Friday, May 27, 2011

Trend Rambut NurAizuddin - Skema ke K-PoP Malaysia

Assalamualaikum...

Trend rambut NurAizuddin dari 2006 hingga kini.

2006



2007



2008



2009



2010



2011


ihihih.. Actuly, aku bukannya nak tunjuk rambut2 aku nie.. Takde niat pun.. *Cait, tp, menunjuk jugak kan? Tujuan Utama entry ini adalah aku nak menerangkan kenapa rambut aku pada 2011 macam tu.. Bila aku jadikan profile picture di Facebook, Ramai yang terkejut dan memberi respon., Terkejut jugak.. Mana taknya, Dah jadi isu kat Wall Facebook aku.. uhuhu..Dari aku berambut skema, terus jadi mcm artis K-Pop Malaysia kan???.. hkhakhakha

K-POP Malaysia.. Cait. KAKHAHKAHKAHA..

Simpang Malaikat 44.. Adoy, rosak2..ihihi.. OK, sambung balik.. Sebelum aku nak ke gathering Blogger di Kepong, aku pergi gunting rambut terlebih dahulu. Bla..bla..bla.. Arahan diberi kepada si penggunting rambut tersebut. Tiba2, si gunting rambut bersuara.

"Ai kasi stayle2 skit boleh ka?"

"Buat saja.. janji okey..." aku menjawab selumber.. Tp, macam best jugak buat rambut baru kan?..ihih..

"saya kasi highligt skit mesti cun.."

"Haish,~ mana boleh.. Ai tak boleh sembahyang maa.. Nanti My Mum baling lesung batu." aku menjawab dengan nada seakan-akan terkejut. Yelah, terkejut dengn pertanyaan si penggunting rambut tersebut.. Haish.. Tp, aku agak berpuas hati la dengan service yang ditawarkan serta hasil dari penangan tangan beliau..ihihi

P/S : Colour rambut memang cantik. Tetapi, cantik tu tak kan kekal sampai bila-bila.. kan???.. Selamat beramal, Wslm.






Thursday, May 26, 2011

Dilema

Assalamualaikum...


Entry kali ini mengisahkan seorang muda remaja mahu pulang ke kampung halaman.. AKU LETTEW.. hahaha.. haish, leh gila aku mcm nie.. Aku baru dapat berita yang abang aku nak balik ke kg pada petang sabtu nie... Memang out of plan yang dirancang.. Aku bajet, if balik hari jumaat malam, boleh la aku menikmati udara segar Taiping disamping memenuhi undangan majlis kenduri kahwen pada hari sabtu ini. If balik hari Sabtu petang, alamatnya, aku balik just nak merasai tidor di atas bantas busuk kat rumah tu semata. Yelah, Ahad pagi dah nak betolak ke Klang semula.. Adoy.. Tension2.. 

So, aku bertekad untuk gerak balik seorang diri dengan menggunakan public transport. Yang menjadi masalahnya, Sekarang nie musim cuti sekolah,.. Sempat ka if aku beli tiket last minute..??? Cis, memang menguji keimanan tol ... Besok dah hari jumaat.. Mana sempat beb.. Aku bukannya tak nak drive, tetapi, yang menjadi masalahnya, mampukah aku drive sorang diri ke taiping sambil badan letih bekerja. Haish. Tol / Minyak lagi, hampir 250.00 kot.. Cait. Dah la ujung bulan nie..

Apa pun, aku akan cuba mencari alternatif untuk sampai ke Taiping hari jumaat jugak.. Lagi pun, aku rindu kat parent aku nie..ihihih.. Nak la merasa lama2 skit kat Kg. Halaman kan?..ihihihi. Tengok lah besok mcm mana, if ada rezeki, aku dapt tiket bus,... If tak dak, memang aku jalan kaki balik.. ahahaha...

P/S = janganlah buat kerja last2 minutes.. Terseksa jiwa dan raga wooooi.. Selamat beramal, Wslm.

Baru aku tahu begedil tu bukan kuih

Assalamualaikum ...

Apa khabar semua.. Entry kali ini, aku nak berkongsi kisah aku mula-mengijakkan kaki di tanah Sabak Bernam.. 3 tahun yang lalu, aku mendapat tawaran untuk sambung belajar di Politeknik di sana didalam kursus Diploma Sains Kesetiausahaan. Serius, aku tidak pernah tinggal luar dari perak sebelum ini. Dan ini adalah pertama kali aku merantau kluar dari Taiping yang tercinta..ihhihih




Mesti hampa suma tahu, Apabila hampa memulakan pembelajaran ditempat baru, Minggu suai kenal tak asing lagi buat hampa kan?. Begitu jugak aku.. Aku memulakan pembelajaran di sana dengan sesi suai kenal selama 1 minggu. Nak dijadikan cerita, ketika kami berada didalam minggu suai kenal, kami akan diberi makanan percuma yang telah disediakan oleh pihak Politeknik. Apabila tiba masa untuk lunch, Aku pun beratur dibelakang kawan-baru ku ketika itu.

Setibanya giliran aku untuk mengambil makanan, makcik2 yang menjaga katering ramah mempelawa makanan-makanan di situ. Seingat aku, sejenis makanan pun aku tak tolak.. Maklumlah, minggu suai kenal,.. Nak makan pun kene ikut jadual..ihihih.. Ketika itu, aku tidak kenal sesiapa kecuali room mate. Seperti sedia maklum , aku kan satu-satunya lelaki untuk course Setiausaha di situ.. ahhaha. If hampa nak tau kenapa aku masuk course nie, nntikan entry yg akan datang ok... pfft!!!~

Okey, sambung balik cerita...Ketika kami kusyuk menjamah makanan, tiba2 seorang dari room mate aku bersuara...."Aizuddin, Ko tak makan begedil tu ke?..

"makan...last2 jap gi makan lah.." aku slumber menjawab sambil menyambung suapan. Yang peliknya, aku melihat gelagat meraka amat lucu. Yelah, Menyulam kuih tersebut dengan nasi.. Amat pelik. Seumur hidup aku, ini kali pertama aku lihat orang mkan mcm tu.. aku bertambah pelik sebb kebanyakan orang keliling yang mengambil begedil tersebut makan seperti meraka2 nie.. Haish.. pelik sungguh..

"Puish!!!!!!!!!!!! Tak sedap langsung CUCUR BADAK nie.. Tak rasa apa.. Inti pun tarak.. Kedekut tol !!

"Asal ngan ko nie Aizuddin" salah seorang dari mereka bersuara lagi.. Yang lain hanya memandang kehairanan..  Yelah, Tiba2 tengah mengunyah begedil, tp, nak complaint kata tak sedap..ahahah. Bagi  dorang begedil tu dah cukup sedap dah tu... Sebab, aku tengok depa mkan sangat berselera.. Macam makan MCD la pulak..

Sebenarnya, Begedil yang dimakan telah dianggap aku sebagai CUCUR BADAK.. That Y aku makan last2.. Yelah, mana ada orang makn kuih bersulam dengan nasi kan?hahaha.. Sebelum ini, aku tak pernah jumpa begedil, apatah lagi memakannya. Fuh, Begedil dengan Cucur badan lain rupanya. Harap rupa paras je serupa.. Bezanya, pada rasa dan begedil takde inti..ahhaha..Ketika kejadian, aku memang malu beb.. Sebab kuno ya amat. Begedil pun tak tahu makn macm mana..

Yang membuat aku berkobar2 menulis entry ini sebab aku ternampak orang mkn begedil tadi..ihhih.. Even mak aku pun pernah tertipu dengan begedil nie tau!.. Masa mak aku melawat aku di Hostel Politeknik, mak aku pergi membeli kuih buat makan petang... Last2, mak aku pun terbeli begedil.. Sebab beranggapan begedil sebagai CUCUR BADAK..ahhaah..Apa lagi, tak makan la kami 2 beranak benda tu.. Abah aku yang habiskan begedil tu.. ihihi.. Sampai sekarang aku tak pandai nak mkn begedil seperti orang lain..kesian~

P/S : Malaysia kaya dengan makanan-makanan daripada pelbagai kaum.. So, jom cuba makanan yang asing bagi kita yang ada di sini.. ihihihih.. Selamat Beramal, Wslm.  :")

Tuesday, May 24, 2011

Vlog Bersama NurAizuddin - LaserWArZone Challenge

Assalamualaikum..

Sebelum ini, saya ada membuat entry mengenai Permainan Laser Tag di LaserWarZone, ICT , Shah Alam.. JIka anda belum membacanya click here. Ok, Jom kita layan Video yang disediakan oleh saya sendiri. Untuk kepuasan Maxima, Click Button HD di bawah video ini.. :")


        
Untuk kelajuan Maxima, CLICK HERE       

P/S : Nantikan Vlog bersama NurAizuddin di Bukit Melawati. Selamat beramal, Wslm.

Sunday, May 22, 2011

Krew Produksi Channel Jom jalan-jalan Terbaik..

Assalamualaikum....

Apa khabar semua kawan-kawan.. harap anda semua berkeadaan sihat hendaknya.. Di dalam entry ini, aku nak bercerita sikit mengenai aktiviti yang dilakukan hari ini. Seperti biasa, Sabtu adalah hari pilihan untuk aku membuat Vlog Bersama NurAizuddin. Yelah, if hari ahad, penat la pulak.. Sebab kebesokan harinya nak bekerja.. :")



Episod bersama NurAizuddin untuk Channel  Jom jalan-jalan kali ini mempertaruhkan lokasi-lokasi sekitar Bukit Melawati, Kuala Selangor.. Cewah.. ayat mcm buat movie target berjuta juta la pulak..ihiiihih Di kawasan tersebut, kaya dengan khazanah2 peninggalan penjajah pada ketika dulu serta sejarah-sejarah yang pernah berlaku di kawasan tersebut sendiri. Yang bestnya, krew-krew Bersama NurAizuddin dibantu oleh 2 orang blogger jemputan yang agak terkenal di Malaysia yang kebetulan mereka adalah anak jati Kuala Selangor.. fuh, memang benefit..ihihi.. Sedikit sebanyak, Boleh la mereka berdua nie membantu apabila sesi berdialog dilakukan..

Blogger undangan yang pertama adalah seorang wanita yang mempertaruhkan isu-isu semasa yang dikupas mengikut sudut pandangan beliau dan menceritakan perihal aktivity-aktivity harian yang boleh dikongsi kepada pembaca-pembaca. Selain itu, blog beliau juga terkandung isu-isu yang selalu menjadi persoalan kepada semua pihak dan diselitkan intipati-intipati yang berguna bagi meraka-meraka yang inginkan penyelesaikan tersebut disamping nasihat-nasihat yang berguna menyusuli. Sebenarnya, banyak lagi perkara yang diketengahkan oleh beliau.. If aku cerita habis, sampai besok subuh pun tak habis taip..ihih. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, CLICK HERE

Blogger undangan yang seterusnya ialah serorang wanita juga.. Di dalam blognya, beliau lebih kepada menceritakan perihal kehidupan beliau serta perkara-perkara yang boleh menarik perhatiannya. Selain itu, beliau juga aktif sebagai Camera Women. Bakat yang ada pada diri beliau bagitu menyerlah apabila mengendalikan program-program yang berada di Kamera serta mencari angle-angle yang boleh menyempurnakan sesebuah video. Tidak ketinggalan, beliau juga sempat untuk membantu krew-krew Bersama NurAizuddin untuk shooting sebentar tadi.. Untuk mengenali beliau, CLICK HERE.

Shooting pada hari ini adalah shooting paling sempurna dari vlog-vlog Bersama NurAizuddin yang lain. Ini kerana, Setiap yang dirancangkan oleh Producer telah berjaya dilaksanakan dengan kecekapan team produksi disamping cuaca yang mengizinkan. Selain itu, Kerja sama pihak berkuasa bukit melawati untuk kebenaran produksi shooting disana amatlah dihargai...

P/S : Pastikan anda semua menonton Vlog Bersama NurAizuddin untuk Channel Jom jalan-jalan di Bukit Melawati selewat-lewatnya minggu depan di 1tube... Insyallah.. Berbagai-bagai info yang anda semua akan perolehi. Ucapan terima kasi kepada anda yang membaca entry ini dan ribuan terima kasih juga kepada krew-krew yang terlibat didalam pembikinan Vlog bersama NurAizuddin kali ini. Selamat Beramal, Wslm.

Friday, May 20, 2011

Video gathering Blogger yang terbaru.

Assalamualaikum..

Kawan-kawan, jom saksikan episod bersama NurAizuddin di Mini Gathering di Taman Layang-layang.. Walaupun hujan, Gath ini amat meriah even aktivity2 yang dirancang tidak dpt dilakukan..Untuk kepuasan Maxima ketika menonton, Click button HD di video ini.

             
Untuk kelajuan Maxima, CLICK HERE

P/S : Nantikan Vlog Bersama NurAizuddin yang seterusnya di Peperangan Laser ICT... Selamat Beramal, Wslm.

Wednesday, May 18, 2011

LASER TAG

Assalamualaikum..


Semalam, saya di jemput ke ICT Shah Alam untuk bermain LASER TAG  [Laser War Zone] bersama rakan-rakan blogger yang lain. Kami diberi kesempatan untuk mencuba permain yang boleh dikatakan masih hijau lagi di negara ini. Permainan ini amat dikenali di America, Eropah dan Australia. Anda semua mesti tertanya-tanya apakah itu LASER TAG kan?..ihihh.. Sebenarnya, konsep permainan ini adalah ala-ala paintball. Tetapi, ia lebih advance dan lebih berteknologi berbanding Paintball.. Apabila kita bermain LASER TAG ini,  kita seperti berada di dalam War video game yang kita selalu main di dalam komputer. Ini kerana, Permainan ini mempertaruhkan programe sains fiksyen bagi menambah keseronokan serta kepuasan kepada Player2 Permainan ini. LASER TAG COOL.. LASER TAG AWESOME... LASER TAG FANTASTIC...



Peperangan LASERTAG ini lebih mendebarkan dengan kewujudan asap putih yang memenuhi Zone peperangan secara tiba-tiba dan ia dirancakkan lagi dengan music tema War Game seperti didalam permainan komputer. Selain itu, suasa yang gelap dengan sususan prop di dalam zone tersebut membuatkan kita seolah-olah berada di zone perang sebenar..

Peperangan kini bermula...

Welcome to Laser WarZone

Bersedia untuk berperang..

Keadaan cerah didalam Warzone



Blogger2 yang hadir bersama

Pengambaran Vlog Bersama Nuraizuddin
       
Selain itu, Permainan ini adalah sejenis sukan extreme yang menyeronokkan disamping menjadi aktivity yang bermanfaat kepada semua players seperti semangat berpasukan, Tolong menolong, kecergasan fizikal dan mental dan banyak lagi. Permainan ini juga sesuai untuk pelbagai lapisan umur kerana ia tidak mempunyai kesan kepada fizikal players seperti permainan-permainan extreme yang lain. 

Detail yang disediakan bagi permainan ini adalah seperti berikut :

PRICE :
Non Members : RM 18.00
Members : RM 15.00
Students : RM 12.00

Event / Parties Package :
Battle Tag Parties (min 15 pax)
2 missions : RM 40.00
extendend 2 missions : RM 50.00
**This package includes Food and Beverage and 2 hours usage of private room**

Operating Hours :
1 pm - 12 am (Weekday)
10 am - 1 am (Weekend)

P/S : Jom ramai2 mencuba permainan ini kerana ia menjaminkan kepuasan yang Maxima serta pengalaman yang baru kepada players. Ia boleh dijadikan sebagai aktivity mingguan dan dijadikan hobi kepada anda semua. Mulai hari ini, ICT tidak lagi hanya terkenal dengan lampu-lampu yang warna warni, tetapi terkenal juga dengan sukan Extreme yang menyeronokkan ini. 


Tunggu Vlog Bersama NurAizuddin bermain permainan ini.. OOyyerhHH!! iiihih.. Ter'oveer pulak. Selamat beramal, Wslm.






Monday, May 16, 2011

Disebalik Tabir pembikinan Bersama Nuraizuddin.

Assalamualaikum..

Jom tonton Video yang di edit Khas oleh Media Jer dan Kyerull selepas pembikinan Vlog Bersama Nuraizuddin. Thx alot beb..ihihih.


             

P/S : Tq kepada semua yang menonton.. ihihi. Selamat Beramal, Wslm

Segment terjah blogger.. AKU JADI MANGSA

Assalamualiakum..

Smlm berlangsungnya Mini Gathering Sahabat Blogger yang dikendalikan oleh Amal dan Ady dan .......[ada lagi ke?] di Taman layang near by Kepong.. Memang meriah.. tp, Ia hanya seketika sebb ujan turun dengan lebatnya..ihihih.. Yang best, walaupun Gath ini hanya kecil- kecilan ala-ala- kreta kancil mcm tu..ihiihi, tp, kami dapat masuk dalam 8TV..ihi.best woo.. then, macam biasalah, Aku akan lakukan Vlog Bersama Nuraizuddin..tak sah klu aku tak buat..ihihi Tp, sebelum tu, aku nak tunjuk yang aku diterjah oleh Akmal Hilmi didalam segmen terjah beliau..Actly, aku terkedu..sebb  1st time diterjah orang.. Mak aih, tak tau nak kata apa.. "Saya tak pandai ckp depan kamera.."ihihih.. Amik kau Akmal, Tak berhenti aku bercakap..ihihih.. Jom layan..

              
Thx ya Akmal Hilmi.. sebb sudi tangkap muat aku dalam segmen hg..ihihi..

P/S :  Nantikan Kemeriahan Vlog Bersama Nuraizuddin di Taman layang-layang ye kawan..ihihi.. Selamat beramal, Wslm.

Sunday, May 15, 2011

Fesyen Di KL..

Assalamualaikum..

Rasanya, dah behari-hari tak updte blog. Ini semua dari penangan line Maxis yang telah sampai Volume Quotanya..hahah.. Sekarang nie pun, dok lembab lagi... cait. Entry kali ini aku nak berkongsi mengenai kotaraya Kuala lumpur,. Bukanlah niatku untuk menceritakan tentangnya, tetapi ingin berkongsi apa yang aku nampak setelah aku menyelami cara-cara remaja warga kota yang berkeliaran tanpa ada hala tuju dengan melepak di tepi jalan sampai ke pagi.

Aktivity aku ini berlaku di Bukit Bintang.. Satu tempat yang amat terkenal di Kuala Lumpur.. Fuh, dimana-mana pelusuk bukit bintang dibanjiri manusia. Entahlah, apa yang menarik sangat mengenainya pun tak tahu. Mungkin di sana menjadi pusat tumpuan warga kota.. Kerana terletak Mall2 yang terkenal di sana. Tetapi, yang anehnya, ramai yang lepak2 di tepi koridor, jalan dan sebagainya,. Begitu jugak aku.. Di dalam Mall takde la ramai sangat.. Actuly, aku pun turut serta melepak untuk cuci mata di sana bersama TETOPEK..

Fuh, memang syok apabila duduk di tepi2 jalan untuk meng'usya manusia sejagat. Macam2 ragam. Mungkin itu nikmat yang dicari oleh2 kaki lepak disana.. Pakaian yang pelik-pelik  akan menjadi perhatian mata-mata si pemerhati. Orang yang berpakaian mengikut trend juga menjadi perhatian. Tak lupa juga kepada wanita-wanita yang mengenakan pemakaian yang mengalahkan minah-minah salleh yang lalu lalang.. Haish, apa la nak jadi.. aku sempat lagi snap gambar mereka..ihihiih..

Amacam..sengaja ja aku upload senget..ihihi

Ini bukn NYAH okey..ini Negro..ihihi.. saja ja upload kasi senget jugak.. 

Ini Inpersonate Mahir Zain..ahaha

Orang suma ingat dia nie artis..aku pun..tp, walhal, blogger je pun..hahaha

Ini yang paling mencuri perhatian..lalalala..

Dalam dok sibuk snap2 gambar, tiba2 ada sorng mamat memberi flyers kepada aku.. Aku mcm kenal sora mamat nie..rupa2 nya, Ikhwan Hot FM ..ahaha.. dia ajak p concert Aizat.. Then, selepas kami mundar mandir di sana, kami balik... Just usya2 orang je pun..n sambil tu, menghabiskan masa.. Tp, Best la jugak rasanya..ihihi

P/S : Dlm seronok-seronok melepak tu, Jaga-jaga dengan si Penyimbah asid. Selamat beramal, Wslm.

Wednesday, May 11, 2011

Menderita jangkitan kuman seorang diri.

Assalamualaikum...

Tiba2 mataku terlihat cahaya yg amat terang.. Bila ku cuba buka mata dengan luas, Kepala ku seperti dihentak ke dinding, di pukul dengan kuat, dibaling dengan batu... ArrgghHH!!! Aku meraung kesakitan.. Lantas aku memekup kepala ku dengan bantal..



Jam menunjukkan 6.05 am. Aku menggagahkan diri untuk ke bilik air walaupun kepala ku sakit keterlaluan. Aku   berjalan terhoyong -hanyang sambil tanganku memapah dinding. Tanganku mencecah air di dalam besen dan mencurahkannya ke kepala.. ArghHH!! makin menjadi sakitnya. 

Seperti mahu pitam, aku membaringkan tubuh ku di atas sofa,. Jika ditoleh ke kiri, seperti ada orang menghentak kepalaku. Jika ditoleh ke kanan, seperti ada orang memijak kepala ku.. Sakit yang dideritai sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Pertama kali aku diserang oleh penyakit ini. Kepala ku menjadi bingung, bengan.. Tubuhku menjadi lesu dan tinggi suhunya. Ketika berbaring, air mataku mengalir. Bukan kerana aku tidak dapat menahan sakit, tetapi sakit kali ini terlalu menyiksa. Tambahan pula tiada siapa yang boleh membantu ketika aku perlu. Inilah akibatnya tinggal keseorangan.. Didalam fikiran, aku hanya mengingati Allah dan jugak ibu bapa ku.. Air mataku mengalir deras.. Esakkan tangisan semakin kuat.. Aku tidak kuat untuk menahan semua ini~!!!!

Jam menunjukkan 6.30 am.. Aku cuba tabahkan hati, kuatkan semangat untuk berdiri walaupun kepala ku seperti mahu pecah.. Aku mengambil wuduk dan terus menunaikan kewajiban kita sebagai umat islam. Jika ajalku disini, ambillah nyawaku didalam keadaan yang beriman.. Aku masih belum cukup mengumpul bekalan ke akhirat~. Selepas selesai, aku rebah  di atas sofa.. Aku tidak berdaya lagi untuk berdiri dek penangan daripada sakit yang diderita. Aku buntu untuk mencari pertolongan. Aku mengambil keputusan untuk meminta bantuan dari ofismte  yang tinggal berdekatan dengan rumah sewa ku. 

"Kak, tolong saya.. Saya sakit sangat nie.. tolong hantarkan saya ke hospital"

Inilah ayat yg aku guna untuk meminta bantuan ketika menghantar msg kepada beliau. Tetapi, beliau meminta ku untuk bertahan. Kerana klinik hanya dibuka pada jam 8 am. Tiba2, pintu rumahku diketuk. Rupa2nya, suami kepada ofismate ku sebentar tadi menghantar paracitamol sebagai bekalan untuk ku terus bertahan... Air mata masih berlinangan di kelopak mata. Kesakitan yang dialami, Hanya Allah yang tahu.

Setibanya aku di klinik, aku duduk di barisan hadapan kerusi yang ada. Sambil aku memekup kepala dengan tangan kerana kesakitan,  aku menunggu giliran dengan sabar dan berbagai-bagai tanggapan mengenai penyakit ini yg aku fikir. Adakah migrain,.. Adakah ........ Apakah...... tidak berani aku memikirkannya dengan lebih lanjut. Penyakit berkenaan kepala amatlah sensatif. Kerana ia melibatkan nyawa .

Setelah di check up, Doktor mengesahkan bahawa aku mengalami jangkitan kuman dalam badan. Ia amat bahaya jika tidak dirawat secepat mungkin. Aku diberi pelbagai jenis ubat dan dinasihatkan mengambil ubat tersebut dengan betul mengikut jadual yang telah ditetapkan disamping wajib untuk meminum air mineral lebih 3000 ml sehari.

Alhamdulillah, hari demi hari sakit ini semakin berkurangan. dengan kata lain, ia semakin sembuh..Mujurlah penyakit ini tidak berlarutan. Punca penyakit ini aku sendiri tidak pasti...

P/S : jagalah kesihatan anda. Lebih baik mencegah daripada mengubati. Selamat beramal, Wslm.

Sunday, May 8, 2011

Kahwin pun blogger pemes nie...

Assalamualaikum..

Tanggal 2 mei yang lalu, berlangsungnya majlis persandingan Blogger yang hebat di Bangi.. Di sana, saya masih sempat membuat Vlog untuk Majlis tersebut dimana mengandungi ucapan2 khas Blogger2 yang hadir dan tidak ketinggalan ucapan exclusive oleh Raja Sehari.. Jom kita sama2 saksikan kemeriahan majlis tersebut yang telah disediakan oleh saya sendiri..ihihih.. Untuk kepuasan didalam tontonan anda, sila pastikan anda click button HD di video ini untuk mendapat kuality video yang sehabis baik...  :")

Untuk kelajuan Maxima, CLICK HERE              


P/S : Tahniah buat Ujang dan Yana... 
Tak sabar rasanya nak kawen..ihihih.. Selamat Beramal, Wslm.

Thursday, May 5, 2011

Vlog Bersama Nuraizuddin di Asia Road Racing Championship...

Assalamualaikum...

Fuh, lama rasanya tidak update blog. Dah hampir 3 hari.uhuhu..yelah, sibuk dengan hal2 keduniaan. Tp, dalam dok sibuk2 nie, sempat lagi edit Vlog yang terbaru..ihihih.. Jemputlah semua tengok dan tinggalkan coment okey..  UNTUK MENDAPAT KEPUASAN MAXIMA KETIKA MENONTON, sila pastikan anda click button HD di video yang tertera di bawah nie.. :")


      
Untuk kelajuan melampau, CLICK HERE  


P/S : Kalau ada cadangan atau pendapat mengenai Vlog Bersama Nuraizuddin, jangan segan2 nak coment okey.ihih.. Terima kasih sebab support aku berVlog... Insyallah, Vlog terbaru akan kluar minggu depan.. Selamat beramal, Wslm        

Tuesday, May 3, 2011

Gambar kawen ujang yang tiada oleh sesiapa.

Assalamualaikum...

Fuh, penat dengan aktvty2 hari nie. Alah, p kenduri Ujang kawen ja pun kat Bangi.. ahahaha.. Aku bukan nak buat entry gambar2 persandingan ujang.. Kompom2 suma blogger2 yang p majlis beliau dah berlumba-lumba updte..Tol tak?..orng Glamor memang mcm tu.. Aku just nak show off gambar yang tiada oleh pengantin mahupun orang-orang yang menhadiri majlis tadi..ni hah!

bukan nie,.. Sebab gambar nie aku rompak kat blog dia..


ini pun bukan..sebab rompak kat Atiq salleh..





Ini baru betoi..ihh.. Sebab kluar dari Kamera aku.. tiba2 aku teringin nak cakap sesuatu.. AKU TAK SUKA JADI PHOTOGRAPHER.. sebab, nnti, gambar kau tak ada.. INILAH SALAH SATU CONTOHNYA.. arggGHH!!! Tp, ini bukanlah gambar kawen dia..cuma gambar kanak-kanak rebina yang p mencekik nasi minyaknya.


P/S : Nantikan Vlog aku di Rumah ujang..hihhi..Gaya & Aksi2 panasnya dan blogger-blogger yang lain di sana..

Sunday, May 1, 2011

Pengantin menangis dpt Photographer ini!

Assalamualaikum..

Gambar2 ini adalah hasil dari kamera dan tangan aku sendiri. Aku tak tau lah samada ok ke tak..korang tengok sendiri ok.. 1st time aku shoot. Sebab tu aku jadikan wedding abang aku sebagai mangsa..ihih..




























P/S : if aku yg shoot pengantin lain, menangis dorng..sebab gambar tak lawa..hahaha.. Selamat beramal, wslm



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...