Sunday, February 27, 2011

Era hentam menghentam...Fuh~ BooMM!!

Assalamualaikum...

Perjalanan berblog walking aku terhenti apabila terbaca entry-entry yang memang panas. dan tiba2, terdetik aku ingin mencoretkan sesuatu mengenai masalah ini. Aku tidak perlu untuk membidas mahupun melatah, tetapi aku ingin memberi pandangan kepada sesiapa yang boleh menerimanya. Sebenarnya, aku bukan nak menyibuk atau menjaga perihal tepi kain orang. Tetapi ingin memberi semangat kepada orang senasib...



Gambar dari en. google.credit to azizwan.com

Hentam menghentam adalah satu perkara biasa didalam dunia blog. Aku pasti, ia tidak pernah berhenti. Yelah, tak semua orang berpuas hati dengan hasil kita. dan bukan senang kita nak puaskan hati semua orang. Jadi jika kita meneliti dan memperhalusi perkara tersebut, kelihatan kebaikan lebih dari keburukan. Aku bukannya ingin memandai-mandai. Jauh sekali ingin mereka cerita. Tetapi ia daripada pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Daripada pengalaman, ia boleh memotivasikan diri. Dan daripada motivasi, ia boleh mempertingkatkan keyakinan diri.(the best teacher is experiance.)

Jika kita faham, hentaman berlaku disebabkan oleh seseorang yang ingin menegur/nasihat. Tetapi, dengan cara yang lebih kasar. Ia berpandukan kepada fikiran masing-masing. Kalau seseorang yang dikritik itu mengambilnya sebagai suatu terguran, ia boleh diklasifikasikan sebagai sesuatu yang positif. Tetapi jika seseorang yang dikritik itu mengambilnya sebagai suatu hentaman, ia akan diklasifikasikan sebagai sesuatu yang negatif.

Sebenarnya, kita tidak boleh mengambilnya dari sudut negatif. Ini kerana ia tidak akan membantu kita untuk terus berjaya. Jika anda mengkaji, Si pengkritik-pengkritik hebat ini adalah seseorang yang peka dan seseorang yang mempunyai nawaitu yang baik. tetapi, cara penyampaian mereka tidak boleh diterima. Mungkin terlalu kasar. Untuk mengelakkan kita berfikiran negatif, kita boleh menganggap bahawa si pengkritik mahu melihat kita tampil dengan sesuatu yang lebih baik. Kerana mereka ingin melihat kejayaan kita kelak. Tetapi, jika nama kita siap dinyatakan oleh pengkritik, ia bermakna para pengkritik memang bersungguh-sungguh ingin melihat kejayaan cemerlang kita.

Aku pernah dikritik hebat dan telah menyebabkan aku 'down habis. dan sampai 2 entry ditujukan khas untuk aku. Tetapi, yang aku tidak dapat mengesannya, entah la ada berapa..ihihi. Walaupun kita cuba mempertahankan diri kita, kita tidak boleh membalasnya dengan cara yang diterima.tetapi dengan cara yang sebaliknya. Jika orang membaling kita dengan batu, kita seharusnya membalingnya kembali dengan bunga. Tetapi, tanggalkan pasu dulu.ihihih..*pinjam ayat dari seorang blogger.. Apabila kita cuba mengambilnya secara positif, kita akan mendapat kebaikan daripadanya. 

Kita tidak boleh melawan api dengan api..nescaya ia akan bertambah marak dan boleh mempengaruhi sesuatu yang lain. 

Jika kita melawan api dengan air, memang ia berkesan. Tetapi, akan ada tempias yang berpanjangan.

Kita juga boleh tidak berdiam diri kerana api akan terpadam dengan sendirinya. Memang  perkara tersebut boleh reda. Tetapi, kita tidak boleh mendapat manfaat daripadanya.

Cara terbaik bagi aku adalah, kita perlu cuba untuk mengecilkan api tersebut. ini kerana api,
 kecil-kecil menjadi kawan, besar-besar menjadi lawan.
nescaya, kita akan mendapat manfaatnya.


P/S : Sesuatu perkara yang berlaku perlu dijadikan sebagai iktibar. Supaya kita tidak akan melakukannya kembali kelak. Kita boleh menasihat seseorang, tetapi, lebih manis jika kita menggunakan nasihat itu terlebih dahulu. Selamat beramal, Wslm.





Saturday, February 26, 2011

Oh, call me Looser. L:")

Assalamualaikum..

Arghh..sakit tengkok..ini semua akibat daripada salah bantal..eh, salah bantal?.Actuly, aku pun tak sure salah bantal macam mana. Sebab memang hari-hari aku gunakan bantal yang sama.Uish, pelik betol..Pagi yang damai ni, aku tergerak hati untuk membuat entry ini. OK, kali nie, aku janji tak taip panjang2 dah..ihihih.sebab entry2 aku biasanya sinonim dengan perkataan "pembaziran masa". Yelah, masa reader untuk berBlogwalking habis disini if anda membaca entry hingga ke penghujungnya., :)

Looser!!!!!!!!!!!!!!!!
ahahhaha...aku telah menerima satu komen yang menyatakan aku sedemikian. Wah, cantik sungguh bahasa beliau. tetapi tidak mengapa. Sebagai seorang blogger, kita tak seharusnya cepat melatah. (tetapi, aku dah melatah dah aritu..hahah..kene hentam habis..ini pun salah satu sebabnya...) aku pun tak tahu kenapa tergamak dia panggil aku tak guna..Sebenarnya, ini adalah 1st time aku menerima kritikan yang hebat sebegitu. Sebelum ini, orang senang dengan kehadiran aku dimana-mana aku berada. Kerana bijak membawa diri..Tetapi, yang tak boleh terimanya, orang yang tidak mengenali aku berkata begitu. Wah, aku kurang pasti. Samada diri aku yang looser or penulisan aku..beliau tidak menyatakannya. Tetapi, apabila aku melihat penulisannya, Wallahualam..aku malas berkata-kata..beliau sendiri boleh membezakannya. Tapi, aku berterima kasih kepadanya kerana dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan, aku menjadi semakin kuat..Sebagai seorang yang lebih lama, tidak perlulah melatah keterlaluan sangat. kerana anda adalah role model didalam dunia penulisan bagi kami yang masih hijau..dan kerana beliaulah aku bersemangat mencoretkan penulisan. kerana aku tahu ada orang yang memandangnya. Tetapi dunia blog ini penuh dengan agenda tersendiri. tak semua orang lurus didalam penulisan.Fikir-fikirkan lah~..

Seterusnya,
aku mendapat coment pembakar semangat even pada mulanya aku diceramah dan dikritik hebat,.tetapi, apabila beliau membaca entry aku seterusnya, beliau berkata-kata lagi.tetapi dengan cara yang betol dan boleh dikatakan sebagai nasihat seorang abang kepada adik..Cewahh~..ihhih.Kerana beliaulah aku mendelete entry aku yang mereka-mereka menganggap sebagai bodoh sombong. yelah, alasan yang sinonim dengan diri aku, ingin menjaga sensetivity orang keliling.Ini salah satu koment yang membuatkan aku lagi suka menaip..ihihih..Yelah, bukan senang nak dapat tazkirah free dari blogger-blogger yang lebih lama kan...Dan Mesti mereka tertanya-tanya, kenapa aku tak approve coment tu..jangan risau ye, aku membacanya tetapi, if aku publish coment tersebut, pasti tidak akan kelihatan jugak..yelah, entrynya dah di delete..ihihih.

P/S : Mereka berkata aku tidak boleh menerima kritikan hebat..Yes!, aku mengaku..memg betul, tetapi tidak untuk hari ini dan hari yang mendatang.. tetapi, dari segi realitynya, cara anda yang seperti tidak boleh menerima kritikan...sekali lagi, Fikir-fikirkan lah..
Selamat beramal dan Wslm...


Aku tidak begitu sempura. Aku tidak boleh memuaskan hati semua pihak.

Assalamualaikum semua...

Malam yang tenang ini, sambil angin kipas kaki pendek bersepui-sepui memamah tubuh, aku mula merasa gelisah. Kegelisan ini muncul desebabkan line Brodband yang menguji kesabaran aku. tetapi, tiada guna aku menghempuk, membaling, mencelup kedalam air..ini suma penangan ujung bulan..yelah, 28 ari bulan, current data volume baru akan diset semula..fuh, tension ooo....Tetapi, bukan ini punca utama kewujudan kegelisan aku...

Aku faham, Dunia blog ini memg akan wujudnya hentam menghentam. Tetapi tak semestinya hentaman yang dilakukan perlu diambil secara negetif..dan insyallah, aku akan mengambilnya secara positif dan menganggap ia sebagai asam garam berblogging. Disini, aku akan jelaskan perkara yang masih kabur dan mengakibatkan tanggapan negatif muncul.. Sebenarnya, aku tidak salahkan sesiapa. Walaupun sudah terang lagi bersuluh, aku tidak menujukan post ini kepada beliau. Dan jika perlu, ambillah ia sebagai iktibar dan renungan bersama.

Yang pertama, secara jujurnya, aku tidak pernah mengedit mahupun mengubah apa2 berulang kali untuk menyedapkan ayat jika ia telah dipost. Dan aku tidak akan membaca balik apa yang aku tulis kerana ia terlalu panjang..serius, binau mata aku..tak semua suka baca entry yang panjang2..termasuk aku..*admit..tp, aku yakin ada orng akan membaca entry yang aku publishkan.. Ini kerana, kebanyakan post aku panjang2..yelah, apa yang terlintas, secara automatik akan diterjemahkan menggunakan jari aku dan seterusnya akan wujudlah entry sebegini.

Yang kedua, aku pun tak sempurna nak nasihat orang.tp, biarlah aku nasihat diri aku sendiri. *(Bulat, hg jangn guna bahasa kasaq tau...), ahaha..serius, didalam penulisan yang tak seberapa ini, aku tak pernah menggunakan bahasa kasar.JAUH SEKALI NAK MEMAKI ORANG~kalau korang tak percaya, korang suma boleh membaca entry2 aku sebelum ini. kalau tak salah, memang satu perkataan kasar pun aku tak pernah guna disini.

Yang ketiga, aku tak pernah berangan-rangan nak jadi popular dengan berblogging nie. serius!!! jika korang baca entry aku, memang kebanyakan aku menceritakan tentang diri aku.bak kata orang, DIARY..tentang kejadian2 yang berlaku disekeliling aku. dan aku tak pernah terlintas dalam kepala aku nak cepat naik..hahaha..sebab, folowers aku tak ramai. kadang2, sehari, tak de pageview pun..tp, aku tak kisah, janji, aku ada tempat nak luahkan apa yang tersirat kat dalam hati ni.yelah, aku kan tinggal sorang.balik rumah memg mengadap lappy je..prob yang aku hadapi, disini ja tempat luahan..Sebenarnya, apa yang dikatakan oleh seseorang hamba Allah ini, dan aku sangat yakin ia ditujukan kepada aku yang kononnya aku mengejar popularity dan ingin menjadi seperti blogger yang telah di 'mention oleh beliau adalah amat tidak berasas..Serius, aku tak kenal siapa blogger yang dijadikan contoh itu. Aku ingin mengaku sejujur-jujurnya, aku tidak pernah tahu menahu apa itu vlog. nak ikutkan, memang aku punya banyak video sendiri. tetapi, ia hanyalah untuk simpanan peribadi. Jika korang menganggap aku adalah pendusta. Korang boleh tanya kepada blogger2 yang menghadiri gathering di Shah Alam. Ada satu kejadian yang berlaku kepada aku. Nak ikutkan, perkara sedemikian boleh meng-upkan popularity dan akan dikenali didalam dunia blog.even perkara itu memalukan, aku tidak akan bertimbang rasa kepada diri aku mengenai perkara itu dan publish kepada khalayak jika POPULARITY menjadi pilihan., Video kejadian tersebut boleh         
dihantar kepada youtube serta 1tube dan share di blog aku  jika aku nak..Dan aku pernah didesak mereka2 untuk meng'upload, tetapi, bagi aku, biarlah ia menjadi simpanan peribadi dan dijadikan kenangan manis aku disana.

Yang keempat, Orang boleh kata aku macam2..aku nie sosial..aku nie cepat melatah, aku nie bajet, aku nak polular, aku nak apa2 jelah..Sebenarnya, jika mereka tidak mengenali diri aku dengan sebenar2nya, dan jika mereka nak judge diri aku dengan sewenang-wenangnya,..aku mintak maaf awal2..bak kata perpatah, jangan nilai seseorang itu dari sudut luaran. Tp, aku tak nak lah cerita detail sangat mengenai diri aku. sebab, aku percaya, tak semua orang suka kita, dan tak semua orang tak suka kita kan..rambut sama hitam, tapi, hati ofcos lain2..

Yang kelima, Mengenai Vlog. Aku tak rasa dengan berVlog, aku boleh popular. bapa juta video2 kat Youtube tue kan..tak kurang di 1tube. Sebenarnya, aku tak terfikir yang aku akan buat Vlog sendiri. yelah, aku ingatkan bila gathering di Putrajaya tempoh hari, hanya lepak2 sahaja. Yelah, dah trang tang tang dah mention sapa yang akan buat vlog hari tu. Nawaitu aku hanya sekadar memeriahkan keadaan disamping menyambut baik segala aktivity2 yang dilakukan Group Sahabat Blogger selagi kesihatan, masa dan kewangan mengizinkan. Tp, bila dapat tahu yang kami akan turut serta berVlog,Serius, aku mula segan. Kalau korang nak tahu, aku adalah kumpulan yang terakhir berVlog.adakah ini menunjukkan bahawa aku beria2 nak bervlog.ish, klu aku betoi2 nak buat n cari publisity, aku dah guna Kamera fon murah aku dah..

Yang keenam, aku tak pernah mengkritik penulisan sesiapa, tetapi, hanyalah memberi coment yang boleh menaikkan semngat ataupun positif.yelah, dah ada negetif, mesti kena nutralkan balik dengan positif kan?. Aku mengaku, memang penulisan aku amat lemah. Kelaut je..banyak merapu kan?..tetapi, memang perlu ada pengkritik didalam dunia blog mahupun dunia reality. Sebenarnya, Pengkritik amat penting untuk kita tahu dimana tahap kita. if korang tak percaya, tengoklah semua program reality TV, mesti akan ada pengkritik..kan?..Aku mengaku, aku sedikit cepat melatah, tetapi, tidak pernah sesekali mengaib atau memaki sesiapa. dan if ada yang terasa, aku menghulur 10 jari memohon kemaafan.

Serius, kelemahan aku adalah jika berdepan dengan pengkritik yang boleh tahan hebatnya. aku tak kuat nak berkata-kata kerana aku nie bukannya jenis orang yang suka berdebat. Jika orang tak suka, biarlah.. tetapi,  tujuan penulisan entry ini adalah untuk mengubah tanggapan negetif dan jika ia dihalusi adalah untuk membersihkan nama aku sebenarnya. Aku tidak pernah mencari cacat cela orang lain kerana aku tahu aku tidak begitu sempurna. Aku cuba memuaskan hati semua orang, tetapi, aku tidak berdaya..kerana aku manusia biasa. Aku tidak ingin bermusuh-musuhan kerana aku tak sanggup memusnahkan persahabatan. Aku tidak mampu bermadah pujangga kerana aku bukannya seorang yang bersastera. Sekali lagi ingin aku tegaskan bahawa aku bukannya orang yang boleh dijadikan saingan dan boleh menjadi pesaing kerana aku tidak pernah menganggap anda semua pesaing..

P/S : Aku nak mengucapkan ucapan terima kasih kepada pengkritik2 mengenai blog dan diri aku. Baru kin aku merasakan ada orang mengambil tahu mengenai diri aku..THX ALOT..(nak sedapkan hati) Bagi aku, penyampaian melalui video adalah lebih baik. ia akan memudahkan pembaca untuk memahami dan dapat menyingkatkan masa untuk blogger Blogwalking. Betol tak.. Yelah, ia akan memudahkan kedua-dua pihak,. tak perlu entry panjang2 berjela mcm nie..ihihih..penat nak menaip tau..ihhihi...Apapun , sekali lagi aku memohon maaf jika ada kekurangan mengenai diri aku yang boleh menjejaskan ketenteraman anda semua..Selamat Beramal dan Wslm. :")






Friday, February 25, 2011

Penangkap cicak jutawan?.ye~ memg betol!!!

  • Assalamualaikum...


Fuh, panas betoi hari jumaat nie..mcm2..ceh, tp takpa..aku dah minum milo ais lebih dah tadi..ihih..kepada yang berkenaan or sapa2 lah..tujuan nak bukn nak marah or apa2..cuma ingin menyampaikan pendangan aku pulak.ihihi..yelah, mcm biasa, belajar dari kesilapan..dan amiknye sebagai benda yang positif dan jangn cepat melatah..OPOcot!!!!..ihihi..lepas nie, saya nak bervlog je.baru senng orng tengok..lagipun, jari jemari nie kadang lembik dah dek melayan ayat yang terlintas dikepala nie..apa yang difikir, turnlah ke keyboard dan sampai lah kedalam entry.. :")

If ada orng yang mengikuti perkembangan blog aku , mesti pernah terbaca mengenai cicak didalam plastik biskut aku..tp, skrng, aku dah pandai..ahhaha..cicak tak leh nak curi biskut aku lagi..sebb aku dah letak dalm kotak tin..mustahil cicak2 tersebut boleh mencuri lagi..Ok, kita abaikan kisah ini dan teruskan kepada tajuk entry ini. Dengar cerita, ada sejenis cicak yang amat beharga. sekarang nie, ramai orng memburu cicak tersebut.yelah, zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghambat pertumbuhan kanker/metastasis sel kanker, melawan HIV dan H1N1 viral. senang cerita, ia boleh dijadikan sebagai penawar sakit yang pada dulunya dianggap sebagai penyakit pembunuh yang tiada penawar.tetapi, ia masi didalam peringkat uji kaji.



Si Tokek yang mahal

Cicak tersebut dipanggil TOKEK..Tokek ini bermaksud cicak besar diketogerikan sebagai reptil.harganya boleh mencecah puluhan ribu ringgit..tetapi, if cicak2 yang ada kat rumah kita tu ada zat seperti cicak tekek ni kan best..tak lah kita menganggap cicak sebagai haiwan yang menyusahkan..ihihih..silap2 hari bulan, memg rumah kita tak dak cicak dah..bukan sebab habis cicak2 nie ditangkap, tetapi, cicak2 nie melarikan diri didalam hutan.sembunyi bagi menyelamatkan nyawa..hahahaha..

P/S : Aku rasa, masa aku kecik2 dulu, banyak aku jumpa cicak besar2 kat reban ayam..memg besar, aku memg takut tengok..gelimat beb.fuh, rasa mcm dia nak mkn aku ja.tp, aku tak pasti samada cicak berkenaan  ahli keluarga cicak TOKEK..klu betoi lah, rugi aku tak tangkap..klu tak, jutawan dah aku..ihihih...jangan lepas nie korang ramai2 tukar carier sudah..ihihi..selamat beramal, wslm.

Thursday, February 24, 2011

Terjahan demi terjahan. Kini giliran aku berleter bersama 1tube... Jom tengok.~

Assalamualaikum sahabat2...
Pada minggu lepas, aku bersama rakan2 blogger yang lain bersama2 telah menghadiri sesi Vlog bersama 1tube. Actuly, in event khas untuk blogger terkenal Malaysia.iaitu Ben. tetapi, kami mengenepikan perasaan xtau malu untuk sama2 menjayakannya.

Ketika ini, aku disergah oleh Pengacara terkenal pada event itu iaitu Nisa Kay secara tidak sengaja.. Memang sesi soal jawab berlaku didalam keadaan Kekarutan yang teramat sangat.. Jom layang video yang telah diedit khas oleh 1tube.


                     
Untuk kepantasan yang maximum CLICK HERE

Sebenarnya, ketika aku post video ini, aku tidak tahu bagaimana rupanya.kerana internet aku lembab mcm siput sedut masa lemak. Tetapi, aku memberanikan diri dan meneruskan niat untuk membuat entry mengenai video ini tanpa mengetahui sebarang cacat cela dimana2 didalam part video ini.Segala kekurangan yang terdapat didalam dialog di dalam video ini adalah tidak sengaja dilakukan dan aku berharap ini bukan Vlog yang pertama dan terakhir aku.ihihihi.. Rasa mcm artis pulak.


P/S : Ucapan ribuan terima kasih kepada 1tube kerana memberi peluang yang besar bagi diri aku untuk berkata2. Tak lupa kepada yang menjayakannya terutama sahabat2 blogger yang disayangi..ihihihih.. Harap anda semua berpuas hati dengan Vlog ini. Aku mengaku aku memg banyak berkata2. Sebab mewarisi dari MAK yang disayangi.Trima kasih Mak~ (pls jngn kata aku banyk mulut,sebb mulut aku satu ja)Selamat beramal dan Wsalam.

Apabila Siramah dan Sibisu berVlog.

Assalamualaikum sahabat2..
jom layan video yang sengal nie..



                       

Sebenarnya, aku taknak upload video nie.SEBAB MALU ia hanya untuk simpanan peribadi...tapi, atas permintaan dan boleh dikatakan desakan sibisu..aku pun mengalah dan upload.

P/S : Abaikai perkataan "action" dipermulaan video.selamat beramal, wslm.

Wednesday, February 23, 2011

Kaum Hawa Memberi Hantaran Belipat Kaliganda Kepadaku.

Assalamualaikum para sahabat yang dihargai,

Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki dan aku mensyukuri segala nikmat yang diberi oleh yang maha esa. aku hanyalah insan biasa yang hina disisinya didalam menempuhi kehidupan yang fana. tetapi, aku perlu teruskan kehidupan ini dengan mencari kebahagiaan yang hakiki dan senantiasa mensyukuri kenikmatan yang sementara. Segala dugaan dan rintangan yang melanda, ia perlu dianggap sebagai ujian daripada yang maha esa untuk menguji hambanya dan sebagai manusia biasa juga, kita perlu mengingati dan bermuhasabah diri bahawa segala ujian yang ditempuhi adalah untuk hambanya menguatkan kecekalan dan mempertingkatkan keimanan.

Sebagai lelaki seorang lelaki, perkara yang paling indah didalam dirinya adalah membina keluarga. Apabila  institusi kekeluargaan terbina, perlulah seseorang lelaki itu menjadi khalifah keatasnya...Fuh~ penat aku bermadah..tak larat nak pikir ayat dah..ihihih..Ok2, akan ku teruskan kepada pengisian entry ini.

Kaum Hawa Memberi Hantaran Berlipat kaliganda Kepadaku.






Bagi rakyat Malaysia, anda semua mesti terpinga2 sambil menggaru kepala dengan tajuk ini kan..kerana kepelikan dan keunikan tajuk ini.dan anda semua mesti fikir bahawa aku bergurau senda mahupun bohong membohong.tetapi tidak kepada lelaki negara lain.terutamanya Bangladesh.Di entry sebelum ini, aku pernah menceritakan bahawa aku telah diofer oleh seorang bangla yang bekerja berdekatan dengan ofis aku untuk berkahwin dengan adiknya. dan hari ini, aku akan mencerita pula hakikat yang aku baru tahu sebentar tadi.

Di Malaysia, pihak lelaki akan menyediakan wang hantaran kepada pihak perempuan seperti didalam perjanjian perkahwinan yang telah dimetrai oleh kedua-dua pihak. Tetapi, sebaliknya di negara Bangladesh. Pihak lelaki yang akan menerima wang hantaran daripada pihak perempuan. Aku tidak pasti ini adalah adat atau pun ada fahaman negara mereka. tetapi, anda semua perli ingat, salah seorang Isteri Nabi Muhammad S.A.W. pernah melamarnya untuk dijadikan suami.

Kejadian ini berlaku pagi tadi. ketika aku membeli roti canai di cafe bersebelahan Ofis aku. aku difahamkan bahawa, Bangla yang mengofer adiknya berkahwin dengan aku mengenai perkara ini. Dia berkata, jika aku kesana dan dipinang, hantaran aku mesti melonjak berlipat kali ganda. (yelah, melayu kan handsome)ihihih.  dan akan menjadi rebutan.dia dan keluarganya sanggup untuk membayar tinggi kepada pihak lelaki jika mereka sudah berkenan dengan bakal menantu keluarga itu..fuh, masa nie, berpeluh tapak tangan aku..sebenarnya, adat perkahwinan mereka disana berbeza dengan kita disini. disana, pihak lelaki hanya menggoyang kaki dan bersedia untuk menerima wang hantaran.(memg seronok la laki2 disana).

Tiba2, dia mengajak aku ke bangla..fuh, menggelupar aku kalau aku kalau stay sana..~,,tetapi, aku hanya mengambil perkara ini sebagai satu jenaka dua kewarganegaraan yang berbeza. Yang bestnya, dia bersemangat menceritakan perkara ini kepada aku.. tetapi, aku mendengar sambil tersenyum.Sebenarnya, aku ingin menekankan bahawa menjadi seorang melayu amat beruntung..pakage kita sudah cukp lengkap..baik wanita, mahupun lelaki..Ini adalah reality..jika anda cuba membuat survey dengn cara bersembang dengan mat salleh, if tak mampu, bersembanglah dengan pekerja2 asing di negara ini pun sudah memadai. dan anda semua cuba tanya pendapat mereka mengenai bangsa melayu secara fizikalnya.dan anda mesti akan tersenyum. LELAKI WARGA ASING SUKA AWEK MELAYU, DAN BEGITU SEBALIKNYA..

P/S : sebenarnya, aku hanya melayan kerenah mereka. aku pun tak nak kawen dengan bangla. klu korang, korang nak?..banyak lagi wanita dan lelaki melayu dinegara ini. dan korang semua jangan salah faham. aku bukannya ingin takbur atau sebagainya.tetapi ia hanyalah sebagai satu jenaka dan  perkongsian info yang boleh digunapakai...Selamat beramal, Wslm.

TERIMA TEMAN SEKATIL ..

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua..sejuk sungguh pagi nie..suhu lebih kurang 20 darjh clcius..yelah..pag kan..memg sejuk la cuaca di sini..(walhal, econ atas kepala dlm ofis nie.)ok, hari ini, aku nak share sesuatu perkara..iaitu


TERIMA TEMAN SEKATIL SERUMAH..
sory2..typing erro.



Semalam, ketika aku pulang ke rumah setelah penat bekerja, kakak yang tinggal berdekatan dengan rumah ku memanggil sambil melambai-lambai tangan untuk mencuri perhatian ku..aku dengan gaya kejantanan yang sejati menuju kearah pintu rumah kakak tadi..

Aizu...ko nak teman rumah tak? mukadimah darinya..

herm, entah la kak..orangnya mcm mana? aku membalas sambil tersenyum..

kak pun tak tahu la aizu..ada orang baru dpt kerja kat sini.tp, takde rumah lagi... kak itu membalas lagi..

Owh, yeke..klu umur lebih kurang saya, ok je,. takdelah saya ditindas nnti.hihihih. aku menjwb sambil bergurau..

ok2., akak call tanya orng tue mcm mana yer.. dibalasnye lagi..

aku mengakhiri perbualan dengan senyuman dan beransur ke rumah ku..yelah, kadang2, rasa kasihan pun ada.sebab mereka tak dapat cari rumah sewa lagi..so, apa salahnya aku tumpang kan sekejap di rumah aku buat sementara waktu..lagi pun aku tinggal sorang..tp, klu boleh masuk dengn kepala aku, boleh la dia stay ja kat umah aku tue..tak de lah aku bosan2 dok sorang2..ihhiihi..TP, kadang2 tue, aku rasa aku lebih selesa tinggal bersendirian..

P/s: Sebenarnya, aku risau jugak nak terima orng masuk rumah aku.yelah, tak kenal lagi orngnya jenis mcm mana..KHAZANAH2 aku banyak dalam rumah tu..haaha..so, aku kene fikir masak2 dulu..aku nie dah la susah nak wat pilihan..Fuh,~ selamat beramal dan wslm..

Tuesday, February 22, 2011

Jodohku gadis Bangladesh..

Assalamualaikum para sahabat sekalian.moga2 anda sihat hendaknya.petang yang indah akibat keredupan yang nyaman,ditemani pula dengan tiupan angin bersepul-sepul bahasa daripada kipas kaki pendek, disyahdukan oleh lagu2 dari radio hot fm, sambil riang menikmati kerangupan biskut kering bertatahkan belian yang sempurnya kilauannya, membuatkan aku rajin untuk meng "update" entry ini.


Jodohku gadis Bangladesh...
Mengapa?
Siapa?
dimana?
dan kenapa?

Anda semua mesti tertanya2 dan berbagai-bagai lagi didalam fikiran anda mengenai entry kali ini kan..aku memilih tajuk seperti ini adalah disebabkan kejadian pagi tadi ketika aku bersarapan.,.seperti biasa, aku akan bersarapan roti canai di cafe bersebelahan dengan ofis. majority pekerja2 di restorant ini adalah pekerja2 dari India dan Bangladesh. Sebenarnya, mereka agak peramah dengan aku..yelah, hampir 6 bulan aku bekerja disini.dan setiap pagi, muka mereka akan ku jumpa..(kecuali cuti umum dan sabtu,ahad)..Tiba2, seorang bangla menghampiri aku dan mengajukan soalan kepada aku..


U mau kawen dengan adik saya ka? salah seorang bangla mengajukan soalan kepada aku..


Takmolah..Mengarut, tp, if kulit putih i, i mau lah~aku membalas sambil tersenyum manis..


U mau itu ka..putih2..ada punya..very nice... si bangla membalas semangat..

Iesh, takmolah, saya mau tinggi ini mcm.. aku menunjukkan ketinggian tahap telinga ku...

Ada2...very nice..nnti, saya mintx kampung kasi gambar.. si bangla lebih bersemangat kali ini.


Saya mau putih ini macam~.. terpinga2 mencari helah sambil menunjukkan warna putih di polestrin..


Inilah salah satu dialog yang aku ingat...fuh, si mamat bangla tue memang bersemangat nak kasi adik dia kat aku..berpeluh aku tadi..hahaha..di akhir dialog ini, aku mengaku kepadanya bahawa aku masih 20 tahun dan menerangkan masih tidak layak untuk berkahwin..seperti biasa, bangla itu bersemangat membalas dengan menyatakan di negaranya, 15 tahun hingga 18 tahun adalah normal untuk berkahwin. tiba2, aku mengerutkan dahi kepelikkan..

P/S : Jodoh pertemuan di tangan tuhan..kita hanya mampu merancang.tp, tuhan yang menentukan..jika  jodoh anda dengan bangla, musuh, kawan, blogger, mahupun jiran belakang anda, anda perlulah redho' dengan hati yang terbuka..ihihihih.aku pun malas nak ulas panjang perkara ini sebab maleh nak menaip..ihihih..wslm dan Selamat beramal~

Monday, February 21, 2011

Blogger OTAI Sombong!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum sahabat-sahabat~
kalau anda seorang newbie di dalam blog, mesti anda akan berfikir seperti tajuk entri ini jika coment anda tidak dibalas oleh blogger2 otai..sebenarnya mereka mungkin ada membaca coment2 anda tp, cuma tak terbalas atas sebab2 tertentu..Semalam, aku mendapat peluang untuk bersama-sama blogger yang lain bagi menjalani sesi Vlog bersama 1tube dan juga blogger2 otai seperti Ben dan Bro..apabila sesi pengambaraan telah selesai, kami sempat lepak2 dan berjenaka dengan mereka.mereka COOL..ada blogger2 perempuan yang meminati mereka tidak melepaskan peluang mengajukan berbagai-bagai soalan. salah satunya adalah:
kenapa blogger2 otai tak balas coment kami yang baru..(lebih kurang mcm tu lah)
dan ternyata anggapan kita selama ini tersasar~
nak dijadikan contoh lagi., Ada satu blogger yang amat terkenal dengan karya blognya yang menceritakan mengenai resepi masakan.iaitu Mat Gebu/Cik Mat/DTS...Blogger ini telah terbuka hati untuk mempromte blog aku di entrynya..walaupun aku nie baru lagi didalam bidang blog.TQ so much Cik Mat..


inilah gambar photogedik yang sempat dirakam
(harap maaf,gambar telah kehilangan mutunya akibat daripada proses memuatnaik)



Sebelum kami ke lokasi pengambaran, 
kami sempat menjamu selera bersama2..



Nak dijadikan cerita, kami merancang untuk berkumpul awal di Taman Botani beramai-ramai pada pukul 11 pagi..tetapi, disebabkan Putrajaya terlalu banyak jalan, ada yang tersesat..dan kami dapat berkumpul bersama-sama pada pukul 1 lebih..Apabila semuanya sudah sampai,  kami beramai-ramai bertolak ke lokasi pengembaran.dan sebelum itu, kami sempat berphotogedik di sana.


mangsa aku yang dipaksa menjadi model..ihihhih



Pemandangan tasik yang mendamaikan disana.



Bagi aku, binaan ini seperti Mini Taj Mahal.




Mamat nie tengh cover dari lensa kamera... :")




Inilah pencuci tasik yang berehat keletihan di tepi tasik.



Inilah orang yang paling hebat mengambil gambar di Malaysia..
ketika ini, beliau menunggu detik2 burung membuang najis..



Sempat lagi bergambar ketika sesat mencari lokasi pengembaran.


P/S : Memang enjoy bila weekend dipenuhi aktivity2 seperti ini. Jadi, isilah masa lapang anda dengan perkara2 yang berfaedah seperti ini sebagai contoh ye sahabat-sahabat..Wslm, Selamat Beramal...

OMG`OMG~ Kenapa ia terjadi..pernah berlaku didalam hidup anda???

Assalamualaikum sahabat-sahabat..
Suasana petang yang cerah nie, aku tergerak hati untuk mencoretkan ketidakpuasan hati aku mengenai isu ini..ia diperkuatkan lagi dengan perkara yang berlaku di blog aku ini...


DONE FOLLOW YOUR BLOG BUT, DONT FORGET TO FOLLOW ME BACK!!..


Anda semua sebagai seorang blogger, tentu menyirap dengan ayat ini kan...Aku bukan nak mencanang perihal buruk tentang perkara ini, dan aku buknnya juga nak salahkan sesiapa..tetapi, aku terkilan dengan perkara ini. Aku mengaku, penulisan dan isi kandungan di blog aku bukannya SUPERB dan bukannya power yang boleh memenuhi citarasa dan juga kemahuan anda semua..dan aku percaya, dengan sokongan sahabat2, folowers2, dan juga pembaca2, aku akan lebih bersemangat untuk menulis dan dari hari ke hari, aku akan cuba perbaiki cara penulisan aku..kerana anda semualah PEMBAKAR SEMANGAT..(cewah ayat...)


Herm,..kadang2, golongan seperti merekalah yang menjatuhkan semangat seorang blogger yang baru berkecimpong di dalam arena dunia blog ini.Tidak cukup dengan itu, ada juga blogger-blogger yang sanggup menipu bagi kepentingan blog dan diri mereka sendiri..sebagai contoh terbaik, Dalam tempoh seminggu, pasti ada blogger yang mengadu di grop mahupun forem2 blog mengenai perkara ini..mereka menyatakan bahawa mereka sudah folo di halaman shoutbox..tetapi, apabila blogger yang menjadi mangsa menyemak folower mereka semula, nama yang mengakui sudah follow blog beliau tidak pernah wujud disitu..

Bagi aku, followers adalah satu tanda bahawa blog itu diminati dan juga menjadi pilihan blogger2 lain.tetapi, pada hakikatnya, ada blog yang mempunyai folowers yang ramai tetapi malangnya, feedback yang diterima setelah mereka membuat entry amatlah menyedihkan..dan juga page view blog mereka boleh diketegorikan sebagai miskin..ini kerana kesan daripada perbuatan mereka sendiri..kenapa aku cakap sedemikian?? jawapannya ada kepada anda semua...

Orang yang follow blog golongan ini adalah kerana terpaksa dan juga serbasalah. Jadi, itulah jadinya...INDAH KHABAR DARI RUPA~


Namun yang demikian, lain pula yang terjadi kepada blog i'mcircle@sayabulat...dalam masa satu hari, followers aku memang meningkat selepas aku memulakan proses mempromosi blog..dan juga aku nie seorang yang menjaga marketing untuk blog aku..ihihih..(kalau siapa prasan stategi aku, korang boleh buat buat jugak). Tetapi, kurang dari 3 jam, followers aku akan berkurangan 2-3 orang...Anda suma boleh mengagaknyakan..

anda juga mesti terfikir :
1) Unfollow sebab blog tak best.. (mustahil, sebab orang baca entry sebelum folo kan?)
2) Unfollow sebab blogger nie tak friendly. (mustahil juga..sebb even coment di shoutbox aku akan reply)
3) Unfollow sebab blog ini tiru penulisan orang lain. (mustahil lgi.sbb kbnyakn entry m'crita'n p'jalnan hidup ku.)

Tetapi, lain pula didalam fikiran aku..Mungkin golongan-golongan yang aku cakapkan sebentar tadi tidak berpuas hati..kerana mereka mengharapkan bahawa mereka akan di'follow kembali..jadi, setelah menunggu untuk difollow dan tiada hasilnya,.mereka akan unfollow blog yang mereka follow sebentar tadi.ini kerana setiap blogger, hanya boleh dihadkan meng'follow 300 blog sahaja.tetapi, if 100 pun dah tak terbaca kan..ihihih..dan mereka akan mencuba nasib kepada blog-blog yang lain pula..dan seterusnya..

P/S : Aku tidak menujukan perkara ini kepada sesiapa..tetapi, siapa yang memakan cili, dia pasti merasa pedasnya. Tujuan kita berblog ini bukannya untuk mengejar followers mahupun traffic, tetapi, blogger yang baik adalah untuk mengejar pembaca-pembaca yang setia..kan? dan satu lagi, kepada yang menggunakan khidmat AUTOBLOGWALKING..lebih kurang mcm tue la bunyinya..anda tanya pada diri anda dan cuba memuhasabahkan diri..apa tujuan anda melakukan perkara yang sedemikian..aku slalu terkilan pasal benda nie weh.. :"( cewahh...ihihih..sebab selalu terkena..
Wslm dan selamat beramal..(minta maaf jika ada yang terkurang dan terlebih..)

Sunday, February 20, 2011

Subahanallah~~ Kenapa aku yang kau pilih Bangsa laknat!!!!!!!!! (korang mesti baca)

Assalamualaikum sahabat2...
Malam yang hening ini, aku mula mengedip-ngedipkan mata sambil mengenakan jari ku untuk menggosok-gosok manja..yelah..dah lewat malam...masa untuk tidor..yelah, secara tiba2, URL blog aku yang dipost di group Sahabat Blogger telah hilang setelah 4 jam aku berjaya pertahankan post itu di atas wallnya.Ia juga disusuli dengan kebosanan yang tahapnya menyamai gaban kerana aku secara tiba2 tidak boleh meng'coment di post ahli-ahli sahabat blogger yang lain..aku mula kehairanan..tetapi, ianya biasa kepada sesiapa yang coment2 laju2 di Wall tersebut,.katanya, Mark marah..sebab hyper actve..tetapi, aku tidaklah comen dengan laju..kerana aku menjaga wallpost aku sendiri untuk tidak jatuh terlalu jauh dari wall S.B.(yelah, jaga marketing) .dengan diselangi dengan menyibuk di post2 sahabat yang lain..

Seperti biasa, apabila kebosanan mula melanda, aku akan mempromotekan blog aku di Sahabat Blogger sebelum aku melabuhkan jasad di atas katil bagi merehatkannya setelah seharian mengadap laptop..Tiba2, dalam asyik menulis URL blog untuk dipost di wall,...~
"YA ALLAH~KENAPA BOLEH JADI MCM NIE!!!!!!!!!!!!!!!"


inilah buktinya..
aku nak upload gambar nie pun bukn main susah lagi...
tadi, bila aku nak print screen, tak boleh,..terpaksalah aku snap pakai kamera aku..kalau korang tak percaya ini gambar original yang aku, korang boleh tengok URL blog aku berada di situ,..dan jugak logo Sahabat Blogger. (korang boleh click gambar untuk lebih jelas)



SUMPAH aku terkejut gila..KENAPA POST AKU YANG JADI MCM TU..sebelum nie , tak pernah ada!!!!!!!!
inilah stategi mereka menyebarkan Agama yang dilaknat Allah kepada umat islam seperti kita..serius!!!terkelu aku bila ia keluar..secara automatik..aku tak tahulah jika perkara ini telah berlaku kepada korang semua..tetapi, ini 1st time jadi kepada aku....

Pesanan = Sebarkan kepada yang tidak tahu lagi...Inilah salah satu cara mereka untuk menyebarkan fahaman yang dilaknat oleh Allah..kita semua PERLU BERHATI2...terutamanya kepada pengguna internet tegar..Kita akan terdedah dan berisiko untuk dilibatkan didalam tipu helah mereka...

Saturday, February 19, 2011

Aku tidak memilih menjadi wartawan..

Assalamualaikum sahabat2...
Buat julung kalinya, aku ingin berterima kasih kepada para sahabat pembaca sekalian kerana telah menyokong i'mciricle@sayabulat.Impak keatas sokongan para sahabat telah membuatkan aku bersemangat waja untuk mencoretkan nukilan pada setiap hari bagi menagih sekalis tempias masa anda untuk diluangkan disini. Dengan membekalkan kemahiran menaip yang ditimba suatu ketika di IPT dulu, aku tidak teragak-ragak untuk menaip dengan penuh berbunga-bungi bagi mencantikkan penyusunan ayat untuk dibaca..
(iesh, lemas dah aku nie dok tulis ayat)

Oklah, meremang bulu roma korang membacanyakan..ihiihi..alah, skali skala nak mengaratkan ayat..apasalahnya kan.?berbalik pada tajuk entry ini..
"aku tidak memilih menjadi wartawan"..
Sebenarnya, ia tiada kaitan dengan bidang kewartawanan pun..tetapi, ada satu kejadian yang telah membuatkan aku terpanggil untuk menulis entry mengenainya..

Tajuk entry ini boleh membuatkan orng kompius..Contoh soalan akan dihentam kepada aku~

1 ) Kau dpt tawaran jadi wartawan ke? (wartawan dlm bidang ape)
2) Kau nak pilih bahagian ape,..hiburan ke? (kejar glamore yerk)
3) Kau tolak tawaran ke? (ruginye kau)
4) Kau jadi wartawan secara paksaan or tak sengaja? (jelous tol aku..peluang tu)
5) Ada orng pertikai kau jadi wartawan ke? (abaikan je..)

Kompom2 ada lagi persoalan yang timbul dari korang kan..biaslah, Soalan tidak akan diduga oleh penerima soalan kan..sebab itu timbulnya perkataan NO COMENT...ceh, dah macam artis dah..Cukup setakat itu pembelitan kiasan bagi entry nie..penat menaip..tp, isinya, belom kluar lagi...hahhaha..sory ye..

Pada hari jumaat yang lepas (17 feb 2011) aku ke ofis seperti biasa..dan melakukan tugasan rutin aku di ofis seperti biasa, kemas2 bilik bos, dan mcm2 lagi..kisah ini bermula pada pukul 12 tengah hari dan ke atas..pada waktu tengh hari itu, cuaca memg sejuk..suhu mencecah 20 darjah celcius..sejukkan..dah seperti berada di Japan.(memang lah..sebab econ diatas kepala aku dan diset ke suhu 20.) diluar ofis kelihatan begitu lebat hujan dan disusuli oleh angin yang membadai daratan dengan kecang yang tak terhingga..(amat menakutkan)..yelah, lagipun, kan aku bekerja di dalam pelabuhan..

Tiba2, satu kebin yang telah dijadikan sebagai surau oleh Polis pelabuhan melayang2..Dikabarkan ianya tergolek2 dan melayang selama 2 kali..korang bayangkan lah~.Syukur alhamdulillah..ia berlaku pada hari jumaat..Orang2 yang bekerja tempat kejadian tidak solat zohor, sebaliknya solat jumaat yang dilakukan di Masjid pelabuhan...betapa kuatnya angin yang membedal pelabuhan itu.Secara kasar oleh aku, Kekuatan angin tersebut bertahan selama 15-20 minit..(tak sempat tengok jam, sebab keadaan menakutkan)..

Setelah hilangnya angin yang hebat itu, aku bergegas ke Masjid untuk menunaikan solat jumaat.yelah, ketika itu, dah pukul 1.30 pm..walaupun hujan, aku redah je berlari..kerana masjid tersebut terletak kira2 80 meter dari ofis aku..(pengiraan secara kasar lagi)..Selepas selesai solat, aku pulang ke ofis dengan melalui kereta-kereta yang berada di parking..Aku mengusya kreta2 yang dicium oleh pasu2 bunga yang terbalik..(nasib baik kreta aku tak dicium juga)..dan setibanya aku di ofis, riuh rendah di dalam ofis aku menceritakan mengenai kejadian sebentar tadi..AKU APA LAGI., PASANG TELINGA LAH..

Sebenarnya, ada satu rest cabin yang berada di tempat kapal berlabuh telah terbang ditiup angin kuat tadi..lalu ianya terjunam kedalam laut..dikhabarkan 2 orang pekerja berada didalam cabin tersebut bagi melarikan diri daripada hujan..memang sesuai benor pepatah ini..(lari mulut harimau, termasuk mulut buaya)..Malang sungguh nasib mereka..ianya berlaku sekelip mata.tujuan mereka berada didalam rest cabin tersebut untuk menghindari mereka daripada hujan..tetapi, nasib tidak menyebelahi mereka..Seorang daripadanya pengsan ketika dijumpai kerana impak yang teruk kepada dirinya.dan seorang lagi masih tidak ditemui oleh pihak bomba pelabuhan.dan selepas beberapa jam, ia ditemui mati..

Selepas hujan berhenti, aku bersemangat waja untuk mengambil gambar cabin yang ditiup angin tersebut.yelah, aku memang bernawaitu untuk membuat entry mengenainya..ihihi.Tiba~

polis : "Maaf encik,~ Anda dari mana ni"  soalan diajukan.
aku   : "Ye abg,.Ada apa ya" aku membalas.
polis :"Encik dari mana" polis itu berkata2 lagi dengn nada sopan..
aku   : "Saya dari sinilah..itu hah ofis saye.kenapa encik?" aku pun jawab dengan sopan..
polis : "tengok pas pelabuhan" dia berkata lagi...
aku   : "nie hah, tengok lah" aku mengeluarkan pas aku.
polis :"kenapa ambil gambar nie" polis bertanya lagi..ish, tension pulak aku melayan..
aku   :"Saja ja..nak kasi kakak2 dalam ofis tue tengok".. aku jawab dengn nada sinis..
polis :"owh,,..ok2.." dan sambil berundur menundukkan kepala..

Inilah hasil gambar yang sempat aku ambil..
hanya aku seorang je yang ada di planet bumi ini..ihihihi
pintu surau tersebut yang perli dibaca dengan menterbalikkan screen anda.

ini keadaan cabin yang dijadikan surau.

hah, ini diambil dari hadapan ofis aku.

P/S : Rupanya, Wartawan tidak dibenarkan masuk didalam pelabuhan yang aku bekerja itu. Yelah, tempat private kan..lagipun , memang ketat skit undang2 disana. patutlah port polis itu menegur aku..rupanya, 
dia ingat aku seorang wartawan.
kini baru aku fahan.....jika aku ditakdirkan menjadi seorang wartawan pun.tidaklah aku memilih menjadi wartawan berita2 mcm nie..baik jadi wartawan hiburan..TERHIBUR AKU..hahahaha..
baiklah..Wslm..selamat beramal~

Friday, February 18, 2011

Kau Hampir Bunuh Abah aku!!!! kini, Kawan-kawan2 aku pulak???!!!!

Assalamualaikum Sahabat~
Pagi yang indah ini, didampingi minuman susu panas dan biskut kering yang bertatahkan butiran gula diatasnya, terdetik di dalam fikiran untuk mencoretkan kisah silam yang telah membuatkan kehidupan ku menjadi sebegini...kejadian yang menggamit rasa tidak senang apabila bertemunya, telah membuatkan aku sering melarikan diri jauh-jauh hingga ke lautan hindi.Bak kata orang hot bercinta, Lautan Api Sanggup derenangi, demi mengejarnya..tetapi, bagi aku, aku perlu mengelakkan diri daripadanya demi menempuh masa mendatang untuk mengkecapi kehipan yang lebih baik...

Nyah Kau Dari Kehidupan aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!\

Bukan aku membencinya, tetapi aku geram dengannya..Bukan aku menyampah dengannya, tetapi aku meluat dengannya. bukan aku kecewa dengannya, tetapi aku sedih mengenangnya..Aku coba dan berjaya lari darinya, tetapi, kawan2 aku dan orang yang tidak berdosa menjadi mangsa...ADAKAH INI SEMUA SALAH AKU..????? tetapi, mengikut firasat hati kecil ini, menguatkan salah mereka yang menjadi mangsa.terikut2 dan melayang kerenahnya yang melampau batas-batas atau asasi kehidupan di dunia nyata..

Kalau aku berkuasa, akan ku menghalaunya jauh dari negara kita...dan kalau aku menjadi perdana menteri, akan ku menguatkuasa pengharamannya.INI SEMUA DESEBABKAN KAU ROKOK~ Abah aku hampir diragutnya oleh kerana kau!!!!!!! kawan2 aku dapat sakit disebabkan kau!!!!!!!!!! tak cukup lagi ke menyiksa jiwa raga kami?????

Hah~, tiba2 ja aku karang ayat puitis...biasalah, pagi2~memang nafsu untuk berjiwang menebal dikalbu hati.. Ye...Rokok amat tak berguna..disamping itu, ia adalah satu faktor perbaziran..dulu aku pernah ada kawan ketika belajar diploma di IPTA tempatan,.ketika itu, wang pinjaman PTPTN masih belom deterima., nak dijadikan cerita, beliau sanggup belapar demi sekotak rokok..
"ROKOK ADALAH TENAGA KU!!!"

Hati kecil aku mula berkata2~  KAU LAH MANUSIA BODOH YANG PERNAH AKU JUMPA!!!! orang perlukan makanan untuk hidup, tetapi kau perlukan rokok untuk hidup..walhal, every sedutan yang kau lakukan, akan memendekkan umur kau satu hari..nak kata bodo~,budak IPTA..Fuh, entah la...sebab aku tak pernah membabitkan rokok didalam kehidupan aku..so, aku tak sure apa yang boleh membuatkan mereka menjadi sebegitu rupa.

Pada tahun 2007, ketika aku mengambil SPM di Sekolah Teknik, aku sering Fly2..kiranya, lompat pagar la..tetapi, bukan acara sukan ye..aku sering kluar fly lepas Prep (waktu belajar mlm)...Jawapan kepada kenapa aku sering fly ialah, aku gila MYSPACE ketika itu.biasalah budak2 sekolah lagi ketika itu..Nak dijadikan cerita lagi, pada suatu mlm...(kalau tak salah, hari persekolahan) , macam biasa, aku fly dengan member2 aku melalui pintu hadapan..Desebelah pondok pak Guard..(gila kentang berani) sebab, disitu sahaja pagar yang mudah untuk dipanjat...dan seperti biasa juga, kami berjaya melepasi pancaroba tersebut dan terus menuju ke kedai Komputer berdekatan. Ketika pulang, kami masih menggunakan jalan sama. dan akibatnya, Waden asrama terlihat kelibat kami dari jauh..dan cuba mengejarnya..
AKU PUN APA LAGI, TAK CUKUP TANAH LARI..

Setibanya aku di dorm, aku membersihkan kaki (ikut petua orang tua2) dan mengusya -ngusa keadaan di luar asrama.memang ada waden dan pak guard sedang mencari-cari student yang fly sebentar tadi..Fuh~selamat lari tak ingat dunia, klu tidak, TERKANTOI!!!~ dan aku terus melabuhkan badan di atas katil..(aku katil atas,) kerana kehilangan tenaga dengan mendadak.

Suatu petang, aku bersama rakan2 pergi  ke sebuah sungai yang agak cantik untuk berkelah. dan tak terlepas untuk bermandi manda..yelah, kata pun kat tepi sungai kan..Berbekalkan Boxer, aku menikmati kesejukan sungai....Wah, Kuak lengtang, kupu2, semua gaya aku beraksi..Tiba-tiba~
ArghhhHH!!!!!!!!!!!kaki krem~

Kompom aku tak leh nak berenang dah..Nafas aku semakin sesak....dalam fikiran aku, aku nak selamatkan diri.aku tak kawen lagi, belom puas hidup.....tiba-tiba kaki aku tersadong sesuatu...Baangg!!!~

Rupa2nya, aku di atas katil..kaki aku tersadong besi katil..Pearghhh!!!sakit beb..tapi, yang paling sakit skali ialah hati aku..rupa-rupanya, member2 aku overnite kat bawah katil aku..sambil menikmati kelazatan rokok..Fuh`aku bingkas bangung dan mengamuk la...aku dah pesan kat dorang, if nak overnite, aku tak kisah, tp, siap merokok....patut lah aku mimpi lemas..Lemas dengan asap rokok dorang rupanya...~
Sejak dari itu, aku memang tak boleh bernafas bila ada asap rokok berdekatan dengan aku...Bukan poyo, tetapi itulah elergik aku...Huh~

P/S: Aku akui, bukan senang nak berhenti merokok..tetapi, boleh mengurangkan pengambilannya kan?..klu tak sayang nyawa hampa, tapi sayanglah nyawa orang sekeliling anda..Wslm.Selamat Beramal~



Thursday, February 17, 2011

Shahir AF, Nyanyian Style Bercangkong!!!!!

Assalamualaikum Sahabat2..
Pada malam yang hening nie, semangat gahering Sahabat Blogger masih segar lagi kat otak nie.Sebenarnya, aku bukan nak bercerita pasal waktu kejadian gathering, tetapi, Kejadian lepasnya. Selesai gathering, semua akan buat hal masing2, memandangkan aku datang solo masa tue, aku memilih untuk buat2 ramah dengan Mohdnuurtaufiq, Muniraksasa, Hanim, Ijam dan iken...

Mengapakan aku pilih mereka,?
Muniraksasa,ijam,Hanim = mereka sering buli aku di S.B.
Mohdnuurtaufiq = sebab dia satu poly dengan aku..but, tak pernah bertegur sapa masa Belajar.Sebenarnya, aku tak cam langsung dia..nasib baik dia wat2 ramah ngan aku masa aku sampai.ihihihi..klu tak, sampai kesudah tak kenal..dan Iken tue, member sek dia dulu..
(perlu diingat, sebelum ini, KAMI TAK PERNAH BERJUMPA)

Kami bersepakat nak Karok di PAS..Actly, aku ikut ja..SUMPAH aku tak tau apa itu PAS.. pasaraya kah?? kedai makan kah?? shopping mall kah?? rupa2nya, PLAZA ALAM SENTRAL la...tempat aku sesat mula2 nak ke gathering...ahahah..Blogger2 yang lain, dorang karok kat tempat lain, sebab lain arah jalan pulang..

Suara aku bukannya sedap, lagipun, serius~ini 1st time aku Karok lagu shahir, sebelum nie, tak pernah jumpa kat mana2 kedai karok.dan aku bukannya ingat sangat rentak dia.. tetapi, aku berani upload dalam youtube video yang sempat diambil sebelum kamera MEMORY Full ini untuk dijadikan sebagai tatapan kenangan bersama... :"(
(ceh, tiba2 emo)


Lagu didendang dengan gaya tersendiri, BERCANGKONG ..hahhaa

P/S : kepada sesiapa yang belom join group SAHABAT BLOGGER di Facebook, sila la search di FB dan click join..kat sini, banyak manfaat yang kita dpt...dan banyak aktivity2 yang boleh kita join untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah selain dari berblogging..ihihih.. Selamat beramal, wslm~.

Wednesday, February 16, 2011

"NAMA SAYA BULAT".Sekelas berguling2 termasuk makbapak dorng diluar. :"O

Assalamualaikum sahabat2...
hari ini, aku teruja nak berkongsi dengn korang semua mengenai kejadian yang berlaku ketika aku darjah satu..Tapi, korang mesti rasa DasyaatttT kan..sebab aku leh ingat lagi..klu korang nak dengar, aku leh ceritakan dari detik aku masuk ke kelas hingga habis kelas pada hari yang pertama..tp, korang bukannya suka blogger2 berceloteh panjang kan..

Aku tak pernah masuk pra sekolah.so, masa aku start darjah satu, kompom2 la aku pelik keadaan di sekolah.Sebelum nie, aku just tengok abah aku antar abang2 aku p sekolah ja..tp, tak pernah terbayang bagaimana keadaan persekolahan..ada meja, kelas, dan paling aku tak sangka masa tue..SESI PERKENALAN..sumpah aku berat mulut..yelah, if yang kenal aku, aku memg susah nak mulakan percakapan pada orng yang aku tak kenal..tambah2 masa tue baru darjah satu..APA PUN TAK TAU..BLUR2 je...

Next, tiba giliran aku untuk perkenalkan diri..masa tue, pelajar2 dikehendaki memberitahu nama, hobi, cita2..dan masa tue,..Ramai ibu bapa yang berada di luar..termasuk Mak n Abah aku.,.So, tiba giliran aku untuk kenalkan diri`.


"NAMA SAYA BULAT~"....

semua orang didalam kelas berguling2 gelakkan aku ..termasuklah ibu bapak dorang..n, mak abah aku, senyum dari luar. dalam otak aku masa tue aku terfikir~
"aku buat lawak ka,?, atau seluar aku terkoyak"..
korang tengok, bertapa blurnye aku...masa tue, aku terus duduk n membisukan diri..cita2 n hobi aku tak sempat nak gitau..sebab malu punya pasal...berpeluh2 tapak tangan aku...

BULAT adalah nama samaran aku.orang2 kampung aku suma panggil aku bulat..dan ia telah menyebabkan aku tidak tahu nama di dalam SURAT BERANAK aku...kelakar kan..budak2..mana tahu apa..tp, budak2 sekarang, 5 tahun dah pandai main Facebook..bertapa hebatnya kanak2 zaman ini..

P/S : Nama aku ialah MUHAMMAD NUR AIZUDDIN BIN ABDUL RAHMAN..so, korang leh panggil din..Nur pun boleh, sebab kat mana2 if aku berurusan, orng di counter akan panggil aku Nur~mungkin dorng tak tau nak panggil apa kot..panjang sangat.ihihi..Sebenarnya, AKU BANGGA nama aku Bulat..klu tak percaya..tengoklah tajuk Blog aku ini..ihihih..if korang p kampung aku, korang akan kedengaran orng2 dan kawan2 aku di sana memanggil bulat..klu korng sebut AIZUDDIN, kompom tak ada yang kenal.          :") wslm..slmat beramal.

Tolong Ayah, ada msalah di Balai Police..(if X tolong,baca pun dah Beharga).

Assalamualaikum sahabat2..
hari ini, aku datang ofis awal..dan aku siap kemas bilik bos pun awal..sementara nak tunggu bos masuk, Sempat lagi aku nak tulis entry ni...ihihih..

Semalam, (lebih kurang pukul 1 am) dalam sibuk aku dok melayan coment2 di Sahabat Blogger..tiba2, ada satu msg masuk ke Fon Maxis aku..then, aku pun baca lah..tiba2, loading lama..Ceh, wat suspen je kan..tengh2 mlm ada orng antar msg..Mcm ada emergency ja...



"Ni ayah guna fon police, tolong bgi credit maxis 50 ringgi ke nombor 0128114817. Ayah lagi ada msalah kat balai police. Ta payah call. sekejap ayah call."
Inilah ayatnya..aku taip sebijik2..tanpa ada sebarang pertukaran loghat..

Lepas aku baca, aku tergelak sorang2...sebab~

1. Sejak bila aku guna panggilan Ayah..aku guna panggilan Abah la...
2. If orng yang dah kematian ayahnya, mesti seram kan..?
3. Sejak bila orang malaysia panggil "blai Police" nak taip dlm bahasa melayu "polis" lagi senang kot..
4. Ayat nie seperti disusun oleh Pekerja asing yang berada di negara ini...kan?
5. Eja perkataan ringgit pun tak betoi...
6. If orng yang ada ayah, tapi, ayahnya dah tidor kat dlm bilik,..hahhaha...

tapi, msg nie memg boleh memakan mangsanya..contohnya, orang yang ada ayah, tetapi, mereka2 tidak tinggal bersama keluarga..contohnya, tinggal di asrama, rumah sewa dan sebagainya..Taktik mereka ini dihantar kepada orang yang salah..iaitu aku..MEMG dapt entry khas dari aku la  jawabnya..hahaha..

P/S : sekarang ini, memg banyak taktik2 kotor yang digunakan oleh si penipu..Menang 1 juta lah, bonanza lah, cabutan bertuah la..nombor bertuah la..dan mcm2 lagi...kalau korang tak tahu pucuk pangkal atau kesahihan msg tersebut, janganlah korang layan...Selamat beramal

Gathering Shbt Blogger di Shah Alam amat meninggalkan kesan mendalam..

Assalamualaikum sahabat2..
Wah~dah kul 12 lebih pun, aku semangat nak tulis entry lagi..ihihih..ini disebabkan kenangan bersama SAHABAT BLOGGER di SHAH ALAM tadi..Mini gathering..tp, ramai jugak yang datang..

Sebenarnya, aku nak mengaku di sini..Sebenarnya, sebelum aku join SB, kawan2 aku di Selangor tidak lah banyak..boleh dibilang dengan jari..tp, sekarang..dah semakin ramai..ini semua disebabkan Sahabat Blogger..every gathering yg dilakukan, mesti ada exchange Fon No. ihihih..dan sekarang,balik dari gathering, mesti masing2 add FB.Betoi tak kawan~

Dan, satu lagi aku nak bagi tahu, memang seronok masa gathering tadi..Even ada kejadian yang memalukan yang tidak disangka..aku pun tak nak mengulas lanjut pasal benda tue..biarlah mereka2 yang hadir sahaja yang mengetahui..ihihihi.itu meninggalkan kenangan MANIS yang tak boleh dibeli dimana2..tp, memg enjoy..hilang tension kerja dan sebagainya...berkaraoke , panjat batu, serigala terbang, kayak, dan mcm2 lagi aktivity tadi..TQ VERY MUCH anda semua..



ini masih skit...
sebb ada lagi yang tidak jumpa jalan lokasi ni..
aku pun pusing tasik kat situ sampai 5 kali.iiihi


Fuh, lunch kat KFC~


Masing2 tunggu giliran nak panjant benda nie.. :")

inilah SPIDERMAN masa gathering..
panjat tak yah tali kat pinggang keselamatan pun.haha..


masa aku nak snap gambar nie..
aku terpkasa gerak ke blakang jauh2.
sebb makin ramai yg interfmre..ihihi..nice betoi mereka2 nie...
Frendly beb~

inilah blogger2 yang berkumpul di aktivity yang terakhir..
memg meriah..


wajah2 yang aku sempat close up dengan kamera.

P/s: Anda2 yang tak p mesti jelouskan..hahaha..Aku tak faham sangat jalan di Shah alam tue..aku pusing sampai 5 kali kat situ sebb nak cari tasik tue..adoy..dan klu perasan, aku pergi gathering tadi pakai sluar treksut , jersi n selipar..ahhaha..bapak selekeh..tp, kenelah dngan tema gathering tu..ihih..Wslm, slmat beramal..


Monday, February 14, 2011

Orang main DSLR, aku pun gatai tangan nak main (inilah jadinya) :"(

Assalamualaikum sahabat2...
Weekend kali ini, aku memang penat..tp, sangat enjoy..Sebenarnya, aku memang suka lancong melancong nie..tp, kene usya2 poket dulu la kan..hihih.Hari ini, aku maleh nak menaip, lagi pun, korang sume bukannya suka sangat aku berceloteh kan..ihihih..tp, aku nak berkongsi gambar2 weekend aku sekitar KUALA LUMPUR N PUTRAJAYA..

INILAH HASIL TANGAN SEORANG AMATUR SEPERTI AKU... :')
Orang naik main DSLR, aku pun gatai2 nak main..inilah jadinya.. :"(


1st time aku bergambar di KLCC...
Inilah Clasmte aku..NUT2.



Minah nie adalah pelakon ayat2 maggie cintan..



Pemandangan putrajaya pada pukul 3 am..



ini ialah pelakon dari Korea.. dia femous dengan lakonannya di dalam movie 
SAMURAI PEDANG TUMPUL..



Bunga yang terdapat di Taman Botani Putrajaya.


Aku suka Bear awek nie..
sebab aku tak pernah ada BEAR~ :(



Aku suka gambar nie..
credit to kerusi besi ini..



Sebenarnya, aku pun tak kenai awek nie..dia member FB kawan aku..
mula2 segan gak aku nak amik gambar dia...aku lepak sorng2..
tp, bila dah bosan, aku pun join la dorang photoshoot.ihihi



Hah, sibuk dia dok amik gambar orang..
aku pun amik la gambar dia..



Kebetulan, masa aku p Taman Botani kat situ, 
ada satu pasangan pengatin tengh photoshoot. 
aku dengan slumber, sibuk amik jugak gambar dorang.
tp, sekeping je lah..if lebih2, dorang halau aku pulak kan..hihih..


P/S : Sebenarnya, aku takut nak letak gambar2 yang aku amik dan dipratontonkan kepada umum..takut di hentam oleh korang suma or orang2 yang terra bab2 benda nie..tp, takpa..try amik positive..
:')..Selamat Beramal~wslm.

Suami isteri bertekak, AKU JADI SAKSI.

Assalamualaikum sahabat~
Rasanya, dah 2 hari aku tak updte entry..Yelah, setiap kali cuti, aku akan menyibukkan diri aku ke sana sini..Menghilangkan bosan..Setibanya aku di rumah smlm, aku siapkan diri dan terus masuk bilik..ZZzz..tidor sudah., orng ckp, tak baik tidur lepas asar, then, aku tibailah tidur sebelum asar..ini semua penangan daripada aktivity yg aku buat sepanjang cuti weekend nie..Sedar2, dah dekat magrib dah..AHAHAHA..

Terjaganya aku dari lena, pumpang,pumpang,PUMPANG~ jiran umah aku bertengkar lagi suami isteri.yelah, dorng masing2 muda lagi..lagipun tinggal berdua ja kan..~
ish, tention aku. boleh dikatakan setiap hari.aku buknnya nak menjaga tepi kain orang, tp, aku terpaksa dengar..sebab umah aku tepi umahnya.yelah, klu rumah pun ala-ala teres..tp, VERSI KAMPUNG...memg dengarlah,..even tapak kaki pun leh dengar tau..so, if apa2 berlaku, KOMPOM2 aku kene naik mahkamah..tp, dorng bukanya bertengkar teruk2, alah, biasalah, Bermanja-manja..



Aku tak nak lah mengaibkan sesiapa di sini..then, aku takkan cerita perihal rumah tangga orng even, aku samar2 tahu masalah dorng..lagipun, aku pun belom berumah tangga..yelah, umor baru 20 taun..KACA DAN PERMATA, MAS DAN GANGSA, pun tak leh nak bezakan..tp, wang ringgit, aku pandai lah bezakan.hihihi.Yang bestnye, bila mereka senyap, aku akan cuba memasang telinga.. :")

Oklah, itu je yg aku nak kongsi ngn korang, lately, memang selalu dengar sipulan dan sipulan (jiran aku tadi) bertengkar,.naik lemas aku, lepas nie, aku nak buat bilik kedap udara bunyi..baru aman dan tenteran jiwa aku..tp, kadang2 tue, rasa nak join je memekak mcm dorng..yelah, aku pun nak lepas tension jugak.. :')

P/S : bak kata orng tua2, CAKAP WAKTU MALAM RABA2, CAKAP WAKTU SIANG PANDANG2..(mcm pelik je bunyi)..so, if korng ada cadangan2 yang boleh membuatkan aku mengelak dari masalah nie, Tolong coment ye..Wslm, slmt beramal.

Friday, February 11, 2011

Makan biskut sisa CICAK BOROI..UwerrkkKKK!!!!!!!!

Assalamualaikum sahabat2~
Petang tadi, tiba2 aku berani nak minum kat pantry..yelah, selalunya brkfst n lunch je boleh kat ofis..tp, dengan selumber, aku terbancuh air nescafe..ihihih...alah, ini suma sebb bos aku tak dak..klu tak, aku tegak mcm tianglah kat meja aku..Tak sedap minum nescafe panas tanpa menyicah biskut kedalamnya kan?ihihihi, so, aku pun amik biskut dan menyicahnya..TIBA~ aku teringat...

(peringatan : ini adalah cerita benar, dan ia berlaku sebulan yang lepas if tak silap)

Dalam keseronokan melayan kawan2 di FB, aku pun membancuh air susu(jenama dutch lady) panas..dan seperti biasa, aku mencari biskut yang ada di bawah meja.."YES~ada biskut yang tak bukak lagi"..Tiba2 aku terjumpa biskut yang belom dibuka(biskut cap Giant)..ketika sedang mengunyah biskut yang dicicah susu sambil jari jemari leka membalas coment2, aku terdengar bunyi dari pack biskut tersebut.tp, aku wat donno je..dalam fikiran aku, mungkin bunyi tersebut datang dari arah lain.dan aku meneruskan aktiviti mengunyah biskut..

Dalam dok meraba biskut itu, aku terperasan ada sesetengh biskut yang pecah2..dengan pantasnya, aku terfikir mungkin pack biskut tersebut pernah terjatuh..(nak sedapkan hati je)..dan aku teruskan kunyahan dan tidak terlepas biskut yang pecah2 tadi.Tiba2, terbunyi lagi seperti ada benda didalam pack biskut tersebut..kali nie, siap bergegar lagi plastik bikut tu..aku mula terfikir mcm2..dan rasa tidak sedap hati menghantui diri..aku memberanikan diri untuk mengoyak penuh pack biskut tersebut..

Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat seekor CICAK BOROI di dalam itu..MENJIJIKKAN!!!!!!!!!



SUMPAH AKU GELI..rupa2nya, biskut yang patah itu telah dimamah oleh cicak tak guna tersebut..dan aku pulak memakan sisa2 yang tak muat masuk kedalam mulut CICAK BOROI itu..PACK BISKUT, BISKUT, dengan CICAK BOROI tersebut aku humban dalam longkang depan rumah aku..MEREMANG BULU ROMA AKU...

UWERRRkkkKK!!!!!!!!!!1 (muntah kuning)

P/S: Korang sebagai manusia yang bijak, perlulah berjaga2 dengan kehadiran cicak dirumah anda..sebab cicak zaman moden ini, dah pandai memakan biskut...dalam kejadian ini, yang membuat aku terkilan dengan cicak ialah, CICAK BOROI itu merasmikan dulu biskut yang aku beli dengan wang dari titik peluh aku :"( dan yang paling melampau, CICAK BOROI tersebut telah meninggalkan sisa beliau untuk aku makan..AKU SUMPAH KAU WAHAI CICAK JADI INSPIRA!!!!!!!!!!!1

Thursday, February 10, 2011

2 minggu ke ofis pakai selipar..

Assalamualaikum blogger2..
hari ini, aku nak cerita tentang kejadian yang tak diingini dan tidak disedari oleh sesiapa..tp, just orng yg slalu ngn aku je tahu..ihihih


Sebenarnya, baru minggu nie aku pergi ke ofis pakai kasut..2 minggu lepas, aku just menggunakan perkhidmatan selipar sahaja..ini semua disebabkan aku tertinggal kasut aku di rumah abang aku di KLIA..nasib baik selipar aku tak tertinggal. klu tak, kompom2 kaki ayam..

Huh~nasib baik tak kantoi ngan orang2 yang berpangkat besar di ofis aku tue..klu tak, jenuh aku kene p cari beli kasut.tpkan, didalam ofis, semua staf2 buka kasut.kerana tidak dibenarkan berkasut.itu lah perkara yang paling membantu aku didalam perkara ini..

P/S: sekarang dah berkasut..tht y aku berani wat entry mcm ni.dan korang yang bekerja ofis, jangan sesekali pakai selipar ye..tak elok..pakai kemeja, tp, selipar..uh, tak kacak weh~.ihihhi..slmat beramal, Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...