Thursday, December 29, 2011

Aku kemalangan di Highway jam 2 pagi sebab tertidor

Assalamualaikum..


Huh, tengok gambar atas nie.. ngeri kan?.. *ngeri ke.. Actually, itu sebenarnya luka kecil yang aku dapat diatas kelalaian aku sendiri. Nasib baik cedera ringan ja.. Tapi, nak ikutkan situasi masa tu, kalau aku gelabah, parah kecelakaan yang akan menimpa.. mungkin aku tak dapat mencoretkan peristiwa itu di sini. Mak aih!! *touching..

Pada Krismas yang lepas, aku bergumbira dengan geng2 aku di Port Dickson...*wah, ala2 bercuti ujung tahun la kan.. Tapi malangnya, Hotel Full sekitar PD. Huh! terpaksa la kami merempat di tepi pantai sambil dialasi tikar mengkuang yang dibeli di the store. *itu pun nasib baik sempat.. kompom tidor2 ayam je kan..

Nak dijadikan cerita, kami bertolak pulang dari PD lebih kurang 8 malam. Then, aku singgah di Klang untuk makan malam di sana. Tambah tolak, bahagi darab, aku bertolak pulak dari Klang ke Tanjung Malim jam 1 pagi. Korang dapat bayangkan tak aku bawak kreta kalau dah seharian tak tidor?.. ahahha. memang melelong weh. X larat nak hentak kepala kat tingkap dah.. Mengantuknya, Huh, ya ampun.. Tuhan saja yang tau. *Mamai..

Tiba2, aku terlelap beberapa saat.. n bila bukak ja mata, Mak aih! sebelah aku divider highway.. Apa lagi, aku pusing stering kearat bertentangan.. Tapi, malang tetap ada.. n memang tak berbau.. Tayar sebelah kanan aku x dapat diselamatkan n terlanggar divider yang aku kata tadi..
PoooMMMmmm!! letupan yang kuat berlaku.. *tayar ja pun... Menggelabah la jadinya sambil aku terhuyung hayang dalam kereta. Alhamdulillah, aku dapat kawal kereta n park kat tepi highway..

gambar hiasan
Aku memang gelabah. Yelah, sorang2 kan. Dah la tukar tayar kreta pun tak reti. Yang malangnya lagi, jek tayar pulak tak dak.. klu tak bulih la aku gagahkan diri memandai.. Hampirs sejam, ada peronda lebuh raya berhenti datang selamatkan aku.. *ala2 batman.. Dorang lah hero aku malam tu. Klu tak, entah la.. tak sampai tanjong malim la jawabnya. Aku bukan apa, rush malam tu sebab keesokan kerja.. hahha..jam 4 pagi baru sampai Tanjong Malim.. Bayangkanlah aku kat ofis macam mana keesokan harinya.. LOL...

p/s : Kalau konfiden nak drive memalam buta, pastikan anda tak mengantuk n letih ya.. 

17 comments:

Princess Nur said...

kesiannya! akak ingat lagi twit2 dgn awak sbb takde hotel ari tu kan? moralnya lain kali kena rancang percutian untuk mengelakkan kejadian yg tidak diingini :(

cik pieja hut said...

hang kan din , jangan lah sampai macam tuh sekali . naseb sikit je . alhamdulillah hang selamat . lain kali kalau ngantuk , berenti kat rnr tau . drive more safety after this ..

cuteyteddylover said...

huhu..sian awk..xpsl2 accident..lain kli rest ckup2 okey..? :) slm prkenalan..hehe.. :P

Addin said...

alhamdulillah la tak ada apa apa.

[k]o{q}i[n] said...

ko ni kan...byk kali dh aku ckp..
kalo x lrt tu, berenti je la.. aishh... tu la, akibatnye kalo x ajak aku g PD skali.. errr...

Muhammadnuraizuddin said...

princess nur - akak... uhuhu..itulah.. lain kali kena plan betoi2..uhuhuhu

pieja - aku takut sampai lambat ja kat tanjong malim.. tak pasal2 memang sampai lambat..ahahah.. ok, lepas nei ,aku tidor seminit..ihih

cuteteddylovers - uhuhu..tq ya.. slam perkenalan..

addin - itulah..tq ya..

koqin - ahhaha.. percutian yang tak dirancang... :)

nur farhana saad said...

jangan dah TAK LARAT baru nak berhenti, supposely kalau da ADA PERASAAN TAK LARAT pun dah wajar berenti.

maisarah sarah said...

aiyoo pakcik.kalo ngantuk tido dulu le.kalo ada member lain le citer.adeh...seram aku bc story ang ni.nasib masa aku ttdo atas moto dulu xde pape.hehehe

Eazy Izzuddin said...

Din2 ...
Ya Allah hg ni..
nasiblah takde apa2....
lain kali berehat dahulu..
jangan paksa diri tu...
berhati2 next time
;)

zuwaidah said...

mujur tak teruk sangat....alhamdulillah selamat

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ said...

huhuu~~ biasa la jln Basah~~

*pernah kena gk :P

Lizzie Yasmin said...

Bahaya gila, aku pernah terletap waktu bawak keta. Nasib baik cepat sedar.. Terus gelabah, cari hentian paling dekat bantai tido 2 jam.

Paling mencabar time nk ke hentian tue lar, mata dok kuyu jer, tak boleh tahan.

azri johan said...

syukur tak serius sangat..

aku haritu pon hampir langgar divider...1st time driver.hehe

asyraf ahmad said...

Ooooo...
Dtg la ke blog I
Jgn lupe tinggalkan komen.

Acapsuur.blogspot

Mohd Khairi Khadzir said...

jgn amalkn yee (^___^ )

Fendy said...

kalo bole stop la mane2...jgn dipaksa....bahaya der

Muhammadnuraizuddin said...

nur farhana - itulah. tp, masa tu nak rush balik..uhuhu

maisarah = moto lagi bahaya tau. .sma2 hati2 ok..ihihihi

eazy = baik eazy. uhuhu.. hg tau kan klu aku mengantuk bawak kreta mcm mana..ihihih

zuwaidah - alhamdulillah..itulah.uhuhuhu

bhai cool - itu gambar hiasan sahaja..ahahha

lizie = kan.. mesti sebelum sampai
RNR, dah kuyup gila kan mata..ihihih

azri = alhamdulillah.. lah, yaka.. baru belajar kreta?.ihihih

asraf - wah, dah ada blog..

khairi = baik abam..ihih

fendy - itulah.. tq ya. lepas nie aku lebih berhati2.. cewah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...