Thursday, March 31, 2011

Inspira Bukan. Inspirasi pun bukan, tapi Kegigihan Beliau.

Assalamualaikum..

Waktu ini, aku masih di ofis,. Memandangkan kerja tidak begitu sesak, seperti biasa, aku cuba-cuba  untuk meng' updte blog. Tetapi, untuk kali ini, ia agak istimewa. Aku tidak akan menceritakan perihal diri di entry ini, tetapi perihal tepi kain orang lain.. 

Beliau adalah seorang graduan dari Universiti Utara Malaysia dan tinggal di Bangi. Beliau lahir pada 20 January tahun 19**.. (tahun dirahsiakan)ihih.. Actuly, beliau berpangkatkan kakak kepada aku, Tetapi dek kerana cara pertemuan kami seperti kawan, aku tidak memanggilnya kakak dan membahasakan diri aku sebagai adik.. *bukan kurang ajar tetapi aku dah anggap beliau sebagai kawan yang masuk dengan kepala aku..

Mesti anda semua pelik kenapa aku nak Promte beliau.. Kan?..Sebenarnya, dari pemerhatian aku, Beliau kelihatan begitu gigih. Jika anda lihat bilangan followers blog beliau pun tidak begitu meriah.. Tetapi, beliau sentiasa update blog. Aku pernah terdengar kata2  yang keluar dari mulutnya, Tak kisah followers sikit, janji masih ada yang mahu membaca.. Apabila digodek-godek blognya, memang banyak isi-isi dan intipati2 yang menarik. Contohnya mengenai kehidupan beliau yang boleh dijadikan tauladan, Mengenai semangat persahabatan dan banyak lagi. Perkataan-perkataan yang digunakan juga menunjukkan kematangan beliau. tak mo komen banyak2, korang tengok lah sendiri..ihihih..



Beliau yang dimaksudkan ialah Nadiah Bt Ayob...


Inilah pemilik blog yang dimaksudkan...


Jom kita melawat beliau~


P/S : Kegigihan adalah kunci kejayaan selain elemen2 positive yang lain. Selamat Beramal, Wslm.

Video yang dinanti-nanti....

Assalamualaikum...

Jom layan video yang disediakan nie... :")



       
Untuk kelajuan yang Maksima, CLICK HERE

P/S : Moga anda semua ceria-ceria selalu.. Selamat beramal, Wslm.
           

Wednesday, March 30, 2011

Akhirnya, kau ku dakap sayang...

Assalamualaikum...

Apa Khabar semua..sekarang nie, aku dah tak leh on9 malam..Brodband aku lingkup..tension gila aku...Hanya berpeluang untuk update blog masa di ofis.. Ini pun cover-cover..takut terkantoi..ihih... Akhirnya, kau ku dakap sayang [DIPLOMA]...ihihih.. Insyallah, lepas nie, aku akan sambung pengajian untuk mempunyai segulung ijazah.. Aku dah tak larat jadi Secretary... :"(













P/S : Kita kene cari peluang..Bukan peluang mencari kita.. Selamat beramal, Wslm
*Camera Man : Tetopek.

Tuesday, March 29, 2011

Mereka adalah blogger, Salahkah?....

Assalamualaikum...

Entry kali ini, masih berkenaan konvokesyen..

Tia
Tetopek
Kyerul

Kami berempat lahir pada tahun yang sama, belajar di poly yang sama..dan pengambilan batch yang sama. Yang manisnya disini, kami mempunyai minat yang sama iaitu Berblog..Itu je nak kasi tau..ihih..#OKBAI

P/S : Belajarlah hingga ke liang lahat..Wslm, Selamat Beramal....

Satu2nya lelaki Berkonvokesyen.


Assalamualaikum...

Malam nie, aku nak share berkenaan konvokesyen lagi..banyak betoi benda yang aku nak membebel kat sini..ihihih...meh tengok gambar nie...






Hampa suma mesti kata aku gedik bergambar bersama perempuan kan..semua gambar aku dengan perempuan..hahaha..Yelah, mana taknya..Aku sorang ja kumbang dalam kelas..yang lain semuanya bunga.. Satu lagi fakta aku nak kasi tau pasal konvo kali nie.. Aku adalah satu-satunya lelaki bagi graduan sesi January didalam Diploma Sains Kesetiausahaan.. bila beratur untuk naik ke pentas, Aku sorang ja lelaki yang terselit..Serius aku segan..Parent orang lain pandang lain macam ja..ahahha..Apa pun, aku tak kisah,..aku terus melangkah tegap sambil cover macho masa naik ke pentas untuk mengambil folder.. Gila kentang kan?hahaha.

P/S = Even dimana kita berada, halangan dan rintangan, kita mesti tempuhnya untuk mengecapi kejayaan. Selamat beramal, Wslm...


Monday, March 28, 2011

Kunci locker hilang. Baju konvokesyen didalam. Majlis hampir bermula!!!!!

Assalamualaikum...

Dah hampir 5 hari aku tak update dek masalah teknikal yang melanda..mana taknya, line Brodband langsung tak dak. Tension betoi aku sebab tak leh on9..Seperti yang anda semua sedia maklum, aku ke politeknik untuk menghadiri majlis konvokesyen untuk diploma. Konvo beb, mcm tak percaya dah lepas..tetapi, ada cerita disebalik Peristiwa ini.

Selama 4 hari di sana, aku menginap di bilik junior aku. Tp, dorang sumanya balik kg. n tinggallah aku terkontang kanting keseorangan di bilik mereka. Malam sebelum majlis konvokesyen, aku lepak dan mengusya- usya suasana didalam poli.Mcm2 ada..Autoshow paling meriah pada mlm tu.

Jam menunjukkan 11 mlm. aku mengambil keputusan untuk pulang ke bilik sebab baju2 konvo untuk keesokan harinya masih belum di 'iron. Rakanku Tetopek yang sudi menemani ketika konvokesyen bagi menggantikan kehadiran ahli keluargaku ada bersama. Setibanya di hadapan bilik, Kunci bilik hilang!!!..cait..jenuh mencari kunci tersebut di tapak pesta. Masalah paling besar ialah kunci loker turut hilang. Dah la baju konvo n bagai ada didalam.. Serabut aku weh.~

Kami dapat masuk ke bilik setelah meminta pertolongan penghuni bilik sebelah. Tetapi, aku masih sunsing.. Sebab loker masih belum dibuka. Dengan ketangkasan yang ada kepada seseorang lelaki, aku & Tetopek menggunakan sepenuh kudrat yang dikurniakan bagi memecahkan mangga yang meng 'lock pintu loker. Setelah beberapa lama, Kami berjaya menghentak mangga tersebut. Finally~

Pukul 4 am baru aku tidor. Hampa bayangkanlah, besoknya, dah kene Q pukul 7 setengah. Memang menjadi adat orang tidor lewat, pasti bangunnya pun lewat kan?..Itulah terjadi kepada aku. itupun nasib baik Clasmte aku Call, klu tak, tak konvo lah aku..Bersiap dengan ala kadar., Berbekalkan muka seperti bangun tidor,.. Aku berlari seperti mahu terbang di udara bersama jubah yang ofcos berterbangan. Nasib baik sempat sampai sebelum perarakan masuk ke dewan.Fuh,..

Giliran ke- 526..nasib baik jauh lagi..
apa pun nak mention yg nama aku panjang..paling panjang masa tu kot..ihihi

P/S : Itulah kenangan aku sebelum konvo. Memang kelam..ahhaha..Nantikan video Bersama aizuddin mengenai konvokesyen tak lama lagi..Selamat beramal, Wslm.

Thursday, March 24, 2011

Konvokesyen tidak bermakna..

Assalamualaikum..

Entry kali ini bukan mahu menagih simpati, mahupun dikasihani..tetapi, hanya ingin berkongsi. Detik demi detik dihitung.. Jam demi jam berlalu.. Hari yang di nanti dengan penuh kesabaran selama hampir setahun kini menjelma..Bukan hari raya, Bukan hari lahir, mahupun hari - Mau.. Tetapi hari kemuncak kecemerlangan pengajian. Hari menuju puncak kata si Tia... Konvokesyen Untuk penganugerahkan Diploma aku yang pertama.


Ketika konvo menjelma, semua orang berbahgia..suma orang bergembira..menanti dengan penuh Kegembiraan dan kepuasan kerana berjaya menamatkan pengajian. Tetapi, bagi aku ia kurang bermakna. Bukan aku tidak bersyukur menamatkan pengajian, tetapi kerana hati yang gundah gulana. Sedih mencengkam jiwa.. Jiwa penuh kekecewaan. Perasaan penuh kedengkian. Dengki pada mahasiswa yang lain.

Dulu, ketika aku masih di tempat pengajian, aku selalu mengambil bahagian didalam pengurusan berkaitan hari konvokesyen. Kerana aku ingin melihat senior2 ku yang telah berjaya mengharungi ranjau kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi. Apabila melihat mereka melangkah keluar dari dewan, langkah mereka terlalu teguh, riak muka mereka terlalu bangga kerana mereka telah memiliki penganugerahan daripada berkat usaha selama bertahun lamanya. Apabila mereka bersalam-salaman dengan kaum keluarga,. Ibu bapa mereka mengalirkan air mata. Bangga melihat zuriat mereka berjaya.

Aku hanya memerhati dari jauh apabila situasi itu berlaku. Didalam lubuk hati ku, terdetik persoalan pada diri, Adakah aku boleh menghabiskan pengajian. Adakah aku boleh membanggakan kedua ibu bapa aku seperti mana senior2 ku. Tiba2, hati aku sebak. sebak kerana terlihat aksi mereka  dipeluk dan dicium kedua ibu bapa. Restu ibu bapa adalah segalanya..

Mesti anda semua terfikir dan tertanya-tanya kenapa aku emo tiba2.. Sebenarnya, kedua ibu bapa aku tidak dapat hadir dihari konvokesyen aku pada hari ahad ini. Kerana kesihatan Ibu aku tidak mengizinkan. Melihat ibu bapa orang lain hadir pasti aku akan mengalirkan air mata. Hati aku memang sekeras batu kerikil, tetapi, jika berkaitan dengan perkara-perkara ini, hati aku bagaikan terdapat taman. Terlalu mudah pipiku dibasahi air mata. Tapi, apakan daya.. Semuanya ada hikmahnya. Yang maha esa telah mengaturnya..AKU REDHO.

P/S : Ibu bapa kita adalah segalanya.. Tanpa mereka di dalam sesuatu perkara, secara automatik ianya menjadi tidak lengkap. Bagaikan ayam kehilangan paruh..Tetapi aku paham, Kekangan yang datang ada hikmahnya.. kepada rakan-rakanku yang bakal menerima sijil atau diploma pada majlis konvokesyen ini, Tahniah diucapkan...Selamat beramal, wslm.

Wednesday, March 23, 2011

Blogger cool bersantai bukan di pantai.

Assalamualaikum...

Jom saksikan video Bersama NurAizuddin yang seterusnya.. episod kali ini ialah Blogger Bersantai Di Hujung Minggu..



                              

P/S = Nantikan episod yang seterusnya..Selamat beramal, Wslm.

Vlog mempromosikan Blog.

Assalamualaikum...

Kawan-kawan, jom kita saksikan video yang dirakamkan salah sebuah taman yang terdapat di Putrajaya. Layan~~


                                    

P/S : Jangan lupa melawat mereka-mereka seperti didalam ini ya.. Selamat Beramal, wslm.

Tuesday, March 22, 2011

Serius aku tak sangka..Mimpi ka nie?? dupdap2 nie..

Assalamualaikum...

Pada tengah hari tadi, aku selesai upload video yang aku edit dengan tangan aku sendiri. berbekalkan live movie maker, aku berjaya menyiapkan dalam masa 5 jam. Video ini tidak akan terjadi jika tanpa bantu kawan ku yang memainkan peranan sebagai kamera man BIDAN TERJUN...Jom tonton kawan-kawan..


                     
Bersama NurAizuddin - Shopping bajet di area Bukit Bintang KL.



Selepas 14 jam di upload, aku terperasan sesuatu yang mengejutkan aku...

baca masage yang ditulis..

P/S : korang suma mesti kenal mereka berdua nie kan.. Memang tak disangka-sangka.. Rupa2nya, ada jugak yang nampak hasil usaha aku selama ini.. kawan-kawan, jom kita berusaha lagi untuk meningkatkan prestasi kita.. Sama-sama kita ikhlas untuk mencapai impian... Selamat beramal, Wslm.



Kepercayaan karut.. Anda jangan percaya!!!

Assalamulaikum...

Malam yang hening ini, terdetik dihati untuk berkongsi cerita yang berkaitan dengan Adat. Dan aku akan fokuskannya dengan kepercayaan yang diamalkan oleh segelintir orang melayu pada masa ini pada majlis perkahwinan.  Untuk memendekkan cerita, aku teruskan dengan contoh untuk anda semua lebih memahaminya.


Amalan menolak/mengelak hujan ketika majlis perkahwinan..Berbagai-bagai cara yang dilakukan mengikut kawasan, keturunan dan sebagainya untuk perkara sedemikian. Kononnya, hujan akan behenti atau berpindah ke tempat lain. 

Jika kita ke Kawasan2 kampung mesti perkara ini tidak asing di sana. Sebenarnya, ketika majlis persandingan abang aku dilakukan.. Hari menjadi mendung. Tiba-tiba ada seorang makcik menyuruh membaling baju buruk pengantin ke atas bumbung. Aku tergelak dan membangkang perkara sedemikian dilakukan. Kita kan orang islam,..dah trang tang tang didalam Al-quran mengandungi doa untuk tujuan itu...kan?..Sebenarnya, banyak lagi kepercayaan yang karut dan boleh merosakkan akidah kepada siapa yang mempercayainya. Cuma sedar dengan tidak je..Tetapi, kadang-kadang perkara sedemikian terpaksa dilakukan juga oleh segelintir masyarakat kita kerana ia adalah adat. Biasalah tu..Melayu penuh dengan adat..

Adat yang jelas menyimpang dari agama islam dan masih berlaku ketika ini adalah adat ketika majlis perkahwinan..Tepung tawar lah, baling duit syiling lah...tabur beras kunyit lah..dan macam2 lagi..kononnya, ingin menolak bala dan sebagainya..Serius, memang menyimpang jauh.. Di samping terdapat unsur2 pembaziran.. Kan tak elok tu.,,

P/S : Adat boleh dikekalkan selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama kita.kan?  Selamat beramal, Wslm.

Monday, March 21, 2011

Shopping bajet di BukitBintang KL.

 Assalamualaikum..

Episod 1. Racangan tajaan zudientstory.blogspot.com.. Bersama NurAizuddin - Shopping bajet di BukitBintang KL,. Jom kita tonton..

                        
Untuk kelajuan melampau CLICK HERE   

P/S : Nantikan Episod bersama NurAizuddin yang seterusnya.          

Sunday, March 20, 2011

Aku ke Ujibakat Pengacara TV3

Assalamulaikum..

Fuh, memang penat hari ini. Yelah, pergi Audition di Sri Pentas untuk menjadi pengacara TV3..ihih.. *cait, mcm tak percaya je masuk Sri Pentas TV3 tadi.. 1st time woo..slalu tengok TV3 dalam TV ja..ihih.ada hati konon nak melibatkan diri dengan TV3..Tp, apa salahnya kan..mencuba.. Belum cuba belom tahu..kan?

Aku tak mengharap pun untuk dapat. Lagipun, aku memang tak terfikir untuk menjadi pengacara TV. Aku dah selesa dengan karear aku sekarang..Tapi, Demi menyokong kawan-kawan, aku menemaninya untuk diujibakat..tetapi, sambil menyelam minum air la kan.ihih.. *serius..nawaitu aku untuk memberi sokongan moral kepada kawan aku..Tetapi, aku agak terkilan kerana tidak diberi peluang untuk mempersembahkan  pertuturan dengan jayanya..Yelah, xsampai seminit, aku dah disuruh keluar..Suruh tunggu panggilan telefon katanya..Tak sempat aku nak menyelesakan diri ketika itu..Mungkin aku tiada pakage muka kot..ahhha..apa pun, tak kisah la..janji dpt bergambar mcm di bawah ni..ihihih..


Borang Ujibakat.



Sempat lagi bergambar di pintu hadapan Sri Pentas




171..no giliran aku. kul 3 lebih baru dipanggil..haha..


P/S : Anda semua akan terfikir yang aku nie nak wat ayat cover sebab cakap juri tak kasi peluang kan..Sebenarnya, setibanya aku dan kawan aku sampai disana dari lunch di kedai mamak..giliran nombor yang kami daftarkan sebelah pagi dah hampir..dan kami meluru ke surau sri pentas TV3 untuk menunaikan kewajipan dahulu..Bila turun je, dah kene masuk bilik ujibakat sambil termengah-mengah mengejar masa..Rezeki ada di mana-mana sahaja kan?ihihi..selamat beramal, Wslm

Saturday, March 19, 2011

Bukan blog dihentam, tetapi kereta..

Assalamualaikum...

Fuh..Malang sungguh nasib hari ini. Excident WooooiiII!!! "lagi"...selang barapa bulan ja, aku kemalangan lagi.. Beberapa bulan yang lepas, kereta Proton Satria hentam bumper belakang kereta aku..Cait, dia langgar aku, tp, aku yang kene bayar kat dia..yelah, aku mengaku salah sebab reverse tak tengok belakang...

Tetapi, hari ini terbalik pulak..Orang yang tak pandang belakang masa reverse..Ketika aku menunggu  kakak ofis di hadapan Bank~,. BuummMM!!! Kemek pintu belakang kereta yang aku pandu. Kereta tersebut milik Ofismate aku..Memang aku cuak..Tp, nasib baik pemandu pajero yang me'reverse sesuka hati tadi mengaku salah dan berjanji akan membayar ganti rugi.. dia dah deal dah dengan empunya kereta..Nasib baik semua dah settle dengan aman..Kalau tidak, berpuasa lah aku sebulan..hahahha...Amin, Alhamdulillah...



Ketika kejadian, aku memang tidak boleh berbuat apa-apa.. Sebenarnya, di hadapan kereta yang aku pandu terdapat sebuah kereta yang sedang reverse untuk keluar parking..Sedang aku leka menunggu kereta tersebut selesai untuk keluar, tiba2, ada seorang lelaki india menuju dengan kelam kabut ke arah sebuah pajero..pajero tersebut di dalam petak parking dimana aku menghalang keretanya keluar... 

tiba2, engine pajero tersebut dihidupkan dan lampu riverse menyala dan terus meluru ke kereta yang aku pandu..Aku menjadi cemas..Aku mengenakan gear 1 untuk mengelak..tetapi, ada kereta di hadapan aku sedang reverse..dan aku mengambil keputusan untuk reverse juga..tetapi pajero tersebut terus meluru ke kereta. Jika aku meneruskan niat untuk reverse tentu tidak sempat jugak untuk mengelak..Jadi aku mengambil keputusan untuk menekan Hon...

PoooonNNN!!!~ agak panjang aku menekan..tetapi, tiada hasil dan pajero tersebut Meluru dengan lebih laju..BumMM!!! bergoyang kereta yang aku naiki tadi..dan semakin kuat hentaman yang dilakukan hingga kereta seperti bergenjak ke tepi..Ya ampun!!! Lagi pajero itu menekan minyak..mungkin dia penik kot..Fuh,..Kemek kereta sambil cat yang licin di pintu bertukar colour!!!

P/S = berhati-hatilah di jalan raya..Selamat beramal, Wslm.

Friday, March 18, 2011

Banjir tidak bermakna Kenduri cancel..



Assalamualaikum...

Entry kali ini, aku nak menayang gambar persandingan Abang yang ke 5 aku..Tetapi, sebelum ini, aku ada membuat entry mengenai banjir yang berlaku di malam sebelum majlis dimulakan..Alhamdulillah, air suruh dan persiapan diteruskan walaupun ia dilakukan di pagi harinya.. *memang kelam kabut sikit...ihihi..Jom usya2 gambar yang sempat diambil...


Ketibaan raja sehari



Perarakan masuk raja sehari



Tepung tawar.. *aku tak sure betol ke tak spelling nie.





Bagusnya peng apit melayan pengantin..ahah..


Adegan suap menyuap..


Ececeh..suap lagi depa nie..


Serius aku tambah masa nie..sebab pengantin pun tambah..ihihi..
Makan pakai tangan  memang  penaik selera..ihih



Pengantin penat...hahahah



Persandingan di pelamin..



Di pelamin lagi...



Pengantin dan Mak..



Menunggu orang datang baling bunga2 nie.. *ape tah nak menyebutnya.~



Baru aku tau abang aku nie suka bergambar..kahkhakah..


Sempat lagi tu..
      


Hafizul Abdul Rahman  & Nadzirah Nadzri


Rakan aku yang memeriahkan majlis..



Lagi gambar Rakan yang memeriahkan majlis.


P/S : Kalau ada sesiapa yang nak kahwin n nak menangis tengok gambar tak jadi..,meh panggil aku..ihihi.. Selamat beramal, Wslm.

Thursday, March 17, 2011

Shooting ketika matahari terbenam..Puas!!!

Assalamualaikum..

Semalam aku shooting di satu tempat yang menarik..fuh,  menunggu matahari terbenam...walaupun penat, aku dan kawan aku berpuas hati dengan hasilnya even ada peralatan yang tertinggal..hahaha..Apapun, jom tengok gambar2 di bawah ni..

















P/S : Sebenarnya ini adalah area pelabuhan di Pulau Indah dan kami berada di tengah2 flyover yang masih belum beroperasi.*gambar tidak diedit. Selamat beramal, wslm.

Wednesday, March 16, 2011

Bencana oleh manusia lebih digeruni daripada Bencana alam.


Assalamulaikum..

Sekarang ini, sibuk di dada akhbar dan juga di media-media elektronik menyiarkan berita perkembangan keadaan di Jepun yang dilanda Gempa bumi kuat dan juga Ombak besar Tsunami. Akibat dari bencana alam tersebut, tercetus satu lagi bencana yang menyusul. Ia berkaitan dengan loji nuclear. Jika ia musnah keseluruhannya, mungkin akan mengakibatkan bencana besar yang lebih hebat dari bencana alam yang berlaku. Loji nuclear lebih merisaukan dari Bencana gempa bumi dan Tsunami. Ini kerana radiaksi nuclear hanya terapung di udara dan boleh kemana2 sahaja... Jom kita lihat kembali sejarah empayar Jepun berkaitan nuclear iaitu sejarah perang dunia kedua.

Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuclear yang ditujukan terhadap Empayar Jepun oleh America syarikat sewaktu Perang dunia ke II. Pada 06/08/1945, senjata nuclear "little boy" dijatuhkan di bandaraya Hiroshima, diikuti pada 09/08/1945, bom nuklear "Fat Man" digugurkan di Nagasaki. Dalam sejarah peperangan dunia, inilah satu-satunya perang yang melibatkan serangan nuclear.

Akibat serangan dasyat ini, Sebilangan mayat mangsa terbakar sehingga sukar dicam dan mayat-mayat tersebut dilupuskan dalam pembakaran besar-besaran. Menurut anggaran, pengeboman di Hiroshima membunuh kira-kira 70,000 orang akibat kesan letupan itu. Anggaran bilangan yang terkorban bertambah menjelang akhir tahun 1945 dari 90,000 hingga 140,000, akibat terbakar, penyinaran, dan penyakit dari kesan radiasi nuclear tersebut. keadaan diburukkan lagi dengan sumber ubat yang tidak cukup. Anggaran diteruskan dan mencatat sebanyak 200,000 orang mati menjelang tahun 1950 akibat penyakit barah dan kesan jangka panjang yang lain. 

Bilangan untuk Nagasaki lebih rendah kerana rupa bumi di sana mengurangkan impak pengeboman dengan bilangan yang terkorban dianggarkan dari 40,000 hingga 75,000 orang. Di kedua-dua bandaraya tersebut, kebanyakan mangsa merupakan orang awam. 










P/S : Nuclear adalah bencana buatan manusia sendiri..Fikirkanlah sejenak..
Selamat beramal, wslm.

Banjir-pelamin persandinganku musnah.

Assalamualaikum..

Hari ahad yang lepas, adalah hari persandingan abang aku. Tetapi, malam sebelum persandingannya, banjir melanda rumah akibat daripada hujan lebat yang tidak berhenti. *jenuh kelam kabut..didalam fikiran pemilik pelamin, Pelamin persandinganku musnah jika hujan tidak berhenti dan air semakin dalam. Syukur Alhamdulillah, sebelum beberapa jam majlis bermula, aku surut dan majlis diteruskan...










P/S : Kawan-kawan, nantikan gambar persandingan dirumah aku pula ye...akan diupload pada next entry.Selamat beramal, Wslm.

Tuesday, March 15, 2011

Amatur buat job??? menangis pengantin!!!

Assalamualaikum..

Mempersembahkan foto2 yang telah diambil oleh seorang amatur..ihih.. even ketika itu sebagai pengapit abang aku, sempat juga jadi jurufoto..ihihi...Foto2 ini diambil ketika kenduri di rumah pengantin perempuan dimana pasangan pengantin kakak dan adik disandingkan bersama. Sebelum itu, nak terangkan skit berkenaan tajuk..Aku tak buat job okey, ini hanya riang ria mengambil gambar..Keputusannya trang tang tang di bawah ni..



Abang dan kakak ipar aku..


Biras dan kakak ipar abang aku..



































P/S : Nantikan gambar persandingan di rumah aku pula ye..dan juga outdoor shooting... *dari peluh tangan aku..ihih.. *kualiti gambar disabotaj ketika upload.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...