iihhihih.. Artis2 yang terlibat langsung tidak sombong.. Apabila aku memperkenalkan diri sebagai Vlogger dan juga Blogger, mereka menjadi begitu ramah..Begitu hebatnya penangan blogger pada masa kini kan?..uhuhu



Dalam dok ralit2 di sana, Tiba2 terjumpa CIK APPLE, UJANG n wife dia dia luar pintu masuk Panggung..ihihi.. Apa lagi, berkoloberasi lah kami smlm..ihihih.. Hajat Apple tercapai bila berjumpa Sam.. Melompat2 dia kemain.. Macam nak lari 100 meter pun ada dia semlam.. haha..si ujang pulak berjaya untuk berjumpa Kak Lisa kita..ihihi...




P/S : Nantikan Vlog Bersama NurAizuddin menemuramah dan bermesra dengan artis2 seperti diatas.. mereka sungguh Cool.. Tambah2 David Teo...hahaha.. Yest, dapat peluang review Filem ini.. Terima kasih kepada yang terlibat.. :") Selamat berinfomasi, Wslm.

Thursday, June 23, 2011

Taiping Bandar WArisan~Vlog di Pekan Pertama Di Malaysia yang Awesome sungguh..

Assalamualaikum..


Pada Minggu lepas, Episod Jom jalan-jalan Bersama NurAizuddin telah dijayakan di Taiping Bandar Warisan, Perak. Pada entry sebelum ini, Saya ada Meng'review Bandar yang penuh dengan sejarah tersebut untuk memperkenalkan kepada anda semua sebelum anda menonton Vlog saya disana. Jom kita tonton kemeriahan ketika berada di sana. Pastikan anda Click Button HD untuk kualiti video yang lebih tinggi.

 
P/S : Malaysia banyak tempat2 yang menarik. Sebelum mengakhiri entry ini, Jom tonton Episod Jom jalan-jalan Bersama NurAizuddin di Teluk Cempedak, Pahang., Selamat beramal, Wslm

Bandar Warisan Malaysia.. Awesome!!!

Assalamualaikum...


Untuk entry kali ini, aku nak review sikit sebuah bandar yang penuh dengan senibina classic  yang dikekalkan seninya dan dijadikan sebagai warisan di bandar tersebut. Bandar yang dimaksudkan terletak di Perak iaitu Taiping dan sinonim dengan panggilan Bandar Warisan. Selain itu, Taiping juga terkenal dengan panggilan Bandar Hujan kerana Taiping adalah kawasan yang menerima tadahan hujan yang paling tinggi dan cuacanya lembab di Malaysia.


Gambar yang diambil pada tahun 1968
Sebenarnya, Bandar Taiping ini dibuka pada tahun 1874 oleh peniaga Cina setelah bijih timah ditemui di Kamunting. Taiping berasal dari bahasa cina dan bermaksud "Aman selama-lamanya". Sebelum ini Taiping dikenali sebagai Klian Pauh. Jika anda semua ingin tahu, Taiping adalah permulaan penghijrahan secara beramai-ramai kaum Cina yang terdiri daripada golongan pelombong dan peniaga. 

Selain warisan2 yang ditinggalkan dijadikan tarikan, Taiping juga terkenal dengan tempat2 percutian seperti Bukit Merah, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut, Muzium, Zoo dan banyak lagi.. Taiping juga mempunyai 33 buah binaan yang Pertama yang dibina di Malaysia. contohnya, Pejabat Pos, Mahkamah, stesen kereta api dan sebagainya... Fuh, kalau nak diceritakan tentang Taiping nie, memang berjela lah entry ini..ihihih.. Jadi, pada jam 12 tengah hari, 23/06/2011 Episod Jom Jalan-jalan Bersama NurAizuddin akan review Bandar Warisan Tersebut. Dan anda semua boleh menonton betapa bestnya apabila berada di Taiping dan bangunan-bangunan yang pertama yang akan di riview oleh pengacaranya iaitu Bersama NurAizuddin.



Salah satu tarikan utama : Taman Tasik Taiping.


Tarikan Taiping : Tanah Tinggi Bukit Larut..


P/S : Nantikan kemunculan Episod Bersama NurAizuddin di Taiping Bandar Warisan. Sebenarnya, pengacara Jom jalan-jalan di 1tube.my itu sendiri adalah anak jati Taiping.. Mesti lagi menarik kan???ihihih.. Apa pun, Kita tunggu kemunculannya.. Jom tonton episod Bersama NurAizuddin pada minggu lepas di Teluk Cempedak, Pahang.. Selamat beramal, Wslm.

Wednesday, June 22, 2011

Nombor Followers tercantik.. Jangan wat tikam nombor sudah.. :)

Assalamualaikum..

Slm semua..hari ni dah 3 entry aku publish..haahha.. yang bestnye, Publish kat Office pulak tu..BOs aku kuar awal hari nie..so, Aku pun mengorak jari untuk menaip entry la..ihih..


Sebelum itu, Tahniah kepada Sahabat Blogger kerana angka ahli group ini telah mencecah 7777..Cantik nombornya.. But, Blog aku nie pun dapat nombor cantik..Tengok bawah nie..



Followers yang ke 1111 ialah Belog Misz Nad :) .. aku tak dapat nak contact or amik detail untuk backlink kepada beliau..

P/S : Jika Belog Misz Nad ada terbaca entry ini, Tolong coment dan beri link anda ye.. SElamat beramal, Wslm.

Lamaran paling dramatik di dunia.. Sweet gila..

Assalamualaikum..


Dalam tengah dok menggeledah Youtube tadi, aku terjumpa satu video yang telah ditonton oleh 1 juta orng lebih dlm masa sebulan lebih dan nak share ngan korang semua. :) .. Ia adalah salah satu rancangan reality TV di US.. 

          

P/S : Jangan ada rancangan TV kat Malaysia mcm tu dah la..ihihih. Takut jadi Trend pulak kang..Selamat Beramal, Wslm.

#4 - Wordless Wednesday [klu : kekuatan batin]

Assalamualaikum..



Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, blogger-blogger yang mengikuti trend ini akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan..

P/S : Ce anda story skit cerita disebalik gambar ini mengikut pandangan anda. Selamat Beramal.Wslm.

Sunday, June 19, 2011

Abah, Terima kasih atas segalanya

Assalamualaikum..


Zaman kanak - kanak ku amat bermakna dengan dimanjakan oleh abah. Aku bermain gusti dengan abah,.. Aku bermain hantu-hantu dengan abah.. Abah terlalu melayan kerenah kebudakan aku. Jika diimbau kembali, amat menggelikan hati. Mainan ku akan bertambah setiap minggu. Apa yang aku mahu, pasti dimiliki. Biasalah, penangan anak bongsu..Ketika aku berumur 12 tahun, Bapa ku masih menyuap nasi kepada aku.. Fuh, hinggakan sebegitu sekali aku dimanjakan..

Pada tahun 1998, abah mengalami serangan jantung. Ketika itu, aku berumur 8 tahun. aku masih tidak memahami apa2 ketika itu. Yang aku tahu, Abah dapat cuti panjang daripada kerja. Mulai hari itu, Abah tidak boleh lagi melakukan kerja-kerja berat, susah hati, rungsing, terkejut dan sebagainya yang membuatkan abah tidak selesa. Abah tidak boleh melakukan tugasnya lagi seperti sediakala. Abah hanya bekerja sebagai Pengawal Keselamatan untuk menyara keluarga. Pendapatan itu tidak dapat menampung perbelanjaan isi keluargaku dan emak terpaksa bekerja kebun untuk menampung perbelanjaan keluarga. Abang2 aku juga ada yang terpaksa menamatkan pembelajaran.

Sejak itu, kemahuan aku tidak lagi dipenuhi. Yang aku tahu hanyalah memberontak. Tetapi, secara perlahan abah cuba memenuhinya walaupun tidak kesemuanya. Dengan berbekalkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, Hingga kini, aku diberi segala-galanya hinggakan tiada kawan-kawan ku percaya yang aku hanya anak kepada seorang JAGA..

Ketika mak xcident, aku seperti tidak percaya dengan perangai abah. Abah terlalu mengambil berat dengan mak hinggakan menyuap makanan kedalam mulut mak walaupun mak mampu untuk berbuat demikian. Abah sabar dengan kerenah mak kerana mak seperti tidak selesa ketika terlantar di hospital selama beberapa bulan. Abah juga tidak mengabaikan aku ketika aku di Politeknik. Hingga kini, Abah yang memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya bagi menggantikan emak untuk melakukan tugas tersebut kerana emak tidak mampu melakukannya. Di sini pernah ku huraikan. [ aku menangis, Kasihnya ibu ]

Sekarang, anak-anak semuanya sudah besar. Abah berjaya membesarkan anak-anak bersama emak. Abah mula memenuhi perkara-perkara dan juga minatnya yang tidak berkesempatan ketika muda. Sudah sampai masa Abah berehat...

                            

P/S : Lat sayang ABAH..Inilah masanya Lat berbakti kepada Abah.

Allahuakbar..Kereta ku tiba2 berat ketika melalui Lebuhraya Karak

Assalamulaikum...

Pada 2 minggu lepas, aku bersama rakan-rakan ku ke kuantan bagi memenuhi masa lapang di hujung minggu. Untuk pengetahuan anda semua, itu adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di Negeri Pahang. Perasaan ku amat teruja kerana 'jakun' tak pernah pergi ke sana. Pelbagai-bagai aktivity yang kami lakukakan di sana. salah satunya ialah, CLICK HERE untuk melihat Vlog aku di sana.



Nak dijadikan cerita, ketika perjalanan pulang kami dari sana, atau dengan lebih tepat lagi dari Teluk Cempedak, jam telah menunjukkan 11 Pm.. Agak terlewat kami bergerak dari sana pulang ke KL. Didalam perjalanan pulang, kami bergurau senda didalam kreta mengenai Filem yang telah ditayangkan iaitu Karak ketika melalui lebuh raya tersebut.. Aku masih tidak berpeluang menonton cerita tersebut. Tetapi, seorang daripada kami telahpun menonton sebelum kami ke Kuantan.

Eh, Eh~..Shahir tu.. Aku bergurau dengan rakanku yang sedang memandu dengan kusyuk.

Woooi!!!!, Kreta Kodok Warna Kuning.~ rakanku menjerit memecahkan kehengingan perjalanan kami. Kami ramai2 ketawa dengan nada mengusik.

Kami mengajuk Filem karak tersebut.. tiba2, rakanku yang memandu kereta mengadu bahawa kereta tersebut tiba2 berat. Kami hanya ketawa kerana beranggapan bahawa beliau hanya melawak. 5 minit kemudian, beliau mengadu skali lagi bekenaan hal berkenaan. Kami memandang satu sama lain dan "Glup~".. Masing2 menelan air liur.. Tanpa berfikir panjang, aku memesan kepada rakanku supaya tidak berhenti di situ. Ini kerana kawasan tersebut adalah kawasan yang dikatakan keras di sekitar tersebut. 

Tak lama kemudian, kami berhenti di sebuah station petronas. Kami meneliti keadaan kereta dan ternyata tayar kereta yang kami naiki pancit. Fuh, patut la berat, rupa-rupanya, tayar pancit.. Adoy.. Masalah seterusnya ialah bagaimana kami mahu meneruskan perjalanan. Kami hanya me' pump tayar yang bocor dan redho untuk pulang...Bukan tidak mahu menggunakan tayar spare, tetapi tayar tersebut juga mempunyai masalah yang sama...

Kami berjaya sampai ke kediaman. Yang peliknya, tayar yang dipercayai mengalami kebocoran tidak menunjukkan sebarang permasalahan. Pelik sungguh~~ haish.. Apapun, syukur kami selamat sampai..

P/S : Janganlah bercakap besar ketika berada di sesuatu kawasan yang keras... Selamat beramal, Wslm.

Friday, June 17, 2011

Episod Jom jalan-jalan kini meneroka Teluk Cempedak, Pahang

Assalamualaikum..

Pada Minggu lepas, Episod Jom jalan-jalan Bersama NurAizuddin telah dijayakan di Teluk Cempedak, Pahang. Jom kita tonton kemeriahan ketika malam di sana. Pastikan anda Click Button HD untuk kualiti video yang lebih tinggi.

               
Untuk kepantasan maxima CLICK HERE

P/S : Malaysia banyak tempat2 yang menarik. Sebelum mengakhiri entry ini, Jom tonton Episod Bersama NurAizuddin di Bukit Melawati, Kuala Selangor. Selamat beramal, Wslm.

Rebecca Black penyanyi lagu Friday Xcident jatuh gaung.

Assalamualaikum...

LOL~
Memang klakar la video nie..Tp, amiklah msg2 yang ingin disampaikan daripada video ini..

          

P/S : Jangan Kasi Budak 13 taun Menyanyi ataupun Drive ... :")..Selamat Beramal, Wslm.

Thursday, June 16, 2011

Interview Kerajaan Seperti Tak Adil

Assalamualaikum..



Apabila seseorang dapat kerja dengan gov, mesti suma orang jelous. Begitu jugak aku.. Kwan aku dah ramai yang masuk kerja dengan gov. Tapi, aku masih terkontang kanting di sini mencari halatuju. Pada selasa yang lepas, aku menghadiri satu intervw di Ipoh bagi jawatan Setiausaha Pejabat N27.. Bunyi macam best kan..?

Ketika aku menunggu giliran untuk ditemuduga, aku terlihat bagitu ramai calon-calon untuk ditemuduga bagi jawatan itu. Kesemuanya perempuan. Aku sorang je terselit kumbang di sana. Yelah, jawtan SU kan... Aku pun sebab memang berkelulusan Dip Kesetiausahaan. Ketika tiba giliran aku, aku mengetuk pintu bilik temuduga dan terdapat 2 orang dato' sedang menunggu. Fuh, cuak memang tak ingat.

Setelah ditemuduga, aku berasa yang temuduga kali ini amatlah mengecewakan. Aku rasakan seperti ini bukan satu temuduga, tetapi, lebih kepada sembang pagi. 

*Awak muda lagi, awak boleh pergi lebih jauh dari jawatan ini..
*Awak kena fikir masa depan awak..
*Saya tak rasa awak sesuai dengan jawatan ini.

inilah sttment yang boleh dianggap sebagai pandangan panel2. Haish, Korang fkir tak apa yang aku fikir.? This is my career. aku habiskan masa 2 tahun untuk belajar jurusan nie. Lagi pun, aku dah ada pengalaman hampir setahun sebagai junior secretary. So, Adakah anda semua fikir sttment ini Wajar kepada aku???..aku malas nak mengulas panjang.. Nanti, lagi aku berapi. Yelah, beratus2 aku habis duit semata-mata nak attend intervw tu.. Gaya meraka bercakap seperti meraka ada calon mereka sendiri..Wallahualam.. If ye pun, tak yah la nampak sangat tak nak amik orang bekerja. Tunjuk la skit minat kepada calon yang datang intervw.. *sigh

Ada calon sebelum aku kluar dari bilik temuduga dengan menghempas pintu, mengeluh dan sebagainya.. Adakah perkara ini patut???.. Serius, untuk masa ini, aku takkan berharap lagi untuk menjadi kakitangan kerajaan. If ada rezeki, aku akan melanjutkan pelajaran. Amin.

P/S : Tak kisah la kerja jual goreng pisang, mahupun jual besi buruk,.. Janji rezeki yang kita cari halal dan Jauh dari segala penyelewengan dan juga ketidakadilan. Selamat beramal, Wslm.

Wednesday, June 15, 2011

#3 - Wordless Wednesday [klu: Kepuasan..Arrgghhh!!!]

Assalamulaikum..



Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, blogger-blogger yang mengikuti trend ini akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan..

P/S : Ce anda story skit cerita disebalik gambar ini mengikut pandangan anda. Selamat Beramal.Wslm.

Bersama NurAizuddin tinggalkan K-PoP..

Assalamualaikum..



ihih..Dalam entry nie just nak gitau aku buat spet baru..ihhi.. Rambut pun dah lain.. Dah tak mcm K-Pop yang pernah aku tunjukkan dulu..nak tengok, CLICK HERE.. Bukan apa, sja ja nak share perkembangan dengan kawan2 aku yg berada dioversea dan di Kg yang sekian lama tak ketemu. serta kawn2 blogger yang dikasihi..ihihi.cewahH~

P/S : Bila pakai spet baru, rasa dunia begitu jelas..ihihi. Power meningkat la tandanya tu.. *nikmat mata ditarik perlahan-lahan.. Bersyukur atas kurniaannya.. Selamat Beramal, Wslm.


Friday, June 10, 2011

Misteri Dentuman Bumbung rumahku dikala malam..

 Assalamualaikum..


Begini ceritanya..  Didalam keasyikan aku memberus pakaian di bilik mandi, tiba2 terbunyi dentuman kuat di atas bumbung...Kuatnya seakan-akan mercun bola yang selalu kedengaran di musim perayaan. Aku cuba menabahkan diri untuk terus memberus.. Tetapi, hatiku dupdapdupdap kencang mengalahkan Taufan tropikana. Bulu kaki ku menegak hingga lurus seperti jarum nipis yang tajam.. Justeru,Tanganku menggelatar bak penyakit pakinson.

Kedinginan malam menambahkan lagi kekocakan didada. Kedengaran sumbang suara-suara katak yang seperti dahagakan hujan.. Kedengaran pula cengkerik bercekerama... Didalam keadaan yang seram sejuk, aku cuba mencari kekuatan untuk meneruskan hayunan tangan untuk memberu boxer pada ketika itu. Makin dihayun, makin kuat suara Katak, Makin nyaring jeritan cengkerik, Makin rancak Dentuman di bumbung.. Mataku berkelip-kelip, Liurku tertelan Glup~..Yang difikirkan hanya mendapatkan pintu untuk keluar dari kemisterian....

Sebenarnya, ketika aku membasuh baju pada malam semalam, tangan ku laju memberus dan MULUT ku laju berlagu..ahahah.. Tiba2, BOOOMM!!!! bunyi atas bumbung.. TErkejut mak~ ..Gila la beb. Ada orang baling batu atas bumbung aku kot.. Bunyi dentuman tu mcm dari batu 3 tan yang dibaling. ahhahah, Rupa-rupanya jiran aku baling batu sebab suara aku tidak disenangi.. Aku pun tak perasan yang aku nyanyi dalam bilik air tu mengalah kan Mikrofon Konsert Mentor...ihihih.. Dah masa tu hampir jam 12.. Memang jiran mengamuk la..ihihi..

P/S : Apabila hidup berjiran, perlulah kita hormat kepada jiran-jiran yang berada di sebelah. Selamat Beramal, Wslm.

Thursday, June 9, 2011

Budak kecil lelaki menyanyi better dari withney houston.. [mengagumkan]

                        Assalamulaikum...

Dalam dok belek2 Youtueb tadi, aku terjumpa Video ini.. Serius aku kagum..


                              

P/S : Setiap manusia ada bakat.. Apa pula bakat anda??? *aku sendiri tak sure aku berbakat dalam bidang apa...ihihih.

Hentaman Ke-dua dari Fan Gambit Saifullah.. Tenangnya...

Assalamualaikum..

click pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas..

1) Beb, ko bukan blogger kan? so, janganlah terlalu mudah nak menilai mengenai berblogging nie..plis, Mengenai isu bro gambit, ko tengok sendiri statusnya.. ko tau kan yg dia adalah public figure.. Terkenal,..dan bila dia membuat sttment mcm tu, sah2 la senang tersebar.. Memang kat malaysia nie ada berpuluh ribu blogger..Memang yang tak terlibat tak payah nak amik port.. But, ko tengok, Impak dari sttment gambit tu.. telah memanggil blogger2 untuk menulis mengenainya.. INi kerana sttment yang dikeluarkan itu dibuat tanpa berfikir kesannya... am i right??? so, ko nak perlekehkan blogger2 yang menyibuk hal nie pun tak adil sebenarnya.. INi hak kami sebagai penulis.. Nak tiru wartawan ke, nak publisity ke, itu hak blogger itu sendiri. At least, blogger tersebut ada sesuatu dari anonymous yg berfikiran negatif dan hanya pandai downkan orang lain serta takut menyembunyikan identiti ketika mengutarakan ketidakpuasan hati.. bagai membaling batu, tetapi, tangan disorok~  

2) pasal judge2 orang nie.. Adakah aku pernah kluarkan sttment nak judge orang lain??? adakah??? ko cari tengok..if ada, tolong printscreen n pls show kat public.. look, skrang, sapa judge sapa sekarang..ko kata aku tak terurus..Itu sttment nak judge aku jugak kan??? n aku menganggap yang ko kata "ko wat maksiat kat blakang senyap2" pun sebagai sttment judge diri aku.. Siapakah Kau.??? Kenalan rapat ku??? tolonglah, habis tu, ko nak kecoh2 kata aku judge orang lain, ko tak judge aku..??? TERANG2 BEB ko judge aku... so, ko nie jenis yang keberapa pulak mengikut klasifikasi yang ko utarakan kat sini tadi..???? Pls..hentikan berkata-kata dengan cermin. Sebenarnya, sttment yang ko utarakan itu hanya untuk menjatuhkan orang lain. Adakah ianya suci debu sebagaimana ko cuba palingkan kepada aku??? Mengenai isu gambit, aku sesekali tidak pernah nak judge dia, nak menhina dia, nak memaki dia.. aku cuma menyampaikan apa yang tidak puas hati... sehabis kias aku mengulas perkara tersebut.. Tetapi, lain pulak yang ko mengerti.. ko kata aku nak judge, menghina dan sebagainya.. Ko teliti tak apa msg yang ingin disampaikan??? 

3) "This is for the bloggers out there yg takde keje dok online 24jam takde masa dpn mengumpat sal hal org lain je."...dengan sttment nie, ko bukan boleh menimbulkan kemarahan aku sahja, tetapi blogger lain yang diluar sana..Adakah anda profesional didalam kritikan??? adakah anda memikirkan perasaan orang lain.. Adakah ko dah cukup sempurna nak buat andaian yang seakan2 menghina blogger2??? Ko tahu tak kebanyakan blogger2 ini bukan sebarangan orang.. ko tengok, blog ohbulan, beautifulnara dan sebagainya.. Ko nak kata mereka2 nie tiada masa depan sebb bercerita mengenai hal2 artis sahaja???? ko tahu menahu tak mengenai blogger nie??? ko fikir tak benda nie...pls.. skrng nie, siapa yang cuba nak membuat andaian yang bukan2..  JIka diteliti, sttment ko lebih kurang pemilik isu hangat ini. Melontarkan sttment tanpa memikirkan kesan masa panjang.. effect2 yang akan wujud dari kata2 anda..Kemungkinan besar ia akan menjadi isu dikalangan blogger kelak.. Anda cuba backup Bro Gambit, tetapi, ko seperti memanjangkan perkara ini. Blogger hanya menulis ketika situasi, tetapi, orang2 mcm ko lah yang memanjangkan perkara ini. Setuju tak? cuba fikir-fikirkan sejenak...

Aku memang tidak layak menilai orang lain.. aku tak pernah menggunakan medium menulis ini sebagai menilai seseorang.. Pls, tengok balik entry2 aku sebelum ini... Aku tak pernah kata seseorang itu tak bagus, mencemar maruah negara,  dan sebagainya.. NEVER!..cuma aku mengambil petikan2 dijadikan sebagai attachment didalam sesebuah entry aku..Walaupun aku tidak professional didalam penulisan, Tetapi aku cuba membaikinya dari masa ke semasa. Aku juga sehabis baik untuk menjaga hati orang lain didalam penulisan aku.. Adakah anda peka terhadapnya??? cara seseorang blogger itu berbeza2.. Jika ko seorang penulis blog, even blog peribadi,ko mesti ada target yang tersendiri. Begitu juga aku... "Yg ko siap promte blog kat page gambit tu kelakar la weh. Tlg ah" ... ihihi.. ko tengok berapa ramai fan2 Gambit tidak tahu hal sebenar.. Jika fannya masuk ke page Bro Gambit, mesti mereka tertanya mengapa artis pujaan mereka dimaki hamun. Sekiranya fan dia stay di page itu selama 5 minit dan tiada alternative untuk mencari fakta2 yang sebenar, mungkin pandangan terhadap bro gambit bertukar automatik ke negatif..kerana terpengaruh dengan status2 disana..let say, jika ada artikel2 yang di sertakan di page bliau, mungkin sedikit sebanyak fannya mengetahu punca dan perkembangannya.. kan? So, jika fannya backup beliau, tidaklah hanya membuta tuli membalas tomahan dengan memaki2 balik kepada mereka2 yang tidak berpuas hati disana.. kan? So,~~ ko fikirlah sendiri.

"orang yang tegur dengan cara yang betol dan sedar diri sendiri hina tidak layak menilai orang" memg aku setuju dengan sttment ko nie.. But,  Menegur orang melakukan sesuatu yang hina sedangkan si penegur hina tiada salahnya. Bagi aku, itu adalah perkara yang murni. Ini kerana si penegur tidak mahu orang lain mengikut jejaknya. Kerana penyesalan mendatanginya. Adakah itu salah??? tetapi, bab menilai sebenarnya tak selari dengan intipati2 didalam entry aku sebelum ini. right??? sekali lagi aku tegaskan disini bahawa aku tidak menggunakan penulisan sebagai medium untuk menilai orang... harap anda dapat memahaminya kerana ayat yang digunakan hanyalah ayat simple..ok.. :) *tiba-tiba terfikir, Mengapa ko begitu beria???

P/S : Jika bercakap dengan cermin, inilah jadinya... cuba menyampaikan sesuatu, tetapi terang-terang merosakkannya.. Plis, Sebelum membuat sesuatu, atau pun menulis, lebih moleh untuk berfikir dahulu. Kini, bukan sebelum bercakap sahaja perlu berfikir, tetapi, didalam apa juga niat yang hendak dilakukan perlu memikirkan kesan yang bakal timbul.. Aku tidak sempurna.. Kau juga begitu. Kerana kita manusia biasa. Aku bukan nak bergaduh mahupun berdebat dengan anda, tetapi, hanya mahu merungkai sttment yang dilemparkan.. Setiap manusia perlu bermaaf maafan.. Jika diruntuhkan institusi persaudaraan, amatlah malang orang itu.. Aku memohon 10 jari meminta maaf jika terkasar bahasa dengan anda "anonymous", Abang Gambit Saifullah, dan suma readers yang terasa atau terguris dek penulisan aku ini. Aku tidak berniat untuk memburukkan sesiapa, Tetapi hanya ingin berkongsi... harap "anonymous" ini berpuas hati diatas pejelasan yang dilakukan.. Moga allah Mengasihi kita semua.. Selamat beramal, Wslm.

*maaf, terpanjang... :")

Wednesday, June 8, 2011

Anonymous hentam blog zudientstory untuk Backup Gambit Saifullah..

Assalamualaikum..




hihih.. tak sure ko laki ke pompuan.. Aku terpaksa membalas bidasan anda dengan membuat satu entry khas untuk anda.. Ini kerana, penerangan yg akan diberikan amatlah panjang berjela..Harap anda semua bersabar untuk mengakhiri teks yang telah disediakan..iihi..

Actuly, manusia memg semuanya tak perfect..n aku pun tak lari dari membuat kesilapan.. Tugas manusia juga sebagai khalifat dimuka bumi ini adalah untuk membenci/menghindari/menegur kemungkaran.. Kemungkaran yang berlaku dan telah menjadi isu hot di Malaysia nie amat lah terang. Sudah terang lagi nak bersuruh... Allah tak akan menurun bala kepada  umatnya yang mungkar di satu kawasan dengan menimpa orang yang bersalah sahaja. Tetapi, seluruh kawasan tersebut akan mengalaminya.. #paham?

Excuse me...~blogger nak cari berita hot macam wartawan pun ko nak pertikaikan.?  Nanti, mesti ko nak cakap yg blogger nak lawan wartawan dan ambil alih kerja wartawan kan???ihihih..ko nak tahu kenapa ramai sangat blogger2 nak masuk campur hal nie..? ko nak tahu kenapa aku post sampai 4 entry khas untuk Gambit  Saifullah??? nie hah.! klu ko blogger yang tegar, ko pun akan terasa beb..

If dia nie nak tujukan kepada seorang dua blogger je, kenapa mesti dia mention BLOGGERS!!!!???? Takkan english education dia tu tahap darjah 6 ja kan??? mesti amik muet pun lebih ban 3..hahaha.. betoi tak??? ko ce pikir elok2 apa yg aku cakapkan nie.. Aku yakin ko pun paham apa yang beliau nak sampaikan di Tweetnya tu kan??

OK, ko ce try baca entry2 aku mengenai Gambit kesayangan ko nie..adakah terkandung perkataan-perkataan yang berbaur maki hamun seperti mana beliau telah melemparkan kepada blogger2 tegar seperti aku???? Aku berani kata bahawa didalam entry2 aku tiada langsung perkataan maki hamun sebb aku sendiri yang menulisnya dan aku tidak pernah mengedit apa2.. 

Di dalam entry aku juga, aku tidak pernah langsung membebel mengenai hal agama dan sebagainya untuk dikaitkan dengan Gambit. Yes~~!!! aku pun tak sebaik mana.. Tetapi, insyallah, aku akan sentiasa memperbaiki diri aku dari masa ke semasa. Walaupun gaya aku seperti seorang yang bersosial, tetapi aku sebenarnya tidaklah seperti yg anda sangkakan.. that y lah wujudnya *dont judge the books by is cover"..ihih.hah!.memang sesuai sangat2 dekat awak tau..~..pfft! Orang yang rapat dan kenal dengan aku je yang tahu aku macam mana... Pasal, Awek, pegang tangan awek, Tinggal solat,  tengok blue, ko boleh la tanya kawan2 aku.. Add lah dorng kat FB.. boleh tanya dorang secara detailnya,.. Bagi aku, biarlah perkara2 nie aku dengan Allah je.. Soal dosa pahala tak boleh diukur oleh kita sebagai manusia biasa. Aku pun tak de hak nak memperlekehkan kau dari aspek sedemikian.. Itu biarlah yang maha Esa dengan hamba-hambanya..

P/S : Harap anda jelas dengan perkara-perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hati anda di dalam Blog aku ini... Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih sebab sudi singgah di blog aku..Moga2 kita semua diberi pentunjuk dan hidayah untuk memperbaiki diri kita.. Amin.. Selamat Beramal, Wslm.


Black Eyed Peas - Just Can't Get Enough

      
Assalamualaikum...




Black Eyed Peas - Just Can't Get Enough 



         

P/S : Setiap pagi aku akan dengar lagu ini.... :"P

#2 - Wordless Wednesday

Assalamualaikum..




Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa itu Wordless Wednesday [#WW], CLICK HERE

P/S : mata hanya mampu melihat..Selamat Beramal,  Wslm.

Adakah Gambit Saifullah akan memaki ARTIS & PENGARAH FILEM sebagaimana dilakukan kepada BLOGGER?

Assalamualaikum..


Hasil karya Gambit Saifullah makin menjadi panas dengan coment - coment rakan seartis. Tetapi, beliau masih mahu menegaskan kononnnya beliau di pihak yang benar. Yang membuatkan rakan seartisnya bersuara ialah beliau telah membandingkan karyanya dengan karya2 filem - filem yang lain. Di sini, saya menyediakan beberapa coment yang diutarakan oleh rakan-rakan artisnya mengenai karya beliau.


KhirRahman meluahkan ketidakpuasan hati kepada @GambitSaifullah




GambitSaifullah membalas statment yang dikeluarkan oleh @KhirRahman
 yang di retweet oleh AslannAS


Selain itu, Perkara ini telah dicampurtangan oleh Persatuan Seniman Malaysia . Presiden (seniman) berkata bahawa klip video itu telah sebagai tidak bermoral selain mencemarkan imej negara jika dipasarkan ke luar negara. 


Harun Salim Bachik



"sebagai rakyat Malaysia, Gambit seharusnya menghasilkan klip video yang memaparkan budaya-budaya negara ini untuk diketahui bangsa asing bukannya menampilkan sesuatu yang boleh mencemar nama negara."
“Klip video itu agak keterlaluan. Walaupun ia dihasilkan untuk pasaran luar negara, mereka sepatutnya peka dengan budaya dan agama rasmi negara kita iaitu Islam serta budaya yang kita amalkan."
“Jadi, mereka perlu berhati-hati melakukan klip video itu dan jangan terlalu terikut-ikut dengan budaya barat,”

P/S : Pasti lebih ramai lagi artis-artis dan pengarah filem di negara ini akan campur tangan didalam Klip video hasil karyanya.. ADAKAH BELIAU AKAN MEMAKI ARTIS-ARTIS & PENGARAH-PENGARAH FILEM sebagaimana beliau memaki hamun blogger-blogger di Malaysia.???

*itu persoalannya...Kita lihat sahaja perkembangannya nanti. Selamat beramal, Wslm.

Tuesday, June 7, 2011

Tahniah Buat Gambit Kerna Mencapai TARGET dan JUJUR.

Assalamualaikum..



"Saya tidak rasa klip video yang saya hasilkan itu berbaur lucah kerana tiada langsung adegan cium...malah video itu sebenarnya untuk pasaran Amerika Syarikat bukannya untuk pasaran tempatan,” kata pelakon dan pengarah klip video Marilah Menari, Gambit Saifullah, 26, yang kecewa selepas banyak pihak menyalahkannya kerana dikatakan menghasilkan klip video berbaur seks"

Bagi saya video itu tidak salah, lagi pun ianya dimuatkan dalam You Tube untuk pasaran Amerika..terpulanglah kepada masyarakat di negara ini untuk menilai sama ada menerimanya atau tidak,” 



Tahniah buat Abang gambit kerna telah berjaya mencapai target pembinikinan music video itu.


Selain itu, saya amat gembira kerana pelakon pujaan saya telah membuat pengakuan yang jujur dengan mengatakan pada harian metro bahawa beliau menerima segala nasihat dan kritikan yang dilemparkan kepada beliau dengan hati yang terbuka.


Hati beliau amat terbuka apabila menerima kritikan. Saya amat kagum dengan beliau walaupun ada orang membencinya dengan melemparkan kata2 kesat kepadanya, Beliau hanya membalas dengan kata2 seperti di bawah ini...Inilah bukti apa yang beliau katakan kepada Metro Harian.. Beliau amat bersabar. Beliau tak mudah terlatah. Memang beliau cool. Beliau pandai membezakan ANJING dan MANUSIA.


Yang menambahkan sayang saya kepada beliau, Walaupun beliau tahu bahawa beliau tidak bersalah, tetapi, beliau tetap mahu meminta maaf. Di status FBnye, beliau telah meminta maaf dengan penuh beralah. Beliau telah meminta maaf dahulu kepada peminat - peminat fanatiknya. Beliau juga TIDAK EGO. Saya berasa jalan  cerita klip video tersebut LANSUNG TIADA KENA MENGENA dengan attitude beliau kerana video klip itu menceritakan Ego suami isteri. sebab beliau LANGSUNG TIDAK EGO DAN SUKA BERALAH.


P/S : Saya amat tidak sabar untuk menunggu hasil beliau yang seterusnya 2 bulan lagi. Beliau seorang yang tidak putus asa. Beliau memang berbakat untuk direct sesuatu perkara yang SOPAN SANTUN. Saya yakin beliau boleh menghasilkan lagi klip2 video yang lebih hebat dari sekarang. Bangganya ada artis mcm beliau kat Malaysia. 



*LOL*






Monday, June 6, 2011

Vlog Jom jalan-jalan bersama NurAizuddin di Bukit Melawati diganggu makluk halus.

Assalamualaikum..



Sebelum ini, Saya ada menceritakan di entry sebelum ini [krew penerbitan Jom jalan-jalan terbaik] yang saya bersama krew2 penerbitan Jom jalan-jalan pergi ke Bukit Melawati untuk menjayakan pembikinan Vlog tersebut. Tetapi, selepas kami selesai shooting, kami berasa ada sesuatu yang tidak kena. Seperti ada sesuatu yang memerhatikan kami di sana. Tanpa membuang masa, kami bergegas meninggalkan lokasi pengambaran. 

Peristiwa ini telah mengingatkan saya pada peristiwa yang berlaku ke atas diri saya di kawasan Bukit Melawati tersebut. Jika mahu tahu dengn lebih lanjut, click entry [aku sendiri terakam gambar aneh di BUkit Melawati] untuk pergi ke entry itu. 

Huh, Ketika saya menyiapkan editing keatas video yang rakam, saya mengalami perbagai masalah ketika video ini hendak dipublish. hampir 20 Kali saya mencuba.. Tetapi gagal, Berkat kesabaran yang tinggi, akhirnya video ini selesai dipublish dan diupload. Jom kita saksikan vlog ini. Adakah ia juga mengandungi unsur2 mistik.. ??? JOm saksikan.


Pastikan anda CLICK BUTTON HD untuk kepuasan didalam kaca destop anda.

   
Untuk kelajuan maxima, CLICK HERE

P/S : Walaupun berbagai rintangan untuk menyiapkan video ini, Saya bersyukur kerana hasil kerja keras dapat dipertontonkan.. dan tiada apa2 yang berlaku keatas kami. dan hasil video ini juga tiada apa2 yang kelihatan pelik.Terima kasih kepada anda kerana sudi menonton. Selamat beramal, Wslm.           

Sunday, June 5, 2011

Orang oversea mempertikaikan Malaysia selepas menonton PREMA YIN ADDICTED MUSIC VIDEO

Assalamualaikum..



Astagfirullahalazim..Aku sendiri sebagai seorang muslim malu dengan perkara ini. Korang sendiri tahu apa akibatnya nanti. Aku tawar hati nak mengulas permasalah ini.. Sedih.~



Aku hanya manusia biasa, Hendak menegur menggunakan lidah pun tidak mampu, hanya di entry MENGAKU KHILAF AMATLAH SUCI sahaja yang aku mampu. Sebagai saudara seislam, Wajiblah kita menegur kemungkaran. Sebagai saudara seislam juga, aku sayang Gambit Saifullah. Harap dia mendapat petunjuk dari yang maha esa.

P/S : Memang tiada manusia di dunia ini tidak lari daripada kesilapan. Harap kita semua cuba memperbaiki diri sebaik mungkin dari segala segi. Jadikan Ini Sebagai Iktibar didalam menempuh liku-liku kehidupan.  Selamat beramal,Wslm.

Saturday, June 4, 2011

Mengaku Khilaf amatlah suci.

Assalamulaikum...

Gambar Hiasan

Memang tidak disangkal, Setiap manusia melakukan kesilapan. Itu telah menjadi lumrah didalam menjalani kehidupan di dunia sementara ini. Tetapi, Dengan mengaku kilaf, kesilapan silam akan menyepi. Lalang tidak akan bergoyang jika angin tidak bertiup.. Tetapi, lalang perlu juga memberi peluang kepada angin untuk cuba memperbaiki tiupan supaya disenangi. Kita manusia biasa. Perlu saling bantu membantu. Jika seorang membuat kesilapan, perlulah kita menasihati. Menasihati dengan setulus hati murni. Pasti ia akan diterima dan disenangi. Istilah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga pasti pupus jika masing-masing berusaha memperbaiki diri sendiri walaupun mustahil untuk menyempurnakan dari segala segi. Sungguh indah pekerti jika mengakui kilaf sendiri. Memohon maaf atas ketidaksengaja yang diberi.


Hidup di kota, Hidup di kampung tiada beza. 

Hidup di Hollywood mahupun Malaywood sama sahaja.

Kehidupan di Akhirat dan Duniawi, Ketara perbezaannya.


Ukuran minda, sukar dipasti. Itu penyebab berlaku begini.  Walaupun menyembunyi di dalam peti besi, pasti ada yang memerhati. Ingatlah, Walaupun berhati-hati, Ajal datang menjemput tak kira sana sini, tak kira masa dan waktu, tidak kenal artis mahupun blogger. Kerana meraka manusia biasa. 

P/S : Jika Api bertemu api, Makin maraklah ia.. Jika air bertemu gula, manislah jadinya. Semua akan dapat menfaatnya. Selamat beramal. Wslm.

Walaupun "WORST" , tetepi meletop di YOUTUBE...

Assalamualaikum..

Menghiburkan diri sendiri adalah penting sebelum kita cuba menghiburkan orang lain. Jom kita tengok video ini. Anda pasti terhibur.

                          

P/S : Menjadi seorang penghibur bukanlah mudah seperti disangka.. Selamat beramal, Wslm.

Friday, June 3, 2011

Penyanyi asal lagu Titanic Dijumpai.

Assalamualaikum..

Kalau kita tonton Akademi fantasia, Mentor dan program nyanyian reality TV yang lain, mesti peserta-peserta rancangan tersebut mempunyai masalah FEEL...Betoi tak? FEEL nie bukan boleh main bedal je. Kene faham lirik dan sebagainya *tengok AF. Tp, Ada seorang wanita nie memang hebat..  Ia dipercayai penyanyi asal lagu TITANIC.. ihihhi.. Even lirik melelong, FEEL memang SUPERB.. :")


                     

P/S : Sapa yang susah cari feel masa Karaoke , Jom berguru dengan beliau..ihihihi.. Selamat beramal, Wslm.

Thursday, June 2, 2011

Aku sendiri terakam gambar aneh di Bukit Melawati.

Assalamualaikum...

Entry kali ini, aku ingin berkongsi satu kejadian aneh yang berlaku ke atas diri aku sendiri ketika bersama rakan-rakan bersiar-siar di Bukit Melawati, Kuala Selangor pada 2 tahun lepas. Gambar yang ingin aku tunjukkan bukanlah rekaan semata-mata.Tetapi, Aku  hanya meletakkan watermark supaya gambar ini lebih selamat jika dipaparkan kepada umum. Aku tidak menyentuh langsung gambar ini di dalam komputer sehingga petang tadi aku terjumpa balik folder 2 tahun lepas di dalam komputer riba ini. JIka anda ingin membuat statment bahawa ini hanyalah trick mahupun propaganda ~, Terpulanglah.. Anda sendiri boleh membuat penilaian sendiri setelah meneliti kualiti gambar tersebut. 

Inilah lokasi tersebut.. Apabila aku bergambar pada 2 tahun lepas, tiada yang aneh.. tetapi apabila giliran roommate aku bergambar.. ada sesuatu yang tak kena didalam gambarnya...


Ada semua boleh lihat..Ada sesuatu yang tak kene mengenai gambar ini kan.. Lihat di bibirnya, seperti ada sesuatu disitu. Jika anda kata itu adalah kelibat daun yang berterbangan, Gambar dibawah ini mungkin tidak masuk akal dengan jawapan yang anda berikan..


Lihat dan tenung gambar ini. Apabila dia bergambar bersama GF nya, keadaan bibirnya masih pelik. Tetapi kali ini, ia kelihatan jelas di bibirnya seperti bibir yang pucat.. biru mayat... Lihat di gambar sebelah bawah pula, aku crop dimukanya supaya ia kelihatan lebih jelas..


Jelas kelihatan warna bibirnya bukan. Jika anda berpendapat bahawa suasana di kawasan tersebut mempengaruhi hasil dari gambar ini, ia juga tidak logik. Kerana gambar GF disebelahnya kelihatan normal. Bahkan gambar aku yang dirakan sebelum beberapa saat gambar dia dirakam, ia kelihatan normal juga seperti di dalam gambar paling atas.

JIka anda ingin mengatakan bahawa bibirnya jenis itu kerana sesetengah orang berbibir gelap, anda salah.~ kerana diatas ini adalah warna bibir sebenar dia. Jika anda menimbulkan soalan bahawa dikawasan gambar ini dirakam di persekitaran yang cerah, anda juga silap.. kerana warna bibir GFnya kelihatan lebih kurang sama.

P/S : Aku bukan ingin menimbulkan persoalan, Tetapi, hanya ingin berkongsi pengalaman. Pada minggu lepas, aku bersama rakan membuat Vlog disana. dan aku masih tidak menyemak video2 yang diambil dengan teliti. Hasilnya, akan ku publish di 1tube esok hari. Adakah ia masih mempunyai kandungan-kandungan mistik seperti pengalaman yang pernah aku alami 2 tahun lepas,..???? Esok akan terungkainya persoalan ini.~ Selamat beramal, Wslm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...