Friday, December 9, 2011

Berusaha Memertabatkan Bahasa Melayu Hinggakan Menganjur Pertandingan Nyanyian Untuk Pelajar Asing?

Assalamualaikum.




Dalam dok belek-belek akbar pagi nie, aku tertarik dengan satu tajuk yang dicoretkan oleh Norhayati Nordin Pelajar Asing Kuasai Lagu Melayu yang terdapat didalam ruangan akhbar pada hari ini. Wah, kompom klu korang pun ternampak tajuk ni, secara automatik korang akan tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bertindak sebagai pengajur dan ia berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri.

Wah, memang temertabatlah bahasa melayu nie kan?. Hanya dengan pertandingan nyanyian? Actually, ini adalah usaha yang bagus dan murni oleh kerajaan kerana nyanyian adalah salah satu alternatif yang berkesan bagi menyampaikan sesuatu. Korang sebagai anak Melayu, hari-hari bertutur didalam bahasa Melayu, tidak tercabar kah? Orang asing boleh nyanyikan lagu melayu dan yang lebih menambah keterujaan, ada dikalangan peserta menyanyikan lagu Etnik Kretif. Wah, Aku sendiri pun tak mampu untuk menyanyikan lagu-lagu jenis tersebut dengan baik.

Pada waktu ini, trend dan lagu barat amat mempengaruhi jiwa melayu kita. Rolling in the deep, Baby, dan banyak lagi sering disiulkan di bibir kita. Tidak ketinggalan, lagu dari Asia timur. Pengaruh muzik barat juga telah menjadi satu fenomena sehinggakan ada dikalangan kita lebih familiar dengan lagu inggeris berbanding lagu melayu. jika aku humming lagu berdua bersatu, izinkan ku pergi, dan beberapa lagu melayu lain yang aku minat, kawan disebelah ku akan menyoal lagu apakah yang aku hummingkan.Salah siapakah semua nie? adakah salah Isi Rumah, Sekolah, IPT, Media Elektronik, Blogger, kerana tidak menyokong industri kita? Huh! yang penting, jangan salahkan ibu mengadung!

Komposer-komposer Malaysia pada masa kini juga telah bertindak dengan menyulamkan karya mereka dengan 'Loghat London' bahasa inggeris. Mengapa semua ini terjadi. Bukankah ia akan mencacatkan sesebuah lagu melayu tersebut. Ataupun ia hanya sekadar jalan selamat untuk menjualnya? Seni itu luas. Wah, jika itu sebagai jawapan, bahasa ROJAK akan lebih meluas kelak. *tengoklah, penulisan aku pun rojak. 

Oklah, malleh nak merapu panjang-panjang. Anda sendiri menilainya. Aku akhirkan penulisan ROJAK/PASEMBOR aku nie dengan satu video yang membuktikan usaha murni kerajaan berjaya. #eh!


P/s : Jika kita tidak memertabatkan Bahasa Melayu, siapa lagi? ye tak?

2 comments:

Rozuan Ismail said...

owh,UKM ada menang no 2 ngan no 3.hoho.kategori lelaki dan wanita

Muhammadnuraizuddin said...

rozuan = yaka..wah... ko ke masuk.. ? ko dari bangla yerk..ahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...