Monday, January 31, 2011

Pengenalan Kepada Slot February (berdiet untuk menjaga kesihatan)

Assalamualaikum blogger2..
sebelum aku meneruskan coretan ini, mari kita ramai2 berdoa supaya pelajar2 dari Malaysia yang berada di Mesir selamat dari sebarang kejadian yang tadak diingini..

Hari ahad yang lepas, Group Sahabat Blogger telah membuat 1st gathering...memang meriah..nasib baik aku join.ihihih..ada Kak Heliza..superb comel..yg seronoknye, aku dipanggil untuk bergambar dengannye..ihihih..nasib badan siapa yang tahu kan~...Sebenarnya, itu bukn tujuan aku mencoretkan entry kali ini..entry itu akan menyusul kerana gambar2 di hari kejadian belom disedut ke lappy aku.USB cable menyorok..adoy..

Besok, bermulalah hari pertama bagi February..dan aku telah berjanji dengan folowers blog ini untuk membuat slot BERDIET UNTUK MENJAGA KESIHATAN ..Yes~!!!memg slot ini hingga ke ujung February..dan ia akan diberi penekanan kepada cara yang betoi untuk berdiet tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan..ianya dengan cara semulajadi seperti yang aku amalkan.Hendak tahu caranya, tunggu besok ye..tp, ia akan ada sulingan dengan entry2 berkaitan dengan Si Musafir Menjalani Kehidupan dimana aku rasa perlu untuk share ngn korang semua bagi renungan kita bersama..

inilah gambar aku setahun yang lepas..aku bekerja keras selama hampir 5 bulan untuk mengecilkan saiz seluar aku..lama kan~?.Yang penting, kita kenelah bersabar..kita membesarkan badan dulu pun amik masa yang panjangkan??. dan yang paling penting, kita kene bertekad dan kene berdisiplin..Insyaallah~

P/S : Entry kali ini hanyalah sebagai pengenalan untuk Slot February ini.iaitu mengenai cara berdiet yang betol.Insyallah, setiap hari akan ada entry yang baru supaya memberi penerangan secara berperingkat-peringkat bagi menerangkan kaedahnya.. dan hari-hari korang view blog aku ye untuk mendapat maklumat..tp, masa diupdte tidak dijanjikan.mungkin mlm, mungkin awal pagi, dan mungkin tengh hari.. :) Insyaallah, aku akan menceritakan dari A, hingga ke Z..sharing is caring bak akta orang kampung aku...ihiihi..Selamat beramal~Wslm.

Saturday, January 29, 2011

Chefwan, Mat Gebu,~ Aku lagi hebat,aku jutawan Masakan!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum~'
Apa khabar suma blogger dan pembaca blog ini.semoga sihat ceria disamping keluarga tersayang.hari ini, aku menjadi terlalu rajin untuk buat entry kali ke2 dlm masa satu hari..yelah, cuti kan. seperti biasa, ayat tiba2 mesti ada dlm permulaan bicara...yelah, sebb idea datang tiba2..korang tengok tajuk pun dah macam ada konteversi kan.ihihi.jom layan~

Nama2 besar dipersada dunia seperti chef wan misalnya telah membuktikan bahawa lelaki memg power dalam bab2 masak memasak..Bahkan, di kalangan blogger2 yang aktif, telah maklum dengan satu blog masakan yang diuruskan oleh Mat Gebu..korag kenalkan..tetapi, ada satu rahsia yang korang tidak tahu..Seorang pengusaha yang telah untung lebih dari 5 juta dalam masa 4 bulan Cafenya dilancarkan.Korang mesti tak percaya kan.tetapi, itulah hakikatnya. Aku bukan nak membangga diri atau sewaktu dengannya, tetapi dengan rasa berbesar hati aku umumkan bahawa aku lah jutawan tersebut..chef wan, aku telah memintas kecemerlangannya, dan jugak Mat Gebu aku telah membenamkan pretasinya..Ya, Saya adalah Jutawan~

*korang mesti tak percaya kan?
*korang mesti fikir tak logik n masuk akal kan?
*korang mesti jelous kan?
ahahahaa...

Sebenarnya, memang tak masuk akal. Takkanlah cafe baru bukak 4 bulan yg diterajui pemuda 20 tahun macam aku nie boleh mendapat keuntungan lebih dari 5 juta.dah la tau goreng telor ja.Kalau betol2, mesti dah masuk TV dah..boleh jadi pesaing Chef2 terkemuka dunia..Sebenarnya, memang betoi, aku telah mengusahakan satu cafe yang telah memperolehi keuntungan 5 juta..(sumpah tak tipu)..tetapi ia hanyalah di alam maya.

Cafe life,. itulah yang aku maksudkan sebentar tadi..tengok~lebih 5 juta kan earning aku..fulamak, klu betoi2 nie, dah lama aku amik chefwan kerja ngan cafe aku..Mat Gebu jadi assistant dia..

Kawan2, tak salahkan berangan..sebb dengan berangan, kita boleh jadikan ia sebagai target goal kita..kan.kan..kalau korang suma nak tahu, aku goreng telor pun kene pakai baju besi tau..sebab banyak kali berlaku masa aku goreng telor, secara tiba2 BBBoooMMm meletop.habis badan aku kene minyak masak tue..dah la tak pakai baju..Fuh~memang terbaik la..sampai sekarang aku fobia..goreng telor je, mesti kene pakai sendok yang panjang2..ihihih..Aku kagum dengan chef wan sebab beliau telah dikenali di serata dunia..dan juga kepada Mat gebu..Makin hari, makin meningkat dan banyak resepi yang dicipta..Apabila tengok image makanan yang mereka saji, mesti terliur~Fuh..Mereka memang hebat bab2 masakan. ;')

P/S : Jika kita berangan, ia adalah tak salah,.kerana, jika betoi, ia boleh dijadikan sebagai cita..tp, janganlah hangat2 tahi ayam je kan..Wslm. Selamat beramal~

Akidah Boleh Terjejas Akibat Dari Surat Berantai.

Assalamualaikum blogger2 semua..
Malam yang hening ini, saya tiba2 terfikirkan sesuatu perkara untuk dikongsikan bersama di sini. Ia amat popular pada suatu ketika dulu..ia adalah berkaitan dengan surat berantai ataupun dipanggil sebagai surat berhantu..Apa yang saya faham, surat berantai ini dihebahkan melalui pencetakan elektronik, SMS, email, dan juga melalui laman sosial yang terkenal seperti Facebook, Twitter, Myspace, blog dan banyak lagi..

gambar hiasan


Dulu pernah tergembar dengan hebahan Sihir melalui talian talifon..jika seseorang itu menjawab panggilan nombor yang tak dikenali , dia akan tiba2 mendapat maut..seingat saya, saya baru menghabiskan SPM ketika itu.. dan SMS itu diiringi dengan ciri2 bagaimana kita sebagai orang yang tidak mengetahui tetang perkara ini mengelak untuk tidak mengangkat panggilan seperti tersebut. Hebahan ini telah diperkukuhkan dengan berita kematian orang awam secara tiba2 selepas menjawab panggilan. Impak yang diterima oleh orang awam amat besar..Ramai yang takut untuk menjawab panggilan yang tidak dikenali.

Selain itu, Timbul Surat layang yang tersebar luas pada suatu ketika dulu yang menceritakan mimpi Syeikh Ahmad Maeini (yang didakwa penjaga Makam Nabi Muhammad saw) kononnya beliau bermimpi didatangi Rasulullah yang berkata antara 60,000 orang yang mati, tiada satu pun yang beriman.
Si penerima diminta untuk mencetak 20 salinan dan diedarkan kepada 20 orang. Dalam surat tersebut menceritakan ‘kebaikan’ yang diterima bagi orang yang mencetak dan menghantarnya seperti keuntungan dalam perniagaan, dinaikkan pangkat atau menerima anugerah.
Perkara ini telah membuatkan satu fenomena yang berbeza. Ini kerana, ia telah melibatkan akidah seseorang insan.


Penerangan dari seorang ulama' mengenai surat berantai.

Surat berantai atau surat beracun jika dilihat sebagai surat peringatan untuk orang lain supaya tidak lalai akan perintah Allah dan sentiasa melakukan kebaikan, boleh dianggap sebagai jalan dakwah.
Namun, unsur syirik di dalamnya menyebabkan orang yang mempercayainya menjadi sesat. Unsur syirik itu ialah percaya surat itu ada kuasa tersendiri memberi untung pada yang mencetak dan bala pada yang ingkar mencetaknya.

Ia seumpama tangkal yang ada kuasa memberi kebaikan atau malapetaka dan malang. Sesiapa yang percaya ada kuasa lain memberi kebaikan dan keburukan pada dirinya; ia adalah unsur syirik yang boleh menggugat akidah.
Soal siapa mati dalam iman dan berapa ribu jumlah mereka adalah kuasa Tuhan, tiada keperluan untuk kita mengetahuinya, tetapi lebih baik bersiap untuk mati dalam iman.

Jangan turut serta sebarkan dengan niat mengelak bencana yang bakal menimpa (jika engkar menyebarkannya melalui surat atau SMS) kerana ia mungkin menggugat akidah kita.


Petikan dari Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
Harian Metro

P/S : Pada zaman sekarang, banyak benda yang boleh memesongkan akidah kita semua..kita perlulah berjaga dan berpandukan kepada Al-quran dan sunah untuk memelihara akidah kita itu.
Wslm.. Selamat beramal~

Friday, January 28, 2011

Makanan Halal Jadi Haram~

Assalamualaikum blogger2..
Sempena dengan hari jumaat yang mulia ini, saya ingin berkongsi rasa ketidakpuasan hati dengan anda semua. Perkara ini sangat sensetive kepada kita sebagai seorang muslim. Mesti ada yang tertanya-tanya bagaimana Halal boleh bertukar menjadi haram didalam kita tidak sedari.

Perkataan halal sekarang ini semakin berleluasa digunapakai oleh peniaga2 yang ingin mengaut keuntungan semata. Dengan penggunaan logo halal, ia dapat menarik perhatian pengguna seperti kita yang muslim sebab majority di negara kita adalah muslim.Kadang2 kita lihat, Kopitiam contohnya yang dimiliki oleh pengusaha berbangsa Cina. Memanglah, majority yang bekerja disitu adalah melayu..memang islam. Yes~saya akui bahawa tukang masak juga adalah melayu.dan saya pernah bekerja sebagai Waiter di restorant sebegitu. Persoalannya disini, dari sumber mana bahan2 yang digunakan didalam masakan mereka diperolehi.

1) AYAM,.Siapa yg sembelih?
2) MEE, siapa yg buat?
3) BAHAN, siapa yang proses?

dan, kalau nak diikutkan, banyak lagi persoalan yang boleh timbul berkaitan perkara yang cukup sensetive ini.

Adakah logo halal menjaminkan sesuatu itu halal?..pada zaman moden ini, berbagai-bagai cara orang untuk mendapatkan duit dengan mudah..Pihak berwajib memang telah menetapkan syarat dan memantau..tetapi, adakah mereka memantau setiap jam?..Anda sendiri boleh memikirkannya.

Contoh lain yang senang if situasi diatas ada yang susah untuk memahami, Kalau seorang pencuri membeli makanan kepada seorang ulama, makanan yang dibelinya tetap jatuh hukum sebagai haram. Ini kerana puncanya untuk membeli makanan tersebut adalah dari hak orang lain. Anda semua lihat, makanan yang asalnya halal boleh bertukar menjadi haram. Bab Makanan halal dan haram sebenarnya bukan semata-mata berpandukan keatas makanan tersebut..tetapi, ia berpandukan dari puncanya lagi.Ini membuktikan betapa islam menitikberatkan perkara ini kan..ini adalah kerana apa yang dimakan oleh kita akan menjadi darah daging kita yang akan diwarisi oleh anak cucu kita.

Janganlah negara kita ini menjadi seperti negara2 jiran kita yang lain,. Halal dan haram dianggap sama sahaja..tidak dititikberatkan seperti dibawah ini.


P/S : jika terlihat situasi seperti di dalam gambar..report lah pada pihak berkuasa..
Sebarang komen, sila coretkan di coment.. Wslm. Selamat Beramal~

Akhirnya Bill Gates Join Twitter~ihihihi

Assalamualaikum Blogger2..
mlm nie, aku nak berkongsi satu benda yg agak menarik..entah la., sejak kebelakangan nie, aku tertarik nak share ngan korang pasal jejaring sosial nie..ihihih., mungkin, zaman 2011, adalah zaman bersosial melalui jejaring je..kan..kan..

Secara rasmi Bill Gates telah membuat pengumumkan pada january 2010 bahawa dirinya mengikuti salah satu jejaring sosial terkenal, iaitu Twitter! Di ingatkan Bill Gate adalah salah satu icon teknologi yang hebat terutama di bidang piranti lunak. Aku tengok, Bill Gates rasa happy je ble ada acount twitter..tengok status yg dia tweet.mcm2 dikongsinya. :')Selain itu, Bill Gates mempunyai banyak idea cemerlang dan coment2 yang bagus untuk dilaksanakan. Sebab mengapa Gates menyertai jejaring sosial seperti twitter nie adalah kerana Gates suka berkongsi perkara yang dilakukan olehnya dan suka menerima feedback dari folowersnya.agak2, klu kita tweet dia, dia balas tak?ihihihi..Aku nieh, dah dekat sebulan ada Twitter,..tp, aku tak pandai pguna, aku rasa janggal pulak.sebb nak tengok inbox, gambar dan sewaktunya mcm tak puas..kecik je..adoy..ke, aku yg tak pandai guna..ahaha..entah la..sekarang tengah struggle blajar twitter..Yelah, takut Facebook dah di off, mana aku nak lepak kat alam maya nie kan..ihihihi.



Kawan2, hebat kan mereka nie,.Mencipta benda yang dijadikan sebagai trend mengikut perkembangan zaman..Agak2nya, klu dorng suma duduk semeja minum kopi sambil cicah biskut kering, mesti ada benda baru yang boleh menggegarkan dunia kan...aku pun nak try cipta benda baru lah...ihihih...

Thursday, January 27, 2011

Asal Meeting je tension~ :'(

Assalamualaikum semua..
Hari ini hari khamis..dan seperti biasa, aku akan mula merasakan tekanan di tempat kerja..Fuh~tekanna weh...sebb hari ini ada meeting..Management meeting..Selalunya, orang lain tension nak attend meeting sebab takut bos marah..tetapi, situasi yg lain pulak menimpa aku..Aku sebagai junior di pejabat aku secara automatiknye, kene mengambil minit mensyuarat..yelah, itu memg tugas aku..tp, aku rasa macam nak lari je dari semua ini.

Sebenarnya, aku boleh mengambil minit.Masa aku study dulu pun, aku tak ada sebarang masalah untuk mengambil minit mensyuarat.Tetapi, di Company aku ,every meeting, must be in English..memg dorng speaking kowt...yelah, aku nie mana pandai sangat bahasa English..klu dok2 merapu, boleh la..tetapi, yang menambahkan bebannya adalah, Orng yang attend meeting tersebut kebanyakkannya mempunyai *sleng* India..kalau tidak diteliti betol2, Anda akan merasakan mereka sedang Bercakap dengan menggunakan bahasa ibonda mereka..Memeng meleret..kadang2 tue, aku tak paham langsung, dan tak boleh tangkap apa yg disebutnya..Kalau korng macam mana?mampukah?..dah la aku baru bekerja.dan tak banyak benda mengenai Operasi syarikat didedahkan kepada aku..Sah2 la aku tak paham apa yang mereka bincangkan..

Tp, nak taknak..aku tetap kene laluinya..previous minit meeting yang aku buat, kene reject lebih dari 10 kali..dengan grammer nye mengarut2,..susunan bahasanya tunggang langgang..adoy..Klu korang, tak tension ke mcm tue..sampai 3 hari sebelum nak meeting pun aku kene betolkan lagi..*rasa macam tak layak je jawatan ini dengan aku*.tp, selalunya, ble ada yang dah luluskan, mesti ada pihak lain yang mempertikaikan minit aku selepas aku emailkan kepada Attendees,.then, tak pasal2 kene beoikan dan kene hantar amendment email.korang tak tension ke klu situasi ini terjadi kat korng????.inilah masalah terbesar aku didalam company tu...Amik minit meeting..aku memg rasa tertekan~

UrhHH~Ringan skit kepala aku lepas coretkan di sini..
Wslm.

Wednesday, January 26, 2011

Tidor lepas asar akan MAMAI..serius!!!!!

Assalamualaikum kawan2`~
Penat kerja hari ini,.ceh (walhal, dok on9fb kat ofis).di dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba2, tahi burung jatuh ke cermin kreta aku..fuh, terkejut aku..tengh 80 KMj tadi..nasib tak dak lemah jantong.fuh~dan aku simpulkan satu fakta, "burung boleh berak ketika terbang"..ihihi.tol kan?

Sebenarnya, aku bukn ingin mencoretkan perkara berkenaan di blog aku ini.tetapi, aku ingin berkongsi sesuatu yg aku jadikan sebagai pengajaran kepada aku kerana aku mengalaminya petang tadi,.lepas je magrib tadi, aku tros on Lappy dan search ayat2 seperti dibawah..

“Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”
by Ibn Qaiyim

“Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.
by Ulama' lain.


Tepat jam 6.20 petang, aku tepat sampai ke rumah.dan meletakkan barang2 di atas meja lalu melabuhkan badan di atas sofa. tiba2, ada satu panggilan masuk di NO. Maxis aku.. dan tanpa membuang masa, aku menjawab..rupa2nya, awek aku yang call..dalam sedar tak sedar dah magrib.aku rasa baru sahaja aku baring di atas sofa tadi.dan secara tak sengaja, aku terlepas cakap berkenaan keadaan aku di sini.walhal aku memg tidak mahu menceritakan secara detail kepada sesiapa..even my family.sebb aku tak nak & tak suka orng rasa simpati keatas diri aku..Aduh!!!!aku dah terlepas cakap~dan awek aku terkejut mendengarnya..tp, nak wat mcm mana kan dah terlepas..aku terus ceritakan segalanya..terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, Kantoi la.. :'(
(syg, i bukn tak nak cerita, tp~..(u paham perangai i mcm mana kan.sory ye yunk)

Memang benar ayat2 seperti diatas,..jangan tidor lepas asar, sebb kewarasan anda akan terganggu. senang cerita, MAMAI~..aku ambil ini sebagai satu pengajaran yang besar di dalam diri aku pada hari ini..masa kecik2 dulu, masa sek rendah..aku tidor petang..ble aku bangun, aku rasa heran.sebb aku tidor terlalu lama.jam menunjukkan pukul 7, dan aku dah rasa terlambat sangat ke sekolah.then, aku p mandi ala2 kerbau style dan mencapai baju sek,..tiba2, mak aku jerkah.. "Adik, buat apa pakai baju sekolah." dan aku tergamam~

P/S : Anda suma janganlah tidor lepas asar..sebb ia memg tak baik untuk kesihatan kita.dan satu lagi, jika anda mahu siasat rahsia sesiapa, just call staight ke orng tue,..tp, ingat, call masa dia tidor..mesti dia merapu punya..harap2, terlepas cakap..ihihihi..

Kajian Menyatakan Wanita lebih Jelous di Facebook..

Assalamualaikum..
Hari ini, saya ingin berkongsi satu kajian yg telah dibuat oleh satu agensi di luar Malaysia..Artikal ini telah diolah oleh saya sendiri..Ia berkaitan dengn kes wanita lebih memcemburi pasangan mereka di Facebook. ini ialah satu kesan yg negatif daripada penggunaan
Facebook dengan cara kita sendiri tidak menyedarinya.


Hangatnya pertelingkahan yang terjadi di facebook membuatkan status jejaring sosial ini dianggap sebagai ‘biang keladi’ retaknya sejumlah perkawinan dan hubungan asmara. Ini kerna kita sewenang-wenangnya comnt gambar, status dan boleh post di wall orng lain.

Namun, aktivity yang mudah ini boleh berubah menjadi punca pertengkaran antara pasangan. Terbukti dari penelitian yang dilakukan terhadap 300 orang mengungkapkan Facebook dapat meningkatkan rasa cemburu, terutama pada wanita.

Hasil penelitian yang dimuat dalam jurnal CyberPsychology & Behavior edisi Ogos 2009 ini menyatakan hal-hal yang boleh membuatkan rasa cemburu dari pasangan memiliki teman baru, pe'ngomen dari teman wanitanya, hingga aktivity facebook lain, seperti mengisi kuis, upload foto bahkan main games.

Pada data penelitian terbukti bahawa sebahagian besar responden rata-rata memiliki 300 teman dan menghabiskan sekitar 40 menit sehari membuka facebook. Dan, bagi mereka yang membuka facebook lebih dari 40 menit sehari memiliki level cemburu yang lebih tinggi. Apa penyebabnya?
Ternyata, banyak responden yang mengaku bila membuka facebook lebih lama, mereka cenderung membuka akaun pasangannya beberapa kali. Bahkan, ramai wanita yang mengintip akaun pasangannya.

Apa yang membuatkan mereka bukan ekaun pasangan sebagai hobi? Ternyata 72% dari responden menjawab perasaran ingin melihat aktivity pasangannya di facebook. Biasanya jika pasangannya tidak terlalu banyak up date status, mereka mengakui bahawa mereka akan merasa tenang.
Namun, kalau pasangannya cukup aktif berkomunikasi di facebook terutama dengan rakan wanitanya, inilah yang boleh menjadi punca rasa cemburu yang akan diakhiri pada pertengkaran.
Hasil penelitian ini menyimpulkan, bahawa lebih banyak responden wanita yang mengintip akaun facebook pasangannya dibandingkan responden lelaki. Lucunya, para responden lelaki mengaku justru menghindari membuka akaun pasangannya, kerana lebih tertarik membuka akaun facebook wanita lain.

P/s penaja :Actly, Kepercayaan adalah tiang utama untuk kita kekalkan kasih terhadap pasangan.klu tak puas hati, meh berbicara di bawah..ihihi Selamat beramal~wslm.

Tuesday, January 25, 2011

Assalamualaikum blogger2..
hari ini, tak ada apa cerita yg menarik mengenai diri aku yg aku nak kongsikan..korng bukannye suka dengar pun kan.ihihihih..jadi, aku nak berkongsi dengn apa yg aku terbaca hari ini..Fakta yg kebanyakan kita tak tahu..fakta ini mengenai Manusia yg kadang2 tak masuk akal jika ia berlaku di negara kita..jom layan~'



@ Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

@ Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

@ Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

@ Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

@Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

@ Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

@ Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

@ Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

@ Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

@ Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

@ Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.

@ Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

@ Orang Bulgaria paling banyak makan yogurt di dunia

@ Sweden mempuyai kadar kelahiran paling sedikit (1 dlm 100).

@ Lithuania adalah negara yg punyai paling banyak orang bunuh diri.

@ Orang Russia menjawab talipon dengan menyebut 'saya mendengar'.

@ 98% mayat di Jepun dibakar.

@ Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo , Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing.

@ Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.

Sedikit sebanyak, ia dpt membantu kita untuk menambah pengetahuankan.. sekian buat masa ini ye kawan2..Slamat beramal... ;)

Monday, January 24, 2011

Jawapan Teka Teki...

Assalamualaikum blogger2..fuh~ aku mintak sory sangat2..sebb aku janji nak bagi tau jawapan teka teki nie kul 5 kan..mesti ramai yg tertunggu-tungguh (fulamak, bajet mcm folowers ada 1 juta!!!!!!walhal, seratus pun tak sampai n tak de orng tunggu pun kan)ihhihih..apa salahnya berangan kan..serius, aku sibuk gila tadi, sampai migrain la pala otak aku nie..tension pun ada..tp, nak buat lagu mana kan..dah nasib badan..jadi kuli orng..mencari secubit nasi untuk mengeruskan kehidupan..cewahhh!!` ayat touching pulak..
Ok2..tanpa membuang masa..aku nak umumkan pemenang terus..sebb jawapannye, akan aku bagi tau lepas pengumuman nnti...

Pemenangnya ialah!!!!!!!!!!`~',..(latar belakang gendang)

FATIHAH BT MOHAMED!!!!!!!!!!!!!tahniah2..hadiah adan boleh dituntut dari saya..tp, nnti, discuss lain mcm mana nak kasi ye..merupakan pakej set lunch di KFC, Snack plat..OOooyyeeaahhHH....

Walaupun jawapannya ada ralat sikit..tp, jawapan itu paling menghampiri apa kemahuan penaja..inilah jawapannya.

BUAH CEMPEDAK GORENG...

kepada yg tidak berjaya..anda boleh mencuba nasib lagi..dilain segment..Selamat beramal...

Sunday, January 23, 2011

Fakta mengenai pengasas Facebook

Assalamulaikum blogger2..
tengah dok on9 tadi, terserempak dengan fakta mengenai pengasas Facebook.. jadi, apa lagi, inilah cerita yg aku nak kongsi dengan hampa suma..inilah fakta2 mengenai beliau.


*Mark Zuckerberg adalah milioner terkaya di dunia versi majalah Forbes. Kekayaannya mencapai US$ 6 milliar pada usia 26 tahun.

*Mark Zuckerberg adalah seorang atheist (orang yang tidak mengakui adanya tuhan).

*Mark Zuckerberg adalah seorang Yahudi seperti Bill Gates.

*Mark Zuckerberg adalah peminat fanatik Bill Gates.

*Mark Zuckerberg membuat Facebook setelah beliau putus cinta.

*Hanya dalam waktu 2 minggu,facebook telah tersebar keluar dari Harvard Mark University.

*Mark Zuckerberg mempunyai masalah buta warna. hanya warna biru sahaja yg boleh dilihat dengan baik.

*beliau berbakat mengenai dunia IT sejak masih kecil, kerana ketika kanak2, beliau suka memperkotak katikkan komputer.

*Mark Zucerkerberg tidak menyenangi film The Social Network, kerana dia tidak mahu ada filem yg berkaitan dengannya kehidupannya.

*Mark Zuckerberg memiliki sifat buruk seperti, Anti-Sosial.


Sebenarnya, kalau facebook ini adalah satu negara, ia adalah negara yang ketiga mempunyai kapasiti penduduk yang teramai selepas China dan India. dan walaupun Mark Zuckerberg kaya raya,..kehidupan beliau tak lah terlalu mewah..naik kreta murah ja..harga lebih kurng RM 90K je..duit banyak pun kawan, tak berguna kan..wslm.

Saturday, January 22, 2011

Kenapa kaki saya penat.

assalamulaikum blogger2..
korng mesti dpt agak, apa yg aku nak cerita kan..tengok aku punya status kat fb pun tau,.dok mengadu kaki penat..mana taknye..dari pagi sampai ke magrib..dok pusing2 mcm orng gila kat lowyat n sungei wang tadi..



Actuly, mula2, aku meraya sorng2 ja tadi..sebb, member2 aku sampai lambat.. tp, aku tak kisah..sebb hidop aku memg selalu sorng2 pun..kemana aku p, mesti sorng2, seb tue aku dah biasa.so, aku terjah ja kedai2 kat lowyat tu..peduli apa aku..janji, aku dpat barang aku kan..hihihi..Alhamdulillah..akhirnya, aku berpuas hati jugak dengan harga barang yg aku nak beli tu..Berbaloi penat kaki nieh..punyalah dok mengayat cina orng yg juai barang tue, sambil ambik kesempatan dok charge fon aku kat kedai dia..(fon bateri kong la)..then, bila aku sampai umah tadi,.cek2, charger aku tertinggal kat kedai tu...huh..abislah..langsung tak leh pakai fon aku nie srkng..punca kene p beli charger baru...adoy2...

aku tak tahu menahu sangat dengan function n cara nak guna..tp, aku buat mcm aku dah pernah pakai 5 tahun dah..ihihih...bercakap ja tadi..niat di hati, leh la dpt murah..takde lah kene makap lebih sngat dngan orng kedai tue..serius, klu kita nak beli barang, kita mesti kene pandai pusing2..ingat orng juai tue ja yg boleh pusing2 harga..itu penting ye kawan2 didalam membeli barang2 yg mahei.. ;)

bila dah +,+ suma yg aku beli tue...aku berjaya kurangkan harga lebih dari 3 ratus hinggit..siap dpat pakage beli barang tambahan yg murah dengn potongan dekat 60 peratus..bayangkan bila harga dah 2200...hihih..syukur2..

fuh, nak rehat..Da..wslm blogger2...

Friday, January 21, 2011

Jom Main Teka Teki.

Bosan sungguh petang2 mcm nie kan..nak bersukan, member tak dak..tapi takpa, aku dah dpt satu idea aktiviti yang boleh memenuhi masa yg terlampau lapang nie..jom berteka teki kawan2!!!


Soalan berbunyi lagu nie~
Dalam banyak-banyak buah...
buah apa yg jadi tanda tanya...



Sapa boleh jawab, aku belanja MC chiken...(sedap Woo.+,+ if free)
klu nak jawab, anda boleh jawab coment dibawah atau di fb aku atau post di group sahabat blogger..

Syarat-syaratnya.
-berumur 13 tahun ke atas.
-dibawah 18 tahun mesti mendapat kebenaran bertulis ibu bapa.
-tidak terlibat dengan sebarang perelakuan buruk.
-Boleh membaca dan menulis.
-Seorng hamba Allah hanya boleh menjawab dengn sekali tanpa ada sebarang persoalan yg berbau untuk memesongkan soalan asal.

PERHATIAN : Nama Pemenang akan diumumkan 3 hari dari sekarang...semoga berjaya. ;)

Thursday, January 20, 2011

Syiling 74K terabur.

hye blogger2..menarik2...
bangun je pagi2 tadi, mcm biasa, dengar hotfm...yg menariknya, ada segment pasal duit 74k yg terabur di jalan..fuh..banyak tu, kalau bli air gedegang, boleh beli skali mesin2 lah...

soklan
1. kalau korng kat tempat kejadian,join kutip tak?
2. korng buat apa pakai duit syling tue?
3. nak belanja aku tak?ehehehh
4. yg penting, Halal Kah?

if aku pun ada kat situ, dah tentu2 aku kutip..peduli apa orng ckp, janji leh buat credit call kat public fon..kahkhkah...tp, itu hak orng lain kan..tak patut kita amik..even beras sebutir pun kita kene pulangkan jika tuan empunya tak redhakannya...apapun, mungkin pendapat kita berlainan..

(sebb aku tak de situ, tu cube klu aku ada)lain lah isi coretan aku nie.ihihihi
wassalam...

Wednesday, January 19, 2011

Bangga Jadi Orng Melayu.

Hye blogger...
mlm nie, mood aku tak kecelaruan skit..sebb panggilan temuduga yg aku tunggu2, tidak ada harapan untuk menghadirinya..sebb dlm list panggilan temuduga, nama aku tidak tersenarai..sedih kan.. :( sampai ke sini aku bercerita mengenainya..tp, itu bukn tujuan utama aku coretkan post ini. tengoklah tajuk..takde kene mengena kan..ihihih.

ok, takmo merapu dah, aku teruskan coretan aku dengn lafaz bismillah..

bukn apa, kadang2 kita selalu nampak, ada orng melayu tidak bersyukur dilahirkan sebagai melayu..kononnya, tidak cantik, tidak putih, tidak tinggi, tidak mcm2 lagi lah..walhal, Bangsa melayu adalah Perfect dari segi fizikalnya..tidak keterlaluan..sebb sederhana sahaja..contohnye, ketinggian, warna, dan sebagainya..klu korng tengok di pantai2, ramai mat salleh berjemur..tujuannye, dorng nak jadikan kulit dorng sawa matang..mcm kulit kita~tp, ada pulak awek2 orng melayu nak putih mcm mat salleh..sanggup habiskan wang ringgit beratus2 ringgit sebb nak cerah.pelik kan.itulah lumrah dunia..tak pernah cukup dengn apa yg diberi.

satu lagi, ketinggian orng2 melayu adalah sederhana..tidak terlalu tinggi, dan tidak terlalu rendah..korang bayangkan kalau orng nepal ke America...mcm nie lah agaknya situasinya kan..hehehe..



p/s : Banggalah jadi bangsa melayu.dah cukup manis wajahnya, dah berseri kulitnya dan dah cukup tinggi ketinggiannye..takmo tiru2 gaya barat sangat ye..tp, skit2 yg baik itu, baguslah kita ikut..wslm.

Tuesday, January 18, 2011

Pengaruh Superhero..

Assalamualaikum..hye blogger2 sekalian..kali ini, aku nak tanya pandangan korng sume,..adakah Superhero rekaan seperti, batman, superman, spyderman, selamoon,ultraman, power ranger n sewaktu dengannya boleh mempengaruhi kehidupan seharian anda, adik2 anda, or anak2 anda..?(klu mau jwb, tinggal di komen ok)



Kita suma rasa normal if budak2 10 tahun ke bawah, kalau hari raya je, mesti nak bli baju superman, underware di luar sluar, baju spyderman dan sewaktu dengannya..baju melayu contohnye, tenggelam..pagi raya je budak2 nie pakai,.lepas solat raya, dah buka baju melayu dan digantikan dengan baju-baju yg bertemakan superhero..betol tak?.oklah, itu normal ye..tp, yg tak normalnye, dari ke tokwan hingga ke cucu,.minat superhero2 nie..yg jadi tanda tanya skrng, zaman2 tokwan kita ada ka superhero?entah lah..sebagai contoh,..tataplah gambar dibawah..pelik bukan?sebaya dengn aku pulak tu budak nie..kesian dia..


adakah dia benar2 superhero...mana lah tau kan...hehhehe..
p/s : pilihlah nama anak2 anda sebaik mungkin,kerana ia memainkan peranan keatas sikap mereka...

Monday, January 17, 2011

Jaga2, Gambr anda boleh disalahguna..

Assalamualaikum blogger2 sekalian...mcm biasa lah, ada cita Baeek punya..ahaha...jom layan... ;)

tengoklah gambar dibawah nie..gambar2 diekspotasi..bahaya nie..sebb tue, kita tak boleh letak gambar kita sesuka hati..kene tapis..takut, benda yg takda isu pun akan menjadi isu..tol tak..iniadalah salah satu dari beribu benda yg negative dari FB..



Korng sume mungkin akan berkata2, mereka ini Artis..public figure, memg la dorng akan menjadi tumpuan untuk disalah gunapakai gambar mereka..but, anda kene ingat, rambut sama colour, hati lain2...ada kemungkinan orng yg bermusuh terutamanya, akan mengambil kesempatan dengn or melalui perkara yg mcm nie..contohnye, kesian kakak kawan aku..ada orng menggunakan gambarnye untuk tujuan tertentu..Jahat sungguh orng itu, tiada niat baik jika mereka mengambil gambar2 tanpa meminta izin tuan empunya dulu..tol tak...

Fikirkanlah....bukn semua orng suka pada kita, bukn suma orng berkenan dengan perangai kita..dan bukn semua orng yg baik dengn kita tidak akan mengambil kesempatan diatas kebaikan kita..Wassalam...

Friday, January 14, 2011

Salah Silah Anjing Kencing Angkat Kaki Sebelah..

Assalamulaikum Blogger2 sekalian..wish korng sihat2 belaka ye..Malam yg indah nie, disulami Ujan renyai2 telah membuatkan aku teringat satu kisah yg sampai skrng aku tertanya2 kebuktiannya..dan aku ingin tahu pendapat korng sume berkanaan cerita ini ye..Kisah ini telah diceritakan oleh Ustaz or cikgu (tak berapa ingat) masa aku Sek rendah dulu..



Pada zaman dulu2, Ada seorang pemburu yang bernama si Enot.(bukn nama sebenar) Enot mempunyai seekor binatang yg sangat disayanginya kerana kemana sahaja si enot pergi, anjingnya akan mengekorinya.mereka seperti kawan karib...ialah, sebb si Enot nie duduk didalam pendalaman..dia hanya berkawan dengan binatang sahaja..(lebih kurng Tarzan la~)tetapi, kebanyakan binatang2 yang dibela ialah Anjing jenis boing 454...ala2 Air Bus mcm tue..sumenye gemok2..cukup mkn katakan...ahhaha...

Pada suatu petang, Lepas Krismas tak silap, si enot dan anjingnya bersiap2 untuk pergi memburu di hutan amezon..mereka nak memburu Garuda Eagle..sebb nak buat kenderaan..lepas nie, tak yah nak berjalan..terbang ke sana ke mari sahaja..sebenarnya, si enot nie, seorng yang mementingkan Keazaman...ok2, aku teruskan bercerita ye..takmo merapu-rapu dah..sebelum dia masuk ke hutan bersama anjingnye, dia berazam mcm nie..

"selagi aku tak dapat hasil buruan, aku takkan balik ke rumah!!!!!!!!!!"sambil anjingnya garu kepala..seperti tahu2 je yg mereka takkan pulang dlm masa 24..

48 jam berlalu, tetapi, buruannya, masih tidak ketemu..tiba2 si anjing yg mengikutinya kehutan mahu terkencing...tetapi,...si anjingn turut memasang azam..

"selagi aku tak jumpa hasil buruan tuan aku, aku tak akan kencing"..agaknye, dia dah terpengaruh dengan tuannya...ahahaha...mcm2 tol dorng nie..

96 jam berlalu, hasil buruan mereka masih tak muncul2..korng boleh banyangkan tak muka si anjing,sah2 berkerut2..tahan kecing 2 hari...bila menjelang petang, si anjing dah tak tahan..dia dah tak peduli dengn azam dia...dan dia meminta izin kepada si enot untuk berhenti seketika bagi dia boleh kencing...dan mereka berhenti berehat di bawah 3 pokok yang rendang...dan si anjing mengambil keputusan untuk kencing di belakang salah 1 pokok..Malu ngn tuan agaknya..

Fuh~1 jam berlalu,si anjing masih tidak berhenti kencing...biasalah, 2 hari tahan kencing..then, setengah jam berikutnya, masih kencing dan kencing lagi..memg deras air kencingnya hingga membuatkan pokok yg sebesar mesin basuh terhakis...tetapi, si anjing masih tidak memperdulikannya dan terus kencing... tiba2..PPPppaaAAAppp!!!!!!!!! pokok itu tumbang keatasnya..si anjing tersepit dibawah pokok yg gemuk itu..Si enot terkejut lalu berlari ke si anjing..si anjing kelihatan muke puas (dpt kencing)..dan si anjing membuat pemintaan akhir kerana ia dah kelihatan nazak..

"panggil suma anjing2 di Kampung kita..saya ada pesanan terakhir kepada mereka sebelum saya menghembuskan nafas terakhir"..


Setelah 2 jam berlalu, lebih 1000 anjing yg berbagai2 jenis ada di tempat kejadian..dan tanpa membuang masa, Si anjing diberi Siren pembesar suara sebb akan membuat pesanan..dan si anjing berkata...

"wahai keterunan2 ku..bila anda suma nak kencing..ANGKATLAH KAKI SEBELAH UNTUK MENGHALANG POKOK TUMBANG DIATAS ANDA~..


tak lama kemudian, si anjing mati...
Itulah kawan2 salah silah mengapa anjing kencing angkat kaki..Logik tak.? masuk akal tak?..jangn korng sume folo diabinatang sudah lepas dengar cerita nie...hehehe...
Assalamualaikum..

Politik Alam Maya~

Assalamualaikum suma blogger2..
pagi buta nie, aku nak berkongsi gambar yg aku jumpa di Internet..klakar weh..sebb tue aku tertarik nak letak gambar nie dah membuat kesimpulan secara peribadi dlm blog aku nie..





Kita suma tahu khbar yg FB akan dilenyapkan tak lama lagi oleh pengasasnya.tetapi, adakah itu betol,.entah la..kita tunggu 15 March nnti mcm mana.tp, bila difikirkan balik, jika FB tiada nnti, mungkin akan memberi kesan yg mendalam kepada sesiapa yg menganggap FB adalah dunianya..actuly, ada +nye n ada -nye..betol tak kawan2..ini adlah pendapat aku..jika korng ada pendapat yg berlainan or nak tambah2, tampilkan di coment box ye.. ;)


Positive :

1. Dapat berjumpa kawan2 yg bertahun2 terputus hubungan..(amat tak sangka)
2. Maklumat sampai dengn laju sekali (masuk FB dulu, baru Berita TV)
3. Dapat berhubung dengn kawan2 selma mana yg kita nak..(jimat kredit)
4. Kenalan baru & Menambah kuota awek2..(aku tak)
5. Boleh mengenali Public figure dengn lebih rapat..
6. Gejala sosial berkurangan.

aku rasa banyak lagi..tp, aku dah tak de idea..hehheheeh


Negative :

1. Umpat mengumpat berleluasa.
2. Silaturahim hanya di alam maya.
3. Kerja2 harian tidak menjadi.
4. Service di counter2 awam tidak berjalan lancar.
5. Kesihatan pengguna FB terjejas.
6. Dapur tidak berasap.. ;)

Ahaha~banyak lagi kan...dah ngntok la weh..otak kontang...


Ok lah blogger2...cukup setakat ini..gua sudah mau tidor..bye2. Assalamualaikum :)

Wednesday, January 12, 2011

Jalan Raya Bukan Untuk Lory Merempit..

Hye blogger2 sekalian...

Assalamualaikum...
kali nie, aku nak kongsi cerita yg betol2 kenyataan dah sedikit masa lagi,mungkin ini akan dijadikan fakta..(sesuka hati aku ja)..actuly, aku nak berceritakan tentang kenyataan yg sering berlaku di lebuhraya ke Pulau Indah dimana tempat aku bekerja skrng ini. jika seseorng itu stay or bekerja di westport, mereka akan sinonim dengan kenderaan2 berat yg bebesar hati ketika berada di jalanan raya seperti saiz mereka jugak..serius..dorng buat jalan di sini, mcm jalan BAPAK dorng yg punya..mcm dorng je yg bayar cukai jalan...bila kita bawaak 100 KMj, kita terpaksa duduk di line kiri jugak..sebb lory mereka lagi hebat..150 kmj agaknya driver2 lory2 yg besar tekan padle minyak...Huh~

Aku tergerak nak mencerita tentang kisah jalan raya di Pulau Indah ini sebb petang tadi, aku hampir2 melanggar lory yg rosak..lory tersebut di line kanan pulak tue..bayangkanlah klu korng bawak kreta tengh sedap2..tiba2, ada lory stop di hadapan anda..fuh..kelam kabut tekan padle break..abis kecut perut aku..hidong2 aku pun turut kecut..sebenarnya, boleh dikatakan setiap minggu ada kemalangan..siap ada meragut nyawa lagi..bayangkanlah..bila aku ajukan soalan kenapa takde masuk paper or berita diTv..kakak ofis aku menjawab dengan selumber...
"nnti, takde orng la yg nak bekerja kat Westport nie"...tiba2 aku trus tertelan air liur..memg ngeri statmnt kakak ofis aku nie..

Jalan di sini sebenarnye tak jam sangat..tp, ble ada sesuatu yg berlaku..memg jem yang amat teruk..contohnya, haritu, aku dah bersiap2 nak balik rumah abang aku di KLIA, biaslah, bosan weekend sorng2 kat sini..then, aku boleh keluar dari pulau nie, 4 jam serterusnya dari pukul 6 jem berlaku...nie sume masalah lory la nie..berlumba2 di lebuh raya, skrng, menyusahkan saya..ceh~leh berpantun lagi..(lory tebalik di atas jambatan keluar pulau)

kalau korng sume nak tahu, mangsa2 kemalangan yg meragut nyawa kebiasaannye, berlaku kepada Orng asing...Bangla, Indon, Nepal dan sewaktunye...dorng buat jalan2 di Malaysia nie, mcm negara dorng,..naik basikal di tengh2 highway..APA KEJADAH DORNG NIE!!!!!!!aku ari tue nyaris2 nak langgar...itu sebb aku bawk kereta, "nyaris" kalau lory yg selisih dngn mat bangla tue..Hancurlah badan dia bersama Basikalnya...

Tujuan aku coretkan benda nie, hanya nak menyampaikan ketidakpuasan hati sebb lory2 kat sini laju2 sangat...klu naik moto, memg terlalu bahaya,...di sini, BAGAIKAN BERTARUNG NYAWA UNTUK KE TEMPAT KERJA...Wassalm...

Wednesday, January 5, 2011

Reunion 01/01/11 (11 am)

Fuh..susahnye nak log in dlm blogspot nieh..aku terlupa email.adoy..tp, bukn pasword ye..

Assalamulaikum kepada semua blogger..dah lama aku tak updte blog nieh..sebb aku terlupa email aku..ehhe..banyak aktivity n pengalaman yg aku nak cerita sebenarnye..tp, klu aku cerita, sampai subuh pun aku tak abis menaip lagi...jadi, aku just nak kongsi cerita aku pergi reunion kelas sek teknik dulu..PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELETRONIK...sangat best weh..siap ada kejadian lawak lagi..kisahnye, mcm nieh~




aku cuba tunjuk hebat untuk hidupkan api untuk menggoreng kentang dengn menggunakan cara manual..biasalah, aku bawak skali awek aku join..bak kata orng, tunjuk hero depan awek..actuly, benda2 mcm nie normal bagi seseorng lelaki...kan..kan..aku idopkan api dngn hanya menggunakan arang semata..dibantu minyak masak...aku buat minyak masak tue mcm minya tanah je..abis basah arang2 tue..tp, nasib baik idup gak api..dekat sejam..api dia hanya HIDUP SEGAN, MATI TAK MAHU...kadang2 ada, kadang2 padam..last, member aku sound (izat),

"kalau nak idopkan api, kene pakai kayu n ranting..buknnye semata2 arang,..itu nak bakar satey boleh la"...

ahhaha..memg lawak masa tue..aku tak tau nak sorok muka kat mana...dengn bantuan mereka2 suma, akhirnya, api diidupkan dengn jayanya..dan tibalah giliran si kuali di letakkan di atas api yg hebat tue...bila trip ke dua2 kentang nak digoreng, mereka suma mencari2 minyak masak yg kuantitinya sebanyak sekilo..sebb, minyak dah hampir kering dlm kuali tu..aku tanpa melengahkan masa, buat2 mencari2 jugak..dan terus tingalkan tempat BBq dan berendam di dlm sungai...

dan, lepas 3 hari kami selesai berunion, baru aku ada kekuatan untuk mengaku..AKU YG HABISKAN MINYAK MASAK tueh...itu pun dlm fb je,..klu live, mampos aku kene gelak sampai guling2 oleh dorng...aku abiskan minyak masak tue masa aku nak idupkan api..dlm kepala hotak aku nie, minyak masak = minyak tanah, untuk hidupkan api tue..patut la api tak mo nyala..ahhaha..lepas aku untuk hari tue...kehkehkee...

MINTAK MAAF YA KAWAN1...goreng Kentang dengn minyak yg cetek...takpe, kurng kolestrol...hahahah..











korang sume menjamah gambar je la ye..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...