Saturday, April 30, 2011

Earning dalam 3 bulan 7K++ . Alhamdulillah..

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah, aku bersyukur kepada ilahi kerana mengurniakan rezeki yang melimpah ruah. Walaupun dengan berblogging, aku memiliki 7K + dalam 3 bulan. Tq kepada Nuffnang.. Anda menceriakan hari2 ku.. 


Walaupun dalam sebulan nuffnang sedekahkan aku 2 kupang ++..aku dah bersyukur.. yelah, 10 TAHUN aku berblogging kalau maintain 2 kupang ++ di kreditkan kepada aku, dah dapat 36 ringgit.. 15 taun leh la cash out.. sebb kene kumpul 50 ringgit keatas baru leh cash  out.. Setakat malam ini, tabung nuffnang aku menjangkau 7 Kupang ++... Alhamdulillah..

P/S : Kalau orang beri kat kita even 1 sen, terima jelah. itu rezeki kepada kita.. Selamat beramal, Wslm.

Friday, April 29, 2011

Tertipu jantina ketika kahwen.

Assalamualiakum..

Entry ringkas kali ini aku nak berkongsi mengenai masalah rakyat di negara-negara yang membolehkan proses menukar jantina dari segi fizikal mahupun atas kertas dari aspek perkahwinan. Aku yakin perkara sebegini pernah terjadi di negara yang menghalalkan perkara ini. Klu nak tau dengan lebih lanjut, sila lihat video yang aku ambil dari Youtube.. Walaupun ia hanya sebuah iklan, tetapi, kita boleh mengambilnya sebagai iktibar...

                              
harap maaf, Video mempunyai unsur2 18SX..

P/S : Syukur Malaysia tidak membenarkan perkara-perkara sedemikian.. Klu tak, abang tertipu Nok~ Credit kepada empunya video.Selamat Beramal, Wslm.

Thursday, April 28, 2011

Vlog terbaru Bersama NurAizuddin.. Awesome~

 Assalamualaikum...

Jom layan Vlog terbaru Bersama Nuraizuddin.. Kali nie di Midvalley, Kuala Lumpur.. Pastikan anda tonton didalam format HD untuk kepuasan yang berganda. Just click button HD kat video nie..

                          
Untuk kepantasan Maxima, CLICK HERE

P/S : Jangan lupa saksikan Vlog Bersama NurAizuddin yang akan datang.. Selamat Beramal, Wslm.       

Tuesday, April 26, 2011

Gempar dia boleh terbang

Assalamualaikum..


Apabila aku melihat dia terbang ke arah aku, Apa lagi, aku pun~!!!!!.

Video nie curi dari Youtube...

Dia yang aku maksudkan ialah LIPAS..Ayyerk!!! Besar bapak lipas tu.. Siap jatuh ke paha aku pulak.. ARghHH!!! melompat aku.. Sebenarnya aku nak buat pengakuan di sini. AKU BARU TAHU YANG LIPAS BOLEH TERBANG.. Gempar kan? Haish. Kunonya aku, OKBAI~

P/S : Jangan takut lipas, sebab kita lagi besar dari dia.. :") .. Selamat beramal, wslm.

Monday, April 25, 2011

Tak habis2 Gathering blogger.. Menyampah!!!

Assalamualaikum...

Apa habaq semua..harap2 sihat hendaknya.. Fuh, tajuk entry panas gila kan.. Tak habis2 Gathering blogger..Menyampah!!! Menyampah ke anda?..klu menyampah sory ye.. Pangkah je.. Click pangkah~ kan senang..hahah.cait..tiru ayat blogger pemes.. Sebenarnya, baru sebentar tadi kami blogger2 picisan berjumpa di Mid Velly.. alah, kecil-kecilan je.. Walhal, ini je yang sudi datang.~


Selepas kami bergambar di sini, tiba2 muncul batang idung eazy izuddin dan wut-wut2.. #bukan W***-W***  ye..hahha.. Memang enjoy.. Kami pergi round2 Mid, Cuci mata, then, lepas bosan, kami semua beradu tenaga didalam permainan bowling dan game yang guna token di sana.. Masing-masing sporting... kami bersurai selepas Magrib..

P/S : Nantikan Vlog Bersama NurAizuddin yang terbaru 2,3 hari lagi.. Dan kepada siapa yang nak menghentam, Sory ye.. Korang tak leh ckp jemu baca benda yang sama.. Sebab aku sorang je yang updte entry untuk perjumpaan tadi.. #dah bincang.. lalalalla~ Apapun, Bye2. Selamat beramal, Wslm.

Sunday, April 24, 2011

Aku lelaki yang X main bola sepak

Assalamualaikum...

Bola amat sinonim dengan lelaki. Tetapi, disini aku nak mengaku yang aku tidak main bola. #jangan ketawakan aku.. Sebenarnya, aku bukanlah kaki bangku ataupun kaki meja. Tetapi, aku tidak berpeluang untuk main bola apabila meningkat dewasa. Dulu, ketika waktu kanak2 rebina, aku mewakili Kampung bermain bola untuk bertarung dengan Kampung sebelah,. hebat kan? jaguh kampung wooo.. Tetapi, itu cerita 10 tahun dahulu. ketika aku kanak-kanak.. Penyebab aku tidak bermain bola kerana fobia di rembat di tuuttt~!!! dengan kuat. Kelajuannya ala-ala Lampard menjaringkan gol dari luar petak penalty. Fuh, terbeliak mata beb~

Akibatnya, Aku tidak berani bermain bola dan beralih ke permainan lain.. Apabila masuk ke Sekolah menengah, aku mula menjinakkan diri dengan permainan seperti di bawah...


Aku mula berjinak-jinak dengan sukan masa aku sekolah teknik dulu.. Main daerah woo~.. Tapi kalah, sebab depa lagi hebat.. Sekolah depa ada kompleks bowling kot.. Hebat semacam ja. Kalah pemain Nepal n Bangladesh di sukan Sea.



Aku mula bermain Softball dari aku 13 tahun hinggalah aku mengambil diploma. Fuh, lama giler. Hinggakan ia menjadi sukan utama aku..Best tau main softball nie..tambah2 position Pitcher. Bila baling bola yang keras macam batu tu sampai terkena Pemukul, Sampai ada yang pengsan aku kerjakan..ihiih. Sory, tak sengaja ok.. Bajet nak Curve kan bola, last, ter Curve ke badan dorang..ihihih. #bola licin masa tu. baru lepas hujan.. -----> larik~

Serius, aku memang minat gila main sukan-sukan seperti diatas, even aku tiada tenaga, aku kan cari 100+ untuk meplus tenaga aku untuk bermain.ihih. Tetapi, tak bermaksud aku tak boleh bermain bola..kadang-kadang, ada juga main futsal.. Yelah, member dah paksa..klu saja-saja nak main.. Harapan la~..Tapikan, ada sukan yang paling aku fobia dan tak akan main even korang nak kasi aku 10 ringgit. #klu bagi 1000.00 aku cuba pertimbangkan... dan aku sanggup joging 10 KM daripada aku main sukan nie even hanya 1 minit..

Aku adalah seorang yang amat gayat!!!!

P/S : Wahai anda semua, even sibuk dengan aktiviti harian seperti bekerja, berblogging, ber apa-apa jelah, perlulah kita bersukan walaupun seminggu sekali untuk mengekalkan kesihatan tubuh kita dan tampak macho bertenaga. Wslm, Selamat beramal...








Saturday, April 23, 2011

BAHANA ORANG TIDAK BERTANYA

Assalamualaikum...



Entry kali ini, aku nak cerita mengenai bahana orang tidak bertanya..Bak kata pepatah melayu, malu tertanya sesat jalan... Tetapi, aku bukanlah sesat jalan, kerana aku menggunakan PLUS untuk ke upsi. Kuar dari plaza tol pun ada signboard ke UPSI... :) Apa ada hal...hahaha.. if sesat pun, dalam Malaysia jugak kan..ihihi..tak sampai Nepal pun.~

Berbalik pada tajuk entry ini, aku nak share ngan hampa-hampa semua mengenai kejadian yang memalukan ketika aku pergi sesi temuduga di UPSI. Kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 pagi. Aku memasuki UPSI dengan bergayanya sambil sebelah tangann di angkat bagi tanda hormat kepada parkguard di sana. Di dalam fikiran aku, memang aku mahu bertanya di mana lokasi temuduga. Tetapi, action + malu punya pasal, aku menonong drive mengekori bontot kereta di hadapan aku.. Tetiba, aku terlihat satu papan tanda yang memaparkan tulisan " temuduga " sambil anak panah menunjukkan ke arah tempat tersebut. Sampai di bangunan berkenaan, aku pun mencari parking dan terus mentacap muka n pakai tie..ahhaha.. Setelah selesai, aku mencapai folder2 yang telah disiap sediakan untuk penal menelitinya. Tanpa membuang emas / masa ,aku melangkah segak keluar dari kereta dan menuju ke pintu dewan temuduga.

Hati aku berbisik~,. "ramai gila mai intervw.." yes, memang ramai orang2 di situ memegang folder2 seperti aku bagi sesi temuduga. Awek ramai woooo... #covermacho.. Setibanya aku di pintu masuk, Automatik kepala aku jadi blur.. tak tahu mana arah yang patut aku tuju.. Banyaknya partition kat dalam tu.. Aku pun melangkah masuk dengan kaki kanan sambil muka ketat@macho... Tiba2, aku terlihat ada satu memo di dinding yang menyatakan "Temuduga diploma bla..bla..bla.. sila beratur..."

fuh!!!!!!!! Malunya~ silap tempat temuduga rupanya.. Patut la ramai gila tadi.. rupa-rupanya, interview untuk pengambilan pelajar diploma.. Cait.. nasib baik aku cukur misai / janggut, awet muda la sikit..taklah orang perasan..haish! silap aku jugak..sebab tak mo bertanyakan pakguard di luar parking tadi..Dengan muka merah padan, aku pun meluru ke arah salah seorang parkguard dan bertanyakan di mana tempat temuduga bagi jawatan ___________________ . Dan tenyata aku tersalah perhitungan. Di bangunan lain rupanya. Tanpa membuang masa, aku pun tersipu malu pergi ke bangunan tersebut... nasib baik tak terlambat der~ haish!..nyesalnya awal2 tak tanya~

P/S : Dalam apa juga perkara yang anda lakukan, even anda berjawatan tinggi / berdarjat / otai / senior or what so ever, janganlah anda sombong dan bongkak kepada orang yang anda anggap tidak sehebat / setanding anda.  Even anda lebih power daripada orang lain di dalam bidang berblogging ka, bervlogging ka, pelajaran ka, apa ka, anda perlulah respect / menerima pandangan dan nasihat orang lain juga. Ini kerana, mungkin ada seperkara dua yang orang lain lebih arif daripada anda.. Dan janganlah malu bertanya, kerana malu bertanya akan menyebabkan kita sesat bukan sahaja di jalan raya, bahkan di UPSI juga.. Tetapi, malu dari aspek lain amat bagoih..ini kerna malu itu perisai orang beriman..ihihihi~Selamat beramal, Wslm.


Friday, April 22, 2011

Interview kerajaan -ketawa masa interview

Assalamualaikum..



Dah hampir 2 hari aku x update blog. Bukan kerana malas melanda diri, tapi sibuk dek kehidupan harian. Pagi, tadi,  aku telah selesai intervw di UPSI sebagai _______________ . fuh, jauh tau Klang ke UPSI. Nasib baik ada kawan di sana. Beliau pelajar di Politeknik di sana. Rumahnya dengan UPSI hanya mengambil masa kkurang 5 minit. So, aku stay semalam dirumahnya untuk aku menghadiri sesi Intervw.

Disini, aku bukan mahu menceritakan mengenai perjalanan aku kesana yang penuh dengan kesesakan lalu lintas, tetapi mengenai intervw sebentar tadi. Calon untuk intervw hari ini seramai 22 orang.. Tetapi, kekosongan jawatan hanyalah terhad untuk seorang.. #mcm mana tu kan?..haha..pesaingan amatlah hebat. Aku adalah salah seorang daripada 2 orang lelaki yg hadir tadi. hahaha.. Klakar kan.?.if jawatan secretary, kompom2 aku sorang je lelaki. 

Sebelum intervw, mcm biasalah, aku prepared apa yg patut bagi memenuhi ilmu di dada. Aku membeli surat khabar kerana mahu mengetahui isu-isu semasa di negara ini. Selain itu, aku beria print senarai menteri2 di malaysia dan latar belakang UPSI. Siap hafal okey..hahaa.. Last2, masa intervw, langsung tidak ditanya. fuh, rasa penat menghafal lepas intervw, tetapi Alhamdulillah, aku menjawab intervw seperti aku intervw dengan lecture aku selepas Praktikal dulu. Siap panel buat lawak lagi.. n kami siap gelak.ihih.. Salah seorang panel tak tahu bagaimana memanggil nama aku. katanya sebab aku ada 3 nama.. Muhammad / Nur / Aizuddin.. Lepas tu, ada yang pelik aku belajar course Secretary n beria beliau suruh aku apply untuk jadi secretary di UPSI.. Aku pulak yang pening. Aku nak jadi _______________ .. sebb tu attend intervw bagi jawatan tersebut.. :")

Ketika ditanya mengenai hobi aku di masa lapang, ofcos aku menjawab yang aku seorang blogger n menghabiskan masa-masa yang terluang untuk mengupdte entry dan Blogwalking. N ketika Weekend pula, aku akan membuat Vlog. Fuh, siap aku Xplain lagi apa itu vlog.. Wah, ternganga jugak la dorang dengar aku beleter tadi. Serius, memang aku mengawal situasi ketika sesi intervw oleh 3 panel tadi. Macam2 dorang tanya mengenai pekerjaan aku skrng dan sebagainya. Alhamdulillah, setelah selesai intervw, aku siap bersalaman dengan panel2 dan minta doa mereka untuk aku berjaya mendapatkan pekerjaan ini. #bodek sakan tu..ihhii..

Kawan, disini aku nak memberi tahu anda semua bahawa PENGALAMAN bekerja itu sangat penting. Bukan selama mana kita bekerja menjadi ukuran, tetapi self confident didalam diri kita itu yang penting. Itulah gunanya pengalaman kerja sebenarnya. Ketika aku mula2 bekerja seperti sekrang, aku takut2 untuk bercakap dan menjawab telefon. Apa orang cakap, aku iyakan 100%.. Tetapi, setelah 7 bulan menimba pengalaman di sini, aku telah mendapat keyakinan diri yang tiada di diri aku sebelum ini. Alhamdulillah. Tak kisah la even kita kerja sebagai pembanci sementara, kerja di tesco dan sebagainya, janji, pengalaman kerja itu penting sebelum kita mendapat pekerjaan yang menjadi dambaan. Ini adalah intervw pertama aku bersama Kerajaan dan intervw kedua di dalam sektor pekerjaan sebagai kakitangan separa profesional.

Aku bernasib baik kerana tidak ditanya benda2 alah sepeti nama2 menteri malaysia, Latar belakang Organisasi, dan isu semasa. Tetapi, ofcos mereka akan menguji pengetahuan kita mengenai skop pekerjaan yang kita mohon tersebut. Ini semua adalah soalan-soalan lazim yang ditanya ketika sesi intervw di badan-badan kerajaan.

P/S : Kita  perlu berkeyakinan walaupun kita nervous. Cuba atasinya kerana panel2 intervw mahu melihat keyakinan diri untuk menjawab dan sesi conversation dengan mereka. Walaupun diajukan soalan, cuba jangan menjawab tidak tahu walaupun anda kurang pasti. Cuba terangkan walaupun tersasar. Ini kerana, keyakinan adalah ukuran.. *jangan p ubah fakta sudah..ihih.. 

*contoh soalan..

Apa kelemahan anda.-aku menjadi blur kerana tidak tahu kelemahan diri sendiri dan menjawab seperti ini.
setiap manusia mempunyai kelemahan diri masing2.. Tetapi, saya akan cuba memperbaikinya dari masa ke semasa. Selain itu, saya akan menonjolkan kelebihan saya bagi menutup kelemahan diri itu.

Wednesday, April 20, 2011

Pentingkan Blog dari Vlog !!!

Assalamulaikum..



Apa khabar suma kawan-kawan.. dah lebih 20 entry aku tak tanya khabar.. :) yelah, aku tau dah hampa suma sehat2 belaka..klu tak, takkan leh masuk blog picisan aku nie kan..ihihi.. Berbalik kepada tajuk entry, aku sangat pentingkan Blog dari Vlog . Aku buat entry nie sebb ada yang rajin sangat tanya pasal Vlog. siap tanya next week buat kat mana lagi.. Blog i'mcircle@sayabulat nie hari2 diupdate. paling kurang pun, 2 hari satu entry..tp, klu Vlog nie, seminggu sekali pun susah..ahha.. Bajet minyak kreta pun mau ada der~  sebab tu aku lebih beratkan blog..ihih..

Sebenarnya, aku taklah berfikiran jauh mengenai Vlog ni. Sebab aku hanya buat untuk suka-suka bagi memenuhi ruang2 kesunyian aku..Yelah, aku kan Stay sorang2 di perantauan nie.. :(  Lagipun, apabila kita penat membuat video dan edit, yang paling heaven skali masa kita 1st2 view lepas di upload ke Youtube mahupun 1tube.. Penat lelah terbalas..kan?

Ada juga yang orang2 yang menonton Vlog aku mengajukan soalan.. contohnya :

- Study dlm bidang nie ka?
- Edit guna apa n sapa yang edit?
- Buat Assignment ka?
- Tak malu berckp depan kamera ka?

ihih..aku senyum ja dengan persoalan yg timbul tu.. :) yang paling tak boleh belah skali kan, ada yang cakap ~ KAU NAK TIRU ANWAR HADI N MATLUTHFI? aaha..aku gelak sorang2 bila baca. yelah, walaupun kami mempunya persamaan dalam loghat percakapan, tapi, aku sangat2 berusaha supaya loghat aku tak terkeluar #boleh tahan jugak loghat aku...lagipun, terlalu ketara untuk disamakan .. Bentuk Vlog aku n Vlog mereka berdua amatlah berlainan. Harap Maklum!

Tetapi, ada juga yang menyokong dan memberi kata2 semangat untuk aku teruskan bervlog. Terima kasih banyak2~ Yang membuatkan aku tersenyum sampai ke telinga ketika kejadian aku pergi ke rumah abang aku di KLIA.. Abang aku siap beri nasihat, coment n tunjuk ajar lagi untuk berhadapan dengan Camera..hahaa.. Sungguh tak sangka.. Ingatkan dia perli aku.. Tapi, riak mukanya serius.. N ada juga aku menerima satu 2 tawaran untuk bekerja dengan mereka2.. #rahsia.. Tetapi, aku tidak memberi sebarang jawapan kerana aku rasa diri ini belum cukup bersedia.. mcm aku kata tadi, aku just suka2 untuk gantikan entry.. Maleh nak taip.. #ayat masa kene hentam dulu...

P/S : Buatlah apa2 yang kita rasa hendak buat selagi tidak melakukan larangan2 Islam dan tidak menyakitkan orang sekeliling.. Click Here untuk menonton video2 Bersama NurAizuddin.. Oit!!~~ jngan hentam kata aku nie bajet artis vlog pulak..aku just nak berkongsi cerita. Itu tujuan Blog aku diwujudkan. :)  Selamat beramal, Wslm.

Tuesday, April 19, 2011

Putrajaya Malaysia tak sia-sia

 Assalamualaikum...


Jom saksikan Vlog Bersama NurAizuddin di sekitar Putrajaya.. Penuh dengan warna2 lampu.. Pusing-pusing Putrajaya Malaysia tak sia-sia..


                        


           
Untuk kelajuan Maxima, CLICK HERE

P/S : Banyak tempat-tempat menarik di Malaysia yang setanding di luar negara. Jom cuti-cuti Malaysia.. Selamat Beramal, Wslm.

Sunday, April 17, 2011

Akademi Fantasia 9 macam karaoke jamban

Assalamualaikum...


Sebentar tadi, adalah kali pertama aku menonton Akademi Fantasia 9.. rupa2nya, dah konsert yang ke-2 dah.. Fuh, tetapi, aku macam tak berpuas hati je dengan peserta kali ini... Eh, bukan aku sahaja ye, tapi ramai.. Bila tengok di astro pun, ramai yang melemparkan comment2 negatif mengenai pelajar-pelajar kali ini. Ada yang kata seperti karaoke jamban lah, itulah, inilah.. Xbaik tau~  :")  hinggakan pihak astro sendiri akan membuat sesi pengguguran peserta. Haish.. ape2 je kan?..dah amik, nak gugur pulak.. kasihan pulak kat pelajar-pelajar nie..tp, aku rasa, ia hanyalah satu gimik je kot..seperti sebelum-sebelum ini.

Sebenarnya, pencapaian untuk menjadi finalist bagi AF dah cukup membanggakan dah.. Yelah, beribu-ribu orang mencuba nasib, tetapi, 12 seperti diatas yang dipilih.. Tahniah ye anda ber-12.. Sebenarnya, aku tak puas hati bukan sebab apa pun..just jelous je sebab dorang nie yang dapat.. Aku mengaku yang aku juga menghadiri sesi uji bakat di Bukit Jalil tempoh hari. Tetapi , nasib tidak menyebelahi aku.

Aku pergi untuk mencuba nasib walaupun aku bersendirian..fuh, drama beb masa perjalanan tu.. Aku naik train dari Port Klang sampailah ke Bukit jalil..Then, aku tak tau dah kat mana lokasi ujibakat tersebut... Setelah aku sampai ke tempat ujibakat dengan bantuan orang ramai, jam telah menunjukkan pukul 11.. fuh, banyak gila manusia yang nak jadi artis masa tu..termasuklah aku..ahhaha. then, masa nak daftar, Pen pulak tak bawak..  Jenuh meminta simpati orang2 di situ nak pinjam pen..tp, Hareem! kedekut..siap suruh aku tunggu, then, blah mcm tu ja.. #pedajal aku.. tiba2, ada sorang awek nie offer pen..ahha..nasib baik~ lepas isi borang n beratur panjang, Ada satu lagi masalah yang menimpa.. IC  tak di photostat .. ARghh! geram~ aku pun berjalan seperti orang gila di sana mencari kedai photostat..

Seperti biasa, aku masih lagi bernasib baik ketika itu.. Terjumpa seven E kat seberang jalan.. Berpeluh aku masa tu.. tengah hari la kata kan..Then, bila dah selesai..aku bergegas ke tempat ujibakat sambil berlari-lari anak ayam.. setibanya aku disana, aku tengok di meja pendaftaran dah takde orang..Cait, dah tutup Counter rupernye.. Aku redho je.. Takde rezeki kat situ.. :"(

P/S : kita perlulah rebut peluang yang ada. Jika ia sudah ada didepan mata, jangan sia-siakan.. Wslm. Selamat beramal~

Friday, April 15, 2011

Secretary lelaki Terlampau

Assalamualaikum..

Hotel Quality
Setiap bulan April, semua setiausaha-setiausaha di Malaysia telah mencatatkan di dalam dairy mereka untuk menghadiri Majlis minggu setiausaha. Tetapi, tidak bagi aku..ahhaa..kesian kan~.Bos tak bawak..Sobs2.. Tapi takpa, if aku pergi pun, mungkin aku group minority di sana.. Sebab Setiausaha lelaki terlampau sikit di Malaysia., Jarang sangat-sangat di dalam career ini.. kan?..tetapi, aku harus berbangga kerana ada majikan yang mahu mengambil aku bekerja even aku lelaki... 

Sebenarnya, menjadi secretary tak mudah seperti yang disangkakan.. Pada masa dulu, secretary hanya dikaitkan dengan kerja2 pejabat, membantu bos, menguruskan bos, ambil minit mensyuarat, membancoh kopi.. Tetapi, tidak untuk zaman kini. Kerjaya sebagai seorang secretary makin mencabar. Secretary bukan sahaja perlu menjaga hal peribadi dan harian Bos, tetapi hal2 syarikat.. Tambahan pula, secretary diberi kepercayaan oleh syarikat untuk memegang rahsia perniagaan.. Selain itu, secretary menjadi imej kepada sesuatu organisasi.Hebat bukan..?

Jika seseorang lelaki memilih secretary sebagai kerjaya..Please Go On~ Secretary lelaki boleh dikatakan seperti goreng pisang panas #hotmarket.. Di mana-mana syarikat sekarang ini, memilih lelaki dari perempuan untuk dijadikan secretary syarikat. Ini kerana secretary lelaki amat AVAILABLE.. If bos nak bawak ke follow meeting ke Australia, Korea, Japan or di mana-mana negara di dunia ini, mesti senang kan?.. Yelah, takkan bos nak bawak anak dara or binik orang untuk menemani beliau bagi menghadiri meeting kan?..ihihi..lagi pun, secretary perempuan banyak sangat ragam..contohnya ketika mereka bersalin~.. So, company terpaksa mencari pekerja Kontrak dalam tempoh tersebut kan?..

Di entry ini, aku bukannya nak bezakan siapa lagi baik menjadi secretary,.. or secretary ini satu kerjaya yang hebat..Tetapi, hanya untuk memberi semangat kepada secretary2 lelaki di luar sana untuk meneruskan perjuangan di dalam career dan juga lelaki-lelaki yang ingin menjadi seorang secretary yang berjaya.

                              
Vlog aku Berkonvokesyen [Diploma Sains Kesetiausahaan]    

P/S : Mana-mana syarikat yang berada di Malaysia, mesti memerlukan secretary. So, amatlah hot kerjaya ini..Terutamanya kepada lelaki... Selamat Beramal, wslm.


Thursday, April 14, 2011

Hon!!!! penyelamat nyawa.

Assalamualaikum..


Kejadian berlaku petang tadi..ketka aku leka Drive pulang ke rumah dari ofis.. Tiba2, selepas Fly over, ada sebuah kereta Myvi putih menghimpit kereta aku secara tiba2.. Mungkin dia tak perasan kerana kereta aku kecik kot.~..Cait, Nasib baik ada Hon.. Setelah aku membunyikan hon selama 5-7 saat.. kereta tersebut melelong-lelong mcm orang mabuk drive.. dari tengh jalan ke tepi  jalan..Aku kecut segala-galanya..Mungkin terkejut kot..hahaha .. Jika aku tak bunyi kan hon, kompom2 aku kat hospital mlm nie..sebab tengah laju masa tu.. Tanpa membuang masa ketika itu, aku pun menekan paddle minyak untuk melihat pemandu kenderaan tersebut.. Konon2nya, aku nak jeling mata kemarahan... Sekali tengok, Awek yang bawak.. Kesian pulak aku rasa..

P/S : Lelaki ke, perempuan ke, sama sahaja. Jantina tidak menjaminkan gaya pemanduan seseorang itu. Kecuaian membawa padah. Selamat beramal, Wslm.

Wednesday, April 13, 2011

ANU DALAM BOTOL BUKAN GAY

Assalamulaikum...


Bila korang tengok tajuk entry ini, korang semua dah boleh agak kan?.apa yang aku nak cerita..N confirm2 korang tahu yang aku akan cakap cerita nie amat tak best.. kan?. Secara jujurnya, memang aku mengaku yang cerita ....DALAM BOTOL tak best langsung.. bosan dan juga merapu meraban.. n jalan ceritanya jugak slow. Kalau aku masuk panggung untuk menonton, mesti rasa rugi je beli tiket RM 10 hinggit mcm korang kan.?hahaha.. tp, nasib baik aku download je dari Utube petang semalam, boleh aku tengok sampai habis dengan skip bab2 yang boleh membuatkan kita tidor..

DAri pandangan aku, cerita ANU DALAM BOTOL BUKAN GAY semata yang diceritakan didalam pembikinannya. Apabila diteliti dan juga di hayati sedalam-dalamnya, cerita ini penuh dengan nilai2 dan makna2 yang tersurat. Cuma jalan penceritaan dan gaya pengolahan yang membuatkan ia tenggelam. 

Jika sesebuah filem atau drama yang diterbitkan dengan mempertaruhkan kisah-kisah benar, pastinya ia adalah untuk memberi kesedaran dan pengajaran kepada semua orang yang menonton.. Tidak semestinya penonton2 yang terlibat dengan gejala2 yang diketengahkan sahaja yang mendapat pengajaran.. Tetapi ia adalah umum dan ditujukan kepada semua pihak. Filem ini boleh juga dikaitkan dengan moral gadis2 muda masa kini jika dipandang dari perspektif yang berlainan.. Contohnya :

Pengorbanan sia-sia
-didalam filem ..dalam botol, ia telah mengisahkan seorang lelaki lembut telah mengorbankan segalanya kepada lelaki yang dicintai sehingga sanggup mengubah jantina walaupun tidak pasti sejauh mana hubungan mereka.

-Umum.. Seorang gadis sanggup mengorbankan segalanya kepada lelaki yang dicintai sehingga sanggup menyerahkan dara walaupun tidak pasti sejauh mana hubungan mereka..


Penyesalan
-dialam filem ..dalam botol, Lelaki lembut tersebut menyesali keatas perbuatannya sendiri kerana menukar jantina sehingga terpaksa lari dan membatalkan perkahwinannya dengan seorang gadis.

-Umum.. Seorang gadis menyesali keatas perbuatannya sendiri kerana sanggup menyerahkan dara ketika dulu sehingga perkara itu boleh meruntuhkan masjid yang cuba didirikan.


Sebenarnya, banyak lagi nilai2 yang mahu disampaikan didalam filem ini seperti, kasih kedua orang tua kerana menerima anaknya seperti itu, semangat persahabatan yang ditunjukkan oleh sahabat kampungnya, dan banyak lagi...

P/S : Penyesalan amat memerikkan seperti situasi2 yang telah di ihighlight seperti di atas tadi.. Ingatlah, Jaga tangan anda gadis-gadis...dari memegang tangan, lelaki akan cuba untuk memegang benda lain... Selamat Beramal, wslm.




Tuesday, April 12, 2011

Padah pelajar tak pernah ke kelas amik periksa.

Assalamualaikum..



12/04/2011 adalah hari peperiksaan muet aku.. serius aku tak baca N practice apa2.. Lagi pun, aku tak pernah ke kelas muet..yelah, calon persendirian kan..Dah tua baru sedar diri nak amik muet.hahah~. Speaking pulak tu..dah la aku terabur bercampur baur loghat utara lagi..Cait!!!.. Tengok apa jadi besok.. Fuh,  #nervous..

P/S : Wish me luck na..ihih..Selamat beramal, Wslm.

Monday, April 11, 2011

Vlog Yang Di nanti-nanti...

Assalamualaikum...

Jom tonton Vlog Bersama NurAizuddin Shopping Di Jalan Masjid India. Kuala Lumpur.


                        
Untuk kelajuan yang maxima CLICK HERE

P/S : Nantikan episod seterusnya Bersama NurAizuddin. Selamat Beramal,Wslm.        

Sunday, April 10, 2011

Orang BerVlog, Kau pun BerVlog.

Assalamualaikum...

Dulu, ketika aku 1st time bervlog, banyak tomahan yang aku terima.contohnya,

1) ko bajet market..
2) Nak cepat naik..
3) Nak tiru macam Anuar Hadi/Mat Luthfi..
4) blogger muda tak sedar diri..

Sebenarnya, ada lagi gelaran-gelaran yang dilemparkan ke muka aku. Ahaha.#padanmuka. Biasalah, manusia kan..susah kalau tengok manusia lain maju... Ketika itu, memang aku down, tetapi dengan dorongan kawan2, kata2 semangat yang diberi, aku nekad untuk bervlog dengan cara aku yang tersendiri... Yelah, if nak maju, mesti kene hentam macam-macam dulu kan.? Lagi pun, jika diambil dari sudut positif, ia akan mematangkan diri kita sebenarnya...tak semua orang kita suka. dan tak suma orang kita suka..kan?.ihih..

                         
Ini adalah vlog aku yang paling latest. Minggu lepas punya.

P/S : Insyallah, Dengan dorongan yang diberi oleh rakan-rakan dan juga penonton-penonton, aku akan terus bervlog. Vlog adalah sesuatu yang sangat menarik. Jangan lupa, Isnin ni akan muncul Vlog yang terbaru yang telah dirakamkan sepanjang hari bersama rakan-rakan yang disayangi..ihihi.. Tunggu~.... If hampa semua nak tengok vlog yang lepas2, sila lihat di atas side bar... Selamat beramal, Wslm.

Saturday, April 9, 2011

Lelaki jambu lembik

Assalamualaikum...

Dari sudut pandangan aku yang kurang berilmiah nie, lelaki jambu adalah lelaki yang berkulit putih, comey dan lebih kearah kewanitaan wajahnya. Selain itu, lelaki jambu nie suka buat rambut ala-ala Justin Bieber. kalau membeli t-shirt, mesti memilih colour pink even tak softlan fizikalnya. Golongan ini juga akan memilih kawan2 yang setaraf dengan mereka sahaja. Cait, memilih kawan rupanya.hahah.fuh, Klu pakai skaf mcm dato siti , mesti dah mcm perempuan.hahah Sebenarnya, tak hina pun jadi lelaki jambu. tetapi, biarlah jambu yang dari azali. jangan buat pembedahan plastik n cucuk sana sini supaya nampak jambu..right?

Aku pun x sure ni laki ke perempuan..ahaha
Setelah aku membuat kaji selidik dan membuat survey kepada wanita2 mengenai lelaki jambu, mejority mereka mengatakan bahawa mereka suka akan golongan ini. Bagi wanita, golongan ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri.


Contoh soalan :

1) Awat hampa suka usya lelaki jambu nieh?

  • Sebab dorang putih, licin..
  • cute, manja...childish..
  • suka pakai tshirt pink, pandai bergaya.
  • sedap mata memandang.
  • sebb golongan ni banyak peminat...
fuh, kalau mcm tu, di negara afrika, india dan bangla tiada lelaki jambu lah kan.?.ihihih. Tetapi, test manusia tidak sama. ada yang suka lelaki yang serabai, rambut kerinting, tinggi, rendah, hitam manis, berjerawat, berkaca mata dan sebagainya.. Yelah, abis tu, klu suma suka lelaki jambu, sapa nak lelaki golongan mcm aku nie kan? ahhaha.. kesian kami dipinggirkan. Tetapi, golongan lelaki jambu jangan nak syok sangat na. soalan seterusnya belom diaju..ahhaha.


2) Pilihan suami hampa dari golongan jambu ka?
  • Tidak2...takmolah,.. lelaki jambu tak gagah.
  • eish,..dorang tak syok.. TAK GANAS!!!
  • Mereka bukan pilihan. Tak banyak bulu~
  • Dorang cerewet and OVER...Nak brended je~
  • golongan ini sesuai dijadikan kawan je`.
  • Susah kawen dengan golongan ni..asyik jadi tumpuan je.
  • takmolah..lembik mcm pondan je...
ahaha.. Korang tengok., ada betoinya jugak apa responden2 nie cakap kan?..yelah, perempuan nakkan lelaki yang boleh protect dorang..kan?..Tetapi, aku tidak bermaksud semua lelaki jambu nie lembik. Ada yang gagah perkasa. Cuma muka ja ada ciri2 kejambuan..ihihi.. Jangn salahkan ibu mengandung.. Sebenarnya, lelaki jambu ini memang ada kelebihan tersendiri. Selagi dia bijak untuk menggunakan kelebihannya kejalan yang diredhoi Allah, ia akan menjadi anugerah yang tiada pada orang lain.

Sambutan hangan bagi persoalan ini.

P/S : Tak kisah la kita nie jambu ke, macho ke, tak kacak ke, ape ke,.. Kita mestilah bersyukur dengan apa yang maha esa telah kurniakan. Even seseorang itu kacak, jambut, cantik dan sebagainya, ia adalah satu anugerah dan jika diteliti, ia merupakan satu cubaan/ujian daripada Allah untuk menguji tahap keimanan hambanya. selamat beramal, Wslm.




Friday, April 8, 2011

07/04/11 paling bersejarah

Assalamualiakum...


Kek hari lahir aku...Sedap woo..

7 April adalah hari yang paling bersejarah bagi aku. Kerana hari ini adalah hari kelahiran ku, Dalam sedar tak sedar, dah 21 tahun aku hidup didunia ini. Tetapi, masih banyak perkara yang aku belum pelajari, hadapi dan juga kecapi.  Insyallah, aku kaan buat yang terbaik didalam kehidupan di dunia dan akhirat. 

Terima kasih Mak n Abah sebab dah membesarkan BULAT. BULAT sayang mak ngn abah..!!! dan juga ucapan terima kasih kepada kenalan2 yang mendoakan kebahgiaan aku serta sahabat2 yang menyambutnya tak kira dimana mereka berada. Contohnya.. :

Terima kasih Aslan As..
walaupun aku geli tengok kek dia..ihihi.

                              
Mereka berlima ketika ini sedang belajar di University of Timor Leste,.

Saat aku menonton video ini, Air mata aku berombak-ombak di mata. Nasib baik tak gugur ke bumi lagi. Nak cover macho punya pasal~. Hati aku sebak kerana terusik dengan gelagat mereka.. Thx alot sahabat-sahabat. Even kita baru kenal, tetapi, keakraban kita seperti dah berkurun-kurun kita kenal. Sayang hampa!! CLICK HERE untuk ke entry ucapan bufday.





Ucapan bufday yang seterusnya oleh
Terima kasih Pieja. Serius aku terharu..uhuhu.. CLICK HERE untuk ke entry ucapan beliau.




Menyambut harijadi di Pejabat.
Petang tadi, majlis sambutan bufday aku dilakukan di dalam ofis aku bekerja. Serius Surprise. Sekali lagi aku sebak dan terharu... Terima kasih kakak2 n abang2 sekalian. Kerana sudi menyambut bufday saya even masih baru lagi di organisasi. Tiada apa yang boleh saya balas. Hanya ucapan ribuan terima kasih yang tak terhingga yang termampu. :")
 






kakak2 ofis aku..ihihih

Inilah bos aku..aku asistantnya. 
But, beliau bukan big bos.



Laman Sosial
Tidak ketinggalan ucapan2 selamat  kepada aku di handphone, Twitter dan jugak facebook..




P/S : Anda semua adalah pelengkap hidup saya. Insyallah. Selamat beramal, Wslm.


Thursday, April 7, 2011

Facebook akan ditutup. Ianya benar!!!

Assalamualaikum....



Semua terkejut tengok tajuk entry ini.? aku nak tegaskan di sini, ianya bukannya khabar angin. Tetapi perkara yang benar. Sebenarnya, aku tertinggal perkataan Aizuddin. ahaha.. Sorry ye, terbuat gempak satu dunia pulak.. Account Facebook Muhammad Nur Aizuddin AbdulRahman ditutup buat sementara waktu (deactive) di atas sebab2 tertentu. Ini kerana account beliau mempunyai masalah teknikal..  Beliau pun tak paham kenapa jadi macam tu. Mungkin Facebook accountnya perlukan beberapa hari untuk direhatkan..


P/S : kepada kawan facebook beliau yang berjumlah 1249 itu, beliau mintak sory jika tersalah atau terkasar bahasa dengan anda semua. Setiap manusia tidak lari dari kesilapan. Begitu juga beliau. Beliau hanya insan biasa. Tetapi, blog dan twitter beliau masih beroperasi seperti biasa. Selamat Beramal, wslm.


OK, aku edit balik post nie..aku dah on balik dah..ahhaha..Sebab business2 aku n kawan2 aku suma ada kat FB. weh, nak nangis bila nak reactive balik.. Takut kene hentam~ baik aku cabut. OKBai.

Wednesday, April 6, 2011

Panggilan hangit HOTFM tiada modal

Assalamualaikum...

Entry ringkas kali ini aku nak berkongsi dengan anda semua mengenai Hot FM.. Sebenarnya, aku adalah pendengar setia Hot FM. Bukan pasal apa pun, sebab umah aku tiada TV n yang menyedihkan, aku memang tinggal keseorangan di perantauan nie...haha.. Pagi tadi, seperti biasa, aku menunggu panggilan hangit yang dimainkan 8.45 am pada setiap hari. Kalau aku dengar panggilan hangit nie, memang berdekah-dekah aku gelak..Lawak kot...Tambah2 FBI or Fafau yang kenakan orang..ahahaha



Apabila tiba masa yang dinanti,~
 ArghH!!!rupanya2 pasal budak jual burger, ulangan 1 bulan or 2 bulan lepas punya panggilan. 
Cait, Spoil tol. Hot FM takde modal nak kenakan orang ke..?
 Persoalan nie..

Calling from Australia.. OMG!!!!

Assalamualaikum...


Salah sejahtera kalian. Entry kali ini, ingin ku berkongsi cerita mengenai kejadian petang tadi. Ketika aku leka meng' key ini invoice di office, talipon ku berdering.. *kering-kering lagu dia. dah2, aku tak larat bermadah berhelah...straight to d point na...ihihih..then, aku pun pick up call..tiba2, aku dengar mcm operator dok bercakap..sedap gila english slang dia..

Ikutkan hati, aku dah nak letak balik ja. Biasanya, klu mcm tu tak penting sangat pun panggilan, sebb operator yg cakap... Tiba2 dia tanya siapa di sana, n dia introduced diri n dari company mana *dlm BI.. BLONGKO apa tah company dia..aku tak ingat dah..lepas tu, dia tanya pulak pasai documentation2..aku dah blur n serius, aku cakap dalam bahasa melayu ja..dah jadi tabiat..klu orng ckp BI ngn aku, aku reply dlm BM ja..selalunya company dari Singapore la aku wat mcm tu..sebab dorang bukannya tak tau cakap melayu.ihihi..lagipun, aku bukannya terra ckp BI.. n bukannya pandai sangat pasal shipping2 nie..tanpa membuang masa, aku pun past kat kakak ofis aku untuk handle. Tiba2, dia past balik..aku dah terbahak-bahak gelak.. Sebab dia pun macam blur.

Tanpa merapu panjang..aku membuka kekuda slang britain aku.. Erm~Afternoon mis, if u dont mind, can u please leave your fon number n what so ever that we can contct u back. Because the person that in charge as you wish to talks is not around.. n aku pun amik detailnya. yang penting fon number..aku gitau la kat manager aku pasal benda tu..tiba2, ada sorang kakak ofis aku menyampuk... 


ko ingat murah nak call back kat Australia.. meh fon ko.. mahal tau!!!

they never pay me..
As usual, aku pun wat lawak bodooo~ Gunalah Tune Talk.

P/S : Banggalah dengan bahasa kita.. Aku dah cuba memperkenalkan bahasa melayu ke Australia..ahha.. Okay then, Selamat beramal, Wslm.



Tuesday, April 5, 2011

Agenda Pengarang HIKAYAT MELAYU

Assalamualaikum..


Hikayat
Hikayat adalah hasil kesusasteraan melayu lama. pada umumnya, hikayat dicipta tanpa diketahui nama pengarang dan tarikh dikarang. Hikayat mengadungi ciri-ciri kesaktian, keberanian dan kegagahan wira yang luar biasa. Pengarang juga melukis jelitawan-jelitawan puteri raja, kegagahan hulubalang dan bala tentera yang tidak terkira banyaknya.

Memang tak masuk akal semua kejadian2 aneh yang berlaku didalam pertempuran yang terdapat didalam sesebuah hikayat. Sebenarnya, tujuan penulis mengarang dengan cara sedemikian kerana ada agenda tersendiri. Contohnya, Puteri Gunung Ledang dan Sultan Melaka. Sebenarnya, kesahihan cerita mengenai syarat yang diminta oleh Puteri Gunung Ledang memang tidak dapat dibuktikan. Jika penulis tersebut mempunyai agenda, ramai yang tertanya-tanya mengapa penulis mengarang sedemikian kan?.. Sebenarnya, jika kita meneliti maksud yang ingin disampaikan oleh penulis, kita akan mendapat jawapannya.


Sultan Melaka sanggup memenuhi segala syarat Puteri Gunung Ledang kecuali suatu perkara. Di sini, jika kita menelitinya, si penulis mahu menyampaikan ketidakpuasan hatinya mengenai POLITIK. Sebagai contoh, Pemimpin akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan sendiri dan semestinya rakyat yang menjadi mangsa dan ditindas. Anda semua cuba bayangkan, jika Sultan Melaka bersetuju dengan syarat-syarat oleh Puteri Gunung Ledang, tenaga siapakah yang akan dikerah untuk membina jambatan yang tak masuk akal tu, dan syarat2 yang lain. kan?


Beberapa Hikayat melayu yang popular 

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

HIKAYAT HANG TUAH

HIKAYAT SERI RAMA

P/S : Melayu pada masa dulu penuh dengan adat sopan dan santun. Jika ada sesuatu perkara yang tidak puas hati, Inilah caranya untuk menyampaikan ketidakpuasan hati mereka itu. Begitu berkias dan menjaga hati masing-masing. Tetapi, tidak untuk masa kini. Dengan kemunculan teknologi-teknologi yang hebat, begitu senang untuk memaki hamun dan sebagainya. Suami isteri bercerai hanya dengan satu SMS, Saudara mara tidak bertegur sapa dengan satu post di facebook.Yang menyedihkan, budak sekolah rendah pun pandai mencarut kat cikgu dalam laman-laman sosial seperti facebook dan twitter. Kan? fikir-fikirkanlah, Selamat beramal, Wslm.



Monday, April 4, 2011

Video - shopping di gerai jualan on9.

Assalamualaikum...

Jom saksikan video yang telah disediakan..

                      
                                    

Untuk prestasi yang Maxima, CLICK HERE
Untuk video episod sebelumnya,  CLICK HERE

P/S : Nantikan episod yang akan datang.. Selamat Beramal, Wslm,.

ABPBH memilih Jenaka.

Assalamualaikum...



Sebelum mengupas tajuk entry ini secara ringkas, aku ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada pemenang2 ABPBH 2010. Terutamanya kepada pemenang keseluruhan ABPBH. Yang terharunya, beliau membawa sekali ibunya naik ke pentas. Betapa kasihnya beliau kepada ibu. Inilah adegan yang menyentuh hati di dalam ABPBH. Ia adalah  yang pertama kali aku lihat didalam sejarah ABPBH dan industri hiburan tanah air kita. Di Laman sosial pula, ramai pengguna contohnya di dalam twitter, Facebook dan yang lain-lain mengatakan bahawa ABPBH kali ini yang terbaik. Mengapa?.. Kerana Unsur-unsur jenaka dipilih.. Buktinya~..

1) Pengacara

2) Persembahan

3) Pemenang

Anda setuju.?  Tetapi, mesti ada lagi yang boleh dijadikan sebagai bukti di ABPBH untuk tahun 2010... kan? Dengan jenaka, ia boleh menjadikan sesuatu keadaan menjadi menarik dan meriah kerana jenaka mendekatkan sesuatu dengan penonton.



P/S : Percayalah, Selepas ini, Jenaka akan menjadi pilihan didalam industri hiburan di tanah air kita tak kira dibidang nyanyian, lakonan, tarian, persembahan dan tidak terlepas majlis-majlis anugerah di industri ini.. Selamat beramal, Wslm.

Friday, April 1, 2011

Jiran mungkin diculik,. Aku blur xtahu!!!

Assalamualiakum...

Semangat kejiranan pada masa kini kian hilang. Pada suatu ketika dahulu, Jiranlah menjadi tempat berkongsi masalah, kegembiraan , makanan dan banyak lagi. Tetapi, ia hanya diwaktu dulu. Jika ada pada hari ini pun, hanya wujud di kawasan-kawasan perkampungan. Tidak dinafikan ada juga dikalangan orang bandar mengambil berat mengenai perihal jirannya, tetapi ia hanya minority. Yang memudarkan semangat murni ini ialah disebabkan pemikiran dan juga kesibukan aktiviti harian. Ada juga yang tidak mahu mengambil tahu perihal jiran kerana takut di COP menjaga tepi kain orang. Aku sendiri takut dicop sedemikian.



Entry kali ini bukanlah bertujuan untuk bercerita mengenai semangat kejiranan. Tetapi mengenai jiran sebelah pintuku. Dia seorang lelaki yang masih muda berumur 20-an yang bekerja di Di westport, Klang. Aku mengaku kepada anda semua yang aku tidak pernah bertegur sapa dengannya. Apabila terserempak, aku hanya melemparkan senyuman manis bagi tidak dicop sombong. Lagipun, aku nie seorang yang penyegan dan pemalu bagi memulakan conversation dengan orang yang aku tidak kenal. So, hanya mengharap dia menegur terlebih dahulu. *sampai kesudah kami tak bertegur sapa walaupun lebih sebulan dia di kejiranan ku.

Sejak 2 menjak ni, aku jarang melihatnya pulang kerumah. Mungkin dia bekerja hingga ke malam kot. Nak dijadikan cerita, selepas aku pulang dari ofis tadi, aku melihat sebuah kereta di hadapan deretan teres rumah aku. Lalu, aku me'parking kereta bersebelahan kereta tersebut. tiba2, ada orang menegurku..

"Assalamualaikum adik" seorang makcik menegur.

"Wslm," aku menjawab tersipu-sipu.

"Adik tinggal di rumah nie ke?, adik kenal kan uddin yang tinggal sebelah nie." #bukan nama sebenar .

"kenal macam2 tu ja makcik~"..Jawab sambil menggaru kepala.

Sebenarnya, makcik itu adalah ibu kepada Jiran yang aku ceritakan tadi. Anaknya hilang hampir 5 hari tanpa khabar berita. Tidak ke tempat bekerja, Gagal dihubungi, tidak pulang ke rumah, dan boleh dikatakan tiba2 ghaib. Memang menjadi tanda tanya. Ibu dan keluarganya telah mencari di merata tempat dan bertanyakan orang-orang di dalam pulau ini. Tetapi tidak berhasil. Rakan-rakan sekerjanya pun tidak tahu mengenai keghaiban dia. Laporan polis telah dibuat dan masih didalam penyiasatan disamping ahli keluarganya berikhtiar mencari. 

Serius, aku terkejut besar. Patutlah dah lama tak nampak dia balik ke rumah. Ada sesuatu yang berlaku rupanya. Betapa ceteknya semangat kejiranan didalam diri aku. Astagfirullahallazim.. Dan sekarang, nasib dia  masih tidak diketahui. Aku bersimpati dengan keluarganya, Tambah2 si ibu, menangis mengenangkan nasib anaknya. Kes ini diserahkan kepada pihak polis. Dan harap2, pihak polis menjumpainya tanpa sebarang kecelakaan. Amin...

P/S : Kita perlu mempunyai semangat kejiranan sesama jiran tak kira warna kulit, bahasa yang dituturkan, umur, pangkat dan sebagainya. Jiran adalah orang yang terdekat yang boleh diminta bantuan jika sesuatu kecemasan berlaku. Kepentingan jiran sangatlah banyak. Perkembangan mengenai kejadian kehilangan jiran aku akan ku cerita di sini dari masa ke semasa.. Moga Allah melindunginya..Selamat beramal, Wslm.

Meluat Myspace, Touching Facebook, Sayang Twitter~

Assalamualaikum...

Tengok tajuk mcm menarik kan..? Aku percaya, ramai yang berperasaan mcm nie..ihihi..biasalah, zaman kian berubah..so, automatik pemikiran dan kemahuan kita pun turut berubah kan? tidak terlepas dengan dunia alam maya.. Setiap tahun, banyak perkara2 yang baru muncul dan perkara lama akan ditinggalkan..



Myspace...

Siapa yang tak tahu mengenainya di kalangan anak muda. Begitu juga aku.. Pada 3-4 tahun yang lepas, aku telah menggilainya dan telah mengenepikan perihal hidup sebenar aku.. Nak dijadikan contoh paling teruk,. aku selalu fly asrama masa stay di asrama sekolah teknik dulu. Boleh dikatakan setiap malam. aku mula mengenali Myspace sejak aku form 4..ketika itu, Myspace sahaja yang aku tahu untuk menghubungi dan mencari kawan2 lama/baru di lama sosial. Ketika SPM menjelma, aku tetap dengan aktiviti liar ini. Fly asrama untuk ke Cyber Cafe.. even pada esok harinya terdapat paper SPM. *klu parent aku baca jenuh kene tarik telinga.. 

Pada satu malam, aku terperangkap di luar kawasan asrama kerana Warden2 asrama telah menunggu di kawasan pagar2 yang kami selalu meloboskan diri. Aku stay di luar kawasan asrama hingga jam 2 pagi. Bayangkanlah, keesokan harinya Paper ADD Math [spm] .. Fuh, gila kentang!! Tak hairanlah result aku tidak capai target guru dan diri aku sendiri.. ArghhH!! menyesal..Tapi, nasi telah menjadi bubur....Walaubagaimanapun Alhamdulillah, kerna aku masih berpeluang menyambung diploma. Selepas beberapa tahun, aku meninggalkan Myspace setelah aku bertemu dengan Facebook. *seperti kacang lupakan kulit..ahhaha.. Mana taknya, Aplikasinya makin hari makin menyusahkan selain terlalu berat. #Cait.


Facebook..

Sekarang nie, laman sosial yang paling popular di dunia adalah Facebook @ mukabuku. Memang sangat popular. Even anda ke Timor leste, ia juga dikenali di sana. Kini, facebook telah menjadi satu fenomena yang hebat.  Facebook telah menjadi satu perkara yang terpenting didalam kehidupan. Jika pengguna facebook ber' reunion, jumlahnya kurang sedikit daripada negara yang mempunyai penduduk paling ramai didunia. Ada yang membuat statement bahawa jika facebook ditutup *seperti diwawarkan pada 15march, ada yang tidak boleh hidup dan tidak tahu bagaimana dengan kehidupannya pada masa hadapan.. Kelakarkan..? Actuly, aku pun tak tau nak isi masa luang jika facebook dah ditutup. tp, mujurlah ia hanya kabar angin yang kurang asasnya.. Facebook juga telah menjadi satu perantaraan kepada badan2 kerajaan dan sebagainya di dalam sesebuah negara bagi memudahkan proses pengurusan dan banyak lagi disamping ia adalah sesuatu yang mesra pengguna. Selain itu, Kawan2 lama kembali bertemu..Memang ia digunakan sebagai medium menjejak kasih..hahha..

Tetapi, sejak dua menjak ini, ada sesuatu yang tidak kena kepada facebook. Tiba2, facebook menjadi sukar untuk digunakan bagi pengguna untuk berhubung. Mungkin proses penambahbaikan oleh Abang Mark..hahaha.. Apa pun tindakan yang dilakukan oleh mark, aku dah merajuk dengannya.. Lagi pun, facebook mempunyai banyak keburukan walaupun jelas kebaikan diutamakan untuk perdebatan. Contohnya, maklumat peribadi pengguna terlalu mudah untuk disalah guna oleh orang yang tidak bertanggungjawab.. kan? iesh2~Tetapi, aku tidak meninggalkan facebook, kerana inilah satu-satunya cara untuk aku berhubung dengan rakan-rakan dan mengetahui perkembangan serta aktivity2 semasa mereka. Boleh dikatakan semua kawan2 aku ada facebook.


Twitter..

Sebenarnya, aku baru lagi dengan menatang nie..ahhaa..serius, aku sering tersesat di twitter. Yelah, benda baru kan.. memanglah jadi mcm tu..Adat newbie katakan..ihihi.. Tetapi, makin hari makin aku sayang kat twitter. Sebab ia simple disamping terlalu mesra pengguna. Maklumat yang disampaikan oleh pengguna lain pantas diperolehi dari segi prestasi kelajuannya..tp, aku masih belajar untuk menggunakannya.. lagipun, jika kita main tweet2 nie, dah rasa mcm artis la pulak.. sebb #syoksendiri...ihihih...



P/S : walau apa pun jenis laman sosial yang muncul dan bakal muncul, janganlah kita terlalu obses dengannya.. Ingatlah, alam yang patut diberi keutamaan adalah alam reality dan alam kematian kelak.. Selamat beramal, Wslm.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...